Halaman

Sabtu, 7 Disember 2013

Kasih Jangan Kau Pergi 5

QUE terduduk keletihan di tengah-tengah padang futsal itu. Peluh yang berjejeran di wajahnya diseka dengan t-shirt yang tersarung di tubuhnya. Bajunya itu telah pun basah kuyup dan berbau masam akibat peluh yang menyimbah badan. Dia menoleh ke arah sisinya apabila seseorang menghulurkan sebotol minuman isotonik untuknya. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat gadis manis itu. Penyelamat aku. Dahaga giga ni.
            “Penat?” soal gadis itu manja. Hensem pulak aku tengok dia macam ni.
            “Eh, taklah!! Tak penat pun. Letih aje.” Balas Que selamba sambil meneguk minuman yang dihulurkan kepadanya sebentar tadi. Dah tahu lagi mahu tanya. Apa punya soalan bodoh la!
            Terasa begitu nikmatnya tatkala air isotonik sejuk itu membasahi tekaknya yang sedang menanggung dahaga. Hampir sahaja air itu habis diteguknya bagi menghilangkan rasa dahaga. Macam tak cukup aje air ni. Kenapalah kau beli satu aje? Belilah dua, tiga ke.
            “Baby ini…orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.” Gadis manis itu menarik muncungnya. Saja nak mengenakan akulah tu.
            “Dah tahu, tanya lagi buat apa? Soalan bodohlah namanya tu.” Ujar Que. Kan dah kena sekali dengan aku.
            Si gadis tersengih kecil mendengarkan kata-kata Que itu. Seakan menyedari akan kesilapan dirinya sendiri. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Que. Peluh yang membasahi wajah Que, dilapnya dengan tuala kecil yang telah dibawa bersamanya tadi. Que hanya membiarkan sahaja ulahnya itu. Jika dilarang nanti pasti gadis manis di hadapannya itu akan berkecil hati. Mahunya merajuk lima, enam hari pulak. Sama macam Eysa.
            Dia berasa senang apabila dimanjakan begitu oleh gadis tersebut. Begitulah lazimnya gadis itu akan melayaninya. Dengan begitu lemah-lembut sekali. Malah gadis itu tidak pernah sekali berkasar dengannya sepanjang mereka berdua berkawan.
            Que memalingkan wajahnya apabila mendengarkan seseorang melaungkan namanya dari arah luar padang. Hanya isyarat tangan sahaja yang digunakan oleh Candy untuk mengajak mereka berdua pulang. Pasti sahabatnya tidak tahan dengan peluh yang mula melekit di badan.
            “Jom kita balik.” Que bangkit dari duduknya. Melengas dah rasa badan ni.
            “Dah nak balik ke?” Gadis itu menyoal sambil merenung wajah Que. Tidak sedikit pun dia berganjak dari duduknya itu. Takkan dah nak balik.
            “Yalah! Takkan nak tidur kat sini pulak!” Ujar Que selamba.
            “Alah, Sweet tak puas lagi jumpa dengan Baby hari ni tau! Ingatkan bolehlah pergi tengok wayang ke. Ini tak. Nak terus balik.” Rajuk Sweet. Aku baru nak ajak dia tengok wayang, dia dah ajak aku balik.
            “Kalau nak tengok wayang sekalipun, nak kena balik mandi jugak sayang oiii!!! Takkan nak suruh Baby pergi macam ni. Mahunya pengsan pulak orang kat dalam panggung tu nanti.” Jelas Que dengan panjang lebar. Silap-silap bukan mereka aje yang pengsan, dengan aku sekali pengsan kat dalam panggung tu nanti. Kau pengsan tak apalah. Boleh jugak aku cuba angkat kau.
            Sweet tersengih mendengarkan kata-kata Que itu. Tidak terfikir pula dia akan itu semua. Betul jugak itu. Tak rela aku.
            “Dah. Jangan nak tersengih-sengih lagi. Jom kita balik. Candy dah tunggu kita tu.” Ujar Que. Dia menghulurkan tangan ke arah Sweet. Marah pulak minah tu dengan aku nanti. Dahlah dia pantang sikit tengok minah ni. Ada aje yang tak kena kat mata dia.
            Pantas huluran tangannya disambut mesra oleh Sweet. Mereka berdua bergandingan keluar dari padang futsal itu. Que melayani Sweet bagaikan seorang puteri. Di saat dia leka melayan karenah Sweet dia terlanggar seorang pemuda yang datang dari arah yang bertentangan dengannya.
            “Ops, sorry!! Boss tak apa-apa ke?” Que merenung wajah pemuda tersebut. Janganlah mamat ni angin dengan aku.
            Que akan memanggil sesiapa sahaja dengan panggilan ‘BOSS’ jika dia telah melakukan sesuatu kesilapan. Tidak kiralah samada orang itu dia kenal ataupun tidak. Lelaki mahupun perempuan. Dapat pula tatkala dia mengelabah. Habis semua orang akan dipanggilnya dengan panggilan tersebut. Semacam ianya terlontar tanpa dia pinta.
            “It’s okay. Saya tak apa-apa.” Lelaki itu mengangkat tangannya. Suka-suka dia aje langgar orang. Tak nampak ke aku yang sikit punya besar ni?
            Pemuda itu mendongakkan kepalanya merenung wajah Que. Untuk seketika, masing-masing terkedu. Tidak dia sangka bahawa dia akan berjumpa dengan kedua lelaki itu di sini. Arghhh, sudah! Macam mana aku boleh terjumpa dengan dia kat sini pulak?
            “Kau rupanya, Que! Apa kau buat kat sini?” tegur Rizal. Sesekali matanya melirik ke arah Que dan Sweet. Siapa pula yang dibawanya ini?
            “Shopping.” Ujar Que selamba. “Dah tahu padang futsal, main futsallah. Takkan main kejar-kejar pulak kat sini, kan? Apalah Encik Rizal ni.” Que menggelengkan kepalanya. Sengal betullah mamat ni.
            “Ya tak ya juga.” Rizal tersegih di atas kesilapannya tersendiri. “Sorry. Silap soalan.”
            “Baru nak main atau dah habis main?” soal Irfan pula. Dia merenung wajah Que dalam-dalam. Mujur dia suka lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
            “Dah nak balik pun. Boss?” soal Que. Wajah Irfan dan Rizal menjadi santapan matanya kini. Macam baru sampai aje.
            “Baru aje sampai. Tunggu si Rizal ni ha! Itu yang lambat!” Ujar Irfan lembut. Ingatkan dia ni spesis kaki lepak kat pasaraya-pasaraya itu. Rupanya silap.
            “Kalau tak, boleh joined dengan saya sekali tadi.” Pelawa Que. Lambat sangat datangnya.
            “Eh, Que! Tak mahu kenalkan kami dengan cik adik manis yang ada kat sebelah kau tu ke?” sampuk Rizal sambil merenung wajah ayu milik Sweet. Boleh tahan juga minah ini. Awek baru dia ke?
            Que menoleh seketika ke arah Sweet yang telah tersipu malu akibat menjadi perhatian Rizal dan juga Irfan. Sesekali Irfan mengerling ke arah jari-jemari mereka yang saling bertaut di antara satu sama lain. Mengalahkan orang bercinta pulak mereka ni sampai berpegang tangan bagainya.
            “Oh! Kenalkan ni kawan saya. Nama dia, Su…Suraya. Su, kenalkan ni boss saya. Encik Irfan dan Encik Rizal.” Luah Que sedikit teragap-agap.
            Di hadapan orang lain, dia lebih gemar memanggil Sweet dengan nama sebenar gadis itu. Dia tidak mahu orang menjadi pelik dengan nama gelaran yang sering mereka gunakan. Hanya teman-teman rapat sahaja yang tahu akan nama panggilan itu.
            “Jadi, inilah Sweet ya, Que?” duga Rizal setelah mereka saling bersalaman di antara satu sama lain. Yelah tu. Macamlah aku tak tahu.
            Que tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih tatkala mendengarkan kata-kata Rizal itu. Dia tidak sedikit pun mengangguk atau menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan tersebut. Dia berharap Rizal dan Irfan akan faham maksud senyumannya itu. Perlu ke aku menafikannya? Sedangkan apa yang mereka teka tu adalah kebenarannya.
            “Patutlah dipanggilnya, Sweet. Memang betul-betul sweet pun. Betul tak, Fan?” Rizal menoleh sekilas ke arah Irfan yang berdiri di sebelahnya itu. Aku tengok pun cair ni kan pulak si Que ini. Lagilah cair.
            Irfan tersenyum nipis bagi menjawab pertanyaan Rizal itu. Sweet tersipu malu mendengarkan kata-kata Rizal itu. Wajahnya mula merah menahan malu. Sesekali anak matanya mengerling ke arah Irfan yang berdiri di hadapannya. Boleh tahan jugak boss dia ni. Kacak dan bergaya.
            “Iskh, Encik Rizal ni! Janganlah cakap macam tu.” Bantah Que. Ada pulak puji depan-depan macam minah ni.
            “Kenapa pulak?” soal Rizal hairan. Salah ke apa yang aku cakap tadi?
            “Tengok…muka dia dah blushing macam orang pakai blusher. Mahunya sekejap lagi saya pulak yang menjadi mangsanya.” Seloroh Que. Kut iya pun nak puji bagainya, cakap ajelah kat belakang. Ini kat depan-depan pulak.
            “Mangsa? Mangsa apa?” soal Irfan hairan. Tak faham betullah aku dengan budak-budak zaman sekarang ni.
            Belum pun sempat Que menjawab kata-kata Irfan itu, talian telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Pantas dia meminta diri seketika. Dibiarkan sahaja Sweet berbicara dengan Irfan dan juga Rizal.
            “Dah lama ke you kenal dengan budak tu?” soal Rizal secara tiba-tiba. Dia memang manis.
            “Budak? Budak mana?” soal Sweet hairan. Dia cakap tentang siapa?
            “Siapa lagi. Buah hati you itulah.” Rizal memuncungkan bibirnya ke arah Que yang sedang leka berbicara di talian tidak jauh daripada mereka. Apalah ayat yang dia gunakan sampai perempuan ni boleh terpikat pada dia?
            Sweet mengerling seketika ke arah Que yang sedang berbicara dengan ceria di talian. Sesekali dia tertawa senang. Entah dengan siapa dia berbicara, tidak siapa pun yang tahu.
            “Maksud Encik Rizal, Que?” Sweet merenung wajah Rizal. Aku ingatkan dia bercakap tentang siapalah tadi.
            “Iskh, tak payahlah berencik-encik dengan I! Panggil Rizal aje. You bukannya bekerja dengan kami pun. Lainlah kalau you bekerja dengan kami. Betul tak, Fan?” Rizal menoleh ke arah Irfan yang berada di sebelahnya. Kalau panggil abang pun okay jugak hehehe!!!
            Irfan tersentak kecil apabila mendengar namanya diseru oleh seseorang. Hilang seketika tumpuannya terhadap Que. Dia merenung wajah Rizal dan Sweet silih berganti. Jelas kekeliruan di wajahnya tatkala ini. Dahinya berkerut seribu untuk seketika.
            “Kau cakap apa tadi?” soal Irfan kembali. Dia bercakap dengan aku ke tadi?
            “Iskh, kau ni! Mana kau pergi masa aku tengah bercakap dengan kau?” marah Rizal. Sempat lagi nak mengelamun bagainya.
            “Sorrylah. Kau tanya aku apa tadi?” ulang Irfan sekali lagi. Aku blur.
            “Aku cakap…dia tak perlulah nak panggil kita ni encik. Dia bukannya kerja dengan kita pun. Lainlah kalau dia kerja dengan kita. Macam si Que tu. Bolehlah dia panggil kita ini encik bagainya.” Jelas Rizal dengan panjang lebarnya. Kalau tak faham jugak, tak tahulah aku macam mana nak explain lagi dengan dia.
            Irfan menganggukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum nipis tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Rizal itu.
            “Dah lama ke kenal dengan Iwana tu?” soal Irfan pula. May be budak ni kawan baik dia.
            “Adalah dalam tiga tahun.” Sweet tersenyum manis. Iwana? Janggal sungguh nama tu.
            “Kenapa you senyum macam tu bila I tanya you?” soal Irfan hairan. Ada yang tak kena ke dengan pertanyaan aku tadi? Aku rasa normal aje soalan itu.
            “Takdelah. Macam pelik pulak bila ada orang panggil dia dengan nama tu. Kebanyakan kawan-kawan kami panggil dia dengan nama Que aje. Takde pulak gunakan nama tu.” Jelas Sweet dengan panjang lebar. Kelakar pun ada.
            “Ataupun, Baby. Betul tak?” sampuk Rizal. Macamlah kami tak tahu.
            Sweet tersipu-sipu malu mendengarkan kata-kata Rizal itu. Tidak disangka pula bahawa Rizal dan Irfan tahu panggilan manja Que dan juga dirinya. Seingatnya, panggilan manja itu hanya kenalan yang rapat sahaja yang tahu. Tidak orang luar seperti Rizal dan juga Irfan.
            “You all berdua ni couple ke?” soal Rizal selamba. Lesbian apa mereka ni?
            “Maksud you?” Sweet kembali menyoal tanpa menjawab pertanyaan Rizal. Couple? Biar betul! Takkanlah aku nak bercinta dengan Que pulak. Nauzubillah…minta dijauhkan. Aku masih ingat lagi hukum-hakam agama.
            “Yelah. Siap ‘sweet-baby’ bagainya. Macam lovey-dovey couple aje.” Teka Rizal lagi. Sengaja dia mengorek rahsia di antara Sweet dan juga Que. Ylah tu. Lagi mahu sorok dari kami semua.
            “Eh, takdelah! Kami cuma kawan biasa saja. Tak lebih dari tu. Takkanlah I nak bercouple dengan dia pulak. Kan?” Nafi Sweet. Ingat aku ini lesbian ke? Aku bukan bengkok tau. Aku ni masih lurus lagi.
            “Maksud you?” Irfan mengerutkan dahinya sambil merenung wajah Sweet yang manis itu.
            Dia akui bahawa gadis itu sememangnya manis seperti yang Que khabarkan kepada mereka tempoh hari. Dapat pula tatkala dia tersenyum. Pasti bertambah manis wajah itu di matanya mahupun mana-mana lelaki. Disebabkan itulah agaknya Que memanggilnya Sweet. Namun, kecantikan dan kemanisan wajah itu tidak mampu untuk meleburkan hatinya buat seorang insan yang bergelar lelaki. Cantik rupa paras tidak semestinya budi bahasa dia pun cantik.
            “Walaupun Que macam tu, dia masih lagi berpegang kuat pada agama. Lagipun, kalau I nak bercinta sekalipun I akan cari lelaki sejati. Jika dia lelaki sekalipun, I takkan pilih dia sebagai teman lelaki I.” jawab Sweet tenang. Setakat untuk berkawan saja bolehlah. More than that, sorry. Not my taste.
            “Kenapa pulak?” soal Rizal hairan. Boleh pulak macam tu dia ni.
            “Dia tu tak sesuai langsung dengan I. Kalau nak hang out for fun, bolehlah. Tapi kalau untuk jadi boyfried or hubby, dia tak layak langsung.” Jawab Sweet selamba tanpa menghiraukan prasangka Rizal mahupun Irfan terhadap kata-katanya. Selalu sangat pokainya. Payahlah kalau nak jadi boyfriend aku.
            “Tak baik you cakap dia begitu. Walaupun dia begitu, dia baik. Suka tolong orang. Malah tak pernah minta balasan pun.” Bela Rizal. Tidak dia menyangka sama sekali teman baik Que sanggup menghina Que sedemikian rupa di hadapan mereka. Sanggup dia kata Que macam tu.
            “Ya, dia memang baik. Kalau baik saja tapi poket selalu aje kering, tak guna jugak. Kan? Betul tak?” Sweet tersenyum manis sambil  merenung wajah Rizal dan Irfan silih berganti. Lainlah kalau macam you all. Boleh lagi dipertimbangkan.
            Irfan tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya apabila mendengarkan kata-kata gadis yang digelar Sweet oleh Que itu. Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa gadis itu akan memperkecil-kecilkan Que sebegitu. Bukan dia sahaja rasa begitu malah Rizal pun begitu. Apa punya kawanlah dia ni.
            Que mendekati mereka setelah agak lama berbual di talian. Sekuntum senyuman manis dihadiahkan buat Irfan, Rizal dan juga Sweet. Mak aiii!!! Rancak sungguh berbual mereka ni.
            “Dah selesai ke? Kalau dah selesai, jom kita balik.” Ajak Que lembut. Kejap lagi nak pergi tempat lain pulak.
            “Siapa yang called tadi?” Sweet menyoal tanpa mengendahkan ajakan Que. Mesti perempuan yang called. Kalau tak, takkan lama sangat berbualnya.
            “Kawan.” Jawab Que sepatah. Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibirnya yang merah bak delima itu. Takkan tu pun nak tau kut. Rilekslah.
            “Kawan ke girlfriend?” sampuk Rizal sambil tersengih. Macam tak percaya aje dengan perempuan yang separuh siap ni.
            “Iskh, dia ni! Suka sangat buat spekulasi yang bukan-bukan. Berdosa tau. ALLAH marah kalau kita main tuduh-tuduh tanpa bukti yang kukuh.” Marah Que. Ada aje benda yang dia nak sakitkan hati aku.
            “Alah!! Mengaku ajelah, Que. Lagi nak sembunyi.” Rizal mencebikan bibirnya. Bukan aku tak tahu yang dia tu ramai girlfriend.
            “Nak mengaku apa dianya, Encik Rizal? Dah memang kawan saya yang called tadi.” Tegas Que. Takkan aku nak mengaku benda yang tak betul pulak.
            “Betul ke ni?” soal Sweet sambil menarik muncung. Macam tak percaya aje.
            “Kalau kawan, takkanlah kau boleh senyum meleret.” Api Rizal lagi. “Hanya orang yang bercakap dengan girlfriend aje akan senyum meleret macam kau tau!”
            “Lorh!! Senyum pun salah ke? Senyum tu kan satu sedekah. Tak salah kalau kita senyum. Lagipun, saya ni tak kaya dengan wang ringgit. Cukuplah saya hanya bersedekah dengan senyuman saya.” Que berkata tenang. Payahlah kalau macam ni.
            “Memanglah tak salah tapi cara kau senyum tadi tu, lain benarnya aku tengok.”
            “Baby!! Cakap betul-betul! Siapa yang called Baby tadi?” bentak Sweet keras.
            “Kan Baby dah kata tadi yang kawan Baby called.” Jelas Que lembut. Adoyii!! Janganlah dia buat hal kat sini!!
            “Tipu!!” jerit Sweet sedikit nyaring. Saja nak sakitkan hati akulah tu.
            “Encik Rizal punya pasallah ni.” tuduh Que. Pening pulak aku nak memujuknya nanti. Dahlah perempuan ni merajuk tahap dewa kesebelas.
            “Kenapa aku pulak?” soal Rizal hairan. Salah aku jugak ke?
            “Suka sangat buat spekulasi macam tu. Kan dah mengajuk minah ni.” Que merengus kasar. Lainlah kalau Eysa yang merajuk. Senang sikit nak pujuknya.
            “Aik, tadi kata takde apa-apa dengan orang tu! Kenapa nak mengajuk bagainya pulak?” celah Irfan sinis. Meluat benar dia melihatkan ulah Sweet itu. Cakap tak serupa bikin langsung perempuan ni. Siapalah malang dapat dia ni jadi bini agaknya?
            Sweet menarik masam wajahnya. Matanya menjeling tajam ke arah Irfan. Geram dan sakit hatinya tatkala mendengarkan kata-kata yang baru sahaja dilemparkan oleh lelaki itu. Seakan ingin sahaja dia mengayang mulut lelaki tersebut. Sibuk aje dia ni. Aku punya sukalah nak merajuk macam mana sekalipun. Macam kau pulak yang kena pujuk aku.
            “Okay…Okay…” Que bersuara tenang. “Kita mati air kat sini. Mari kita balik. Kata nak tengok wayang tadi, kan?” Que merenung lembut wajah Sweet. “Today, I will spend all my time for you. Just for you.” Pujuk Que. Kalau tak jalan jugak, kau baliklah sendiri.
            “Promise?” soal Sweet sepatah. Ini yang buat aku sayang dia lebih ni.
            “Promise.” Balas Que sepatah. Layan ajelah Que. Asalkan dia tak mengajuk mengalahkan budak kecik lagi dengan kau.
            Que mengangkat tangannya sebagai tanda ikrar. Ulahnya itu diperhatikan sahaja oleh Rizal dan Irfan. Irfan tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Bukannya dia meluat melihatkan perangai Que itu tetapi dia meluat benar melihat perangai gadis yang menjadi teman Que itu. Kenapalah ada jugak manusia yang macam dia ni kat muka bumi ALLAH ni?
            Sweet tersenyum meleret melihatkan ulah Que. Lapang dadanya tatkala Que dapat memujuk hatinya yang sedang merajuk kala itu. Entah mengapa kali ini, dia benar-benar termakan dengan pujukan Que itu.
            “Okaylah, Encik Rizal…boss. Kami gerak dulu. Nak bawa dia ni pergi tengok wayang. Kalau tak bawa nanti, mahu panjang pulak rajuk dia.” Lagi payah pulak aku nak melayan segala karenah dia ni.
            “Yalah. Orang ada buah hati. Tak macam kita, ya tak Fan?” Rizal mencebikan bibirnya. Cemburunya aku dengan dia ini.
            “Hmm…walaupun tak sedar yang orang tu tak ikhlas langsung dengan dia.” Balas Irfan perlahan. Kalau akulah, dah lama aku tinggalkan aje perempuan macam ni. Buat apa disimpan lagi? Buat menyakitkan hati adalah.
            “Boss cakap apa?” Que merenung wajah Irfan. Apa yang orang tua ni duk membebelkan tadi? Kurang pendengaran pulak telinga aku yang comel ni.
            “Tak. Saya kata hati-hati bawa motor tu. Dapat pulak awak bawa anak dara orang.” Teragap-agap Irfan meluahkan kata-katanya. Fuhh!! Nasib baik dia tak dengar! Kalau tak, mahunya mati nak terangkan kat dia keadaan yang sebenarnya.
            “Insya-ALLAH.” Jawab Que sepatah sambil tersenyum manis. Itu sudah pasti.
            Que dan Sweet bergandingan meninggalkan Irfan dan juga Rizal setelah mengucapkan salam. Pemergian mereka berdua hanya dihantar dengan pandangan mata sahaja. Dapat mereka berdua lihat tautan jemari di antara Que dan juga Sweet. Mengalahkan orang bercinta.
            “Kalau orang tak tahu yang mereka berdua tu perempuan, pasti orang akan kata yang mereka berdua adalah pasangan yang bercinta, kan?” Rizal berkata perlahan setelah agak lama suasana sunyi di antara mereka berdua. Que…Que…Entah ayat apa yang kau dah gunakan agaknya?
            “Itu kalau orang tak tahu. Kalau orang tahu?” soal Irfan pula. Mahunya mereka merasa jelek dengan mereka berdua tu.
            Rizal tersengih mendengarkan kata-kata Irfan itu sebelum memulakan bicaranya. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam diam dia mengiakan akan kata-kata Irfan sebentar tadi.
            “Tapi si Suraya itu memang sweet betullah, Fan.” Puji Rizal. Manalah si Que jumpa dengan budak tu agaknya.
            “Muka saja sweet tapi hati tak.” Balas Irfan sinis. Aku tak pandang orang yang begitu. Mintak maaflah banyak-banyak. Bukan nak cakap besar pulak.
            “Maksud kau?” soal Rizal hairan. Dia tak sukakan minah tu ke?
            “Kau tak dengar ke apa yang dia katakan tentang Iwana tadi?” soal Irfan kembali.
            Rizal menganggukkan kepalanya tanda menjawab pertanyaan dari Irfan. Sememangnya dia dengar dan masih lagi ingat akan apa yang telah diperkatakan oleh Sweet mengenai Que. Masakan dia boleh lupa tentang itu semua.
            “Betul jugak, kan? Muka aje nampak suci tapi hati tak siapa yang tau.” Rizal menghela nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Ingatkan dia akan cakap yang baik-baik tentang Que, rupanya tak.
            “Sebab itulah orang kata jangan dinilai buku tu melalui luarannya saja. Nilai melalui isinya. Manusia ni, nampak aje baik tapi tahu ke kita akan isi hatinya? Tak tahu, kan? Macam itulah jugak perempuan tadi tu. Nampak aje baik, suci, lemah-lembut, sopan-santun bagainya…tapi kat belakang, macam setan.” Luah Irfan dengan panjang lebar. Setan pun tidak macam dia.
            “Aik, luah perasaan nampak!” Rizal tersengih kecil.
            “Aku bercakap melalui pengalaman, Zal. Kalau aku tak pernah terkena benda ni semua pasti aku takkan cakap benda-benda macam ni. Disebabkan itulah aku tak percayakan perempuan-perempuan ni. Bagi aku, semua perempuan sama aje. Takde bezanya.” Tegas Irfan.
            “Kau tak boleh nak samakan mereka, Fan. Kalau kau berfikiran begitu, emak kau tu siapa? Bukan ke perempuan jugak? Bagi aku, tak salah jika kita jadikan pengalaman kita untuk kita lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jangan sampai memakan diri.” Nasihat Rizal lembut.
            “Kebanyakan perempuan yang aku jumpa semuanya macam tu, Zal. Takde satu pun yang boleh diguna pakai. Semuanya hancur.” Luah Irfan tegas. Susah nak cari yang setia.
            “Tapi kan…aku pelik tau.” Rizal mengurut dagunya beberapa kali.
            “Kau pelik apa pulak?” soal Irfan hairan. Apa lagilah dia ni?
            “Si Que itulah.”
            “Kenapa pulak dengan dia?”
            “Setiap kali dia dapat awek, semuanya cantik-cantik belaka. Pelik betul aku.” Rizal menggigit bibirnya. Tak boleh jadi macam ni.
            “Mana kau tahu?” soal Irfan dungu. Dia pernah jumpa girlfriend-girlfriend minah tu ke?
            “Yalah. Eysa tu, puas dah aku dengan budak-budak bujang kat pejabat ayat. Tak dapat-dapat. Bila si Que ayat aje, terus melekat budak itu dengan dia. Siap ajak keluar bagainya lagi.” Adu Rizal.
            “Ayat kau kurang power kut.” Irfan tersengih memandang Rizal. Kalau aku jadi budak tu pun aku akan ikut si Iwana tu dari kau.
            “Itulah pasal. Entah ayat apa yang dia guna agaknya, tak aku tahu. Kena berguru dengan dia ni.” Nekad Rizal. Mana tahu boleh dapat ilmu memikat perempuan.
            “Banyaklah kau.” Irfan menolak bahu Rizal sambil tertawa besar. “Dahlah, mari kita pergi. Dah lambat ni.” ajak Irfan. Macam-macam perangailah dia ni.
            Sambil tertawa kecil Rizal mengekori langkah Irfan ke gelanggang yang sedia menanti mereka. Kelihatan beberapa orang teman mereka telah turut serta di situ.

Isnin, 4 November 2013

Kasih Jangan Kau Pergi 4

DIA melemparkan pandangannya ke serata alam. Negeri yang sedang pesat membangun dan digelar sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau terlayar di hadapan matanya kini. Malah ia juga telah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008. Pada tahun 2010 pula ianya telah diisytiharkan sebagai negeri yang maju oleh Perdana Menteri Malaysia di PWTC.
            Negeri yang mempunyai keluasan keempat terkecil di dalam Malaysia, mempunyai penduduk kedua terkecil dan kepadatan penduduknya pula di tempat yang keempat di Malaysia dan juga Semenanjung Malaysia. Itulah ia, negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Walaupun merupakan negeri pertama yang mengasaskan Kesultanan Melayu, negeri Melaka tidak mempunyai sultan yang memerintah. Sebaliknya Melaka hanya diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri.
            Negeri yang terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia serta bertentangan dengan Sumatra hanyalah dengan berkeluasan seribu enam ratus lima puluh kilometer persegi sahaja. Bersempadan di antara Negeri Sembilan dan juga Johor. Apa yang dia tahu lagi adalah, bandaraya ini berkembar dengan lima buah bandar yang terkemuka. Antaranya Lisbon - Portugal (1984), Kuala Lumpur - Malaysia (1989), Hoorn - Belanda (1989), Valparaiso - Republik Chile (1991) dan Nanjing - China (2001).
            Dia yakin dan amat pasti sekali bahawa semua orang tahu bagaimana wujudnya negeri yang telah digelar sebagai Bandaraya Bersejarah itu. Semua itu telah dipelajari sedari bangku sekolah lagi. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti mereka akan tahu. Dan dia bangga menjadi anak jati negeri ini. Jika ingin diceritakan kepada semua akan sejarah negeri itu pasti tidak akan habis empat hari empat malam.
Kerlipan lampu-lampu neon berjaya memeriahkan lagi bandaraya tersebut. Kelihatan kenderaan berpusu-pusu membanjiri jalan raya yang tidak pernah sekali lengang. Tidak kiralah samada waktu siang mahupun malam. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Ianya tampak begitu jelas sekali daripada kondo mewah yang dihuninya. Tak tahu penat agaknya mereka?
            Sesekali dia mendongakkan kepalanya ke dada langit yang luas terbentang. Bulan dan bintang setia menghiasi dada langit yang kelam itu. Namun, pemandangan sebegitu tidak bisa membuangkan kegalauan hatinya saat ini. Seakan ianya tidak langsung dapat menceriakan hatinya barang seketika. Kenapalah aku yang dipertanggungjawabkan?
            Papanya telah memberikannya satu tugasan yang berat dan sukar sekali untuk dia lakukan. Tumpuannya terganggu apabila mendengarkan bunyi loceng kondo mewahnya. Dengan langkah yang malas, dia mendekati pintu tersebut tanpa bertanya terlebih dahulu akan siapa yang datang bertandang tatkala ini.
            Terlayar wajah seorang lelaki muda yang memiliki susuk tubuh badan yang tegap sedang tersenyum manis di sebalik pintu. Tetamunya itu melangkah masuk setelah mendapat kebenaran darinya.
            “Apa yang kau dapat untuk aku?” soalnya dengan tenang apabila tetamunya itu melabuhkan punggung di sofa kulit yang terdapat di ruang tamu kondo mewah tersebut. Aku harap dia dapat apa yang aku cari selama ni.
            Dia menyerahkan sekotak minuman berperisa laici kepada tetamunya sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan pemuda tersebut. Pemuda itu menyerahkan sepucuk sampul surat yang berwarna coklat bersaiz A4 ke arahnya tanpa sepatah bicara. Berharap agar apa yang ditemuinya itu akan membuatkan lelaki kacak itu berpuas hati.
            Tanpa banyak soal, dia mengeluarkan segala isi yang terdapat dalam sampul surat tersebut. Terlayar di ruang matanya kini wajah seseorang dengan pelbagai gaya dan aksi. Yang pastinya wajah itu sentiasa sahaja tersenyum keceriaan. Gambar siapa pula yang diambilnya ni?
            Dia meneliti satu per satu gambar yang berada di dalam gengamannya. Lalu gambar itu dicampakkan dengan kasar di atas meja kopi yang menjadi pemisah di antara mereka berdua. Merah padam wajahnya menahan marah. Memang tak boleh harap langsunglah dia ni.
            “Gambar siapa pulak yang kau ambil ni, Zarul?” soalnya tegas. Sengaja nak menduga tahap kesabaran aku ke apa dia ni?.
            Pemuda yang bernama Zarul itu menelan liurnya beberapa kali sebelum menjawab pertanyaan yang telah diajukan oleh lelaki itu. Iskh, dia ni!! Datang nak marah aje! Kut iya pun tunggulah aku explain dulu.
            Pemuda berkulit cerah itu merenung tajam wajah Zarul. Zarul sebenarnya telah diupah untuk mencari seseorang atas arahan yang telah diberikan oleh papanya. Dia tahu bahawa dia boleh mengharapkan Zarul. Bukan sekali, dua khidmat lelaki itu digunanya.
            “Itulah budak yang boss suruh saya cari tu.” Jawab Zarul teragap-agap. Bimbang juga dia andainya lelaki itu akan mengamuk dengan dia nanti. Jangan dia mengamuk dengan aku, dahlah.
            “Aku suruh kau cari perempuan. Bukannya lelaki.” Bentak lelaki itu keras. Lain yang aku suruh buat, lain yang dia buat. Ke dia tak faham arahan yang aku berikan?
            “Perempuanlah tu, boss.” Balas Zarul berani. Dia tak dapat bezakan ke?
            Lelaki itu merengus kasar sebelum mengambil sekeping gambar yang telah dilemparkannya dengan kasar tadi. Wajah seorang remaja yang lebih menyerupai lelaki berbanding perempuan itu direnungnya. Remaja itu memakai cap berjenama BUM berwarna hitam. Perempuan ke budak ni? Tak macam perempuan pun.
            “Ini yang kau katakan perempuan?” soal lelaki itu sambil membeliakkan matanya ke arah Zarul. Dia yang salah atau aku yang salah menilai?
            Zarul tersengih kecil sebelum menjawab pertanyaan itu. Dia pasti bahawa lelaki yang dipanggil boss atau namanya sebenarnya Fahmi itu tidak akan percaya dengan apa yang telah dilihatnya. Aku ingat aku aje yang tak percaya. Dia pun sama.
            “Sebenarnya boss, dia ni tomboy.” Jelas Zarul. Muka jambu macam tu takkanlah lelaki. Dah tentu-tentulah perempuan.
            “Apa dia?” soal Fahmi. Seakan ayat yang baru didengarinya sebentar tadi agak kurang jelas dipendengarannya tatkala itu. Aku silap dengar ke tadi?
            “Dia ni tomboy. Alah, perempuan yang berkelakuan macam lelaki! Macam penkid tu.” Terang Zarul sekali lagi dengan panjang lebarnya. Takkan dia tak tahu tomboy kut.
            “Aku tahulah.” Rengus Fahmi. Macamlah aku ni bodoh sangat sampai tak tahu nak bezakan antara tomboy dan penkid.
            “La…tadi boss jugak yang tanya saya.” Selamba Zarul menegakkan kata-katanya. Salah aku jugak ke?
            “Aku kurang dengar yang kau kata dia ni tomboy.” Ujar Fahmi perlahan.
            Wajah gadis tomboy itu direnungnya dalam-dalam. Begitu juga dengan penampilannya. Dia begitu cantik sekali andainya dia memiliki rambut yang panjang. Boleh tahan jugak dia ni tapi kenapa boleh jadi begini?
            Sekali pandang, gadis itu mirip seperti papanya. Jika tiada siapa yang tahu dia adalah gadis, dia yakin sekali ramai gadis yang akan jatuh cinta padanya dengan pandang pertama. Pasti akan ada gadis yang terpikat dengan wajahnya yang comel ini.
            “Apa maklumat yang kau dapat mengenai dia ni?” Fahmi tersandar tenang. Dia memang cantik. Macam mama dia jugak.
            “Apa yang saya tahu, dia tinggal dengan kawan-kawan dia dan bekerja sebagai despatch di Kamal Holdings. Iaitu salah satu anak syarikat kepunyaan Tan Sri Kamal. Kalau tak silap saya, dah hampir tiga tahun dia bekerja kat situ.” Zarul membetulkan duduknya sebelum menyambung kembali kata-katanya.
            “Setiap malam minggu, dia suka pergi clubbing dengan kawan-kawan dia. Dia jugak gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Tak kiralah apa sukan lasak sekalipun, dia akan ceburi. Termasuklah dengan lumba haram.” Hebat jugak budak ni. Tak padan yang perempuan.
            Fahmi merenung wajah Zarul tatkala mendengarkan ayat terakhir yang lahir daripada mulut pemuda itu. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengari oleh telinganya sebentar tadi. Aku tersilap dengar atau dia yang tersilap cakap?
            “Betul ke informasi yang kau beri aku ni? Jangan kau nak tipu aku.” Fahmi mengerutkan dahinya. Takkanlah dia lumba haram pula. Dia bukan ke perempuan?
            “Betul, boss. Saya sendiri pernah follow dia.” Tekan Zarul. Mesti dia tak percaya apa yang aku cakapkan tadi.
            “Lumba haram tu?” Teka Fahmi pantas. Dia pun berlumba sekali? Biar betul!
            “Takdelah, boss! Saya dan kawan saya follow dia sampai kat tempat dia berlumba tu aje. Saya sendiri yang saksikan dia berlumba malam tu. Kalau boss tak percaya, saya boleh berikan boss buktinya.” Tawar Zarul. Bukan kau aje yang tak percaya. Aku pun macam kau.
            “Tak perlu.” Fahmi merengus kasar. “Apa lagi yang kau tahu tentang dia.” Sakit kepala aku dengar semua ni.
            “Budak ni, satu town kenal dengan dia. Sebut aje nama dia, pasti ramai orang kenal. Kebanyakan kawan-kawan dia semuanya tomboy, boss. Cuma seorang dua aje awek yang benar-benar rapat dengan dia. Tapi ada satu awek ni, memang rapat gila dengan dia. Cantik, cun, manis orangnya. Kalau boss tengok, pasti cair punyalah.” Ujar Zarul sambil tersenyum manis. Saat itu terbayang di birai matanya akan insan yang sering bersama dengan gadis tomboy itu. Kalaulah aku dapat ayat awek tu, sure aku tak cari lain punya.
            “Hoi!! Aku suruh kau cari maklumat tentang dia! Bukannya mengayat perempuan!” Jerit Fahmi lantang. Ada yang kena campak keluar dari bangunan jugak nanti dia ni.
            Wajah Zarul direnungnya dalam-dalam. Seakan mahu sahaja ditelannya pemuda itu. Bukan dia tidak perasan akan gadis yang diperkatakan oleh Zarul sebentar tadi. Malah dalam setiap gambar yang diambil oleh Zarul, ada sahaja wajah gadis itu. Bukan sahaja gadis itu, malah terdapat juga seorang gadis lain di dalam gambar tersebut.
            Yang menjadi kepentingannya saat ini adalah gadis tomboy tersebut. Bukan teman-temannya yang sering sahaja bergandingan dengannya itu. Tidak kiralah samada yang lelaki mahupun yang perempuan. Sempat pulak dia nak mengayat bagainya.
            “Sorry, boss! Sorry!” Zarul tersengih sambil menyusun jemarinya memohon maaf di atas keterlanjurannya sebentar tadi. “Tapi boss…budak tomboy ni suka buat kepala dia aje.” Sambung Zarul. Hidup dalam dunianya sendiri. Pelik sungguh.
            “Selalu ke dia lumba motor ni?” soal Fahmi sambil berpeluk tubuh. Apalah nak jadi dengan budak ni? Kalau papa tahu, tak bertambah sakit orang tua itu dibuatnya.
            “Hmm…tak, boss.” Zarul mencebikan bibir sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
            “Mana kau tahu?” Fahmi merenung wajah Zarul. Dia follow budak tu ke?
Hakikatnya dia kurang mengerti dengan apa yang telah diterangkan oleh Zarul kepadanya sebentar tadi. Sometime dia ni bukannya boleh dipercaya sangat.
            “Saya ada bertanya dengan budak-budak yang berlumba kat situ. Mereka kata, dia cuma berlumba sebulan sekali aje. Itu pun ikut mood dia. Kalau mood dia baik, malam tu dia akan ber-lumba dua, tiga round. Kalau tak…dia takkan jejakkan kakinya kat sana. Nak tengok muka dia pun payah, boss.”
            “Clubbing?
            “Pun macam tu jugak, boss. Dia lebih banyak menghabiskan masa yang terluang di padang futsal ataupun buat aktiviti-aktiviti lasak.”
            “Keluarga dia?”
            “Sebelum ni, dia tinggal dengan emak dan nenek dia. Lepas emak dia meninggal, nenek dia yang jaga. Lepas nenek dia meninggal, dia terus tinggal dengan kawan-kawan yang sekepala dengan dia. Dia takde adik-beradik lain.” jelas Zarul.
            “Kau tahu kenapa dia jadi macam tu?”
            “Menurut dari sumber yang saya dapat dan daripada cerita jiran-jirannya, dia jadi begitu kerana desakan hidup.”
            “Maksud kau?”
            “Lepas bapa dia meninggal…emak dan nenek dia yang besarkan dia. Emak dia meninggal sewaktu dia di tingkatan empat. Lepas tu nenek dia yang ambil alih. Habis aje SPM, dia terus kerja untuk sara nenek dia yang selalu sakit. Dialah yang menjaga nenek dia hingga neneknya menghembuskan nafas.
Menurut dari sumber tu jugak, dia berubah menjadi tomboy selepas dia hampir saja diperkosa oleh orang yang rapat dengan dia. Bermula daripada situ, dia mula menukar identitinya. Daripada seorang gadis yang lemah-lembut dan sopan kepada seorang gadis yang ganas dan kasar. Seperti yang boss dapat tengok sekarang ni.” Terang Zarul dengan panjang lebarnya. Kasihan sungguh aku tengok budak ni.
            Fahmi menghela nafas berat tatkala mendengarkan penerangan dari Zarul itu. Wajahnya yang sedikit kusut itu diraupnya dengan kedua belah telapak tangan. Pelbagai persoalan yang berlegar difikirannya tatkala ini. Aku tidak sangka sampai begitu sekali hidup yang dilaluinya selama ini.
            “Kau ada alamat tempat tinggal dia?” soal Fahmi setelah agak lama mendiamkan diri. Patutlah papa suruh aku mencari dia.
            “Ada, boss. Ini ia.” Zarul menghulurkan sekeping kertas yang telah tertulis alamat penuh tempat tinggal gadis tomboy itu kepada Fahmi. “Siapa dia ni, boss?” soal Zarul berani. Entah mengapa dia ingin tahu akan gerangan gadis tomboy itu. Takkan dia minat dengan minah tomboy tu pulak kut. Biar betik!!
            “Kau tak perlu tahu. Tugas kau, cari maklumat tentang dia.” Tegas Fahmi. “Ini upah kau.” Fahmi menyerahkan sepucuk sampul berwarna putih ke arah Zarul. Menandakan dia berpuas hati dengan kerja-kerja Zarul untuknya. Kau tak manghampakan aku, Zarul.
            “Terima kasih, boss.” Zarul mengambil sampul yang berisi wang upahannya itu. Ini yang aku suka kerja dengan dia ni. Payment cepat.
            “Lagi satu sebelum aku terlupa, aku mahu kau cari orang yang hampir merosakkan dia tu. Bawa dia jumpa dengan aku. Secepat yang mungkin, Zarul!” Arah Fahmi. Aku takkan biar dia hidup tenang selagi aku tak jumpa dengan dia.
“Baik, boss. Kalau macam tu, saya pergi dulu.” Pinta Zarul. Ada tugas lain yang perlu aku lakukan.
            Zarul berlalu pergi meninggalkan Fahmi kembali bersendirian. Kondo itu kembali menjadi sunyi. Sesunyi hatinya saat ini. Fahmi tersandar tenang sambil membelek-belek gambar yang berada di dalam tangannya. Ya ALLAH!!!
            Terlayar di ruang matanya akan senyuman manis gadis itu. Patutlah papa menggesa supaya aku supaya mencari engkau. Rupa-rupanya hidup kau tak seperti yang aku bayangkan selama ni di luar sana. Jika aku tahu, pasti awal-awal lagi aku dah cari kau. Maafkan aku!! Maafkan aku!!

Selasa, 1 Oktober 2013

Kasih Jangan Kau Pergi 3

QUE merebahkan kepalanya di atas meja. Pandangan manusia yang keluar masuk ke dalam warung itu tidak sedikit pun diendahkannya. Dia lebih suka melayani perasaannya. Dia benar-benar penat dan letih hari ini. Kerjanya terlalu banyak perlu diselesaikan. Dapat tidur seround, dua, best jugak ni.
            Seorang gadis ayu yang bertudung litup berwarna peach mendekatinya. Perlahan-lahan dia menghela nafas sambil menggelengkan kepalanya melihatkan ulah Que itu. Punggungnya yang padat itu dilabuhkan di kerusi yang bersebelahan dengan Que. Letih sangatlah tu. Faham sangat aku dengan perangai dia ni.
            “Que, kenapa ni? Dari tadi Eysa tengok Que macam ni. Que ada masalah ke?” soal Eysa lembut. Apa sajalah yang dia buat sampai begini jadinya?
            Bahu Que disentuhnya lembut. Itulah Eysa, anak gadis Mak Piah yang cantik dan ayu. Orangnya kecil molek sahaja. Berkulit putih melepak bagaikan kacukan dan mempunyai sepasang mata yang sepet seperti cina.
Menurut Mak Piah, Eysa mewarisi kulit yang putih dan mata yang sepet dari arwah ayahnya yang berdarah cina. Eysa menjadi kegilaan ramai jejaka. Entah mengapa hatinya tidak langsung terbuka untuk berkawan dengan mana-mana lelaki. Dia lebih selesa berkawan dengan Que. Ramai yang telah tersalah anggap akan hubungan baik di antara mereka berdua. Que telah menganggap Eysa seperti adiknya sendiri.
            “Takde apalah, Eysa. Saya letih aje ni.” Que menjawab lemah. Aku benar-benar tak larat dah ni. Aku nak tidur aje tapi perut aku lapar le pulak.
            “Que dah makan?” Eysa menyoal tanpa jemu. Kasihannya dia.
            Que menggeleng lemah. Tujuan dia ke situ sebenarnya untuk mengisi perutnya yang kosong tetapi keletihan yang mula merajai diri, membuatkan seleranya tertutup untuk menjamu selera. Mana yang lebih baik? Tidur ataupun makan? Kalau aku makan kemudian tidur, alamatnya aku takkan bangun lagi lepas tu. Kalau aku tidur dan tak makan, alamatnya aku kebuluran. Satu apa pun aku tak boleh nak buat.
            “Kenapa tak makan lagi? Nanti masuk angin pulak perut tu.” Nasihat Eysa. Suka sangat tangguh makan ni.
            Cukup dia takut andainya Que jatuh sakit. Dia tidak mahu itu yang terjadi. Dia terlalu sayangkan Que. Jika boleh dia tidak mahu Que jatuh sakit. Pernah juga dia merawat Que di saat Que jatuh sakit. Walaupun waktu itu Que cuma menghidap demam selesema sahaja. Bukan penyakit yang terlalu kronik pun. Kerisauannya mengalahkan kerisauan seorang gadis terhadap sang kekasih. Ulahnya itu adakala membuatkan Que tersenyum sendirian. Takut sangat aku jatuh sakit.
            “Saya takde seleralah, Eysa.” Que menguap kecil. Aku nak tidur aje ni. Mata dah tak boleh nak angkat. Bagaikan digam-gam.
            “Janganlah ikutkan sangat tekak Que tu. Que bekerja. Perlukan tenaga. Kalau takde tenaga, macam mana nak teruskan kerja?” pujuk Eysa lembut. Degil jugak dia ni.
            Que hanya membisu tatkala mendengarkan kata-kata berunsurkan nasihat dari Eysa itu. Ada benar juga kata-kata gadis bertubuh kecil molek tersebut. Cuma di saat ini, dia benar-benar keletihan dan tidak mampu untuk memikirkan apa-apa lagi. Tidur lebih penting daripada makan. So, muktamad jawapannya tidur.
            Eysa bangit dari kerusi yang didudukinya tanpa menghiraukan Que. Tanpa berlengah lagi, dia terus mengambilkan makanan buat Que. Dia tahu apa yang menjadi kegemaran sahabatnya itu. Kari ayam berserta sedikit sayur goreng dan juga beberapa ekor udang goreng. Que sukakan udang dan dia berharap apabila terpandangkan udang goreng itu maka akan terbukalah selera gadis itu. Minta-minta dia akan makan bila terpandangkan lauk kegemarannya ni.
            “Dah, bangun. Makan ni. Eysa dah ambilkan nasi buat Que. Bukan aje ada ayam masak kari, udang goreng pun ada. Que suka udangkan?” pancing Eysa lembut. Harap-harap dia termakan pujukan aku ni.
            Que mengangkat kepalanya. Terhidang di hadapan matanya saat ini nasi berserta lauk-pauk yang telah diambil oleh Eysa. Memang benar kata Eysa, ada beberapa ekor udang goreng di dalam pinggan tersebut khas buatnya. Que menghela nafas panjang. Air liurnya ditelan beberapa kali. Dia benar-benar terliur melihatkan hidangan tersebut. Adoyii!! Sengaja menguji tahap keimanan akulah dak Esya ni!
            “Saya takde seleralah, Eysa. Macam mana saya nak makan?” tolak Que lemah. Aku me\mang takde mood nak makan bagainya ni.
            “Alah!! Jangan macam tu! Makanlah sikit.” Pujuk Eysa lagi. “Eysa tak mahu Que jatuh sakit. Kalau Que jatuh sakit, Eysa pun akan turut sakit tau.” Eysa tidak berputus asa dalam memujuk Que. Bukan dia tak tahu akan semua tu. Sengaja nak dera hati dan perasaan aku.
            “Tapi…” Ini yang aku lemah.
            Que tidak jadi meneruskan bicaranya apabila ianya pantas dipotong oleh Eysa. Dia tahu, tidak guna dia memberi segala alasan kepada gadis tersebut. Ianya tetap tidak akan diterima. Ini yang payah kalau berurusan dengan dia ni. Ada aje alasan dia berikan.
            “Eysa suapkan, ya?” tawar Eysa.
            Pantas Eysa menyuakan sudu yang telah berisi nasi ke arah Que. Melihatkan ulah Eysa itu membuatkan Que tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya. Tidak dia sangka bahawa sampai begitu sekali Eysa akan melayaninya. Hanya semata-mata ingin memastikan yang dia akan makan. Dia ni sanggup lakukan apa saja untuk tengok aku makan.
            Aksi manja mereka berdua itu berjaya menarik perhatian para pelanggan yang datang berkunjung ke warung Mak Piah tengahari itu. Namun tidak sedikit pun Eysa hiraukan. Dia sedaya upaya memujuk Que agar menjamah makanan tersebut. Kali ini akan dipastikan yang Que akan menjamah makanan tersebut walaupun sedikit.
            “Amboi!! Bukan main manjanya dia! Siap bersuap-suap lagi ya.” Tegur satu suara garau dari arah belakang. Untung betul minah ni.
            Pandangan Que dan Eysa tertumpu ke arah suara tersebut. Irfan dan Rizal mendekati mereka berdua sambil tersenyum manis. Rizal merupakan salah seorang pegawai yang bekerja di syarikat Que bekerja. Dia ditugaskan di bawah kendalian Irfan.
            “Eh, Abang Rizal! Eysa ingatkan siapalah tadi. Tak perasan pula Eysa.” Sapa Eysa lembut dan sopan. Macam manalah boleh tak perasankan dia tadi?
            “Mana nak perasan, kalau awak tu asyik sangat melayan buah hati pengarang jantung awak ini.” Ujar Rizal selamba. Jealous juga aku dengan perempuan separuh siap ni.
            Eysa tersipu malu mendengarkan kata-kata Rizal itu. Wajahnya yang putih melepak itu mula memerah menahan malu. Rizal dan Irfan melabuhkan punggung masing-masing di kerusi yang terdapat di hadapan Que dan Eysa tanpa dijemput. Seakan tempat itu sememangnya telah disediakan khas buat mereka berdua.
            “Ini apa ke hal makan bersuap bagainya ni?” Rizal merenung wajah Que dan Eysa silih berganti. Kan bagus aku yang disuapnya. Ini tidak, minah ini juga yang jadi pilihan dia.
            “Dia ni bang, kalau tak bersuap, dia tak mahu makan.” Adu Eysa. Nak jugak bermanja dengan aku. Macamlah aku tak tahu.
            “Iskh, dia ni! Saya pulak. Awak yang sengaja mengofferkan diri awak nak suapkan saya, salahkan saya pulak ya?” soal Que selamba. Aku pulak yang salah.
            “Yalah. Kalau Eysa tak suapkan, Que tak mahu makan, kan?” tegas Esya. Lagi tak mahu mengaku.
            “Bukan ke saya dah kata tadi yang saya tak lapar. Awak yang paksa saya makan. Salah saya jugak ke?” Keluh Que sambil menongkat kepalanya. Bukan dia ke yang paksa aku suruh makan tadi?
            “Okay.” Eysa meletakkan sudu dipinggir pinggan. “Kalau macam tu, lepas ni Eysa takkan paksa Que makan lagi. Ikut suka Quelah nak makan ataupun tak. Yang sakit nanti Que, bukannya Eysa.” Bentak Eysa marah lalu bangkit dari duduknya dan terus berlalu pergi. Orang buat baik pun salah. Sakit hati aku!
            “Eysa!! Eysa!!” jerit Que berkali-kali. Adoyii!! Mengajuk pulak dia dibuatnya! Ni yang malas nak melayan perempuan-perempuan ni.
            Namun sayangnya, panggilan Que tidak langsung dihiraukan oleh Eysa. Dia terus sahaja menonong menuju ke arah belakang yang menempatkan bahagian dapur. Que menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masalah problem betullah. Lagi satu hal pulak aku nak memujuknya.
            “Apa keslah kau ni, Que?” soal Rizal secara tiba-tiba. Dah merajuk minah tu.
            Wajah Que direnungnya dalam-dalam. Nafasnya dihela panjang sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tidak dia sangka bahawa Que sanggup membuatkan Esya berkecil hati dengannya. Apalah masalah budak-budak ini?
            “Apa saya pulak? Dialah.” Rengus Que kasar. Aku lagilah tak pandai bab pujuk-memujuk ni.
            “Dah orang itu nak suapkan, layan sajalah. Ini kau banyak songeh pula. Mengada-ngada betullah kau ini.” Cebik Rizal. Kalau aku dah lama on aje. Tak payah nak suruh. Belum suruh aku dah ternganga dulu.
            Rizal lebih selesa menggunakan ‘aku-engkau’ berbanding ‘saya-awak’ ketika berbicara dengan Que. Bukan sahaja dengan Que, malah dengan kakitangan yang lain juga dia akan berbicara sedemikian. Hanya orang yang rapat dengannya sahaja dia boleh berbicara sedemikian. Jika tidak, dia lebih gemar menggunakan ‘saya-awak’ ataupun ‘I-you’ ketika berurusan.
            Cuma Que sahaja yang masih lagi menghormatinya sebagai orang atasan yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi berbanding dengannya. Walaupun gadis itu tampak kasar namun dia masih lagi punya kelembutan yang ada di dalam dirinya. Terkadang terlepas juga tingkahnya yang selamba itu tatkala berbual dengan orang yang baru sahaja dikenalinya. Tidak kiralah tua mahupun muda.
            “Saya takde seleralah, Encik Rizal. Kalau tak, dah lama saya layan dia tu.” Jelas Que. Aku betul-betul takde mood ni. Janganlah nak paksa-paksa bagainya.
            “Habis tu, sekarang dia dah merajuk. Tak mahu pujuk ke?” Rizal merenung wajah Que untuk meminta kepastian. Takkan nak biarkan macam itu aje? Mahunya lari minah comel itu nanti.
            “Biarlah dulu. Bila dia dah tenang nanti, pandailah dia nak cari saya kat mana.” Ujar Que tenang. Aku nak pujuk orang pun tak tahu, macam mana nak pujuk dia? Lainlah kalau aku ni terer bab pujuk-memujuk ni.
            “Boleh pula macam itu?” celah Irfan setelah agak lama menjadi pemerhati sahaja. Hairan dia dengan sikap sambil lewa Que itu. Tak takut ke kalau minah tu lari nanti?
            “Dia dah tenang nanti, dia yang akan cari saya. Kalau saya pujuk dia sekarang memang takkan jalan. Silap-silap nanti makin teruk dia merajuk pulak. Dahlah saya ni bab pujuk-memujuk orang fail.” Jelas Que dengan panjang lebar. Dari makin teruk, baik biarkan aje.
            “Tidak takut ke kalau dia lari dari awak nanti?” soal Irfan sinis. Entah mengapa jelek benar dia dengan perangai Que. Ada juga manusia yang macam ini dalam dunia.
            “Larilah. Saya tak kesah pun.” Balas Que sambil tersenyum nipis. Aku bukannya boyfriend dia. Lainlah kalau dia girlfriend aku. Sekarang jugak aku pujuk.
            “Amboi, riaknya engkau!!” Sampuk Rizal. Payah betul perempuan separuh siap ini.
            “Kenyataannya, Encik Rizal. Kami berdua cuma kawan aje. Bukannya loving couple. Lainlah kalau kami ni loving couple. Ha!! Masa tu saya akan pujuk dia. Tak payah orang nak suruh lagi.” Selamba Que meluahkan kata-katanya.
            “Bukan kau bercinta dengan dia ke?” Rizal menyoal selamba. Pelik betullah dia ni.
            “Choi!!! Gila ke apa?” marah Que keras. “Dia perempuan dan saya jugak perempuan. Nak bercinta apa kejadahnya? Lainlah kalau saya ni lelaki. Nak jugak saya bercinta dengan dia bagainya.” Tegas Que. Adoyiiii!!! Sengal betullah mamat ni! Sekolah aje bertingkat tapi otak setingkat. Ingat aku ni lesbian ke hapa?
            “La…Aku ingatkan kau tak sedar tadi.” Sengih Rizal. Sedar juga perempuan ini rupanya.
            “Walaupun saya macam ni, saya masih tahu lagi hukum-hukum agama Encik Rizal. Saya tahu yang mana betul dan yang mana salah.” Tegas Que. Ingat aku ni buta agama ke? Umi dan opah dah cukup bekalkan aku ilmu agama. Aku tak pernah lupa walau sedikit pun apa yang telah mereka ajarkan pada aku.
            “Kalau awak tahu, kenapa awak jadi begini? Kenapa tak jadi perempuan sejati? Awak sendiri tahukan hukumnya seorang perempuan meniru gaya lelaki? Dosanya macam mana.” Irfan berkata tegas. Kalau setakat cakap aje pandai tapi tak lakukannya, tak guna juga.
            Que merengus kasar mendengarkan pertanyaan Irfan itu. Dia cukup tidak menyukai apabila ada orang yang mempertikaikan cara penampilannya. Bukan dia sengaja untuk menjadi begitu. Dia jadi begitu kerana desakan hidup yang dia lalui selama ini. Jangan nilai aku macam kau kenal siapa aku.
Tiada siapa pun tahu apa yang dia alami kecuali Candy, Rizal dan juga Melon. Sebolehnya, dia cuba menyembunyikan apa yang telah berlaku. Dia tidak mahukan simpati dari mereka semua. Kau tak tahu apa-apa tentang kehidupan aku. Jadi, tolong jangan nak pandai kritik aje.
            Rizal menyiku lengan Irfan lembut. Dia menggelengkan kepalanya apabila pandangan mata mereka berdua bersatu. Dia tidak mahu Irfan bertanya dengan lebih lanjut lagi kepada Que akan persoalan tersebut.
            Dia tahu apa yang telah Que lalui selama ini. Dia juga tahu kenapa dan mengapa Que jadi sedemikian rupa. Semuanya telah Que ceritakan kepadanya sewaktu mula-mula Que bekerja di Kamal Holdings. Bukan dia sengaja ingin mencungkil rahsia peribadi gadis itu tetapi dalam diam dia tertarik dengan gadis itu. Dia tertarik kerana usia Que yang hampir sebaya dengan adiknya yang sedang menuntut di luar negara. Sedikit sebanyak hilang juga rasa rindunya terhadap adiknya yang manja itu.
            Perlahan-lahan dia cuba mendekati gadis itu. Usahanya mendatangkan hasil. Dan Que pula menceritakan kepadanya satu per satu rahsianya tanpa disuruh. Dia juga telah berjanji dengan gadis itu bahawa dia tidak akan mendedahkan rahsia gadis itu kepada sesiapa pun. Rupanya dalam kecerian gadis itu terselit keperitan hidup yang telah dilalui olehnya. Tidak dapat dibayangkan andainya adiknya yang hampir sebaya dengan Que melalui nasib yang serupa.
            “Eh!! Kau tak mahu makan ke, Que?” soal Rizal. Sengaja dia menukar tajuk perbualan di antara mereka bertiga. Jelas ketidakselesaan di wajah gebu milik Que.
            Belum pun sempat Que menjawab soalan yang telah diajukan oleh Rizal, telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. Tanpa menunggu lebih lama lagi dan menghiraukan pandangan Irfan dan Rizal yang ada di hadapannya tatkala itu, pantas dia menjawab panggilan tersebut. Terserlah keceriaan di wajahnya tatkala menyambut panggilan itu.
            “Dah makan?” soal si pemanggil tersebut setelah kedua mereka saling bertukar salam yang dihulurkan sebentar tadi.
            “Belum. Sweet dah makan?” soal Que kembali. Mesti aku kena bebel sekejap lagi. Perangai dia lebih sikit kurang dengan Eysa jugak.
            “Baru saja lepas. Kenapa tak makan lagi?” soal gadis yang dipanggil Sweet oleh Que itu.
            Sweet a.k.a Suraya, merupakan seorang gadis yang cantik. Pernampilannya lebih bergaya sedikit berbanding Eysa. Sweet bekerja di bangunan yang sama dengan Que tetapi berlainan tingkat.
            “Tak lapar lagi.” Dalih Que. Sengaja dia membuat dalih begitu agar Sweet tidak akan bertanya dengan lebih lanjut lagi dengannya.
            “Janganlah macam itu. Apa pun, Baby kena makan. Kalau sakit nanti macam mana? Siapa yang akan susah? Baby juga, kan? Bukan orang lain.” bebel Sweet. Makan pun nak nanti kena cakap.
            “Sweet kan ada boleh jaga Baby.” Senda Que. Selalunya Esya yang jaga aku. Bukannya dia. Dia hanya datang melawat aku aje.
            Sweet tertawa manja mendengarkan kata-kata Que itu. Tidak dia sangka Que akan memberikan jawapan yang sebegitu. Mana mungkin aku nak jaga kau. Kalau kita duduk serumah boleh juga aku jaga. Ini kita lain-lain rumah.
            “So, macam mana kerja hari ni? Okay ke?” soal Que menukar tajuk perbualan di antara mereka berdua. Tidak mahu Sweet berterusan bertanyakan hal tersebut.
            “So and so. Oh ya!! Nanti Baby tak perlulah ambil Sweet ya.” Pesan Sweet.
            “Dah tu, Sweet nak balik nanti dengan apa?” soal Que hairan. Dahinya berkerut seribu tatkala mendengarkan permintaan Sweet itu. Takkan nak jalan kaki pulak kut. Biar betul minah ni. Jauh tu kalau nak balik jalan kaki.
            “Sweet tumpang Melon.” Jelas Sweet. Mujur ada Melon. Taklah menyusahkan dia.
            “Okaylah, kalau macam tu. Pesan pada Melon bawa motor hati-hati sikit. Dia tu kalau bawak motor tak ingat dunia. Semuanya dia redah.” Pesan Que. Ingat jalan raya tu, mak cik tiri dia punya agaknya.
            “Ek’leh, nak katakan orang! Dia pun sama. Dua kali lima aje.” Cebik Sweet.
            “Baby tak apa. Baby profesional. Dia tu baru lagi.” Nafi Que. Tak boleh nak samakan dengan aku yang expert ni.
            “Yalah. Nanti Sweet beritahu dengan dia. Okaylah, Baby. Sweet nak sambung kerja dah ni. Malam nanti kita jumpa.”
            Que mematikan talian telefonnya setelah huluran salam daripada Sweet disambutnya. Bibirnya mengukir senyuman manis. Saat ini, di birai matanya terbayang wajah seorang gadis muda yang digelarnya Sweet. Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Irfan dan juga Rizal. Dapat mereka lihat Que tersenyum sendirian. Seakan orang yang sedang mabuk bercinta sahaja lagaknya. Teruk betul perempuan ini. Angau ke apa?
            “Woit!!” sergah Rizal sambil menghentak meja dengan kuat. Angau tak ingat dunia betullah perempuan tak siap ini.
            Que tersentak kecil akibat daripada sergahan itu. Pantas dia mengurut dadanya. Wajah kacak pemuda berkulit kuning langsat itu direnungnya. Apa kena pulak jantan ni? Main sergah-sergah pulak dia. Sekali aku tempeleng nanti, mau makan nasi kanji sebulan.
            “Iskh, Encik Rizal ni! Kut iya pun bagilah salam dulu. Ini tak, main sergah-sergah pulak. Dibuatnya kalau saya pengsan kat sini nanti, siapa yang susah? Encik Rizal jugak tau. Bukannya orang lain.” Bebel Que sambil menggelengkan kepalanya. Dia ni boleh duduk serumah dengan dak Diana. Suka sangat main sergah-sergah orang. Ingat aku ni dilahirkan untuk disergah ke?
            “Apa pula aku yang susah? Kalau kau pengsan kat sini, aku siram dengan air basuh pinggan yang ada kat belakang tu.” Ujar Rizal selamba. Habis cerita. Cepat juga kau sedar dari pengsan kau nanti.
            “Amboi, ikut suka dia aje ya! Ingat saya ni nak diam aje ke?” Jerkah Que. Ingat aku ni anak patung agaknya. Suka-suki dia aje nak siram aku macam tu.
            “Dah kau pengsan, mana kau tahu aku siram kau dengan air apa sekalipun, kan?” Seloroh Rizal. Lainlah kalau kau sedar. Boleh juga kau nak maki aku bagainya.
            Que tersengih mendengarkan penjelasan Rizal itu. Kepalanya yang tidak gatal digarunya. Betul jugak kata mamat ni. Lainlah kalau aku sedar. Boleh jugak aku back hand ke apa mamat ni. Adoyiii!!! Masalah betullah!
            “Itu awek kau yang nombor berapa?” soal Rizal sambil merenung wajah Que. Macam manalah senang sangat dia ni dapat awek?
            “Dia belum ada nombor lagi.” Balas Que selamba. Aku pun tak tahu dia nombor berapa.
            “Kenapa pula?” soal Irfan pula. Dahinya berkerut seribu mendengarkan jawapan yang telah diberikan oleh Que itu. Ramai sangat ke awek dia ni?
            “Sebab…dia ni lepas Eysa. Jadi, bila dia lepas Eysa bermakna dia yang terakhir. So, akan datang pasti ada lagi.” Jelas Que sambil tersengih. Jangan tak percaya sudahlah.
            “Sebab itulah kau panggil dia, Sweet?” teka Rizal. Geli-geleman pula aku mendengarnya. Mengalahkan orang bercinta pula.
            “Eh, taklah!” Pantas Que menafikannya sambil menggelengkan kepalanya. Bukan sebab tu aku gelarkan dia, Sweet.
            “Dah tu?” soal Irfan pantas. Entah mengapa, dia rasa seronok pula melihatkan ulah Que itu. Walaupun dalam diam, dia tidak bersetuju gadis itu berkelakuan sedemikian rupa. Kelakar pula aku tengok dia ini.
            “Sebab…dia manis.” Que tersenyum kecil. Ya, dia memang manis.
            “Manis yang macam mana?” Rizal menggelengkan kepalanya. Macam-macam perangailah budak ini.
            “Susahlah saya nak cakap, Encik Rizal. Apa yang pasti, bila dia tersenyum atau tertawa…dia nampak sweet. Sebab itulah saya panggil dia, Sweet.” Jelas Que. Untung siapa dapat dia.
            “Makwe awaklah tu.” Celah Irfan. Rosak betul budak ini. Mujur adik-adik aku tak macam ini perangainya.
            “Ya ALLAH!! Bukan ke saya dah kata tadi yang saya tak bercinta dengan perempuan, boss?” bentak Que. Tak faham bahasa sungguhlah mereka ni. Ingat aku ni lesbian ke apa?
            “Kalau tak bercinta, kenapa dia panggil kau, Baby dan kau pula panggil dia, Sweet? Bukan bercinta ke namanya?” soal Rizal. Salah ke apa yang kami dengar tadi?
            Que tertawa gelihati mendengarkan kata-kata yang diluahkan oleh Rizal itu. Baginya, tidak perlulah orang tahu akan hubungan di antara dia dan juga Sweet. Biarlah ianya menjadi rahsia di antara mereka berdua sahaja. Orang nak anggap apa pun, anggaplah. Yang penting kami tahu apa yang kami buat.
            “Eh!! Encik Rizal dengan boss tak mahu makan ke? Dari tadi asyik melayan saya aje ni. Apa dah kenyang ke perut tu dengan melayan saya ni?” Que sengaja mengubah tajuk perbualan di antara mereka bertiga. Lagi dilayan nanti, mahunya lagi banyak rahsia aku dia tahu. Bukan boleh percaya dia ni.
            “Itulah pasal. Dari tadi aku duduk dekat sini. Takde siapa-siapa pun yang datang ambilkan order. Yang kau ni tak mahu makan ke? Sayang nasi itu kalau dibiarkan macam itu saja.” Rizal merenung ke arah pinggan yang berisi makanan yang ada di hadapan Que. Suka sangat membazir dia ini.
            Que menghela nafas panjang sambil merenung ke arah pinggan nasi yang telah dihidangkan oleh Eysa untuknya sebentar tadi. Sesekali dia membetulkan cap yang tersarung cantik di kepalanya. Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Irfan sebelum memulakan bicaranya. Degil juga dia ini rupanya.
            “Makanlah sikit. Penat dia hidangkan untuk awak.” Pujuk Irfan lembut. Kalau kena gaya memujuk ini, boleh cair juga hatinya.
            “Nak makanlah ni.” Antara mahu dengan tidak sahaja Que menjawab kata-kata Irfan itu. Susah betul kalau ada klon dak Eysa depan mata ni.
            Dia menadah tangan membaca doa makan seperti lazimnya sebelum memulakan suapannya. Sedari kecil lagi, dia telah diajar begitu oleh arwah umi dan opahnya. Disebabkan itulah, ianya telah menjadi tabiat yang sukar dikikisnya sampai bila-bila pun.