Halaman

Isnin, 20 Mei 2013

Kau Kusayang Bab 15


Fierdaus melangkah masuk lalu mendekati meja yang diduduki Dami. Di tangannya terdapat fail kuning yang memerlukan tandatangan dari wanita tersebut. Damia mencapai fail yang telah dihulurkan oleh lelaki itu. Fail itu disemaknya seketika sebelum menurunkan tandatangannya.
            “Pukul berapa perbincangan kita dengan Mutiara Holding, Fier?” soal Damia tanpa menoleh ke arah Fierdaus.
            Fail yang telah ditandatanganinya diserahkan semula kepada Fierdaus. Wajah Fierdaus direnungnya tanpa segaris senyuman. Fierdaus menghela nafas pendek sebelum membuka bicaranya.
            “Sepatutnya mereka dah tiba tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. Jalan sesak barangkali.” Jawab Fierdaus tenang. Biasalah. Janji melayu. Selalu macam ni.
            “Hmmm…alasan!” Ujar Damia sambil mencebikan bibirnya. Kalau dah lambat tu, macam-macam alasan yang diberikan. Macamlah aku tak tahu.
            Fierdaus tersenyum kecil mendengarkan kata-kata Damia itu. Telefon bimbit Damia berbunyi nyaring minta diangkat. Damia menjeling seketika ke arah telefonnya itu. Tertera nama Danish di skrin telefon tersebut.
            “Tak apalah, Fier. You keluar dulu. Bila mereka sampai nanti, inform pada I.” Arah Damia lembut.
            Fierdaus menganggukan kepalanya tanda faham akan arahan yang diberikan oleh Damia. Panggilan Danish dijawab apabila Fierdaus telah keluar dari biliknya. Sudah agak lama dia tidak mendengar khabar berita dari abang kesanyangannya itu. Kali terakhir mereka berjumpa, beberapa bulan yang lalu.
            “Hello. Ya. Baik. Abang?” soal Damia tenang.
            “Alhamdulillah, sihat. Sibuk ke?” soal Danish ceria. Rindunya pada dia.
            “Biasalah. Dah namanya pun kerja. Kalau tak sibuk, bukan kerja namanya. Abang macam mana pula?” Damia menyoal sambil tersandar tenang. Ceria semacam aje abang aku ni.
            “Abang…macam biasalah. Cuma hari ini abang off.” Jerit Danish. Rindu pada kenakalan dia. Rindu pada senyum tawa dia.
            “Kakak dan anak-anak macam mana? Sihat?” soal Damia lagi. Ceria mengalahkan orang menang loteri aje.
            “Alhamdulillah. Mereka semua sihat. Mereka semua rindukan Mia.”
            “Mia pun rindukan mereka. Cuma Mia sibuk sikitlah akhir-akhir ni, bang. Tak dapat nak jumpa abang dan mereka. Kalau tak, dah lama Mia ke rumah abang.” Adu Damia manja. Rindunya pada mereka.
            Saat ini terbayang di birai matanya akan kenakalan anak-anak Danish. Tidak kiralah yang perempuan mahupun yang lelaki. Ada sahaja ulah mereka yang bisa mencuit hati wanitanya. Sehinggakan dia terfikir, dia juga ingin punya anak dan keluarga yang bahagia seperti abangnya itu. Tidak sabar pula dia ingin melayani karenah anak-anaknya sendiri. Dapatkah aku merealisasikan impian aku itu? Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
            “Tak apalah, dik. Abang faham. Darwisy macam mana? Sihat?”
            “Alhamdulillah. Dia sihat.”
            “Macam mana dia layan adik abang ni? Okay?”
            “Abang ni…cakap macamlah Darwisy tu hari-hari dera Mia.” Rengek Damia manja. Nak jumpa pun payah. Macam mana dia nak dera aku? Lainlah kalau kami ni jumpa hari-hari, mahunya aku yang dera dia.
            “Bukan dia yang dera Mia tapi Mia yang dera dia, betul tak?” Seloroh Danish. Macamlah aku tak tahu perangai dia yang manja tak bertempat tu.
            “Kenapa abang cakap macam tu? Mia tak pernah dera dia tau. Pandai aje abang ni.” Nafi Damia. Kalaulah abang tahu apa yang adik abang ni lalui sekarang ni, pasti abang takkan seceria begini, bang.
            “Ye ke ni? Boleh percaya ke?” Usik Danish lagi. Seakan tidak puas bergurau dengan adiknya itu. Agaknya hari-hari Darwisy kena dera dengan dia.
            “Betullah.” Tegas Damia manja. Nak bermanja pun payah, bang.
            “Dengan perangai Mia yang manja tak bertempat ni, abang rasa teruk Darwisy tu kena dera dengan Mia. Mahunya hari-hari dia keletihan melayan karenah Mia yang manja mengalahkan Sofia.” Senda Danish lagi. Sengaja dia membandingkan Damia dengan anaknya, Sofia. Alhamdulillah, bahagia juga dia.
            “Abang…” Bentak Damia manja. Suka sangat usik aku.
            Danish tertawa besar. Suka benar hatinya dapat menyakat Damia yang manja itu. Dulu Damialah yang sering menjadi mangsa usikannya. Adiknya itu seorang yang manja. Dia rindukan saat-saat begitu. Kini isterinya, Anida pula yang menjadi mangsanya.
            “Mia…Abang ada benda nak cakap dengan Mia ni.” ujar Danish setelah ketawanya mula reda. Bolehkah dia terima apa yang aku nak cakapkan ni?
            “Apa dia? Cakaplah. Mia dengar.” Damia membetulkan duduknya. Serius semacam aje abang aku ni. Apa hal?
            “Mia ada balik ke rumah abah tak?”
            “Baru-baru ni tak adalah pula. Tak tahulah kalau yang akan datang. Kenapa?” Ujar Damia selamba. Apasal pula tanya aku macam tu?
            “Bila kali terakhir Mia pulang ke sana?” soal Danish lagi.
            “Masa perjumpaan keluarga hari itu ajelah. Kenapa?” Damia menyoal hairan. Pelik benar dia dengan pertanyaan Danish itu. Apa kena pula dengan abang aku ni?
            Danish terdiam mendengarkan kata-kata Damia itu. Dia menghela nafas berat. Tidak sampai hati pula dia ingin memberitahu pada adiknya akan hal yang sebenar. Kebisuannya itu seakan mengundang kegalauan dan keresahan di hati Damia. Damia tahu, apa yang ingin diberitahu oleh abangnya itu ada kena-mengena dengan hidupnya. Dengan rumah tangganya.
            “Abang, kenapa ni? Cakaplah. Kenapa diam aje?” Soal Damia. Iskh, dia ni! Suka buat suspen macam ni tau!
            “Kalau abang bagi Mia nasihat, Mia nak terima tak?” Soal Danish kembali. Tidak sanggup untuk dia berterus-terang dengan adiknya itu. Aku tak sanggup!!!
            “Kalau ianya baik untuk Mia, akan Mia terima.” Damia berkata jujur. Masakan dia ingin menolak nasihat yang berguna dari seorang abang.
            “Okay. Listen here carefully. Abang mahu kalau boleh Mia jangan pulang ke rumah abah. Tak kiralah walau apa pun yang terjadi. Jangan pulang ke sana.” pinta Danish tenang. Boleh ke dia terima nasihat aku ni?
            “Apa maksud abang? Mia tak fahamlah. Cubalah cakap betul-betul. Ni tak, berbelit-belit. Pening Mia nak memahaminya.”
            “Kalau Mia sayangkan rumah tangga Mia, ikut nasihat abang ni.” tegas Danish. Betulkah apa yang aku lakukan ni?
            “Tapi…” Damia tidak jadi meneruskan katanya apabila Danish pantas mencelah.
            “Mia, abang sayangkan Mia. Abang tak mahu Mia terluka walau sedikit pun. Abang tahu, abang tak patut masuk campur dalam urusan rumah tangga Mia tapi abang terpaksa, dik. Abang tak tahu samada apa yang abang dengar betul atau tak. Abang tak tahu.” Ujar Danish tenang. Kalau betul, takpelah juga. Kalau tak, bagaimana?
            “Apa yang abang dengar?” gesa Damia. Hatinya resah seketika. Mereka berbicara tentang aku dan Darwisy ke?
            “Abang rasa tak perlulah abang beritahu pada Mia apa yang abang dengar. Cuma abang tahu, adik abang ni bukan seperti yang mereka katakan. Abang percayakan Mia.” Yakin Danish.
            “Abang…” pujuk Damia. Jika ya…aku perlu tahu akan semua itu.
            “Dengar nasihat abang, Mia. Jika Mia sayangkan Darwisy dan juga perkahwinan yang Mia bina ni, jangan pulang ke sana.” Arah Danish sedikit tegas. Kejamkah aku pada dia?
            “Kalau Mia rindukan you all macam mana?” soal Damia sayu. Takkan tak boleh langsung jumpa mama, abah dan yang lain?
            “Abang dan kakak akan datang jumpa Mia. Abang janji.” Janji Danish. Hanya ini yang mampu aku lakukan buat dia.
            “Itu abang. Bagaimana dengan abah, mama, Along, Angah dan Dinie?”
            Danish terdiam seketika tatkala mendengarkan pertanyaan Damia itu. Betul juga kata Damia. Dia bolehlah datang ke rumah Damia jika sesekali dia merindui adiknya itu bersama anak-anak dan isterinya. Bagaimana pula dengan Dato’ Lufti dan Datin Afifah? Adik-beradik mereka yang lain? Perlukah mereka ke sana juga? Kenapalah aku tak terfikir akan itu semua? Kenapalah aku hanya ambil jalan yang mudah saja?
            Jika setakat Dina dan Dinie, boleh juga mereka berpakat ke sana. Bagaimana pula dengan Dato’ Lufti, Datin Afifah dan Danial? Mereka pasti tidak akan bersetuju. Dia tidak punya jawapan bagi soalan yang diajukan oleh Damia itu. Dalam masa yang sama juga, dia tidak sanggup melihat mahligai yang baru sahaja dibina oleh adiknya hancur begitu sahaja. Aku tak sanggup melihat kehancuran rumah tangga yang telah dibina oleh adik aku tapi hanya ini saja jalan yang aku nampak untuk menyelamatkan rumah tangga dia.
            Dia tersentak tatkala mendengarkan suara Damia di hujung sana. Berterbangan segala persoalan yang bermain di benaknya saat itu. Terlupa seketika akan apa yang difikirkannya sebentar tadi.
            “Abang, Mia tak boleh bercakap lama ni. Mia ada discussion sebentar lagi. Bila Mia free nanti, Mia called abang semula. Kirim salam pada kakak dan anak-anak.”
            Pantas talian dimatikan sehabis bicara. Danish termanggu seketika dengan ulah adiknya itu. Perlahan-lahan dia menghela nafas. Terasa begitu berat sekali nafas yang melalui rekungannya saat itu. Apa yang perlu aku lakukan saat ini?
            Saat ini teringang-ingang di cuping telinganya perbincangan di antara Dato’ Lufti dan juga Danial mengenai Damia dan Darwisy baru-baru ini. Mereka berdua ingin memisahkan Damia dan Darwisy. Andainya tujuan mereka itu berhasil, Damia akan mereka satukan dengan salah seorang anak kenalan Dato’ Lufti.
Hampir gugur jantung Danish tatkala mendengarkan hasrat Dato’ Lufti itu. Alasan yang diberikan hanyalah untuk memperluaskan cabang perniagaan yang sedia ada. Ya ALLAH, aku mohon pada MU. Janganlah KAU biarkan hasrat mereka itu tercapai. Aku sanggup lakukan apa saja untuk pastikan adik aku bahagia.
            Dari perbincangan itu juga, Danish mendapat tahu bahawa Damia banyak menyara hidup Darwisy. Dari segi tempat tinggal sehinggalah kepada masalah kewangan yang diperlukan oleh lelaki itu. Dia tahu, Darwisy bukan begitu. Walaupun lelaki itu cuma bekerja di kedai buku, tetapi dia tidak akan sesekali memakan hasil isteri. Dia amat yakin tentang itu. Disebabkan itulah dia meminta agar adiknya, Damia tidak pulang ke rumah Dato’ Lufti dalam waktu terdekat ini.
            Dia yakin, Dato’ Lufti dan Danial pasti akan memainkan peranan mereka untuk memisahkan Damia dan Darwisy. Damia pasti tidak akan percaya atau termakan setiap hasutan yang diberikan oleh abah mereka kerana Damia amat mencintai Darwisy. Dari sinar matanya, dapat dilihat api cinta yang menyala-nyala buat lelaki itu.
Patutlah Darwisy dah lama tak datang ke rumah abah. Rupanya abah tak sukakan dia. Aku ingatkan dia sibuk seperti mana yang Mia katakan selama ini. Rupanya aku silap. Kenapalah selama ini aku tak perasan langsung akan semua itu?



            Damia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut dengan diiringi oleh Fierdaus. Kedua tetamunya yang terdiri daripada dua orang lelaki tersenyum manis ke arahnya namun dibalasnya dengan segarit senyuman cuma. Fierdaus memperkenalkan kepadanya kedua tetamu itu. Salam yang dihulurkan disambut dengan mesra. Perbincangan di antara Lufti Holding dan Mutiara Holding berjalan dengan lancar sekali. Buat seketika Damia melupakan sebentar tentang apa yang telah diperkatakan oleh Danish sebentar tadi. Tumpuannya kini lebih kepada urusan kerja. Jika Mutiara Holding bisa memberikan pulangan yang baik, tidak mustahil dia merebutnya.
            Tanpa disedari, tumpuan mata salah seorang tetamunya itu tertumpu ke arahnya. Lelaki itu lebih tekun mendengar apa yang dibincangkan daripada turut serta di dalam perbincangan tersebut.
            “Beginilah, Encik Safuan. Pihak kami akan menghubungi Encik Safuan dalam masa yang terdekat ini untuk memberikan jawapan. Samada kami setuju atau tidak, kami akan beritahu.” Damia berkata lembut tatkala dia mengakhiri perbincangan bersama wakil Mutiara Holding. Kenapalah aku yang kena hadap benda ni semua? Kenapa bukan Along? Betul-betul mengarutlah semua ni! Tension aku!!
            Bagi Damia, tidak ada keperluan langsung mengapa mereka harus menerima cadangan untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut. Dia menerima kehadiran wakil daripada Mutiara Holding pun di atas desakan Dato’ Lufti. Jika tidak, pasti dia sendiri yang akan membatalkan perbincangan tersebut. Abah pun satu, sejak bila pula berminat dengan bidang yang takde kena-mengena langsung dengan urusan syarikat?
            Atas arahan dan gesaan dari Dato’ Lufti, dia akur juga. Dato’ Lufti meminta agar mereka dapat meneruskan usahasama itu. Dia sendiri tidak pasti apakah motif Dato’ Lufti itu. Kalau ada kepentingan, mahu juga aku bersetuju. Ini tidak. Menghabiskan masa aku aje. Banyak lagi kerja yang boleh aku lakukan.
            “Okay. Kalau begitu, pihak kami minta diri dulu.” Ujar Encik Safuan sambil bangun dari duduknya. Boleh tahan juga dia ni.
            “Atau you nak pergi lunch dulu ke? Kalau mahu, I boleh suruh Fierdaus bawa you all lunch before balik.” Cadang Damia. Kalau tak ajak nanti, kata kedekut pula.
            “Tak perlulah, Cik Damia. Terima kasih ajelah.” Tolak Encik Safuan lembut. Sopan gila tu. Untung siapa dapat dia.
            “Okay.” Damia menjawab sepatah sambil menganggukan kepalanya. Lantak kau orang-lah. Bukan masalah aku pun. Kau yang tolak.
            “I rasa macam pernah jumpa dengan you lah. Tapi I tak ingat di mana?” ujar Fendi sambil mengerutkan dahinya. Kat mana aku jumpa dengan dia ya?
            Wajah Fendi direnung Damia. Sedari tadi, pemuda itu hanya sekadar menjadi pemerhati tanpa sepatah bicara. Sepanjang perbincangan berlangsung sehinggalah ke penghujungnya. Barulah saat ini, dia mendengar suara lelaki itu. Ada suara rupanya. Ingatkan bisu tadi.
            “You silap orang tak?” Celah Fierdaus. Wajah Damia dan Fendi dipandang silih berganti. Setahu aku, Cik Damia langsung tiada urusan dengan mereka sebelum ni.
            Seingat dia, inilah kali pertama mereka berurusan dengan Mutiara Holding. Tidak pula dia tahu andainya Damia kenal pemuda itu di luar pengetahuannya. Jika ya sekalipun, pasti Damia akan mengenali pemuda itu. Melihatkan wajah blur Damia tahulah dia bahawa Damia tidak pernah sekali berjumpa dengan pemuda tersebut. Damia mempunyai masalah sukar mengingati orang yang berurusan dengannya. Namun, wanita itu bisa mengingati nama kesemua pekerja yang berada di bawah kendaliannya. Tidak kiralah dari setinggi-tinggi pangkat sehinggalah ke serendah-rendah pangkat.
            “Tak. I memang pernah jumpa dia.” Nafi Fendi tegas. Kat mana pula aku jumpa dengan dia ni?
            Fendi berupaya mengingatinya. Dia memetik jari sambil tersenyum gembira apabila dia berjaya mengingatinya. Wajah Damia kembali direnungnya. Kening Damia terangkat sebelah melihatkan ulah pemuda itu. Apa kena pula dengan mamat ni? Sengal ke apa? Meroyan?
            “Di Restoran Cempaka Biru. You dan kawan-kawan you makan di sana.” Ujar Fendi dengan ceria. Yes!! Aku tak silap orang! Memang dia yang aku jumpa.
            Damia mencebikan bibirnya sambil berpeluk tubuh sebelum berkata-kata tatkala mendengarkan kata-kata pemuda itu. Baginya, alasan yang pemuda itu berikan tidaklah begitu kuat. Kuat sakit mamat ni.
            “Sorry. I memang selalu makan di situ dengan kawan-kawan I. So, tak mustahil kalau ada orang yang kenal kami di situ.” Damia berkata sinis. Nak mengurat tu cakap ajelah. Janganlah buat taktik lama pula. Macamlah aku tak tahu.
            “Oh ya? Sampai mereka terlupa apa yang regular customer mereka selalu makan. Begitu?”  soal Fendi sinis. Jumpa lagi aku dengan kau rupanya. Ingat takkan jumpa lagi sampai bila-bila.
            Bulat mata Damia mendengarkan kata-kata Fendi itu. Wajah Fendi direnungnya dalam-dalam. Tidak disangka bahawa Fendi tahu akan peristiwa yang berlaku kepadanya beberapa bulan yang lalu. Macam mana dia boleh tahu?
            “Bagaimana you…” Damia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Takkan dia salah seorang customer yang ada kat sana masa aku tengah angin kot?
            “Macam mana I boleh tahu? Sebab I pun ada di situ. Ingat lagi dengan orang yang membela nasib pemuda yang kena marah dengan you tu?” soal Fendi lagi. Kalau tak ingat, tak tahulah aku.
            Kening Damia terangkat sekali lagi tatkala mendengarkan pertanyaan Fendi. Saat itu, peristiwa tersebut bermain-main di ruang matanya. Wajah pemuda yang menyakitkan hatinya samar-samar terlayar di ruang minda. Takkanlah dia kot?
            Dia tidak berapa ingat akan wajah lelaki itu kerana dia sedikit pun tidak memandang dan memberi tumpuan sepenuhnya ke wajah itu. Dia lebih menumpukan rasa marahnya terhadap pemuda tersebut. Pemuda itu tidak begitu penting dalam hidupnya. Jadi untuk apa dia ingat akan wajah pemuda tersebut.
            “Jadi you ni…” Sekali lagi Damia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Jangan cakap itu dia dahlah. Mahunya koyak muka aku.
            Fendi tersenyum sinis mendengarkan kata-kata Damia. Pelik juga dia apabila gadis itu tidak mengenalinya sebentar tadi. Difikirkan Damia hanya sekadar main-main sahaja. Rupa-rupanya gadis itu memang tidak langsung mengingatinya.
            Wajah Damia berubah seketika. Matanya merenung tajam wajah Fendi. Sakit hatinya apabila melihatkan senyuman sinis yang terukir di wajah lelaki itu. Kenapalah aku kena berurusan dengan mamat ni? Macam dah takde orang lain lagi dalam dunia ni yang perlu aku berurusan.
            “Fierdaus, tolong tunjukkan jalan keluar pada Encik Safuan dan Encik Fendi ni.” ujar Damia tenang. Lagi lama dia di sini, lagi bertambah sakit hati aku.
            “Tak perlulah nak suruh orang tunjukkan. Aku tahu di mana jalan keluarnya.” Ujar Fendi selamba. Macamlah aku ni bodoh sangat sampai jalan keluar pun tak tahu.
            “Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya tak menyusahkan pekerja aku.” Ujar Damia sinis. Macam bagus sangat. Kau ingat aku ni nak sangat ke berurusan dengan kau?
            Jika tadi mereka berdua selesa menggunakan kata ganti diri I - you di antara satu sama lain. Kini, kata ganti diri kau - aku sahaja yang mereka gunakan. Hilang sudah sopan dan santunnya antara mereka berdua.
            “Cik Damia!!” tegur Fierdaus terkejut dengan kelakuan biadap Damia itu. Apa dah jadi ni? Mereka kenal antara satu sama lain ke?
            “Encik Safuan, pihak kami akan memberi jawapannya dalam masa terdekat ni.” Damia bersuara tanpa menghiraukan teguran Fierdaus itu. Jangan haraplah aku nak berurusan dengan kau lagi lepas ni. Banyak lagi kerja aku. Kalau kau nak sekalipun, kau berurusan aje dengan Danial. Tak pun, dengan Dato’ Lufti sendiri.
            “Kau nak batalkan urus niaga ni sebab perkara tadi, kan?” provok Fendi. Macam budak-budaklah dia ni.
            “Aku bertindak secara profesional dan bukannya emosional. Aku takkan sesekali campur adukkan urusan peribadi dengan kerja. Faham!” tegas Damia. Sengaja dia menekankan perkataan ‘profesional’ dan ‘emosional’ ketika berbicara sebentar tadi. Kalau tak faham juga, tak tahulah aku.
            “Dah tu, kenapa tak terus terima aje urus niaga ni? Kenapa perlu tunggu lagi? Kenapa perlu beri kami masa pula?” Fendi menyoal bertalu-talu. Macamlah aku tak tahu.
            “Bukan ke aku dah kata tadi. Benda ni perlu dibincangkan dulu. Apa kau ni tak faham ke? Ke kau tak faham Bahasa Melayu? Nak aku bercakap Korea dengan kau? Baru kau boleh faham. Begitu?” Damia bercekak pinggang. Aku cakap nanti lagilah kau tak faham. Bukan kau aje yang tak faham, dengan aku-aku sekali tak faham.
            Fendi merenggus kasar apabila mendengarkan kata-kata Damia itu. Wajah selamba dan tidak bersalah Damia ditatapnya. Ulah mereka itu hanya diperhatikan oleh Fierdaus dan Encik Safuan. Kehairanan mula menyelubungi mereka berdua tatkala itu. Tanpa hujung pangkal, Damia dan Fendi bertengkar sesama sendiri. Apa kena dengan mereka berdua ni?
            “Kau ni memang sombong, kan?” Fendi sambil bercekak pinggang. Apa dia ingat pangkat dia besar so, dia boleh sombong dengan aku?
            “Ikut suka hati akulah. Bukan masalah engkau pun. Nak sombong ke, nak berlagakkah even nak riak sekalipun itu hak aku. Kau siapa nak kecoh-kecoh?” soal Damia sinis. Yang dia pula over kenapa?
            “Malang betul siapa yang jadi laki kau ni.” ujar Fendi sinis. Minta dijauhkan kalau aku kena kahwin dengan kau. Mahunya makan hati, berulamkan jantung.
            “Mulut kau ni, kan macam cipan tanah tau tak?! Cipan tanah pun tak macam ni punya longkang.” marah Damia sambil menundingkan jarinya. Ada yang kena makan high heel saiz empat tengahari ni nanti. Sia-sia aje hidup kat muka bumi ni.
            “Ikut suka hati akulah. Mulut aku. Bukan mulut engkau pun. Lainlah kalau mulut engkau.” Fendi berpeluk tubuh. Kalau aku tahu, takkan aku jejak kaki di sini. Semuanya papa punya pasal. Menyusahkan aku aje.
            “Aku ingatkan mulut orang perempuan aje yang macam kau ni. Rupanya dah terbalik. Malang sungguh perempuan yang dapat laki macam kau ni. Harap muka aje hensem tapi perangai mengalahkan cipan tanah. Eh!! Cipan tanah tu pun lebih cantik daripada engkau tahu tak?” sengaja Damia menyakitkan hati Fendi. Ya ALLAH, sabar ajelah!
            Fendi mengetap bibirnya mendengarkan kata-kata Damia itu. Ikutkan hatinya yang panas saat ini, mahu sahaja ditampar-tampar wajah gadis berkulit hitam manis itu. Ada dia samakan aku dengan cipan tanah? Tak sesuai langsung. Kalau dengan Fahrin Ahmad ke sedaplah sikit aku dengar. Ni…cipan tanah. Apa kelaaasss!!!
            Fierdaus dan Encik Safuan saling berpandangan seketika. Hanya isyarat mata sahaja yang menjadi penghubung mereka di kala itu. Mujurlah saat ini, pertengkaran di antara Damia dan Fendi berlangsung di dalam bilik mesyuarat yang tertutup rapat. Jika tidak, pasti kecoh jadinya. Pasti drama swasta itu akan menarik perhatian pekerja yang ada di luar sana. Bimbang juga hatinya andai pertelingkahan itu akan berpanjangan.
            “Encik Safuan, I rasa it’s better you bawa Encik Fendi pergi dari sini. I takut nanti makin teruk pula jadinya.” Celah Fierdaus lembut. Silap-silap sampai malam mereka akan bergaduh. Dengan Cik Mia jangan dibuat main. Tiada benda yang mustahil dalam kepala otaknya. Semuanya mustahil pada dia.
            “Macam mana dengan usahasama kita, Encik Fierdaus?” Encik Safuan menyoal resah. Bimbang juga dia jika usahasama syarikat mereka tidak akan menjadi. Kenapalah Encik Fendi buat perangai? Apa aku nak cakap dengan Dato’ Suhaimi nanti?
            “Nanti pihak kami akan telefon you. I janji.” Janji Fierdaus.
            “Tak perlu, Encik Fierdaus.” Celah Fendi pantas. Tak ingin aku berurusan dengan orang yang macam ini.
            “Maksud Encik Fendi?” Fierdaus mengerut dahi hairan. Dia nak batalkan ke?
            “I nak batalkan usahasama dengan syarikat ni. I rasa, syarikat kami tak sesuai langsung berurusan dengan syarikat you. Dapat pula bos you yang…” Fendi tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia memandang Damia atas bawah. Sengal mengalahkan tenuk tertelan ketupat ni. Papa nak marah ke…nak mengamuk ke…aku tak peduli. Yang aku peduli sekarang ini, aku tak mahu berurusan langsung dengan minah sengal ni lagi. Mulut dahlah laser.
            “Tapi, Encik Fendi…” Fierdaus tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Damia pantas mencelah. Matilah aku berjawab dengan Dato’ Lufti nanti!!
            “Biarkan, Fier. Apa dia ingat kita ni nak sangat ke berurusan dengan syarikat dia? Kami pun tak inginlah. Daripada ambil syarikat dia, aku lebih rela ambil syarikat lain yang ada di luar sana. Setakat syarikat kau, aku tak pandang sebelah mata pun tau.” angkuh Damia berkata sambil memetik jari. Macamlah aku ni hadap sangat. Kalau tak kerana abah, jangan harap aku nak jumpa dengan kaulah, cipan!
            “You jangan sombong sangat, Damia.” Fendi menunding jarinya sambil menahan geram. Giginya diketap kuat. Sombong betul perempuan ni.
            “Memang aku sombong pun. So, what?” Damia bercekak pinggang. Baru kau tahu siapa aku? Hey, this is Damia Huda!!
            Fendi menggigit bibir. Geram dan sakit hatinya melihatkan ulah Damia itu. Dengan hati yang masih panas membara, dia berlalu pergi. Tidak mahu dia berlama di situ. Lagi lama dia di situ, lagi sakit hatinya. Safuan mengikut langkahnya dengan tergesa-gesa. Bimbang akan ditinggalkan oleh majikannya itu.
            “You tahu tak apa yang you buat ni, Cik Damia?” Fierdaus bersuara tegas. Suka sangat cari masalah dia ni. Pening kepala aku dibuatnya.
            “Tahu.” Damia menjawab sepatah. Kau silap oranglah.
            “Dah tu, kenapa buat perangai begini? Apa masalah you?” marah Fierdaus. Geram hatinya melihatkan perangai Damia itu. Ya ALLAH, macam manalah aku boleh tahan bekerja dengan orang macam dia ni?
            “Fier, I tahu apa yang I buat, okay? Jangan nak arah-arah I sesuka hati you. Faham!!” Tegas Damia. Macam dia pula boss.
            “Kalau you dah tahu, kenapa you buat juga? Nanti apa kata Dato’? Apa yang nak I beritahu dia?” Tegas Fierdaus. Bukan kau yang kena bersoal jawab dengan orang tua tu tapi aku.
            “Tentang perkara itu, you jangan bimbang. I sendiri yang akan terangkan pada Dato’. You tak payah nak pening-peningkan kepala fikirkan benda ni semua.” Janji Damia. Abah pasti ada sebabnya yang tertentu. Aku tahu sangat permainan dia.
            “Tapi…” Fierdaus tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Damia pantas mencelah.
            “You ketua ke I yang ketua di sini?” Mata Damia menjeling tajam ke arah Fierdaus. Banyak pula alasannya. Dengar ajelah apa yang aku cakapkan tu. Ini tak, dia pula yang lebih.
            “You.” Jawab Fierdaus sepatah dalam nada perlahan. Ini yang malas aku nak bertekak dengan dia ni. Suka sangat gunakan kuasa veto dia tu.
            “So, dengar sajalah arahan I. Jangan nak banyak soal pula.” Rengus Damia kasar. Takkan itu pun aku nak ajar?
            “Dato’ suruh kita dapatkan usahasama dengan syarikat mereka, Cik Mia. By hook or by crook kita kena dapatkan juga. Takkan you dah lupa semua tu?” Peringat Fierdaus. Dia takut Damia terlupa dengan arahan yang telah diberikan oleh Dato’ Lufti kepada mereka berdua. Takkan dia dah lupa semua itu?
            Sebelum mereka berdua bertemu wakil Mutiara Holding, mereka terlebih dahulu telah diperingatkan oleh Dato’ Lufti akan semua itu. Dato’ Lufti menegaskan agar mereka berdua mendapatkan kerjasama dari syarikat tersebut. Tidak kira apa pun, ianya haruslah dilakukan dengan jayanya dan bukannya berakhir dengan cara begini – peperangan di antara Damia dan juga Fendi.
            “I tak pernah lupa akan arahan yang dia berikan pada I, Fier. Untuk pengetahuan you, I tak rasa usahasama ni berjaya.” Damia mencerunkan matanya. Giginya diketap kuat menahan rasa marahnya. Apa yang cuba abah lakukan sebenarnya?
            “Apa maksud you?” Fierdaus hairan dengan apa yang diperkatakan oleh Damia. Sesungguhnya dia tidak faham akan maksud yang katakan oleh Damia tadi.
            “Takde kepentingannya langsung kita nak bekerjasama dengan syarikat mereka, Fier. Untuk apa? Kita dari syarikat perkapalan dan mereka pula pembinaan. Jauh sangat larinya. Tak relevan langsung. Kalau mereka dari bidang perkapalan, yang sama dengan kita tak payah berunding pun I dah setuju seratus peratus. Faham?” tegas Damia. Kalau tak faham juga, tak tahulah aku.
            “May be, Dato’ nak cuba bidang yang lain. Manalah tahu? Nak luaskan perniagaan ke? Kita tak tahu akan perancangan yang akan Dato’ lakukan. Ini untuk masa depan syarikat kita juga, kan?” Luah Fierdaus perlahan. Dia cuba berfikiran secara positif. Tidak seperti Damia yang sering berprasangka buruk dengan Dato’ Lufti. Tapi…betul juga kata dia tu.
            “I kenal father I lebih dari you kenal dia, Fier.” Ujar Damia tenang. Abah pasti punya perancangan lain. Aku dapat rasakannya.
            “Apa maksud you?” soal Fierdaus hairan. Takkan Dato’ ada agenda lain kot.
            “I tahu dia ada motifnya yang tersendiri kenapa dan mengapa dia mahu bekerjasama dengan Mutiara Holding.” Damia berpeluk tubuh. Keningnya terangkat sebelah. Tapi…apa rancangan abah?
            “Mana you tahu?”
            “I dapat rasakannya.”
            Fierdaus terdiam mendengarkan kata-kata Damia itu. Tidak jadi dia ingin menyangkal kata-kata tersebut. Mungkin apa yang diperkatakan oleh Damia itu adalah benar. Damia lebih mengenal Dato Lufti berbanding dengannya. Dia hanya mengenal Dato’ Lufti sebagai majikannya. Sedangkan Damia mengenali Dato’ Lufti sebagai seorang bapa. Maka tidak salah jika Damia beranggapan sedemikian rupa terhadap lelaki itu.

P/S : maaf di atas kelewatan. ini entries yg terbaru. semoga terhibur