Halaman

Jumaat, 30 Disember 2011

SeLamAt TiNGgaL 2011...sELamAT dAtAnG 2012

Lagi sehari akan masuk tahun 2012. Pejam celik...pejam celik...cepatnya masa berlalu. Rasanya bagaikan semalam aje masuk tahun 2011. Rupanya dah nak sampai ke penghujung tahun dah.
Tahun 2011...banyak tinggalkan kenangan buat diri aq. X kiralah yg manis mahupun yg pahit. Semuanya bercampur menjadi satu tapi aq jadikan semua itu sebagai satu pengalaman dan pengajaran buat aq agar kuat dan tabah dalam menghadapi hari2 yang mendatang.
Tahun 2011 juga menjadikan aq seorang yg yakin pada diri aku sendiri. Menjadikan aq semakin yakin dengan apa yang aq buat dan menjadikan aq seorang yg yakin dengan apa yang aku cari selama ini. Dan kini aq temuinya. Terima kasih ALLAH.
Aq berharap agar tahun 2012 akan menjadikan tahun untuk aku memulakan hidup aq sebagi seorang yang baru. X kiralah dalam apa jua yang aq lakukan. Aq nak jadi diri aq sendiri. Mencari sesuatu yang selama ini aq inginkan dalam hidup. Tapi...dapatkah aku merealisasikan impian aq tu? Isya-ALLAH...


Khamis, 1 Disember 2011

Selagi Ada Kasih 16

Dania dan Zaza menanti kedatangan Rayyan di tempat yang telah dijanjikan. Kelas mereka hari itu dibatalkan kerana pensyarah mereka Puan Halimah mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Mereka duduk di situ sambil berbual-bual kosong. Ada masanya mereka akan tertawa riang dengan cerita-cerita yang dikongsi bersama.
Seronoknya mereka berbual sehinggakan tidak menyedari kehadiran tapak-tapak halus yang mendekati mereka berdua. Mereka berdua tersentak kecil apabila ditegur oleh seseorang dari arah belakang.
“Hai! Zaza.”
Pantas Zaza menoleh apabila terdengar namanya diseru oleh seseorang. Dilihat Farid sedang tersenyum manis ke arah mereka berdua. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat pemuda itu. Apa lagilah yang dia mahu ni? Tak habis-habislah.
“Oh…Hai! Abang Farid. Kami ingatkan siapa tadi.” Ujar Zaza lembut.
“Buat apa tu?” Soal Farid lembut.
“Takde apa. Duduk berbual aje dengan Nia. Kenapa?” Soal Zaza hairan. Dah tahu lagi mahu tanya soaln bodoh tu.
“Takde kuliah ke?” Soal Farid lagi tanpa menjawab soalan Zaza.
“Kuliah dibatalkan sebab Puan Halimah ada hal.” Jujur Zaza menjawabnya.
“Boleh abang join sekali?” Pinta Farid selamba.
Zaza tidak terus menjawab. Sesekali dia menoleh ke arah Dania. Dania hanya mengangkat bahu sambil mencebikkan bibirnya. Dia tahu Dania keberatan untuk mempelawa Farid duduk bersama mereka. Namun, Dania pasti tidak akan menghampakan permintaan orang tanpa sebab yang tertentu.
“Duduklah.” Pelawa Zaza perlahan.
“Thanks.” Ujar Farid sepatah.
Farid melabuhkan punggungnya lalu duduk di hadapan Dania. Matanya merenung wajah ayu Dania. Namun, tidak sedikit pun Dania hiraukan. Dia lebih gemar memerhati sekeliling dari menatap wajah kacak di hadapannya ketika itu. Begitulah perangainya. Sehinggakan ada pelajar yang memanggilnya sombong.
Namun, itu semua tidak di pedulikan oleh Dania. Bagi Zaza, mereka yang tidak mengenali Dania tidak akan tahu tentang perangai sahabatnya itu.
“Nia apa khabar?” Tanya Farid lembut setelah kebisuan merajai mereka.
Dania sedikit tersentak apabila lelaki itu menegurnya. Direnung wajah jejaka di hadapannya dengan penuh kehairanan. Farid tersenyum sambil mengulangi soalan yang diajukan tadi.
“Alhamdulillah, sihat.” Jawab Dania tenang.
“Tangan macam mana? Ok?” Soal Farid lagi. Kali ini sengaja dia berkisar akan tangan Dania. Jika boleh dia ingin terus berbual dengan gadis tersebut. Dia tidak mahu Dania terus mendiamkan diri sahaja. Dia ingin lebih dekat dengan gadis yang bernama Dania itu.
“Alhamdulillah.” Ujar Dania sepatah sambil tersenyum nipis. Aduh!!! Dia ni. Kenapa dia buka cerita pasal tu?
“Wait a minute. Tangan? Tangan apa?” Sampuk Zaza dengan wajah kehairanan.
“Oh…petang semalam abang terlanggar Nia. Tangan dia terseliuh sikit sebab tu abang tanya dia.” Terang Farid tanpa dipinta.
“Kau tak beritahu aku pun tentang benda ni, Nia.” Kini giliran Zaza pula yang menyoalnya. Wajah Dania direnungnya dalam-dalam.
“Takde apalah, Za. Sikit aje. Dah ok pun.” Ujar Dania lembut.
“Dah pergi klinik?” Soal Zaza lagi. Wajah Dania direnung dalam. Jelas kebimbangan di wajahnya itu.
“Dah. Semalam abang dah bawa dia pergi klinik.” Sampuk Farid.
Zaza menoleh ke arah Farid seketika apabila mendengarkan jawapan yang diberikan. Dania menghela nafas panjang melihatkan ulah teman baiknya itu. Dia tahu, Zaza amat mengambil berat tentangnya. Ulah Zaza itu mengingatkan dia kepada sahabatnya, Shida. Perangai mereka berdua membuatkan Dania terasa seperti di hargai.
Farid dan Zaza berbual di antara satu sama lain. Sesekali mata nakal Farid menatap wajah ayu Dania. Ini telah di perasan oleh Zaza. Dania hanya membisu apabila Zaza dan Farid saling bercerita. Tidak sedikit pun dia mencelah. Dia hanya akan bersuara jika ditanya sahaja. Jika tidak, dia lebih suka  mendiamkan diri.
Siapa yang tidak mahu berbual dengan jejaka kacak tersebut. Hampir keseluruhan mahasiswi di kolej itu terpikat dengan jejaka kacak tersebut. Farid memiliki kulit yang putih. Bibirnya merah merkah bak delima menandakan dia tidak merokok, bertubuh tinggi lampai dan rambutnya pula lurus tersisir rapi.
Farid juga merupakan jejaka idaman setiap gadis di kolej itu. Jika dia melintas, sudah pasti ada mata yang memandang ke arahnya. Namun, tidak bagi Dania. Dia bukan sahaja tidak memandang malah tidak mengendahkan langsung kewujudan pemuda kacak itu di hadapannya. Samada pemuda itu wujud atau tidak, tiada bezanya. Langsung tidak mencacatkan harinya.
Kelekaan Dania terganggu apabila dia terdengar suara yang menyapa mereka. Pantas dia mendongakkan wajahnya. Dilihat Gina bersama Tini menghampiri meja yang diduduki oleh mereka bertiga.
“Hai! Farid.” Sapa Gina lembut.
Farid hanya menjawab sapaan Gina itu dengan anggukan kepala sahaja. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya. Dania dan Zaza saling berpandangan seketika. Meluat mereka melihatkan ulah Gina dan Tini itu. Apalah makhluk ni buat kat sini pula?
“Eh! You all pun ada kat sini Zaza…Nia?” Luah Gina sambil merenung wajah Dania dan Zaza silih berganti.
Dania dan Zaza hanya menjawab dengan senyuman kecil di bibir. Mereka juga seperti Farid, hanya diam membisu. Tiada apa yang ingin dibicarakan oleh mereka saat itu.
“Apa yang you all buat di sini?” Soal Gina lagi sambil melabuhkan punggung di kerusi batu yang disediakan. Bengang juga hatinya apabila setiap soalannya tidak dijawab oleh Farid. Mahupun Dania dan Zaza.
“Biasalah, Gina. Di mana ada kumbang, di situlah ada bunganya.” Sampuk Tini tanpa di pinta.
Dania dan Zaza saling berpandangan di antara satu sama lain apabila mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Tini itu. Mereka tahu Tini memperkatakan mereka berdua.
“Apa yang you all cakapkan ni?” Soal Farid hairan.
“You buat apa kat sini Farid?” Soal Gina tanpa menjawab soalan Farid.
“Orang bodoh pun tahu apa yang dia buat kat sini, Gina.” Celah Zaza selamba. Takkan itu pun kami nak bagitahu.
Mendengarkan jawapan itu, pantas Gina menoleh. Direnung wajah Zaza tajam sebelum menjawab kata-kata kasar yang keluar dari bibir Zaza sebentar tadi.
“I ada tanya you ke?” Marah Gina.
“Dah takde orang nak jawab, aku tolonglah jawabkan. Kasihan pulak kau bercakap seorang-seorang.” Jawab Zaza lagi. Dah macam orang gila aje aku tengok.
“Yang you sibuk-sibuk kenapa? Apa masalah you?” Celah Tini. Menyibuk aje.
“Ek’eleh…nak kata orang sibuk. Dia juga penyibuk tak perasaan.” Luah Zaza sinis. Mengata aku, diri sendiri tak perasan.
“You…” Tini menunding jari ke arah Zaza. Sakit hatinya apabila mendengarkan kata-kata Zaza itu.
            Tini mahu mendekati Zaza, namun cepat dihalang oleh Farid. Dia tidak mahu Tini dan Zaza bergaduh di situ. Mahu kecoh jadinya nanti. Kelak dia juga yang akan terbabit sama. Pasti dia juga yang akan terlibat sama nanti.
“Eh!! You all ni macam budak-budaklah. Benda kecil pun nak kecoh. Apalah.” Luah Farid sambil menggelengkan kepala. Perangai tak berubah-ubah.
“Dia yang mulakan dulu. Yang you nak menangkan dia kenapa? You dah terpikat dengan dia ke?” Marah Gina. Yelah tu. Macamlah aku tak tahu.
“Apa yang you merepek ni?” Soal Farid kembali.
“You sebelahkan dia, kenapa?” Tegas Gina. Wajah Farid direnung tajam.
“I tak sebelahkan sesiapa pun, ok. Samada you ke dia.” Jawab Farid lembut.
“Dah tu, yang you beaking sangat dia tu kenapa?”
“I tak beaking dia, cuma yang you nak angin aje ni kenapa? Apa masalah you?” Sergah Farid kembali. Dia cukup tidak suka apabila Gina suka mengatur hidupnya. Sedangkan di antara dia dan gadis itu tidak mempunyai apa-apa ikatan langsung. Macamlah aku ni suami dia pula.
Gina terdiam mendengar sergahan Farid itu. Dia mula menarik muncungnya menahan marah apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir pemuda tersebut. Zaza dan Dania tersenyum kecil melihatkan suasana tersebut. Farid kembali bersuara apabila suasana kembali sunyi di antara mereka.
“Apa hal you cari I kat sini, Gina?” Soal Farid sambil merenung wajah Gina. Kehadiran Gina di situ seakan mengganggunya dari bersama dengan Dania.
“I nak ajak you pergi lunch dengan I.” Jawab Gina dengan lembut.
“Sorry, Gina. I tak lapar.” Tolak Farid lembut.
“Kita pergi minum ke? Mahu?” Pujuk Gina lagi.
“I tak dahaga.” Tolak Farid.
“Kenapa dengan you ni ha?” Marah Gina.
“Apasal pula?” Soal Farid kehairanan. Salah ke apa yang aku cakap tadi?
“Sekarang ni bila I ajak aje, ada saja alasan yang you berikan.” Tegas Gina sambil merenung tajam wajah Farid. Dulu takde pun macam ni.
“Mana ada. I cuma cakap yang betul aje. I tak dahaga dan tak lapar. Puas hati?”
“Dahlah tu, Gina. Orang dah tak mahu, jangan dipaksa.” Sampuk Zaza.
“Eh!! You nie kenapa ha? Menyampuk aje cakap orang.” Marah Gina sambil merenung tajam wajah Zaza.
“Betul apa yang aku cakap. Orang dah tak mahu. Janganlah paksa. Ni tidak, main paksa-paksa pula. Apa kau ingat dia anak kucing ke? Dia manusia. Yang punya hati dan perasaan. Bukannya anak kucing. Kau boleh arah kemana saja yang kau mahukan.” Jelas Zaza dengan panjang lebarnya. Meluat benar dia dengan aksi Gina yang gedik itu.
“Aku punya sukalah. Yang kau sibuk, kenapa? Apa masalah kau?”
“Entah. Menyibuk aje. Main your own bussines okay?” Sampuk Tini.
“Tapi…” Zaza tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila terasa tangannya ditarik oleh Dania. Pandangannya kini tertumpu ke arah Dania.
“Zaza…sudahlah tu.” Lembut kata-kata yang keluar dari mulut Dania. Bimbang juga hatinya jika Zaza akan bertindak sebarangan. Sahabatnya itu bukan boleh di pastikan akan pemikirannya. Dia bisa bertindak tanpa di duga. Mahu kecoh satu kolej dibuatnya nanti.
“Aku cuma menyatakan kebenarannya, Nia.” Tegas Zaza.
“Aku tahu tapi tak guna kau bergaduh dengan mereka ini disebabkan benda bodoh tu. Faham tak?” Selamba sahaja kata-kata tersebut keluar dari mulut Dania. Buat sakit kepala aje. Buat apa?
“Tapi…” Zaza tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Dania pantas memintasnya.
“Kalau kau nak teruskan juga…kau teruskanlah. Aku nak balik.” Luah Dania. Pening aku melayan perangai budak-budak mereka ni. Bertambah sakit kepala aku jadinya.
Pantas dia mencapai beg sandangnya yang terdapat di atas meja batu itu. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Lagi lama dia di situ, terasa lagi banyak dosa yang akan di himpunnya. Tanpa menghiraukan mata yang memandang, dia terus berlalu.
Dari jauh dapat dilihat kereta yang di pandu oleh Rayyan telah sampai untuk menjemputnya pulang. Dia harus cepat. Dia tidak mahu lelaki itu menunggunya. Dia sedar siapa dia di sisi lelaki itu. Malah dia sedar statusnya sebagai isteri kepada lelaki itu. Dan dia tidak mahu lelaki itu beranggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Hati suaminya itu perlu di jaga.
Baru beberapa langkah dia meninggalkan teman-temannya, tangannya ditarik oleh seseorang. Pantas dia menoleh ke arah sisinya. Dilihat Farid merenungnya dengan senyuman manis di bibir. Apa lagi yang dia mahu ni?
“Nia…boleh kita cakap sebentar?” Pinta Farid lembut. Dengan harapan Dania bersetuju akan permintaannya itu.
Dania tidak menghiraukan permintaan pemuda itu. Dia merenung tangannya yang masih lagi di dalam gengaman Farid. Dia merenung wajah pemuda itu dalam-dalam. Keningnya terangkat sebelah. Zaza, Gina dan Tini mula mendekati mereka. Ulah Dania dan Farid itu menarik perhatian mereka bertiga secara tiba-tiba.
“Tolong lepaskan tangan saya.” Luah Dania sedikit tegas. Ni yang buat aku tak suka.
“Ops…sorry.” Farid tersengih malu sambil melepaskan pegangannya.
“Ada apa?” Soal Dania tanpa merenung wajah tampan di hadapannya itu. Jangan sampai hilang hormat aku pada kau sudahlah.
“Macam mana dengan tangan Nia tu? Dah elok?”
Mendengarkan soalan yang keluar dari mulut pemuda tersebut, pantas Dania menoleh. Direnung wajah putih bersih itu dalam-dalam. Satu keluhan pendek dilepaskan sebelum menjawab pertanyaan tersebut. Dia akui jejaka itu memang tampan dan kacak tetapi entah kenapa hatinya tidak terpaut walau sedikit pun pada jejaka tersebut. Dia hanya menganggap jejaka tersebut sebagai teman sahaja. Tidak lebih dari itu.
“Bukankah dah saya beritahu tadi?” Soal Dania kembali tanpa menjawab soalan Farid. Dia ni lupa ke tak ingat?
“Lupa.” Luah Farid sepatah sambil menggaru lehernya yang tidak gatal. Sebenarnya, bukan itu yang ingin dia tanyakan. Dia ingin mendengarkan persetujuan gadis itu dengan permintaannya hari itu. Dia ingin meluahkan perasaannya terhadap gadis tersebut.
“Ada apa-apa lagi ke? Kalau tidak, saya nak pulang.” Luah Dania selamba. Malas dia ingin melayani lelaki tersebut. Lagi lama di sini, lagi tension aku dibuatnya.
“Nia, nantilah dulu.” Pinta Farid lembut. “Abang belum habis lagi cakap dengan Nia.”
Tanpa disedari sekali lagi Farid menarik tangan Dania. Melihatkan itu pantas Dania menarik tangannya dengan kasar dari gengaman pemuda tersebut. Dia cukup tidak suka jika lelaki yang bukan muhrim menyentuh tangannya tanpa rela. Dia ni sengaja ke apa?
“Boleh tak, kalau bercakap tu tangan jangan merayap?” Luah Dania lembut tetapi tegas. Wajahnya merah menahan marah. Ada makan penampar juga dia ni nanti.
“Alah sorrylah. Abang tak sengaja.” Ucap Farid sambil tersengih.
“Tak sengaja kata awak? Ni dah kali kedua awak buat macam ni tahu tak? Ni bukan tak sengaja tapi sengaja.” Marah Dania. Bengang betul dia dengan sikap Farid itu. Jika diikutkan hatinya yang marah itu, mahu sahaja ditampar-tampar pemuda tersebut.
“Alah…takkan itu pun nak angin. Bukannya abang buat apa pun. Cuma terpegang tangan Nia aje.” Farid membela diri.
“Untuk pengetahuan abang, Nia ni tak suka orang sentuh dia. Dapat pula orang yang bukan muhrim. Macam abang ni. Lagilah dia tak suka.” Sampuk Zaza tanpa dipinta. Kalau tak faham juga, tak tahulah aku nak cakap apa.
“Alah…macam bagus sangat. Sampai pegang sikit pun tak boleh,” Sampuk Gina sinis. Alimlah tu. Macamlah aku tak tahu.
“Alimlah tu.” Tini mencebikkan bibirnya. Dasar orang kampung.
“Ini bukan soal alim atau tidak, Tini. Ini soal maruah orang. Harga diri orang. Aku tak tahulah kalau kau suka lelaki yang bukan muhrim, pegang-pegang kau macam tu. Itu kau. Bukan aku.” Jelas Dania panjang lebar sambil berpeluk tubuh. Ingat aku ni murah sangat ke?
“Woit!! Cakap tu baik-baik sikit tau. Jangan main sedap mulut kau aje.” Ujar Tini sambil menundingkan jarinya ke arah Dania. Cakap main sedap mulut dia aje.
“Betul apa aku cakap. Tak salahkan? Kenyataannya.” Dania memeluk tubuhnya. Macamlah aku tak tahu perangai kau tu.
Keadaan mula menjadi tegang di antara mereka. Zaza tahu, Dania marahkan Farid yang bertindak memegang tangannya. Dia sememangnya faham akan sikap Dania nan satu itu. Dania tidak suka dipegang atau menyentuh orang yang bukan muhrimnya tanpa sebab. Disebabkan itulah, Dania amat menjaga pergaulannya dengan teman-teman yang bukan muhrim terutamanya lelaki.
“Kau ni kampung betullah, Nia. Aku tahulah kau tu datang dari kampung. Kot iye pun janganlah kekampungan sangat. Buat malu aje nanti. Kita sekarang ni di bandar. Bukannya kampung. Kalau kita di kampung, bolehlah kau bersikap begitu.” sampuk Gina. Meluat pula dia dengan ulah Dania itu.
“Eh…mulut kau tu jaga baik sikit tau. Jangan sebab mulut kau tu nanti, badan kau yang binasa.” Marah Dania sambil menundingkan jarinya ke arah Gina. Dia ni memang sengaja cari pasal dengan aku agaknya.
“Betul apa aku cakap. Tak salah, kan?” Ujar Gina sambil tersenyum sinis. Lagi nak sembunyikan kekampungan kau tu.
Dania mendesis sambil bercekak pinggang menahan marah. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Zaza dan teman-teman mereka yang lain. Ketika Zaza ingin bersuara, kedengaran satu suara menegur mereka.
“Cik Nia…”
Pantas Dania dan Zaza menoleh apabila mendengarkan suara asing yang bersuara di antara mereka. Dilihat Adam mendekati mereka dengan wajah yang penuh kehairanan.
“Kenapa ni?” Soal Adam hairan. Macam nak gaduh aje lagaknya.
“Tak…takde apa-apa.” Jawab Dania teragap-agap sambil merenung wajah tampan  pemuda berkulit hitam manis di hadapannya itu. Apa pula dia buat di sini?
Hakikatnya dia hairan kenapa pemuda itu boleh berada di situ saat itu. Berbagai-bagai persoalan yang bermain difikirannya. Belum pun sempat dia berfikir akan jawapannya, Adam terlebih dahulu bersuara memecah kesunyian di antara mereka.
“Kalau takde apa-apa, kenapa macam nak gaduh aje saya tengok tadi?” Soal Adam lagi sambil merenung satu per satu wajah di hadapannya.
Dania dan Zaza hanya kelu apabila mendengar soalan yang di utarakan oleh Adam itu. Begitu juga dengan Farid, Gina dan Tini. Mereka merenung wajah Adam dengan penuh kehairanan. Dalam hati mereka tertanya-tanya, siapakah gerangan pemuda tampan di hadapan mereka itu.
Dania mula bersuara apabila melihatkan teman-temannya di situ diam membisu.
“Tiada apa-apalah abang. Hanya borak kosong aje.” Luah Dania lembut. Minta-minta dia percaya dengan apa yang aku katakan.
“Kalau borak kosong takkan sampai tunding-tunding jari. Macam orang marah aje. Ada yang tak kena ke?” Soal Adam lagi.
Dania tersengih mendengar kata-kata tersebut. Dia menoleh ke arah Zaza yang berada di sebelahnya. Gadis itu masih lagi merenung wajah tampan lelaki di hadapannya itu. Melihatkan itu, Adam pantas bersuara. Mak aiii!! Hensemnya dia. Tergoda aku.
“Kamu…” Matanya merenung wajah Farid. “Apa yang dah jadi?” Soalnya sambil bercekak pinggang. Dia tahu tak guna dia bertanyakan dengan lebih lanjut dari Dania. Dia pasti Dania tidak akan menceritakannya. Sudah pasti Dania akan menyembunyikannya dari pengetahuan dia.
“Tak…tak…takde apa-apa, Encik.” Jawab Farid teragap-agap. Siapa pula ni? Abang dia ke? Garangnya.
“Abang datang untuk apa? Ada urusan di sini?” Soal Dania tanpa sempat Adam meneruskan katanya. Dia tidak mahu Adam membesar-besarkan keadaan yang sedia ada.
“Not really. Saya datang nak jemput Cik Nia.” Ujarnya sambil matanya tidak lepas merenung tajam wajah Farid. Dapat dirasakan ada sesuatu yang Dania cuba sembunyikan dari pengetahuannya saat itu.
“Ohh…” Dania menganggukkan kepalanya untuk seketika. Namun cepat dia tersedar akan jawapan yang diberikan oleh Adam sebentar tadi. “”Ha…jemput saya? Untuk apa?” Soal Dania hairan sambil merenung wajah Adam. Apa hal pula dia nak jemput aku?
“Ray suruh saya jemput Cik Nia.”
“Tapi…tadi dia kata…” Kata-kata Dania terhenti seketika. Bukan dia yang sepatutnya jemput aku ke? Kenapa abang Adam yang datang pula?
“Dia ada urusan di pejabat. Dia wakilkan saya untuk jemput Cik Nia di sini.”
Dania menganggukkan kepalanya mendengarkan penerangan daripada Adam itu. Fahamlah dia kenapa dan mengapa pemuda itu berada di situ saat itu. Aku ingatkan pasal apalah tadi dia datang jemput aku.
“Puteri mana?” Soal Dania lagi.
“Dia ada di rumah. Kenapa, Cik Nia?” Soal Adam kehairanan.
“Takde apa-apa cuma kawan saya ni ha, nak sangat kenal dengan dia.” Jawab Dania selamba sambil menjeling kecil ke arah Zaza.
Menyedari itu, Zaza tersipu-sipu malu. Dia mencubit kecil lengan sahabat baiknya itu. Tidak dia sangka bahawa Dania akan berterus-terang dengan pemuda tampan di hadapan mereka saat itu. Malunya aku.
“Iskh…kau ni buat malu aku ajelah, Nia.” Bisik Zaza perlahan. Kot ya pun, cover-coverlah sikit. Ni tidak…main cakap aje macam tu.
“Apa nak malu pulak? Bukankah kau juga yang cakap kat aku tadi yang kau nak kenal dengan dia?” Soal Dania. Tersengih dia melihatkan ulah Zaza yang tersipu malu itu. Malulah tu. Macamlah aku tak tahu.
“Memanglah tapi janganlah cakap depan mamat ni, sengal. Malu aku dibuatnya.” Luah Zaza geram. Apalah punya kawan dia ni. Sabar ajelah.
Dania tersengih melihatkan ulah sahabatnya itu. Sememangnya dia sengaja berbuat demikian. Ingin dilihat sejauh mana tindakkan Zaza.
“Maaf, cik. Dia ada kerja hari ini. Mungkin lain kali cik boleh kenal dengan dia.” Ujar Adam sopan.
“Takpe.” Jawab Zaza perlahan sambil tersipu malu. Tak dapat jumpa dia, dapat jumpa yang ni pun aku tak kisah. Sama aje hensemnya.
Sekali lagi Dania tertawa kecil melihatkan ulah Zaza itu. Gelihati dia melihat Zaza tersipu malu begitu. Kelakar pula aku tengok minah ni.
“Silakan, Cik Nia. Ray dah tunggu kita.” Luah Adam sopan.
“Tunggu? Kat mana?” Soal Dania hairan. Aku ada janji dengan dia ke tadi?
“Dia tunggu di pejabat.” Jawab Adam lembut.
Dania menganggukkan kecil sebelum berpaling ke arah Zaza yang berada di sebelahnya.
“Za, aku balik dulu. Kita jumpa hari Isnin nanti, ya?”
“Yelah. Hati-hati tau.”
            Untuk seketika mereka saling berpelukkan di antara satu sama lain.
“Kau demam ke Nia? Panas badan kau ni.” Ujar Zaza sambil meraba dahi Dania.
“Ha’ah. Tapi aku dah makan ubat tadi. Kau janganlah bimbang. Sekejap lagi oklah tu.” Ucap Dania sambil tersenyum kecil.
“Hati-hati tau.” Luah Zaza sambil menggengam erat tangan Dania.
“Insya-ALLAH. Kau janganlah bimbang pasal aku. Kau pun hati-hati tau.” Ujar Dania sambil tersenyum manis.
“Yelah. Taulah aku. Abang…tengok-tengokkan dia ni tau. Dia ni demam.” Selamba sahaja ayat itu keluar dari mulut Zaza.
“Iskh…kau ni, Za. Aku bukannya pergi jauh pun. Aku nak balik ajelah.”
Giliran Zaza pula yang tersengih mendengar kata-kata Dania itu. Adam hanya tersenyum melihatkan ulah mereka berdua. Dapat dilihat keakraban di antara mereka berdua saat itu.
“Boleh kita gerak sekarang, Cik Nia?” Sampuk Adam.
Dania menganggukkan kepalanya sahaja bagi menjawab soalan Adam itu. Dania mengekori langkah Adam menuju ke arah kereta yang di parkir tidak jauh dari tempat mereka berbual sebentar tadi. Pemergian mereka hanya dihantar oleh pandangan teman-temannya sahaja. Sehinggalah tubuh mereka hilang dari pandangan mereka.
“Eh…Za, siapa tu?” Soal Tini sambil mencuit bahu Zaza. Hensemnya.
“Siapa?” Tanya Zaza kehairanan tanpa menjawab soalan Tini.
“Mamat yang datang jemput Nia tadi tulah. Takkan mamak jual roti canai kat kedai simpang depan tu pulak.” Luah Tini sambil memeluk tubuhnya.
Hanya jungkitan bahu dan cebikkan mulut sahaja yang menjadi jawapan kepada soalan yang di utarakan oleh Tini kepadanya sebentar tadi. Dia sendiri pun tidak tahu apa hubungan Dania dengan lelaki tersebut. Ini merupakan kali pertama mereka berjumpa. Dania tidak banyak menceritakan kisah hidupnya pada dia. Dania ada masanya seakan cuba menyembunyikan tentang dirinya.
“Eh…takkanlah kau tak tahu kot. Kau kan kawan baik dia.” Celah Gina.
“Ha’ahlah, Za.” Sampuk Tini pula.
“Aku memang tak tahu siapa lelaki tu ok. Ini kali pertama aku berjumpa dengan dia.” Jujur Zaza memberitahu Gina dan Tini. Lainlah kalau dengan abang sepupunya itu. Tahulah aku apa hubungan mereka berdua.
“Yelah tu. Boleh percaya ke?” Rengus Gina sambil mencebikkan bibirnya.
“Terpulang. Nak percaya atau tidak, itu kau punya pasal. Takde kena-mengena samada yang hidup atau pun mati termasuklah aku.”
“Entah-entah dia kerja dengan Nia kot.” Sampuk Farid.
“Mana you tahu?” Soal Gina sambil menoleh ke arah Farid.
“Sebab dia panggil Nia, cik.” Sambung Farid lagi.
“Entah-entah sugar daddy dia punya bodyguard kot.” Luah Tini selamba.
“Amboi sedapnya mulut kau bercakap. Mulut tu ada insuran ke tidak?” Tegas Zaza. Suka-suka dia aje cakap orang macam tu.
“Betul apa aku cakap?”
“Apa yang betulnya?” marah Zaza. Kepoh betul minah ni.
“Cuba you all bayangkan, dia kata dia datang dari kampung tapi ada bodyguard yang datang ambil dia. Tak ke sugar daddy yang bela.” Jelas Tini dengan panjang lebarnya. Takkan itu pun tak faham-faham lagi.
“Betul jugak kata kau tu, Tini. Aku sokong. Lainlah kalau bapak dia tu kaya. Boleh juga aku nak percaya.” Sampuk Gina pula bagi menguatkan andaian Tini sebentar tadi.
“Woit…Tak baik menfitnah orang tau. Kalau betul takpelah jugak. Kalau salah kau orang yang dapat dosanya.” Tegas Zaza.
“Betul apa aku kata.” Ujar Tini membela diri.
“Orang tu kerja dengan abang sepupu dialah, pandai.”
“Abang sepupu ke, sugar daddy?” Gina tersengih sinis sambil merenung wajah Zaza. Lagi mahu sorok dengan kami.
“Suka hati kau oranglah. Malas aku nak layan.” Zaza berlalu meninggalkan Tini, Farid dan Gina. Malas dia ingin melayan manusia yang suka menjaga tepi kain orang itu. Orang cakap yang betul pun tak mahu percaya. Lantak kau oranglah. Kalau aku tipu dia agaknya, mahu bulat-bulat dia percaya.
Namun, dalam diam hati kecilnya terdetik juga apabila mendengarkan kata-kata Gina dan Tini itu. Sejak kenal dengan Dania, dia jarang mendengar Dania bercerita tentang keluarga dan juga hidupnya.
Pernah juga dia bertanyakan tentang keluarga Dania, namun sahabatnya itu seakan menggelak daripada bercerita. Ada masanya pula pernah dia ingin ke rumah Dania, namun gadis itu melarangnya keras. Bila diajak keluar hujung minggu pula ada sahaja alasan yang diberikan. Sehinggakan ada masanya dia mula sangsi dengan gadis itu.
Bila di minta nombor telefon, bermacam-macam alasan yang Dania beri. Sehinggakan alasan yang tidak munasabah pun terbit difikiran gadis comel itu. Zaza menghela nafas pendek apabila mengenangkan Dania. Dia berdoa agar apa yang difikirkan tidak menjadi kenyataan.