Halaman

Rabu, 26 Mac 2014

Hanya Kamu Saja 1


Biarlah satu dunia menundingkan jari kepadaku, asalkan kau percayakan aku.

Ann duduk sambil menongkat dagu dengan kedua belah tangannya. Sesekali kepalanya dianggukan perlahan-lahan. Seakan dia faham dan mengerti apa yang telah diperkatakan dan diterangkan oleh sahabat baiknya itu. Hakikatnya, tiada satu pun perkara itu yang masuk ke dalam otaknya untuk diproses.
            Kelopak matanya pula terasa begitu memberat sekali. Seakan luahan hati sahabatnya kini adalah hikayat dongeng yang telah diceritakan kepadanya. Agar bisa dia melelapkan matanya barang seketika cuma. Fuh, dapat tidur best juga ni!
            Sudah beberapa hari dia tidak cukup tidur akibat menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarahnya. Tugas sebagai seorang pelajar kadangkala buatkan dia terasa begitu penat sekali tetapi demi segulung ijazah yang perlua diraih, maka dia harus berkorban. Itu adalah cita-citanya. Itulah impiannya sedari kecil.
            Hanya tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk dia tamatkan pengajiannya di kolej. Selepas itu, dia akan menempuh alam baru. Iaitu alam pekerjaan pula. Dia berharap agar alam pekerjaannya tidaklah seteruk yang dibayangkan.
            Dia tersentak kecil apabila sahabatnya itu menjerit nyaring berserta dengan tepukan berbisa di lengannya. Terkebil-kebil anak matanya memandang wajah sahabatnya itu. Lengan yang sedikit pijar digosoknya beberapa kali agar bisa meredakan kesakitan yang melanda. Terkejut aku dibuatnya.
            “Kau dengar tak apa yang aku cakapkan tadi?” Sahabatnya menyoal tegas.
            “Dengar…Dengar…” Teragap-agap dia menjawab pertanyaan sahabatnya itu. Sesekali dia menelan liurnya. Jangan dia angin sudahlah. Mati aku nak menjawabnya.
            “Tolonglah aku!! Pleasee…” Rayu sahabatnya lembut.
            Lengan Ann yang menjadi mangsa pukulannya tadi disentuh lembut. Berharap agar rayuannya itu akan dipertimbangkan oleh sahabatnya. Malah dia berharap sangat agar Ann dapat membantunya kali ini. Bukannya dia tidak boleh cari orang lain tetapi dia lebih gemar menggunakan khidmat Ann.
            Andainya dia tidak merayu sedemikian rupa, pasti sahaja sahabatnya itu tidak mahu membantu. Bukan dia tidak kenal perangai pelik sahabatnya itu. Merayulah macam mana sekalipun, jika dia tidak mahu membantu akan diberikan pelbagai alasan.
            Mereka bukannya baru kenal. Mereka telah lama bersahabat baik. Disebabkan itulah, dia arif sangat dengan perangai Ann. Baginya, Ann seorang gadis yang pelik. Pelik dalam soal apa? Ann bukannya seperti gadis-gadis yang ada di luar sana. Dia seakan hidup dalam dunianya sendiri walaupun dia bercampur dengan orang lain.
            “Erk!! Tolong apa ek?” Soal Ann selamba. Dia kurang mengerti akan permintaan gadis itu. Apa yang dia nak aku buat?
            “Kau ni betul ke dengar apa yang aku cakapkan tadi?” Anak matanya sudah tajam merenung wajah bersih sahabatnya itu. Kata dengar. Dah tu, tanya balik kenapa?
            “Erk!! Kau cakap apa?” Ann menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mampus aku kali ni!
            “Ya ALLAH, Ann!! Dah hampir dua jam aku duk bercerita kat kau tapi satu hapa pun kau tak pay attention.” Keluh gadis itu geram sambil menggelengkan kepalanya. Menghabiskan air liur aku aje.
            Sakit sungguh hatinya melihatkan tingkah sahabatnya itu. Jika diturutkan hatinya yang marah saat ini, mahu sahaja dia mencekik-cekik leher sahabatnya itu. Wajahnya telah mula kelihatan bera. Merah padam jadinya. Bagaikan udang dibakar.
            Ann tersengih kecil dengan wajah tidak bersalah mendengarkan bebelan gadis itu. Sedar akan kesalahan yang telah dia lakukan sebentar tadi. Bukan niatnya untuk buat endah dan tidak sahaja tetapi cerita sahabatnya itu terlalu panjang untuk dianalisis. Sehinggakan sukar untuk otak kecilnya mencerna yang mana patut diambil serius dan yang mana pula harus dinyahkan.
            “Kau kemana masa aku bercerita?” Gadis itu cuba menahan marahnya.
            “Aku kan ada kat sini. Mana pulak aku pergi mana-mana.” Ann jawab tanpa perasaan.
            “Kalau kau ada kat sini…takkanlah kau tak pay attention langsung apa yang aku bagitau kau?” Bentak gadis itu sedikit kuat. Geram dan sakit hati mula bercampur menjadi satu.
            “Adoyiii!!! Masalah problemnya sekarang ni, Cik Nur Chinta…cerita kau tu boleh buat satu buku novel tau tak?” jelas Ann jujur.
            “Apsal pulak?” Gadis yang bernama Nur Chinta itu mengerutkan dahinya.
            “Punyalah panjang berjela-jela. Cuba kau ringkaskan aje. Jadikan synopsis ke. Senang sikit otak aku nak reload segala cerita kau tu. Ini tak, sampai naik jammed otak aku dibuatnya.” Ujar Ann tenang. Takdelah aku mengantuk macam tadi.
            “Iskh, kau ni!! Ada-ada ajelah.” Rengus Nur Chinta. “Aku nak mintak kau tolong aku. Jadi photographer aku. Sepanjang bulan ni model-model aku ada photo shoot.” Jelas Nur Chinta dengan panjang lebar.
            “Apsal aku pulak? Budak-budak kau ada. Suruh ajelah mereka.”
            “Masalahnya sekarang ni, budak-budak aku sibuk dan aku kekurangan tenaga kerja. Yang aku nampak sekarang ni, kau seorang aje yang free. Disebabkan itulah aku offer kerja ni dengan kau.”
            Ann menggaru dahinya yang tidak gatal. Pening dia dengan ulah sahabatnya itu. Semacam tiada orang lain lagi yang dia boleh cari. Malah gadis itu boleh sahaja mencari jurugambar sambilan yang lain untuk membantunya.
Dia yakin sama sekali bahawa pasti sahaja ada jurugambar sambilan yang berminat. Mana mungkin mereka tidak berminat andainya upah yang diberikan oleh syarikat gadis itu agak lumayan berbanding dengan tempat lain. Kenapa peluang itu mahu diberikan juga kepadanya?
            “Kau nak tolong atau tak?” Nur Chinta menumpukan perhatiannya kepada Ann apabila Ann tidak memberikan sebarang tindak balas.
            “Aku ni susah sikitlah, Chinta.” Keluh Ann perlahan. Serba salah pulak aku nak menolaknya.
            “Kenapa pulak?
            “Aku bukannya tak mahu tolong kau.” Ann mengusap kepalanya yang terlindung dengan tudung bawal yang dipakainya.
            “Dah tu, apa masalahnya?”
            “Masalah problemnya sekarang ni, aku pun bukannya pandai sangat ambil gambar ni. Untuk suka-suka tu bolehlah lagi. Kalau yang macam kau mintak ni aku tak beranilah. Takut lain pulak jadinya. Aku bukannya pro pun. Baru amatur aje. Lainlah aku ni pro. Kau tak payah offer lagi, aku dah tawarkan diri.
            Lagi satu, aku ni belajar lagi. Bila cuti aje aku akan merayau serata ceruk. Cari bahan-bahan yang boleh menarik minat aku. Paling kuat pun, Gee akan called aku mintak tolong kat tempat dia. Kau bukannya tak tahu aktiviti aku yang agak padat tu.” Jelas Ann dengan panjang lebarnya. Jangan dia terasa dengan penolakan aku tu dahlah.
            “Aku bayarlah, Ann. Aku bukan mintak tolong suka-suka. Lagipun, ni bukan kali pertama kau tolong aku. Dah banyak kali dah. Aku pun dah tengok gambar yang kau ambil, semuanya okay aje. Takde yang tak okaynya. Kan? Aku berpuas hati. Cantik-cantik pulak tu. Kalah dengan pro.” Nur Chinta menguatkan lagi hujahnya.
            “Ini bukan soal bayaranlah, babe.” Keluh Ann.
            Jika ingin diceritakan soal bayaran, Nur Chinta memang akan memberinya pulangan yang besar. Lebih besar dari yang Gee berikan. Seakan tidak berbaloi langsung dengan kerjanya. Apa yang sering ditekankan di sini hanyalah kepuasan. Dia ingin rasa puas waktu bekerja. Bila dia terasa akan kepuasannya, maka hasilnya pasti sahaja akan membuatkan dia tersenyum lebar.
            Dia boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. Samada Nur Chinta mahupun Gee. Cuma dia inginkan kepuasan di dalam kerjanya. Andainya diberi pilihan untuk memilih dia lebih gemar bekerja dengan Gee berbanding Nur Chinta.
            Nur Chinta dan Gee merupakan sahabat baiknya sewaktu di alam persekolahan lagi. Masing-masing datang dari keluarga yang berada. Cuma dia sahaja yang datang dari golongan yang sederhana. Namun, itu tidak sedikit pun menjarakkan perhubungan di antara mereka bertiga. Malah Nur Chinta dan Gee tidak pernah langsung merendah dan memperlekehkannya. Disebabkan itulah, hubungan mereka bertiga kekal sehingga ke hari ini.
            Nur Chinta menguruskan syarikat modeling manakala Gee pula menguruskan taska. Walaupun dia suka mengambil gambar bagi mengisi masa lapangnya tetapi dia lebih gemar mengambil gambar-gambar alam semulajadi daripada gambar-gambar model yang berpakaian tidak pernah cukup dengan kain dan benang.
            Untuk meluahkan rasa hatinya kepada sahabatnya itu, dia tidak sampai hati pula. Dia tidak mahu mengecilkan hati sahabatnya itu. Lagipun, Nur Chinta dan Gee telah banyak membantunya di kala dia di dalam kesusahan. Oleh kerana itulah, dia lebih gemar mendiamkan sahaja apa yang terbuku di lubuk hatinya.
            Akhirnya, dia mengambil pendekatan yang sewajarnya. Mungkin minat Nur Chinta lebih kepada bidang tersebut dan rezekinya dari sumber yang begitu. Jadi, tidak adil rasanya dia mempertikaikannya. Rezeki masing-masing. Yang pening ikhlas dan juga halal.
            “Kalau bukan pasal bayaran, pasal apa?” Nur Chinta masih tidak puas hati dengan penolakan Ann itu. Ada saja alasan dia.
            “Kau kena faham tugas seorang pelajar, Chinta. Belajar…belajar…dan belajar. Bila ada assignment pula, kena buat. Bila ada presentation dan kuiz, kena prepare. Aku takut yang aku tak boleh nak hadap semua tu. Mahunya mereng pulak otak aku yang kecil ni nanti.”
            “Woit, setan!! Apa yang kau dok merepek ni?!!” Nur Chinta menjengilkan matanya ke arah Ann.
            Sakit pula hatinya mendengarkan alasan yang tidak munasabah daripada Ann itu. Bukannya dia tidak pernah menjejakkan kaki di kolej. Dia pernah merasa semua itu. Malah dia tahu apa yang Ann bicarakan. Baginya, itu bukanlah boleh dijadikan alasan untuk Ann menolak permintaannya sebentar tadi.
            “Aku pun tak tahu apa yang aku duk mengarutkan.” Ann tertawa besar. Sah, otak aku dah tak boleh nak berfikir dengan betul lagi!
            Nur Chinta menggelengkan kepalanya. Kepalanya bertambah berdenyut-denyut melihatkan ulah Ann itu. Sejujurnya dia tidak dapat menerima alasan yang baru sahaja diberikan oleh sahabatnya itu.
            “Aku tahu kau tu student. Yang aku cakapkan sekarang ni hanya untuk hujung minggu saja. Tak pun masa kau takde class. Faham?” Nur Chinta menekankan suaranya agar Ann mengerti apa yang cuba disampaikan kepada gadis itu.
            Dia akui Ann memang seorang amatur. Walaupun begitu setiap gambar yang diambil oleh Ann seakan professional. Dia amat kagum sama sekali dengan kebolehan yang dimiliki oleh Ann. Bukan sahaja dia, malah Gee juga begitu.
            Disebabkan itulah, dia berani menawarkan Ann kerja part time di syarikat modelingnya yang baru sahaja mula bertapak ini. Yang menjadi masalahnya, Ann seakan liat sedikit untuk membantunya. Ada sahaja alasan yang akan diberikannya.
            Berlainan pula dengan Gee. Ann boleh sahaja membantu Gee tatkala sahabat mereka itu meminta pertolongan daripadanya. Ada masanya dia berkecil hati juga dengan Ann tetapi cepat-cepat ditepisnya sangkaan buruk yang bertandang.
            Dia tahu, Ann tidak gemar sama sekali untuk membantunya kerana kebanyakan model-modelnya akan memakai pakaian yang tidak cukup kain. Bukan baru sehari dua dia mengenali Ann. Dia tahu bagaimana sikap Ann. Walaupun Ann tidak pernah sekali untuk meluahkannya.
            “Macam ini ajelah, Chinta. Aku akan tolong kau bila aku free aje. Macam mana?” Akhirnya, Ann membuat keputusan. Kasihan pulak aku dengan minah ni.
            “Maksud kau?”
            “Hujung minggu ataupun bila aku takde class. Setuju?”
            “Gee pulak macam mana?” Nur Chinta menyoal kembali. Apa pulak kata minah tu nanti?
            “Dia tu tak tentu. Kalau dia perlukan aku, dia akan cari aku. Kalau tak tu, aku dengan kerja-kerja akulah. Lagipun, selalunya aku tolong dia bila cuti semester aje. Dia jarang ganggu aku sebelum cuti semester tu.” Jelas Ann dengan panjang lebar.
            Nur Chinta menganggukkan kepalanya. Dalam soal ini, Gee tidaklah berkecil hati dengannya andai Ann membantunya di Chinta Agency nanti.
            “Tentang bayaran tu pulak, terpulanglah pada kau nak bayar macam mana.” Sambung Ann bila dilihatnya Nur Chinta tidak langsung menjawab kata-katanya seketika tadi.
            “Ermm…aku bayar kau macam selalulah. Ikut jam. Boleh?”
            Ann menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dengan bayaran seperti yang telah dicadangkan oleh Nur Chinta itu sudah agak lumayan baginya. Tidak perlulah dia berunding harganya lagi.
            Kali ini, Nur Chinta bisa sahaja tersenyum manis. Dia tahu, dia boleh harapkan Ann. Ann seorang yang ringan tulang dalam membantu teman-temannya. Malah dia juga sanggup membantu andainya dia tidak mendapat upah.

Sabtu, 22 Mac 2014

Short Review....STRICTLY IN LOVE By Nvel Addct

Short Review of Strictly In Love ("SIL") karya Kynn Latif

[copy paste dari facebook Nvel Addct] March 21, 2014 at 11:17pm

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak bagi short review untuk SIL kepunyaan Kynn Latif. Karya Kynn Latif yang pertama diterbitkan oleh Fajar Pakeer. Saya suka tengok cover buku SIL, nampak cerah dan ceria tetapi kandungan ceritanya tidak begitu. Kandungannya agak berat pada saya sebab ianya adalah sebuah kisah sedih.


Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu pihak lelaki. Cinta yang bertandang ketika tuan punya diri tidak sedari lantas cinta itu berlalu pergi tanpa disedari. Sayu hati saya tatkala membaca naskah ini.

Damia Huda, si gadis hitam manis, anak orang berada dan juga merupakan seorang businesswoman yang berjaya. Who fell in love at first sight dengan seorang pemuda kampung yang biasa-biasa aje tapi hensem gila yang bernama Darwisy. Malangnya, si jejaka tidak mencintai si gadis sepertimana si gadis mencintai si jejaka.

Darwisy Malik seorang anak orang kampung yang sentiasa patuh dengan perintah keluarga. Walaupun dia sudah ada pilihan hatinya sendiri, bila ayahnya suruh dia berkahwin dengan Damia, dia pun ikut aje lah. Pada malam perkahwinan, Darwisy memberitahu hal sebenar kepada Damia yang dia tidak menyintai Damia dan tidak berhasrat pun nak berkahwin dengan Damia. Damia terkedu mendengar perakuan tersebut. Darwisy juga berjanji tidak akan menyentuh Damia sehingga dia menceraikan Damia sendiri selepas genap 3 tahun mereka berkahwin. Siapa yang tak kecewa kalau suami cakap macam tu pada malam perkahwinan, kan? Tapi Damia memang seorang wanita yang tabah. Kerana cinta, Damia tetap bertahan sebagai isteri Darwisy walaupun Darwisy tidak pernah menyentuhnya.

Adlan pula seorang duda beranak satu. Muncul dalam hidup Damia kerana wajah Damia seiras wajah arwah isterinya. Cuba untuk memenangi hati Damia walaupun dia tahu Damia menyintai Darwisy sepenuh hati.

Agak menyedihkan bila dah 2 tahun berkahwin baru Darwisy terkial-kial mahu belajar menyintai isterinya..baru nak belajar erti cemburu. Tidak cukup dengan itu, lebih menyedihkan lagi bila ibu Darwisy sendiri sering mencerca dan mengata Damia di depan mata (serious saya sedih...rasa macam kena dekat batang hidung sendiri pula). Still, agak mengecewakan bagi saya kerana Darwisy tidak berusaha betul-betul untuk memujuk hati isteri yang telah lama terluka. Terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata ibu Darwisy, "Selagi perempuan tu menjadi menantu dalam rumah ni, saya takkan sekali-kali iktirafkan dia sebagai menantu saya. Abang faham tak?"

Saya suka disaat Darwisy mula mengenali perasaan cemburu. Terdapat beberapadialog yang saya suka ulang baca di dalam naskah ini. Antaranya.....

1. Cemburu dengan Setiausaha Damia

"Siapa Fierdaus?" soal lelaki itu tiba-tiba.

"Setiausaha saya," jawab Damia tenang.

"Bagaimana orangnya?" soal lelaki itu lagi.

"Okey," balas Damia sepatah.

"Maksud saya, penampilannya."

"Hmm... dia biasa-biasa saja. Good looking and quite handsome. Kenapa?" soal Damia hairan.

"Nothing, but I wish one day I'll meet him personally." Jujur lelaki itu meluahkan hasrat hatinya tatkala itu. Kenapa hati aku rasa sakit sangat saat ni?

2. Cemburu dengan Kimura

"Awak cemburu ya?" soal Damia perlahan.

"Cemburu? Tentang apa?" Darwisy menyoal dungu.

"Kimura," jawab Damia sepatah.

"Tak ada masa saya nak cemburu," jawab Darwisy dengan suara yang bergetar.

"Betul ni?" duga Damia lagi.

Darwisy menganggukkan kepala laju.

"Jadi, awak nak kenal dengan Kimuralah?" tanya Damia lagi.

Darwisy menganggukkan lagi kepalanya. Sememangnya dia ingin sangat kenal dengan Kimura itu. Dapat dirasakan bahawa lelaki itu telah berjaya merampas  cinta Damia daripadanya. Hebat sangat ke lelaki itu sampai sanggup rampas cinta dia daripada aku?

"Okey. Encik Darwisy Malik, saya kenalkan awak dengan Kimura. Kimura, ini Darwisy Malik. Dia, hubby saya." Dengan wajah tidak bersalah, Damia memperkenalkan Darwisy dengan Kimura.

Darwisy tergamam seketika.

"Inilah Kimura yang awak nak kenal sangat tu."

"Bear ni, Kimura?" soal Darwisy lambat-lambat.

Sweet kan? Cemburu dengan teddy bear. Hahahahaaa...tu belum lagi dia cemburu dengan Dinie, iaitu kembar lelaki Damia sebab dia belum pernah berjumpa dengan Dinie sebelum ni. Ada banyak lagi sweet episodes di dalam naskah ni.

Tetapi dalam banyak-banyak episode, ada dua episode yang saya tak boleh lupakan. Iaitu di mana malam terakhir they spend time together sebelum Darwisy secara official menceraikan Damia. Saya rasa seperti hati saya sendiri yang hancur into a million pieces. It was the sweetest and hardest time saya rasa dalam naskah tersebut. Even while saya menulis ni pun, air mata saya dah mula nak tumpah sebab saya remember setiap patah perkataan yang terucap dari Darwisy dan Damia pada malam tersebut. Habis tisu satu kotak saya habiskan semasa saya membaca minggu lepas. Satu lagi episode yang saya tidak boleh lupakan ialah di mana Damia accident semasa dia sepatutnya dinikahkan dengan Fendi tetapi dia tidak boleh nak teruskan dan semasa dia berlari keluar dari masjid untuk mencari Darwisy, dia telah mengalami kemalangan.

Saya sangat menghormati maksud cinta Damia pada Darwisy. Cintanya sungguh hebat dan sejati. Walaupun bila dia telah kehilangan segalanya, cintanya tetap bersemadi di dalam hati.

Terima kasih buat Kynn Latif atas naskah SIL ini. Karya beliau telah berjaya membuat saya tersenyum, ketawa, marah dan menangis. Walaupun cerita dia agak berat sebab ianya bermain dengan hati dan perasaan yang paling dalam tetapi saya berpuas hati dengan karya beliau. Saya look forward to karya seterusnya dari saudari Kynn Latiff ni. Teruskan berkarya, Kynn...!

::TQVM to Ayong sbb sudi review SIL Angah ni::

Ahad, 9 Mac 2014

Luahan Aku...STRICTLY IN LOVE


Kalau semalam aku dapat postkan karektor bagi KASIH JANGAN KAU PERGI. Hari ni aku postkan pulak karektor yang aku gunakan dalam STRICTLY IN LOVE. Novel ni telah pun berada di pasaran since October last year. Ni merupakan novel kedua aku. Novel pertama masih lagi belum diterbitkan. Menurut publisher, sedang menunggu giliran. Adoyii!! Sabar ajelah, kan? Dah hampir 3 tahun aku menunggunya tapi...no feed back daripada mereka. Insya-ALLAH, andainya ada rezeki aku...maka adalah.

Berbalik pada novel yang ni. Watak DARWISY MALIK a.k.a DARWISY, sememangnya aku ambil 100% karektor dak AARON AZIZ ni. Sebabnya? Sebab...aku ni peminat dia. Seperti yang aku katakan semalam. So, aku abadikan dia sebagai watak hero aku (selalu aku bergaduh dengan anak saudara aku sebab dia minat giga dak ADI PUTRA).

Watak heroinnya pulak, aku tak terfikiran sesiapa pun coz DAMIA HUDA LUFTI a.k.a DAMIA ni seorang yang daring, seksi, ego dan tak berapa santek pun. Yang sedang-sedang saja (Uiks!! Sekali lagi aku gunakan tajuk lagu ni hehehe!!).

Maka dengan itu aku memilih REEN RAHIM AF6. Aku rasa dia ni sesuai kut buat dak Damia. Sebabnya? Sebabnya...dia berkulit hitam manis, sweet & dia sedikit seksi (Pada pandangan akulah. Tak tahu pulak penilaian korang semua). Aku dah beberapa kali tengok dia ni berlakon kat tv. Boleh tahan jugak dan dia pandai menghayati watak walaupun dia masih baru dalam bidang seni (Erk!! Sejak bila pulak aku ni pandai nak mengkritik orang?)

Harap-harap novel ni dapat menarik minat pembaca. Rasa gementar jugak. Mana taknya, ni merupakan novel aku yang pertama di pasaran. Risau jugak dengan penerimaan para pembaca dan jugak pengkritik novel. Pasti aje, ada yang tak berpuas hati ataupun yang memuji (setakat ni ramai yang memuji...Alhamdulillah, syukur)

Insya-ALLAH, kalau ada rezeki...novel ni akan diadaptasikan sebagai drama. Semuanya masih lagi dalam perbincangan. Diharap mendapat sokongan daripada anda semua. Tanpa anda, saya tidak mungkin akan berada di tempat saya sekarang (Dah macam ucapan penerima anugerah le pulak hahaha!!)

Bagi yang mengkritik...akan aku terima dengan hati yang terbuka walaupun kritikan anda terlalu sakit ataupun perit untuk kami sebagai seorang novelis terima. Ingatlah, bukan senang nak jadi seorang penulis dan bukan mudah untuk memenuhi permintaan para pembaca. Kami berkarya kerana kepuasan. Andai ada kritikan, biarlah yang membina bukannya dengan menjatuhkan.


#Lagu ni sesuai sangat dengan novel ni. Sememangnya tajuk awal yang aku nak berikan adalah tajuk lagu ni tetapi ianya telah ditukar kepada KAU KUSAYANG. Setelah bersetuju dengan pihak publisher, maka tajuk STRICTLY IN LOVE menjadi pilihan.
#Kenapa tajuk ni yang aku pilih? Sebabnya...aku minat lagu ni dan jalan cerita pula lebih sikit kurang aje dengan lirik lagu ni wakakaka!!

::...Meeting You Was Fate, Becoming Your Friend Was A Choice But...Falling In Love With You Was Beyond My Control...::

Sabtu, 8 Mac 2014

Luahan Aku...Kasih Jangan Kau Pergi


 Ermmm...macam mana? Sesuai tak watak NAD ZAINAL sebagai QUE a.k.a IWANA QASDINA dalam citer ni? Bila tengok Nad berlakon dalam telefilem MISAH TARZAN, HAJAR RUNCIT baru-baru ni...aku tertarik dengan watak tomboy dia tu. Memang slumber giga. Kelakar pun ada. Bukan aku aje yang cakap macam tu tapi, anak saudara aku pun kata benda yang sama. Sanggup dia berkampung kat rumah aku semata-mata nak tunggu telefilem tu tamat.

Watak lelaki pulak, aku tak terfikir siapa pun. Kalau diikutkan kepala aku yang sengal ni, mahu saja aku pilih my febret actor. Siapa? Siapa lagi kalau bukan....AARON AZIZ hahaha!! Tapi...takkanlah nak gunakan watak yang sama kut. Kan? Kan? Kan?

Watak Aaron...aku dah gunakan dalam novel STRICTLY IN LOVE. Kalau aku guna watak yang sama mahunya orang kata yang aku ni peminat tegar si Aaron Aziz. Pada hal, takdelah tegar sangat pun. Tapi...bila nampak dia kat kaca tv...boleh hilang tumpuan jadinya hahaha!!

So, aku pilihlah mamat ni. Jika diikutkan karektor IRFAN, dia ni dikirakan sesuailah. Nak kata hensem, taklah sangat. Kira yang sedang-sedang saja (Uiks!! Dah macam tajuk lagu pulak hehehe!!). Bukannya apa, tak tahu nak gambarkan siapa yang sesuai. Kira halallah ya.

Apa pun, moga terhibur dengan mss ni. Nasihat aku cuma satu...Jangan sesekali hina orang kerana kekurangan yang ada pada dia. Tidak mustahil suatu hari nanti, orang yang kita hina...orang yang sering kita rendahkan...orang yang sering kita perlekehkan...akan menjadi orang yang kita sayang separuh mati.

Rabu, 5 Mac 2014

Kasih Jangan Kau Pergi 8

QUE memerhati keadaan sekeliling melalui celah daun pintu bilik yang terbuka sedikit. Dia baru sahaja menyelinap masuk ke dalam hospital tersebut untuk bertemu dengan Candy. Sudah hampir dua minggu dia berbuat sedemikian rupa.
            Dua minggu yang lalu Candy telah dimasukkan ke hospital tersebut akibat demam panas. Disebabkan itulah, sahabatnya itu terpaksa ditahan di wad. Saat ini, dia sedang melarikan diri daripada dikesan oleh Siva, pengawal keselamatan yang bertugas di situ. Dia kenal sangat dengan pengawal keselamatan di situ. Bukan sahaja Siva, malah semua pengawal keselamatan di situ dikenalinya.
            Fuhh!!! Lepas sippoott! Ingatkan tak lepas tadi! Dahlah masa aku terhad nak jumpa dengan dak Candy. Masa tu jugaklah dia nak buat sekatan jalan raya bagainya. Ini silap-silap nanti, dak Candy dah keluar aku pulak yang masuk dalam gantikan tempat minah tu.
            Sesekali dia menyeka peluh dingin yang mula merenik di dahinya yang licin itu. Bila keadaan sudah reda sedikit nanti, dia akan keluar dari tempat itu secara sembunyi-sembunyi. Tidak sanggup untuk dia duduk diam di dalam bilik itu lama-lama. Seakan dapat dirasakan seperti ada mata yang memandangnya. Sedangkan setahunya, bilik itu kosong. Seram semacam pulak aku duduk kat dalam bilik ni. Macam ada yang memerhatikan aku aje. Entah-entah perasaan aku aje kut.
            “Hoi!! Nak jadi pak guard ke?” tegur satu suara garau dari arah belakangnya. Selamba kodok aje dia terpacak kat situ.
            Que mengerutkan dahinya seketika tatkala mendengarkan suara asing itu. Kepalanya dihulurkan sedikit keluar dari bilik itu. Seakan sedang mencari kelibat seseorang sahaja lagaknya. Namun tidak langsung kelihatannya. Mana pulak datangnya suara garau mengalah mak nyah tertelan chewing gum ni? Takkan suara dak Siva pulak kut?
            “Sejak bila pulak kat hospital ni ada pak guard yang tak bergaji?” tegur suara itu lagi. Dia boleh buat tak tahu lagi.
            Que tersentak seketika. Sesekali dia mengorek telinganya yang tidak gatal. Aku silap dengar ke apa ni? Ke memang ada orang yang bercakap dengan aku saat ni? Konpius betul otak aku dibuatnya.
            “Kau tak silap dengar pun.” ujar suara itu lagi. Seakan ianya dapat membaca apa yang berada difikiran Que saat ini. Aduh!!! Masalah betul budak ni!
            “Si…Si…Siapa?” soal Que teragap-agap. Takkan hantu pulak kut. Siang lagi ni. Bukannya malam. Kalau malam yalah. Percaya jugak aku.
            “Oranglah. Takkan hantu pulak.” Jerkah suara itu lagi. Sah, dia masih lagi tak perasan!
            “Orang? Kalau orang, kau kat mana? Aku tak nampak pun.” soal Que lagi dengan sedikit berani. Ada orang lain ke kat dalam bilik ni?
            “Kat belakang kau.” Jawab suara itu. Teruk betullah budak ni.
            Perlahan-lahan Que memalingkan wajahnya. Sesekali dia menelan liurnya. Terlayar di hadapan matanya saat ini wajah dua orang pemuda di dalam bilik itu sedang merenungnya dengan tajam. Alapak!!! Kantoi sudah! Macam mana aku boleh tak perasan yang aku masuk bilik yang ada orang ni?
            “Apa kau orang buat kat sini?” selamba Que menyoal. Siapa pulak mamat-mamat ni?
            “Sepatutnya, kami yang tanya soalan tu pada kau dan bukannya kau yang tanyakan kami soalan tu.” Pemuda itu bercekak pinggang. Dia salah bilik ke apa ni?
            Que tersengih mendengarkan kata-kata yang daripada pemuda yang berpakaian kemas itu. Sedari tadi hanya suara itu sahaja yang didengarnya. Manakala sahabatnya yang terbaring sakit itu langsung tidak berkutik walau sedikit pun. Malah pemuda itu merenungnya tanpa berkelip. Que menggaru kepalanya yang tidak gatal. Betul jugak apa yang dia cakap tu. Wrong question hehehe!!!
            “Kau lari dari siapa?” Pemuda itu berpeluk tubuh. Macam pencuri aje.
            Wajah Que yang selamba dan tidak berperasaan itu direnungnya dalam-dalam. Dalam diam dia menelek Que dari atas hingga ke bawah. Dapat dilihat Que berpakaian begitu selekeh sekali. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Apalah nak jadi agaknya dengan budak ni.
            “Ha?!!” Que terkejut mendengarkan soalan dari pemuda itu. Anak matanya menikam wajah pemuda itu dalam-dalam. Dia tahu ke aku lari dari dak Siva tu?
            “Aku tanya, kau lari dari siapa?” ulang pemuda tersebut. Pekak ke apa budak ni?
            “Tak…Takde siapa-siapa.” Jawab Que teragap-agap sambil menggelengkan kepalanya laju. Takkan aku nak bagitahu yang aku lari dari dak Siva tu. Mahunya dia bagitahu dak Siva tu nanti pasal aku pulak.
            “Kau jangan nak tipu aku.” ujar pemuda itu tegas sambil menundingkan jarinya ke arah Que. “Kau masuk bilik ni terhendap-hendap. Macam kau melarikan diri dari seseorang aje. Siapa?” Lagi tak mahu mengaku dengan aku.
            Que menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia resah seketika. Dia tidak punya jawapan yang cukup kuat untuk menjawab soalan pemuda tersebut. Apa yang aku nak beritahu dia ni? Takan nak bagitahu hal yang sebenarnya? Nak mampus! Mahunya empat bulan, empat minggu dan empat hari dia gelakkan aku. Tak sanggup aku!
            Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Muaz dan juga Syahmil. Hairan mereka berdua dengan sikap Que. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak seperti sedang berkata-kata namun tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari bibir munggil tersebut.
            “Hoi!! Kau apa hal?” Jerkah Syahmil. Panas hatinya melihatkan kebisuan Que itu. Aku bercakap dengan dia, boleh dia buat tak tahu aje.
            “Sorrylah, boss! Saya tersilap masuk bilik. Bukannya saya sengaja pun.” Jawab Que pantas. Lainlah kalau aku sengaja. Ni semua dak Siva tu punya pasallah.
            “Sejak bila pulak aku jadi boss engkau?” Syahmil bercekak pinggang. Dia ni sengaja nak menguji tahap kesabaran aku ke?
            “Ek’eleh!! Panggil boss pun salah. Dah tu, aku nak panggil kau apa? Takkan nak panggil hoi-hoi pulak, kan? Nanti kata aku ni kurang ajar.” Luah Que selamba. Tak faham betullah aku dengan dia ni.
            “Eh-eh…Banyak cakap pulak engkau ya.” Syahmi mengetap giginya menahan rasa marah. Ada yang makan penampar jugak ni.
            “Eh!! Angin satu badanlah lu, der. Rilekslah! Aku salah masuk bilik aje. Bukannya apa pun. Lainlah kalau aku masuk, aku curi apa yang ada kat dalam bilik ni. Orang yang punya bilik pun tak kecoh, dia pulak yang kecoh-kecoh. Macam bagus-bagus aje lu ni!” Que memeluk tubuhnya sambil mencebikan bibir. Lainlah kalau kau punya bilik. Bolehlah kau nak marah bagainya dengan aku.
            “Kau ni, kan. Sepatah aku cakap, berpuluh-puluh patah kau balas ya.”
            “Okaylah, wa pergi dulu. Apa-apa hal, sorry der sebab tersalah masuk bilik kawan lu yang mahal ni.” Que tersengih kecil sebelum berlalu. Angin satu badan betul mamat ni.
            Muaz hanya tersenyum nipis melihatkan ulah Syahmil dan juga Que itu. Sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati sahaja. Tidak langsung terlintas untuknya mencelah. Dia tahu, Syahmil boleh menguruskan situasi sedemikian rupa. Que pantas membuka pintu bilik tersebut. Namun, dia tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia kembali berpusing lalu mendekati katil yang menempatkan Muaz. Jelas kehairanan di wajah kedua pemuda itu. Apa yang dia mahu lagi?
            “Nah! Ni untuk lu!” Que menundingkan jarinya ke arah Syahmil. Padan muka kau!
            Syahmil dan Muaz merenung ke arah dua biji pil yang seakan panadol bentuknya tetapi agak berlainan sekali warnanya yang diletakkan di atas meja yang terdapat di hujung kaki. Masing-masing mula mengerutkan dahi mereka.
            “Apa tu?” soal Muaz dungu. Ubat? Untuk apa?
            “Ini…namanya panadol tapi untuk orang kena sengugut. Orang yang mengalami sengugut aje akan makan pil ni. Kalau lu rasa-rasa lu sengugut, wa nasihatkan agar lu makan pil ni. Garenti lu takkan marah-marah tanpa sebab macam tadi, der.” Jelas Que dengan selambanya. Kalau tak faham jugak, tak tahulah aku.
            “Kau…” Syahmil menundingkan jarinya ke arah Que. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu oleh Que. Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran MU.
            Muaz tertawa besar mendengarkan kata-kata Que itu. Geli benar hatinya melihatkan cara Que mengenakan Syahmil sebentar tadi. Tidak dia sangka bahawa Que punya idea sedemikian sekali. Wajah Syahmil mula merah padam menahan marah dan geram. Que telah berjaya memalukannya di hadapan Muaz. Jika diturutkan hatinya yang sedang marah saat itu, mahu sahaja dia menumbuk muka Que dengan sekuat-kuat hatinya. Nasib baiklah dalam hospital. Kalau kat luar dah makan penampar dia ini.
            Que tersengih kegembiraan kerana telah berjaya mengenakan Syahmil. Sememangnya dia sengaja mengenakan Syahmil. Ketika dia ingin membuka pintu, tanpa sedar pintu bilik tersebut dibuka oleh seseorang daripada luar. Akibatnya, dahinya terhantuk dengan begitu kuat dengan muka pintu tersebut.
            “Auch!!!” jerit Que. Ni betul-betul ALLAH balas cash kat aku!!
            “Ops, sorry! Are you okay?” soal wanita itu lembut. Macam manalah aku boleh tak perasan yang ada orang di sebalik pintu ini?
            Que mendongakkan wajahnya tatkala mendengarkan suara itu. Tangannya tidak lepas daripada memegang dahinya yang telah mula berdenyut kesakitan. Dia pasti yang dahinya akan merah sebentar lagi. Hilanglah macho aku!!
            “Doktor ni memang sengaja tau!!” Marah Que. Nak bunuh aku ke?
            “Apa awak buat kat sini?” soal doktor muda itu kepadanya. Pelik betullah dia ni.
            “Buat bodoh.” Balas Que selamba. “Dah tentu-tentulah saya datang nak jumpa Candy.” Takkanlah aku nak suka-suka aje datang sini. Apa punya soalanlah.
            “Bukan ke bilik Camelia di sana?” soal doktor itu hairan sambil menundingkan arah yang sepatutnya Que tuju. “Yang awak masuk bilik orang ni kenapa?”
            “Iskh, Doktor Linda ni! Banyak sangat soalannyalah. Mengalahkan polis pencenlah pulak.” Que masih lagi memegang dahinya yang berdenyut kesakitan itu. “Saya dah silap masuk biliklah, doktor.”
            Doktor Linda menghela nafasnya. Dia telah lama mengenali Que. Dia mengenali Que sewaktu dia merawat penyakit yang dihidapi oleh ibu gadis itu. Setiap hari, dia dapat melihat Que datang melawat ibunya. Tidak kira lambat macam mana pun, Que tetap akan datang melawat ibunya.
            Dia akan sentiasa setia di sisi ibunya. Sehinggalah wanita tabah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun tidak kelihatan air mata yang mengalir di pipi gebu itu namun, jelas kesayuan di wajah tenang itu. Dia tidak tahu mengapa gadis itu tidak menangis di saat kehilangan insan yang amat disayanginya.
            “Hari-hari awak datang pun, awak boleh lupa kat mana bilik kawan baik awak?” soal Doktor Linda lembut. “Sakit lagi ke dahi awak tu?” Doktor Linda merenung dahi Que yang sudah mula tampak merahnya. Kasihan pulak aku tengok dia ni.
            “Tak. Dah elok pun. Okaylah, boss. Eh!! Silap, doktor. Saya minta diri dulu.” Pinta Que. Biol sekejap otak aku dibuatnya.
            “Kalau dahi tu masih sakit lagi, datang jumpa saya.” Pesan Doktor Linda.
            “Okay, boss. Eh!! Silap lagi. Okay, doktor.” Ucap Que berserta sengihan yang panjang. Adoyiii!! Payah betullah aku ni.
            Doktor Linda menggelengkan kepalanya sahaja melihatkan ulah Que itu. Dia mendekati katil yang menempatkan Muaz. Dengan tenang dia melakukan pemeriksaan ke atas pemuda tersebut. Sesekali dia berbual-bual kosong dengan pemuda itu.
            “Doktor kenal ke dengan budak tadi tu?” soal Muaz tiba-tiba. Ada peluang mintak nombor telefon dia ni.
            “Siapa?” soal Doktor Linda sepatah. Wajah tampan Muaz direnungnya. Dia tanya tentang siapa? Que ke?
            “Budak yang terlanggar pintu tadi tu.” Celah Syahmil. Doktor pun boleh kenal dengan dia. Hebat tak hebat budak tu.
            “Kenal gitu-gitu aje.” Jawab Doktor Linda tenang. “Dia selalu datang sini lawat kawan dia. Kenapa?” Mereka berdua berminat dengan Que ke?
            “Takde apa. Saja bertanya.” Syahmil tersenyum nipis. Agaknya dia selalu datang sini.
            “Siapa nama dia, doktor?” soal Muaz lagi. Selamba gila budaknya.
            “Nama penuh dia…Iwana Qasdina. Kawan-kawan dia panggil dia, Que saja.” Jelas Doktor Linda tanpa dipinta. Seorang anak yang baik.
            “Dia…perempuan?” soal Muaz lambat-lambat. Bukan lelaki ke?
            “Ya.” Jawab Doktor Linda sepatah. Kenapa? Tak percaya ke?
            “Tak nampak macam perempuan pun.” selamba sahaja Syahmil berkata. Macam jantan adalah. Takde lembutnya langsung. Siapalah yang malang jadi suami dia agaknya.
            Doktor Linda tersenyum nipis mendengarkan kata-kata Syahmil itu. Begitulah orang sekeliling memandang dan menilai Que. Termasuklah dia. Setelah mengenali Que dengan lebih dekat lagi, barulah dia tahu kenapa Que berubah. Kenapa semua orang suka menilai dia melalui luarannya saja?
            “Dah lama ke doktor kenal dengan dia?” aju Muaz. Tengok macam rapat aje.
            “Adalah dalam…empat ke lima tahun, begitu.” Doktor Linda menganggukkan kepalanya.
            “Doktor ada kena-mengena dengan dia ke?” aju Muaz lagi. Saudara dia barangkali.
            “Eh, takdelah! Dulu arwah ibunya adalah pesakit I. Dari situlah I kenal dengan dia. Sekarang ni, kawan dia pulak di bawah pengawasan I.”
            Muaz menganggukkan kepalanya tanda faham dengan penjelasan Doktor Linda itu. Sesekali dahinya berkerut seribu. Tangannya disilangkan ke dada. Seakan sedang berfikir sahaja lagaknya. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman kecil. Lagi senang kerja aku.
            “Kawan dia sakit apa doktor?” soal Syahmil pula. Boyfriend dia agaknya.
            Doktor Linda tersenyum nipis tatkala mendengarkan pertanyaan dari Syahmil itu. Tidak terlintas langsung untuk dia menjawab pertanyaan tersebut. Itu adalah rahsia pesakit dan juga doktor. Andainya dia memberitahu perkara tersebut kepada orang luar tanpa persetujuan daripada pesakit itu sendiri, ianya telah melanggar etika kedoktoran yang disandangnya selama ini.
            “Kenapa? Dia ada lakukan yang bukan-bukan ke tadi?” giliran Doktor Linda pula yang menyoal Syahmil dan Muaz. Sengaja dia melarikan diri dari membicarakan tajuk yang baru sahaja dibuka oleh Syahmil. Pasti Que dah buat sesuatu dengan mereka berdua.
            Muaz tertawa besar tatkala mendengarkan pertanyaan Doktor Linda itu. Ingatannya kembali teringatkan ulah nakal Que terhadap Syahmil sebentar tadi. Sementara Syahmil pula berubah wajahnya. Doktor Linda kehairanan dengan ulah lelaki itu. Seakan ada yang tidak kena pula.
            “I salah tanya ke?” soal Doktor Linda dungu. Rasanya tak.
            “Tak, doktor. Tak.” Ucap Muaz bersama sisa tawanya. Aduh!!! Sakitnya perut aku!
            “Dah tu?”
            “Kawan I ni, dia dapat panadol untuk mengurangkan sengugut dari budak tadi tu.” Jelas Muaz. Ketawanya kembali bergema. Kelakar betullah mereka ni.
            “Serius?” Doktor Linda membeliakkan matanya yang sepet itu. Biar betul budak ni.
            Muaz pantas menganggukkan kepalanya sambil menahan tawa. Merah padam wajahnya akibat menahan tawa. Bagi Syahmil, itulah antara peristiwa yang amat memalukan sekali dalam hidupnya.
            “Macam mana boleh jadi begitu?”
            “Salah faham doktor.”
            “Maksud you?”
            “Budak tu, tiba-tiba saja masuk dalam bilik ni.” Cerita Muaz.
            “Keadaan dia waktu tu begitu mencurigakan. Seakan dikejar oleh seseorang.” Celah Syahmil. “Bila I tanya, dia tak mahu jawab.”
            “Dia sebenarnya larikan diri dari seseorang.” jelas Doktor Linda tanpa dipinta. Mesti dia larikan diri dari Siva.
            “Maksud doktor?” soal Muaz. Dia seakan berminat untuk mendengar penjelasan yang lebih lanjut lagi daripada Doktor Linda. Dia kena kejar dengan siapa?
            “Dia selalu datang bila waktu melawat dah tamat. Jadi terpaksalah dia masuk secara sembunyi-sembunyi. Bimbang ianya diketahui oleh guard yang bertugas.” Jelas Doktor Linda dengan panjang lebar. Que…Que…Macam-macam perangai dibuatnya. Dia ingat Siva tu nak melayan dia aje ke?
            “Patutlah. Selama tiga minggu I di sini, selama itulah dia akan buat macam tu.” Ujar Muaz. Ingatkan dia lari daripada siapalah tadi.
            “Ha!! Three weeks? U mean…” Syahmil tidak menghabiskan ayatnya. Wajah Muaz direnungnya dalam-dalam. Biar betul budak tu.
            Muaz menganggukkan kepalanya sahaja. Dia seakan tahu apa yang sedang berlegar-legar di dalam kepala Syahmil itu. Maka tidak perlulah dia meluahkannya dengan kata-kata lagi.
            “Okaylah. You rehat dulu. Nanti kita jumpa lagi.”
            “Doktor…sebentar.” Panggil Muaz.
            “Ada apa, Encik Muaz?” soal Doktor Linda hairan. Ada yang tak kena ke?
            “You ada phone number that girl?” soal Muaz berserta sekuntum senyuman manis.
            “Hey!! You nak buat apa?” soal Syahmil hairan. Gila ke apa dia ni?
            Muaz tidak menjawab pertanyaan Syahmil itu. Sekuntum senyuman manis dilemparkan buat Syahmil dan juga Doktor Linda yang masih tercegat di hadapannya saat ini.