Halaman

Selasa, 20 November 2012

PaRt oF uS...^_^



















Ahad, 11 November 2012

Kau Kusayang Bab 9


Dari jauh dia memerhatikan sahaja ulah gadis itu yang sedang duduk sendirian di bang-ku yang terdapat di bawah pokok mempelam yang telah ditanam oleh ayahnya. Kasihan pula dia melihatkan gadis itu. Sepanjang tiga hari mereka berada dikampungnya, tidak habis-habis gadis itu diperkatakan.
Buruk baiknya habis disebut tanpa dipinta oleh yang empunya diri. Damia itulah, Damia inilah. Ada sahaja cerita-cerita yang tidak menyenangkan singgah ditelinganya. Kalau aku tahu begini jadinya, aku takkan bawa dia pulang ke sini. Biarlah dia di sana saja. Hati aku pun tak sa-kit mendengarnya. Teruk-teruk dia sekalipun, dia telah menjadi isteri aku. Dan aku harus meneri-manya. Kenapa aku boleh menerimanya sedangkan mereka tidak?
Terasa menyesal pula dia mengajak gadis itu pulang bersamanya ke kampung. Jika dia ta-hu ini yang akan terjadi, pasti tidak akan sesekali dia bawa gadis itu pulang bersama-samanya. Biarlah dia pulang sendirian. Biarlah apa sahaja keluarganya ingin katakan. Dia tidak kisah. Ma-lah dia boleh terima semuanya dengan tangan yang terbuka. Kasihan dia. Sebab aku, dia yang ja-di mangsanya. Terasa menyesal pula menyeret dia sekali dalam masalah ni.
            “Apa yang kau pandang tu, Darwisy?” tegur Puan Hasnah. Pandang perempuan itulah a-gaknya. Macamlah aku tak tahu.
            Darwisy menoleh tatkala terdengarkan suara itu. Soalan yang diutarakan oleh si ibu lang-sung tidak dijawabnya. Sengaja dibiarkan sepi begitu sahaja. Kenapalah emak tidak dapat terima dia dalam keluarga kami? Apa salah dia?
            “Mana isteri kesayangan kau tu? Dari tadi tak nampak pun batang hidungnya.” Ujar Puan Hasnah lagi. Seakan kebisuan Darwisy itu menyakitkan hatinya. Dia boleh buat tak tahu aje aku bercakap dengan dia.
            “Ada kat bawah pokok mempelam sana tu.” Ujar Darwisy tenang. Janganlah mulakan la-gi. Aku dah tak sanggup nak mendengarnya.
            “Hmm…baguslah macam tu. Orang duduk memasak di dapur, dia pula duduk kat depan. Goyang kaki. Memang dasar anak orang kaya betul. Satu kerja rumah langsung tak boleh dibuat-nya.” Marah Puan Hasnah. Langsung tak boleh diharap.
            “Sudah-sudahlah tu, mak.” Pujuk Darwisy perlahan. Wahai hati, bersabarlah kau. Aku tak mahu menderhaka pada ibuku hanya kerana perkara yang remeh-temeh begini. Aku mohon sangat-sangat.
            “Itulah kau. Bila emak cakap sikit, kau marah. Dulu lagi emak tak suka kau kahwin de-ngan perempuan tu. Kau nak juga. Sekarang tengok, apa dah jadi?” Tegas Puan Hasnah. Sakit betul hati aku ni. Cakap aku ni langsung dia tak mahu dengar.
            “Dah jodoh saya, mak. Nak buat macam mana?” luah Darwisy sambil melabuhkan pung-gung di sofa yang berdekatan. Jika telah tersurat dia jodoh aku, aku tetap akan terima. Walaupun ianya payah dan juga sukar untuk aku menerimanya.
            “Tapi kita boleh elakkan. Kalau kau kahwin dengan Arfah dulu, tak adalah jadi macam ni. Entah-entah di sana agaknya, kau yang memasak untuk dia. Bukannya dia yang buat semua tu.” Renggus Puan Hasnah kasar sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Darwisy. Perempuan tu bukannya tahu masak. Silap-silap makan di kedai.
            “Kami ada pembantu rumah, mak.” Luah Darwisy lembut.
            “Ha!! Baguslah tu. Kejar sangat kekayaan orang tu. Akibatnya kau sendiri yang terabai. Makan, minum kau kemana…apa pun kemana. Semuanya pembantu rumah kau yang buat. Ka-lau dah macam tu, baik kau kahwin aje dengan pembantu rumah kau tu. Ada isteri pun tak bergu-na. Buat menyusahkan aje.” Bebel Puan Hasnah panjang lebar. Cakap aku ni langsung tak mahu didengarnya.
            “Mak ni…ke situ pula. Apa mak mahu ke bermenantukan orang yang sebaya dengan mak?” duga Darwisy sambil tersenyum kecil. Sengaja dia ingin mengenakan ibunya itu. Kalau nak…aku boleh aje. Janji emak setuju hehehe.
            Saat ini terbayang wajah Kak Ina, pembantu rumah mereka di ruang matanya. Kak Ina ti-daklah sebaya emaknya. Kak Ina masih lagi muda. Berapa umur pembantu rumah itu, tidak dia tahu. Dia hanya memanggilnya kakak apabila Damia membahasakan pangillan kakak kepada Kak Ina. Setahunya, Kak Ina telah lama berkhidmat dengan Damia. Itu sahaja. Selebihnya, dia ti-dak ambil peduli.
            “Kau ni, bila aku bercakap ada saja alasannya.” Geram Puan Hasnah. Giginya diketap ku-at. Panas hatinya melihatkan ulah Darwisy itu. Cubalah sesekali tu, dengar apa yang aku cakap. Ni tidak, ada saja alasannya.
            “Kenyataannya, mak.”
            “Aku ni bercakap benda yang betul, Darwisy. Buat apa ada isteri kalau tak boleh diharap-kan? Semuanya terbeban di atas bahu kau seorang.”
            “Tak baik mak cakap dia begitu. Buruk-buruk dia pun, dia tetap isteri saya. Menantu mak dan ayah juga.” Darwisy mengusap rambutnya. Tidak sanggup dia mendengar kata-kata cacian i-tu. Ingin dilawannya, orang yang bercakap dengannya saat ini adalah ibunya sendiri.
            “Aku bercakap ni tentang kenyataannya, Darwisy. Kalau kau kahwin dengan Arfah dulu, takkan jadi begini nasib kau. Nak kata cantik, aku rasa Arfah tu lagi cantik dari dia.” Provok Pu-an Hasnah.
Sengaja dia menghasut anak lelakinya itu. Mudah-mudahan hasutannya itu akan berhasil. Jika dibandingkan antara Arfah dan Damia, cantik lagi Arfah. Arfah memiliki kulit yang putih bersih. Dia sentiasa sahaja bertudung bagi menutup auratnya, tidak seperti Damia yang seringkali berpakaian yang menjolok mata. Sakit mata aku memandangnya.
            “Apa yang awak membebelkan ni, Cik Hasnah oii!!” sampuk Encik Malik. Naik sakit te-linga aku mendengarnya.
            Darwisy mengangkat wajah tatkala mendengarkan suara itu. Ayahnya, Encik Malik menghampiri mereka anak-beranak di ruang tamu itu. Dia menghela nafas lega seketika. Dia ber-harap dengan kedatangan ayah di antara dia dan juga ibunya itu, maka Puan Hasnah akan meng-hentikan bebelannya yang seakan tidak mahu surut. Penyelamat aku dah datang. Harap-harap e-mak akan menghentikan bebelannya.
            Hanya ayahnya sahaja yang boleh menghentikan bebelan ibunya itu. Jika tidak, dia akan mendengar bebelan tersebut sehari suntuk. Bukan sekali dua dia mendengar bebelan ibunya me-ngenai Damia. Setiap kali pulang ke kampung, perkara yang sama juga yang akan dibangkitkan oleh Puan Hasnah.
            “Apalagi kalau bukan menantu awak itulah.” Ujar Puan Hasnah sambil mencebikkan bi-birnya. Makin sakit hati aku bila bercakap pasal dia.
            “Menantu saya yang mana satu?” soal Encik Malik lagi. Dahinya mula berkerut seribu. Seakan memikirkan insan yang sedang diperbualkan oleh isteri dan anaknya saat itu. Dia berca-kap pasal siapa?
            Setahunya, anak-anaknya yang telah berkahwin seramai empat orang. Saat ini, terbayang satu per satu wajah menantunya di birai mata. Samada menantu perempuan mahupun menantu-nya yang lelaki. Dan setahunya juga, semua menantu mereka amat menghormati mereka sebagai mertua. Tiada pula yang membuat perangai.
            “Eh!! Awak ni, takkan menantu awak sendiri pun awak tak tahu yang mana satu?” marah Puan Hasnah. Nyanyuk apa orang tua ni?
            “Yelah. Menantu kita ada empat orang. Julia, Shiela, Amri ataupun Mia? Yang mana satu awak cakapkan ni?” soal Encik Malik lagi. Salah ke aku bertanya?
            “Menantu awak yang kaya-raya tulah. Bukan menantu awak yang tiga orang lagi tu. Yang tu tiada kena-mengena langsung dengan Darwisy ni.”
            “Ha! Kenapa dengan Mia tu? Saya tengok elok aje budaknya. Tak ada cacat cela pun.” Ujar Encik Malik selamba sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Darwisy. Ma-lah, pandai pula ambil hati orang.
            “Banyak yang kurangnya, bang.” Adu Puan Hasnah.
            “Kita manusia ni, Nah…memang banyak kekurangannya dari kelebihannya. ALLAH tak menjadikan kita ni sempurna. Yang sempurna cuma ALLAH saja. Bukan kita.” Tutur Encik Ma-lik lembut. Takkan itu pun tak tahu.
            “Itu saya tahu, bang.” Puan Hasnah menarik muncungnya. Mulalah nak membela perem-puan tu. Macamlah aku tak tahu.
            “Dah tu, apa masalahnya? Cuba awak cakap.” soal Encik Malik hairan. Wajah Puan Has-nah direnung dalam-dalam. Tak habis-habis lagi. Aku ingatkan dah selesai semuanya.
            “Masalahnya sekarang ni, kalau kita tidak cuba untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri kita tu…tak berguna juga. Dari dulu lagi saya dah kata, jangan kahwin dengan perem-puan itu. Tapi anak abang ni degil. Nak juga dia kahwin dengan perempuan tu. Entah apa yang dipandang agaknya pada perempuan tu, tak saya tahu. Harapkan kaya aje tapi satu apa pun tak boleh dia buat.” Renggus Puan Hasnah kasar. Buat malu aku lagi adalah.
            “Awak ni bercakap macam tak percaya pada Qada’ dan Qadar ALLAH saja, Nah.” Encik Malik menyandarkan tubuhnya di kerusi yang diduduki. Dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung perangai dia.
            Puan Hasnah terdiam tatkala mendengarkan kata-kata Encik Malik.
            “Setiap manusia ada kelebihan dan juga kekurangannya. Macam tu juga dengan dia. Apa kata kalau awak cuba tolong ubahkan kekurangan yang ada pada dia tu? Ada juga faedahnya. Daripada awak duduk membebel tak tentu pasal di sini.” Cadang Encik Malik selamba. Ni tidak, dari kelmarin asyik benda yang sama saja dibebelkannya. Bila budak tu tak balik, dia membebel. Bila balik pun membebel. Pening kepala aku dibuatnya.
            “Tak kuasalah saya. Dia bukan menantu pilihan saya.” Bentak Puan Hasnah kasar. Lain-lah kalau dia menantu pilihan aku. Senang aku tolong ubahkan.
            “Kalau awak masih berfikiran begitu, sampai bila-bila pun dia takkan berubah. Kita yang tua ni patut bantu dia. Bukannya terus menghukum dia macam ni.” Nasihat Encik Malik. Takkan benda macam tu pun aku nak ajarkan.
            “Abang tahu tak? Saya ni dah naik malu dengan orang kampung tau. Dapat menantu yang tidak tahu buat kerja rumah. Mana saya nak letakkan muka saya ni, bang? Bila bertandang ke rumah orang, dia buat tak tahu aje. Nak kata pegang pisau, nak pegang penyapu pun dia tak tau.” Luah Puan Hasnah geram. Perempuan jenis apa tu? Mak bapak dia tak pernah ajar dia ke benda tu semua? Tak gunalah jadi perempuan kalau benda yang remeh-temeh pun dia tak tahu nak buat.
            “Nak buat macam mana, mak. Dia memang tak tahu nak buat kerja rumah. Lainlah kalau dia pandai buat semua tu. Mak tak payah cakap lagi, dia dah buat.” Celah Darwisy. Dia bukan-nya macam Arfah. Dia orang kota dan Arfah pula orang kampung.
            “Ha!! Itulah perempuan yang kau pilih. Kalau kau ikut cakap aku dulu, kahwin dengan Arfah pasti perkara ini takkan terjadi begini. Hidup kau pasti akan senang, Darwisy. Makan dan pakai kau akan terjaga dengan baik.” Jerkah Puan Hasnah. Ni tak, ikut sangat kata hati tu. Seka-rang, siapa yang susah?
            Encik Malik beristigfar panjang tatkala mendengarkan kata-kata isterinya itu. Kepalanya digelengkan perlahan-lahan sambil menghela nafas panjang mendengarkan kata-kata yang ter-luah dari bibir isterinya itu.
            Sudah letih dan penat dia menasihatkan isterinya itu agar menerima Damia menjadi seba-hagian dari keluarga mereka, namun usahanya sia-sia sahaja. Dia tetap dengan katanya. Dia tetap hanya inginkan Arfah, bekas tunang Darwisy itu sebagai menantunya. Entah apa yang ada pada Arfah dan tiada pada Damia, tidak dia tahu.
            Damia sanggup lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian Puan Hasnah. Macam-ma-cam yang telah Damia lakukan sepanjang tempoh tiga hari duduk di rumah itu. Namun, segala u-saha yang ditunjukkan oleh Damia hanyalah sia-sia sahaja. Ianya masih lagi tidak berjaya memi-kat hati batu milik Puan Hasnah itu. Semua itu Encik Malik perhatikan dalam diam sahaja. Dia i-ngin lihat sejauh mana usaha Damia dalam memikat hati ibu mertuanya.
            “Dah tu, mak mahu saya buat apa?” keluh Darwisy. Mati akal dia dengan perangai Puan Hasnah itu. Silap-silap aku yang mati pula nanti.
            “Ceraikan dia dan kahwin dengan Arfah.” Tegas Puan Hasnah. Aku yakin dia akan ikut cakap aku kali ini.
            Sekali lagi Encik Malik beristigfar panjang sambil menggelengkan kepalanya. Sesekali dia mengurut dadanya. Begitu juga dengan Darwisy. Mereka tidak menyangka sampai begitu se-kali permintaan Puan Hasnah. Damia yang terdengar secara tidak sengaja perbualan tersebut ter-sentak. Terkedu dia seketika. Hampir sahaja menitis air matanya saat itu.
Hina ke aku hanya semata-mata aku bukan menantu pilihan mereka? Salahkah aku hanya semata-mata aku dilahirkan sebagai anak orang kaya? Tiadakah peluang untuk aku disisi mere-ka? Sedangkan aku juga berhak untuk tentukan kebahagiaan hidup aku sendiri. Kekayaan yang aku miliki bukannya milik aku tapi milik abah dan mama. Aku tak punya apa-apa. Aku hanya menumpang harta kekayaan mereka saja.
            “Awak dah hilang akal ke apa?” marah Encik Malik. Geram benar dia dengan Puan Has-nah tatkala itu. Ringan sahaja tangannya untuk menampar wajah insan yang bergelar isterinya i-tu. Dia ni memang dah melampau.
            “Saya memang dah hilang akal, bang. Saya hilang akal semenjak anak kesayangan abang ni, bawa balik perempuan tu ke rumah kita ni. Saya dah hilang akal saat perempuan tu menjadi menantu kita. Saya dah hilang akal semenjak perempuan tu menjejakkan kakinya ke rumah ni. Abang faham tak?” Tegas Puan Hasnah lagi. Kalau dia tak goda anak aku, pasti benda begini takkan berlaku dalam keluarga aku.
            “Awak ingat, nikah kahwin ni macam tukar baju? Macam beli ikan kat pasar itu? Nak ambil, tak mahu lemparkan macam tu aje? Begitu?” tegas Encik Malik. Apalah nak jadi dengan dia ni? Ya ALLAH, KAU sabarkanlah aku.
            “Selagi perempuan itu menjadi menantu dalam rumah ni, saya takkan sekali-kali iktiraf-kan dia sebagai menantu saya. Abang faham tak?”
            “Eiii!! Malas saya nak melayan awak ni.” Encik Malik bangkit dari duduknya. “Entah hantu bukit mana agaknya dah merasuk awak petang-petang begini, tak saya tahu.” Lagi lama a-ku duduk di sini, boleh jadi gila dibuatnya.
            Encik Malik berlalu menuju ke arah pintu masuk utama. Langkahnya mati tiba-tiba apa-bila bertembung dengan Damia di anak tangga. Entah mengapa lidahnya menjadi kelu seketika. Terasa liur yang ditelannya berpasir. Ya ALLAH!! Adakah dia terdengar apa yang kami bicara-kan tadi? Adakah dia tahu gerangan siapakah yang kami bincangkan sebentar tadi?
            Senyuman nipis yang dilemparkan oleh Damia hanya dibalas hambar. Dia tahu, Damia telah mendengar segala-gala yang mereka tengkarkan sebentar tadi. Damia melangkah masuk la-lu menuju ke arah biliknya. Aku kena kuat. Kalau aku rebah sekarang, sampai bila-bila pun aku takkan bangun lagi. Aku pasti akan itu. Terlalu pasti.
            “Puaslah hati awak, Mia dah dengar segala apa yang awak perkatakan tadi?” soal Encik Malik. Perangai dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak berubah.
            “Memang saya nak dia dengar pun. Baru puas hati saya.”
            “Terpulanglah pada kau, Darwisy. Ayah tak mahu masuk campur. Ini urusan rumah tang-ga kau. Kalau kau rasa dengan mengikut kata-kata emak kau tu baik, teruskanlah. Jika tak…ayah sentiasa sokong kau dari belakang.” Ujar Encik Malik sebelum berlalu. Hatinya panas dengan u-lah insan yang bergelar isteri itu. Maafkan ayah, Mia. Ayah tak mampu untuk buat apa-apa demi rumah tangga kamu.
            Darwisy terpaku mendengarkan kata-kata ayahnya itu. Dia buntu. Di kanan ibu dan di ki-ri pula isterinya. Dia tidak bisa membuat pilihan bagi menentukan siapakah yang harus dia pilih.



            Damia mengemas ke semua pakaiannya. Satu per satu pakaiannya dimasukkan ke da-lam beg pakaian yang telah dibawanya bersama tempoh hari. Mujurlah beg pakaiannya dan Dar-wisy asing-asing. Jika tidak, pasti dia tidak punya alasan yang kukuh untuk meninggalkan rumah itu. Hatinya benar-benar terguris kala itu. Terlalu pedih sekali luka itu. Seakan ianya ditoreh oleh belati nan tajam. Ya ALLAH, kenapa harus aku yang mendengar semua itu? Kenapa tidak orang lain? Aku tidak seharusnya ikut dia pulang ke sini. Kenapalah aku bodoh sangat?
            Telefon bimbitnya dicapai. Didail nombor-nombor yang berlegar difikirannya tatkala itu. Panggilannya disambut juga oleh penerimanya.
            “Assalammualaikum, Kak Ina. Mia ni. Kak Ina, Mia nak minta tolong sikit boleh?” ujar Damia tenang. Janganlah aku menanggis di sini.
            “Tolong apa tu, Mia?” soal Kak Ina kembali. Hairan dia dengan permintaan Damia itu.
            “Tolong kemaskan pakaian Mia untuk dua, tiga hari. Boleh, Kak Ina?” pinta Damia. Aku kena kuat.
            “Boleh Mia.” Balas Kak Ina lembut. Dia nak kemana?
            “Nanti akak tolong bagi pada Pak Abu. Suruh dia jemput Mia di stesen bas.” Arah Da-mia. Aku tak mahu menanggis di sini kerana di sini bukannya tempat aku.
            “Mia tak balik dengan Darwisy ke?” soal Kak Ina hairan. Takkan dia nak balik naik bas pula? Tak pernah-pernah dibuat budak ni.
            “Tak, kak. Mia balik seorang aje.” Jelas Damia lagi. Aku inginkan masa untuk bersendi-rian buat masa ini.
            Damia mematikan taliannya apabila selesai memberikan arahan kepada Kak Ina. Darwisy melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tidak sedikitpun dihiraukannya pandangan pemuda itu. Darwisy melabuhkan punggungnya di birai katil.
            “Awak mahu kemana?” soal Darwisy. Maafkan aku, Huda.
            “Maaf, Darwisy. Saya kena pulang.” Jawab Damia tenang. Ya, aku kena pergi dari sini. Pergi jauh dari sini untuk seketika.
            “Kenapa? Sebab apa yang mak katakan tadi ke?” soal Darwisy bertalu. Aku yakin dia te-lah mendengar segala-galanya.
            Damia tersenyum nipis sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Darwisy ter-gamam seketika. Dia akui, Damia jarang tersenyum. Bila dia tersenyum, pasti akan tampak ma-nis. Dalam tidak sedar, dia terpikat dengan senyuman itu. Manisnya senyuman itu.
            “Apa yang mak kata?” soal Damia dungu. Perlukah kau menyatakannya lagi? Janganlah tambah sakitkan hati aku lagi, Darwisy. Tolonglah!!!
            “Awak tak dengar apa yang kami bicarakan tadi ke?” soal Darwisy kembali tanpa menja-wab pertanyaan Damia. Dia tak dengar atau buat-buat tak dengar?
            “Tak.” Balas Damia sepatah dengan muka tidak bersalahnya. Maafkan aku, Darwisy.
            “Kalau awak tak dengar, kenapa nak pulang cepat sangat? Sedangkan majlis perkahwinan tu pun belum lagi berlangsungnya, Huda.”
            “Saya ada kerja yang perlu saya uruskan di pejabat, Darwisy.” Fahamilah keadaan aku saat ini, Darwisy. Aku mohon sangat-sangat dengan kau.
            Darwisy merenung wajah Damia. Dia kurang mengerti apa yang telah dimaksudkan oleh gadis itu. Hatinya kuat mengatakan bahawa Damia telah mendengar setiap apa yang telah mere-ka bualkan sebentar tadi.
            “Tadi, Fier telefon saya. Katanya terdapat masalah di tapak projek di bawah kendalian sa-ya dan saya diperlukan di sana dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Sebelum perkara ini diketahui oleh abah, lebih baik saya selesaikannya secepat mungkin. Awak sendiri tahukan macam mana perangai abah tu. Kalau dia dah mula membebel nanti, mahu sakit kepala mendengarnya.” Jelas Damia tenang tanpa dipinta apabila Darwisy seakan tidak memper-cayai kata-katanya. Maafkan aku, Darwisy. Aku tak kuat seperti yang kau sangkakan.
            “Kalau macam tu, kita pulang sama-sama.” Cadang Darwisy. Aku tak sanggup lepaskan dia pergi begitu saja.
            “No need, Darwisy.” Pantas Damia menghalangnya. Aku perlukan masa sendirian saat ini Darwisy. Fahamilah keadaan aku.
            “Tapi…” kata-kata Darwisy terhenti apabila Damia pantas mencelah.
            “Cuti awak masih lagi berbaki. Habiskanlah cuti tu dulu. Dah habis nanti, awak pulang-lah. Lagipun, majlis perkahwinan sepupu awak belum pun bermula. Nanti apa kata mereka kalau awak tak ada.” Pinta Damia lembut. Lainlah aku. Aku cuma orang luar. Orang luar yang tidak di-iktiraf langsung dalam keluarga ini. Ada atau tidak, tiada siapa yang akan mempedulikannya.
            “Dah tu, awak nak pulang naik apa?” soal Darwisy. Takkan nak naik bas pula. Bising pu-la Dato’ Lufti dengan aku nanti kalau dia tahu yang anak kesayangan dia ni naik bas.
            Bukan Darwisy tidak tahu bahawa Damia telah dilarang keras oleh Dato’ Lufti dari me-mandu kereta. Ini kerana Damia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang hampir sahaja me-ragut nyawanya. Semenjak itu, Dato’ Lufti terus melarang gadis itu dari memandu apa saja jenis kenderaan.
Kemana sahaja dia ingin pergi, dia akan ditemani oleh pemandu peribadinya iaitu, Pak A-bu. Semuanya itu telah diceritakan oleh Fierdaus kepadanya saat mereka dipertemukan oleh Da-mia tanpa dirancang tempoh hari.
            Dari Fierdaus jugalah dia mula mengenali insan yang bernama Damia Huda Dato’ Lufti. Apa yang disukai dan juga apa yang dibenci oleh gadis itu. Sehinggakan dia rasa, Fierdaus lebih mengenali dan lebih rapat dengan Damia berbanding dengan dirinya. Saat itu, terbit sedikit rasa cemburu terhadap lelaki itu tanpa dia sedar. Namun, pantas ditepisnya. Baginya, Fierdaus hanya mengenali Damia sebagai seorang majikan. Tidak lebih dari itu.
            “Awak boleh tolong hantar saya ke stesen bas?” pinta Damia lembut. Aku perlu melari-kan diri aku seketika dari masalah ini.
            “Huda, saya berat hati nak lepaskan awak pergi.” Luah Darwisy perlahan. Hakikatnya, dia cukup tidak yakin untuk melepaskan Damia pulang sendirian. Kenapa aku seakan berat hati untuk lepaskan dia pergi?
            “Jangan bimbanglah, Darwisy. I’m a big girl now. Bukannya budak kecil yang perlukan pengawasan orang dewasa sentiasa. Saya boleh protect diri saya sendiri.” Yakin Damia.
            “Saya tahu tapi…” Ya ALLAH, apa yang perlu aku lakukan sekarang ni? Lepaskan dia pergi begitu saja? Atau halang terus pemergiannya?
            “Dahlah. Jangan difikirkan yang bukan-bukan. Cepatlah hantar saya. Nanti sukar pula sa-ya nak dapat bas. Dahlah ini kali pertama saya naik bas.” Pujuk Damia lembut sambil tersenyum kecil.
            “Kalau begitu, saya hantar awak ya?” Pujuk Darwisy lagi. Aku lebih yakin jika dia sen-tiasa berada dihadapan mata aku.
            “Bukankah saya dah kata tak payah? Awak pakai saja kereta itu. Nanti awak nak balik susah. Lagipun, ada kereta lain di rumah.” Arah Damia sedikit tegas. Kenapalah sukar sangat kau nak faham perasaan aku kala ini, Darwisy?
            Darwisy menghela nafasnya. Dengan hati yang berat, dia melangkah jua. Beg baju Damia dijinjingnya. Damia mendapatkan Puan Hasnah yang masih lagi berada di ruang tamu. Sedari tadi, wanita itu tidak berganjak dari duduknya. Hatinya masih lagi panas dengan apa yang telah terjadi. Dek kerana Damia, dia bertengkar dengan suaminya. Dan kerana Damia jugalah, Dar-wisy tidak langsung mengendahkan kata-katanya.
            “Mak, Mia minta diri dulu.” Ujar Damia lembut sambil menghulurkan tangannya. Am-punkan Mia, mak. Kerana Mia, mak dan ayah bertengkar.
            “Baguslah kau nak berambus. Sekurang-kurangnya tak menyakitkan mata dan hati aku ni selagi kau ada di sini.” Ujar Puan Hasnah sinis. Lapang dada aku ni bila kau nak berambus. Tak payah aku nak suruh-suruh lagi.
            “Mak, tak baik cakap macam tu. Walau apa pun, dia tetap isteri saya dan menantu emak.” Luah Darwisy. Ya ALLAH, pinjamkanlah aku kekuatan MU barang seketika dalam menghadapi situasi sebegini.
            “Isteri kau tapi bukan menantu pilihan aku. Faham?” Tegas Puan Hasnah.
            Damia terkedu mendengarkan kenyataan itu. Sekali lagi hatinya terluka. Tangannya yang dihulur ditepis kasar oleh Puan Hasnah. Perlahan-lahan dia menelan liurnya. Terasa berpasir. A-gaknya beginilah perasaan Darwisy tatkala keluarga aku tak mengendahkannya? Tatkala keluar-ga aku mengabaikannya? Tatkala keluarga aku membencinya. Ya ALLAH!! Sakitnya perasaan i-ni. Kenapa harus aku yang perlu melaluinya? Bukan orang lain.
            Sepanjang perjalanan menuju ke stesen bas, mereka berdua lebih suka mendiamkan diri. Masing-masing kelihatan leka melayani fikiran masing-masing. Sehinggalah bas yang ingin di-naiki oleh Damia ingin bergerak. Damia merenung wajah bersih Darwisy. Maafkan aku, Dar-wisy. Aku terpaksa berbohong dengan kau.
            “Saya balik dulu, ya?” ujar Damia lembut. Aku tidak pernah menyesal kerana jatuh cinta pada kau, Darwisy. Aku juga tak pernah menyesal kerana menjadi isterimu walaupun kau tidak pernah sekali mengiktirafnya.
            “Hati-hati. Sampai sana nanti jangan lupa telefon saya.” Pesan Darwisy. Beratnya hati nak lepaskan dia pergi sendirian. Kenapa aku berat hati untuk melepaskan dia pergi dari aku? Se-akan dia akan terus pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.
            Damia menganggukkan kepala tanda faham akan arahan yang diberikan oleh Darwisy. Tangan Darwisy diraih lalu diciumnya dengan penuh hormat. Seperti yang selalu dia lakukan se-menjak dia bergelar seorang isteri. Walaupun ianya agak terhad antara mereka berdua. Tanpa di-sedari, Darwisy mencium dahinya. Dia tergamam seketika. Tanpa sedar, tangannya menyentuhi dahi yang telah dicium oleh Darwisy sebentar tadi. Bermimpikah aku? Jika benar, biarlah aku te-rus dibuai mimpi ini.
            “Awak jaga diri baik-baik tau. Apa-apa hal telefon saya. Jangan lupa pula.” Pesan Dar-wisy lagi. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada gadis yang telah bergelar isterinya i-tu. Semoga dia selamat sampai ke rumah.
            Sekali lagi Damia menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah me-nuju ke arah bas yang dinaiki tanpa menoleh ke arah Darwisy lagi. Bimbang andainya ada air jernih yang menitis tatkala melihatkan wajah suaminya itu.