Halaman

Ahad, 5 Januari 2014

Kasih Jangan Kau Pergi 6

MEREKA berjalan bergandingan meninggalkan padang futsal itu. Sesekali kedengaran gelak tawa mereka berlima memecah suasana. Begitu riuh sekali. Seakan dunia ini milik mereka sahaja. Pandangan mata sekeliling tidak sedikit pun mereka hiraukan.
            “Mahu kemana lepas ni?” soal Rizal bagi memecah keriuhan mereka itu. Dapat minum sedap jugak ni.
            Wajah teman-temannya yang berada di birai mata direnungnya satu per satu meminta pendapat. Masing-masing saling berpandangan seketika sebelum Que memulakan bicaranya menjawab soalan yang diajukan oleh Rizal.
            “Eh! Manalah kami tahu!” Kalau aku, baik pergi minum dulu sebelum balik. Sekurang-kurangnya dapat basahkan tekak ni.
            “Awak nak kemana selepas ni?” Irfan menyoal sambil merenung wajah Que. Nak pulang pun masih awal lagi.
            “Selalunya, kami akan pergi minum dulu sebelum balik.” Jawab Que. Lepas tu terus tak keluar lagi.
            “Tak pun, terus pulang sebelum keluar semula.” Celah Candy. Ataupun mereka punya idea lain selain daripada tu.
            “Boleh pulak macam tu?” soal Irfan hairan. Takde maknanya aku nak keluar balik.
            “Apa pulak tak bolehnya, boss? Takkanlah kami nak keluar dengan cara begini? Nak mati?” jerkah Que selamba. Mahunya sepuluh batu orang lari dari kami nanti.
            Irfan merenung ke arah Que. Que dan Candy hanya mengenakan t-shirt dan berseluar pendek sahaja. Begitu juga dia dan juga Rizal dan dia. Cuma Sweet sahaja yang bert-shirt dan berseluar track suit panjang.
            “Betul jugak, kan?” Irfan menganggukkan kepalanya. Apalah aku ni?
            “Dah tu, sekarang macam mana?” soal Rizal. Ingin dia tahu program Que dan juga teman-temannya selepas ini. Aku dah dahaga ni.
            “Boss dengan Encik Rizal nak joined kami sekali ke?” soal Que tanpa menjawab pertanyaan Rizal. Biar betul mereka ni. Tak pernah dibuatnya sebelum ni.
            “Tak kisah ke?” soal Irfan kembali. Okay jugak kalau joined mereka ni.
            “Apa nak kisah pulak? Bukannya saya kena dukung boss pun. Betul tak, Candy?” ujar Que sekadar berbahasa. Que mengerling ke arah Candy meminta pendapat. Kalau tak bagi ikut nanti, apa pulak kata mereka.
            “Betul jugak tu. Lainlah kalau Encik Irfan dan Encik Rizal mahu kami tolong suapkan. Payahlah kalau macam tu.” Sokong Candy. Aku pun tak sanggup nak buat.
            Irfan dan Rizal tertawa kecil terdengar mendengarkan kata-kata Candy itu. Tidak mereka sangka bahawa Candy akan berseloroh begitu. Sedangkan mereka bertiga baru sahaja berkenalan di antara satu sama lain. Candy seorang yang peramah dan ringan mulut. Ada sahaja lawak jenaka yang dikemukakan. Sehingga tidak kering gusi mereka dibuatnya.
            Perbualan mereka terganggu apabila mereka ditegur oleh seseorang. Pantas mereka menolehkan wajah untuk melihat gerangan siapakah yang menegur. Seorang pemuda kacak berkulit hitam manis sedang berdiri di belakang Que. Melihatkan itu, Que tersenyum lebar. Kenal benar dia dengan jejaka itu.
            “Woit, lama giga tu aku tak jumpa dengan engkau! Mana kau pergi?” soal Que. Tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan jejaka tersebut. Macam biskut pulak mamat ni. Kejap ada, kejap tu menghilang. Gone with the wind.
            “Ada. Cuma sibuk sikit aje. Kau apa khabar? Sihat?” soal jejaka itu sambil menyambut huluran tangan Que. Rindunya aku kat dia.
            “Aku? Macam nilah, Asri. Macam mana lagi.” ujar Que tenang. “Aku tengok kau semakin sihat. Bertambah gemuk pulak aku tengok. Apa kes, der?” Bahu pemuda yang bernama Asri itu ditumbuknya lembut. Senang hati apa mamat ni?
            Que menilik wajah bulat milik jejaka yang dipanggilnya Asri itu. Dahulu Asri bekerja sepertinya dan juga Candy sebagai despatch. Selepas dua tahun, akhirnya pemuda itu berhenti. Dengan alasan dia telah mendapat kerja yang lebih menjamin masa depannya.
            Semenjak Asri berhenti, dia tidak pernah lagi bertemu dengan pemuda itu. Lelaki itu seakan menghilang begitu sahaja. Sedangkan suatu masa dahulu mereka begitu akrab sekali. Bukan sahaja dengannya, malah dengan Candy dan juga Melon pun Asri rapat.
            Difikirkan lelaki itu telah pun melupakan mereka. Rupa-rupanya, tekaan dia silap. Lelaki itu masih lagi mengenalinya. Malah, tidak malu untuk menegurnya dan juga teman-temannya yang lain.
            “Orang senang hati, der.” ucap Asri sambil tersenyum manis. Tak sangka dapat jugak aku jumpa dengan dia akhirnya.
            “Kenapa? Kau dapat awek baru ke?” soal Que berserta dengan sengihan kecil. Macam mana aku boleh tak tahu? Pandai betul mamat selenga ni sorokkan dari aku, dak Melon dan dak Candy.
            “Eh, mana ada! Pandai ajelah kau ni serkap jarang.” Nafi Asri pantas. Aku setia pada yang satu tau.
            “Ek’leh, lagi mau sorok dengan aku! Macamlah aku ni tak tau, kan?” Que mencebikan bibirnya sambil menumbuk lembut bahu Asri. Orang lain kau boleh tipulah.
            “Eh, kalau aku bercinta sekalipun, hanya dengan kau aje tau tak? Aku tak mahu orang lain.” Luah Asri jujur. Hati aku ni dah aku serahkan bulat-bulat pada kau, Que.
            “Yalah tu. Boleh percaya ke?” Que kurang percaya dengan kata-kata Asri itu. Lagi nak sorok dengan aku.
            “Aku seriuslah, der.” Asri memeluk lembut bahu Que. “Kau ingat aku main-main ke?” Aku tak pernah main-main dengan perasaan hati aku.
            “Otak kau tu…hanya sepuluh peratus aje yang boleh diguna pakai tau. Yang sembilan puluh peratus lagi tu…masuk tong sampah aje.” Seloroh Que. Agaknya sekarang ni tinggal lima peratus aje.
            Asri tertawa besar mendengarkan kata-kata Que itu. Leher Que dicekaknya dengan lengannya yang besar lagi sasa. Tercungap-cungap nafas Que dibuatnya. Tidak dia menyangka bahawa Asri akan bertindak sedemikian rupa terhadapnya. Selama ini, anak muda itu terlalu menjaga adab ketika bergaul dengan mana-mana gadis yang bukan muhrimnya. Tetapi hari ini anak muda itu tampak berlainan sekali. Apa kena dengan mamat ni? Salah makan ubat ke dia hari ni?
            “Woit, sakitlah mangkuk!!” Bentak Que keras. Dia nak bunuh aku ke hapa ni?
            “Aku tak rasa pun.” balas Asri selamba. Sukanya aku tengok muka dia yang merah padam ni.
            “Lepaslah!” Marah Que sambil menyiku perut Asri. Dia ni memang sengaja nak kena dengan aku agaknya.
            “Aduh!! Kau nak bunuh aku ke?” marah Asri. Dia ni ganas nak mampus.
            “Sekali lagi kau buat macam ni, bukan saja tangan kau dengan kaki-kaki kau sekali aku patahkan.” Que memberi amaran sambil menundingkan jarinya ke arah Asri. Bodoh punya kawan.
            “Sanggup ke?” soal Asri sambil tersengih. Dia nampak comel bila marah.
            “Untuk nyawa aku, aku sanggup lakukan apa saja.” Que membeliakkan matanya. Nasib baik aku tak mampus. Dahlah dosa tengah banyak ni. Tak sempat pulak aku mintak ampun.
            Asri tersengih mendengarkan kata-kata amarah Que itu. Dia yakin Que tidak akan menunaikan kata-katanya. Dia amat kenal sangat dengan gadis itu. Mereka telah lama bersahabat. Masakan Que akan bertindak sedemikian rupa terhadapnya.
            “Kau marah, lagi buat aku sayang kat kau.” Asri mencubit kedua-dua belah pipi Que yang gebu itu. Geramnya aku dengan dia ni.
            Que tidak menunggu lama. Pantas kakinya menyepak kaki Asri dengan sekuat hati. Malangnya, jejaka kacak itu tidak sempat mengelak. Dia mendesis kesakitan sambil menggigit bibirnya bagi mengimbangi rasa sakit yang dirasanya saat ini.
            “Sakitlah mangkuk ayun!” Marah Asri. Kakinya digosok perlahan. Bengkak jugak kaki aku dibuatnya.
            “Aku tak rasa pun.” Que berkata selamba sambil tersengih. Padan dengan muka kau.
            Asri menahan rasa geram dan marahnya dengan ulah Que itu. Begitulah mereka setiap kali bertemu. Bagaikan anjing dan kucing. Sentiasa bertengkar di antara satu sama lain. Dan akhirnya mereka akan berbaik semula. Seperti tiada apa yang berlaku di antara satu sama lain.
            Ulah mereka itu hanya diperhatikan sahaja oleh Candy, Sweet, Rizal dan juga Irfan. Teguran dari Irfan telah berjaya mengembalikan kedua mereka ke alam nyata. Jika tidak, pasti mereka masih lagi akan bertengkar seperti selalu.
            “Hai, mesra nampak!!” Tegur Irfan. Tak nampak ke yang kami ni terpacak macam tunggul mati kat sini?
            “Sorry, boss!! Tak perasan tadi.” Ujar Que sambil tersengih. Macam manalah aku boleh tak perasankan mereka tadi?
            “Mana nak perasan kalau orang tu asyik sangat melayan buah hati dia.” Luah Irfan sinis. Sengaja dia menekankan perkataan ‘buah hati’ agar Que terasa dengan kata-katanya. Macamlah dia seorang aje ada buah hati kat sini.
            Que hanya tersengih mendengarkan kata-kata Irfan itu. Tahu dia bersalah di dalam hal ini. Ini semua si mangkuk tingkat ni punya pasal.
            “Siapa ni?” soal Sweet. Matanya tidak lari dari merenung wajah Asri sedari tadi. Boleh tahan jugak mamat ni tapi sorry…not my taste.
            “Hai!! Saya, Asri. Boyfriend dia.” Ujar Asri selamba. Okay ke ayat aku tu?
            Terkejut mereka yang ada di situ dengan pengakuan berani mati lelaki yang baru sahaja mereka kenali itu. Cuma Candy sahaja yang mampu tersenyum nipis. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Lantak kau oranglah. Malas aku nak masuk campur.
            “Baby!! Betul ke apa yang dia cakapkan tu?” Sweet merenung wajah Que. Macam mana aku boleh tak tahu yang dia dah ada boyfriend?
            “Jangan percaya cakap dia! Dia tipu!” Jawab Que. Adoyiii!! Apa masalah problem si mangkuk tingkat ni?
            “Tak mahu mengaku ke? Malam tadi kita kan dah berjanji nak sehidup semati bersama, Que. Kau dah lupa ke semua tu?” sampuk Asri. Suka sangat aku menyakat dia ni.
            “Bila masa pulak aku berjumpa dengan kau malam tadi, mangkuk?” Que merenung wajah Asri. “Setahu aku, malam tadi, aku keluar dengan dak Candy dan dak Melon aje. Takde orang lain pun. Jumpa kau pun tak. Setan!!” Macam mana aku boleh berjanji bagainya dengan si sengal ni pulak? Konpius otak aku dibuatnya!
            “Opss, sorry! Silap oranglah tu!” Asri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kantoi sudah!! Padan muka aku.
            “Ada mamat ni kena debik jugak dengan aku.” Que sudah mengetap giginya. Ya ALLAH, sabarkanlah aku saat ni!
            “Baby…” rengek Sweet manja. Ini yang buat aku jealous ni.
            “Siapa ni Que?” Pantas Asri membuka bicaranya sebelum sempat Sweet memulakan bicaranya. Minah ni pulak gediks semacam aje aku tengok.
            “Kenalkan, ni Suraya, Encik Rizal dan Encik Irfan. Encik Rizal dan Encik Irfan ni boss aku. Boss, Encik Rizal, Sweet…kenalkan ni Asri. Kawan saya.” Ujar Que tenang.
            Masing-masing saling bersalaman dengan pemuda yang bernama Asri itu.
            “Kawan kau ke, Que?” soal Rizal. Entah-entah memang boyfriend dia.
            “Ha’ah. Kawan lama saya, Encik Rizal.” Angguk Que.
            “Dia ni kawan yang banyak susah dan senang dengan saya.” Sampuk Asri. Dia memeluk bahu Que dengan eratnya. “Sanggup tolong saya dalam apa jua keadaan. Disebabkan itulah, saya sayang dia lebih.” Sambung Asri lagi. Aku memang sayangkan dia.
            “Iyalah tu.” Que mencebikan bibirnya tatkala mendengarkan kata-kata jujur Asri itu.
            “Kau dari mana tadi Asri?” soal Candy. Sengaja dia menukar tajuk perbualan di antara mereka. Bimbang nanti akan berlanjutan pertelingkahan di antara Que mahupun Asri.
            “Aku dari rumah. Ada perlawanan futsal pulak kat depan tu.” Jawab Asri tenang. “Okaylah, Que…Candy. Aku pergi dulu. Malam nanti aku jumpa kau orang kat tempat biasa.” Janji Asri. Lama dah tak melepak dengan mereka ni.
            “Okaylah.” Balas Candy. Pasti banyak cerita yang akan kami kongsikan bersama.
            Tanpa mereka semua sedari, Asri mencium pipi gebu Que. Merah padam wajah Que dengan ulahnya itu. Buntang matanya seketika. Sweet mengetap bibir menahan rasa marahnya. Sebelum pergi, sempat pula dia mengenyitkan matanya ke arah Que yang terkedu dengan ulahnya. Asri tahu, Que terkejut dengan aksi spontannya itu. Dia pasti Que akan marahkannya selepas ini.
            “Kurang asam jawa punya jantan! Suka-suki laki tiri mak bapak angkat dia aje cium pipi aku yang gebu ni! Apa dia hengat aku ni anak kucing ke hapa?” marah Que. Aku nampak dia kecik aje sekarang ni.
            “Boyfriend kau ke, Que?” soal Rizal. Gila betul budak tu.
            “Boyfriend apanya, Encik Rizal? Dia tu cuma kawan saya ajelah.” Bentak Que. Nasib baiklah kau tu kawan aku, Asri. Kalau tak, dah lama aku sepak laju-laju dengan kaki aku ni.
            “Kalau kawan, takkanlah dia boleh cium pipi awak.” Celah Irfan mendatar. Teruk betul perempuan ni. Aku ingatkan dia lain dari yang lain. Rupanya sama aje.
            “Baby, cakap betul-betul! Apa hubungan Baby dengan dia?” desak Sweet sambil merenung tajam wajah Que. Dia mana boleh ada boyfriend sebelum aku.
            “Ya ALLAH!!! Kan Baby dah cakap tadi, dia tu hanya kawan aje! Percayalah!” Jelas Que. Fening betullah nak menyakinkan depa ni.
            “Iya ke?” Rizal tersengih mendengarkan pengakuan Que itu. Macam tak percaya aje.
            “Mereka berdua ni memang kawan aje, Encik Rizal. Tak lebih dari tu. Cuma Asri ni, bila datang gilanya…begitulah jadinya.” Sampuk Candy. “Bukan dia kira orang marah ataupun tak dengan perbuatannya tu. Semuanya dia belasah.”
            “Ha!! See?” Que tersengih. Salah aku jugak ke?
            “Macam tu punya kawan? Senang-senang aje awak bagi dia cium awak? Kawan apa macam tu?” Irfan merenung tajam wajah Que. “Itu bukan kawan namanya tapi dah macam couple.” Tegas Irfan lagi. Agaknya memang dia bercinta dengan budak tu.
            “Yang boss nak angin dengan saya, kenapa? Bukannya saya yang cium dia tapi dia yang cium saya. Lainlah kalau saya yang cium dia. Bolehlah boss nak angin bagainya dengan saya. Malah saya tak offerkan langsung diri saya ni untuk dia cium.” Tegas Que. Angin pulak dia.
            Que merengus kasar. Geram dan sakit pula hatinya apabila dia dituduh sedemikian rupa oleh Irfan. Lainlah kalau dia yang bersalah, bolehlah pemuda itu memarahinya. Malangnya, pemuda itu memarahinya di atas kesalahan yang tidak dia lakukan.
            Irfan terdiam tatkala mendengarkan kata-kata Que itu. Perlahan-lahan dia menghela nafas berat. Dalam diam, dia bersetuju dengan kata-kata tersebut. Dia tidak sepatutnya memarahi Que. Yang sepatutnya dimarahinya adalah lelaki yang bernama Asri itu. Bukannya Que.
            Malah dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan saat ini. Hatinya menjadi begitu sakit sekali tatkala Asri bertindak sedemikian. Dia masih lagi boleh bersabar dan bertahan andainya lelaki itu memeluk Que sebentar tadi.
Namun, api cemburunya tiba-tiba menjulang tinggi apabila lelaki itu dengan berani matinya mencium Que tanpa kebenaran. Apa yang dah jadi dengan aku ni? Kenapa hati aku rasa sakit sangat tatkala lelaki tu berbuat demikian terhadap Iwana?