QUE
terduduk keletihan di tengah-tengah padang futsal itu. Peluh yang berjejeran di
wajahnya diseka dengan t-shirt yang tersarung di tubuhnya. Bajunya itu telah pun
basah kuyup dan berbau masam akibat peluh yang menyimbah badan. Dia menoleh ke arah
sisinya apabila seseorang menghulurkan sebotol minuman isotonik untuknya.
Sekuntum senyuman dihadiahkan buat gadis manis itu. Penyelamat aku. Dahaga giga ni.
“Penat?” soal gadis itu manja.
Hensem pulak aku tengok dia macam ni.
“Eh, taklah!! Tak penat pun. Letih aje.” Balas Que selamba sambil meneguk
minuman yang dihulurkan kepadanya sebentar tadi. Dah tahu lagi mahu tanya. Apa
punya soalan bodoh la!
Terasa begitu nikmatnya tatkala air isotonik
sejuk itu membasahi tekaknya yang sedang menanggung dahaga. Hampir sahaja air
itu habis diteguknya bagi menghilangkan rasa dahaga. Macam tak cukup aje air ni. Kenapalah kau beli satu aje? Belilah dua, tiga ke.
“Baby
ini…orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.”
Gadis manis itu menarik muncungnya. Saja nak mengenakan akulah tu.
“Dah tahu, tanya lagi buat apa?
Soalan bodohlah namanya tu.” Ujar Que. Kan dah kena sekali dengan aku.
Si gadis tersengih kecil mendengarkan
kata-kata Que itu. Seakan menyedari akan kesilapan dirinya sendiri. Dia
melabuhkan punggungnya di sisi Que. Peluh yang membasahi wajah Que, dilapnya
dengan tuala kecil yang telah dibawa bersamanya tadi. Que hanya membiarkan
sahaja ulahnya itu. Jika dilarang nanti pasti gadis manis di hadapannya itu
akan berkecil hati. Mahunya merajuk lima, enam hari pulak. Sama macam Eysa.
Dia berasa senang apabila dimanjakan
begitu oleh gadis tersebut. Begitulah lazimnya gadis itu akan melayaninya.
Dengan begitu lemah-lembut sekali. Malah gadis itu tidak pernah sekali berkasar
dengannya sepanjang mereka berdua berkawan.
Que memalingkan wajahnya apabila
mendengarkan seseorang melaungkan namanya dari arah luar padang. Hanya isyarat
tangan sahaja yang digunakan oleh Candy
untuk mengajak mereka berdua pulang. Pasti sahabatnya tidak tahan dengan peluh
yang mula melekit di badan.
“Jom kita balik.” Que bangkit dari
duduknya. Melengas dah rasa badan ni.
“Dah nak balik ke?” Gadis itu
menyoal sambil merenung wajah Que. Tidak sedikit pun dia berganjak dari
duduknya itu. Takkan dah nak balik.
“Yalah! Takkan nak tidur kat sini pulak!” Ujar Que selamba.
“Alah, Sweet tak puas lagi jumpa dengan Baby hari ni tau! Ingatkan bolehlah pergi tengok wayang ke. Ini
tak. Nak terus balik.” Rajuk Sweet.
Aku baru nak ajak dia tengok wayang, dia dah ajak aku balik.
“Kalau nak tengok wayang sekalipun,
nak kena balik mandi jugak sayang
oiii!!! Takkan nak suruh Baby pergi
macam ni. Mahunya pengsan pulak orang
kat dalam panggung tu nanti.” Jelas Que dengan panjang lebar. Silap-silap bukan
mereka aje yang pengsan, dengan aku sekali
pengsan kat dalam panggung tu nanti. Kau pengsan tak apalah. Boleh jugak aku cuba angkat kau.
Sweet
tersengih mendengarkan kata-kata Que itu. Tidak terfikir pula dia akan itu
semua. Betul jugak itu. Tak rela aku.
“Dah. Jangan nak tersengih-sengih
lagi. Jom kita balik. Candy dah
tunggu kita tu.” Ujar Que. Dia menghulurkan tangan ke arah Sweet. Marah pulak minah
tu dengan aku nanti. Dahlah dia pantang sikit tengok minah ni. Ada aje yang tak kena kat mata dia.
Pantas huluran tangannya disambut
mesra oleh Sweet. Mereka berdua bergandingan
keluar dari padang futsal itu. Que melayani Sweet bagaikan seorang puteri. Di
saat dia leka melayan karenah Sweet
dia terlanggar seorang pemuda yang datang dari arah yang bertentangan dengannya.
“Ops,
sorry!! Boss tak apa-apa ke?” Que
merenung wajah pemuda tersebut. Janganlah mamat ni angin dengan aku.
Que akan memanggil sesiapa sahaja
dengan panggilan ‘BOSS’ jika dia
telah melakukan sesuatu kesilapan. Tidak kiralah samada orang itu dia kenal
ataupun tidak. Lelaki mahupun perempuan. Dapat pula tatkala dia mengelabah.
Habis semua orang akan dipanggilnya dengan panggilan tersebut. Semacam ianya
terlontar tanpa dia pinta.
“It’s
okay. Saya tak apa-apa.” Lelaki itu mengangkat tangannya. Suka-suka dia aje langgar orang. Tak nampak ke aku
yang sikit punya besar ni?
Pemuda itu mendongakkan kepalanya
merenung wajah Que. Untuk seketika, masing-masing terkedu. Tidak dia sangka
bahawa dia akan berjumpa dengan kedua lelaki itu di sini. Arghhh, sudah! Macam mana aku boleh terjumpa dengan dia kat sini pulak?
“Kau rupanya, Que! Apa kau buat kat
sini?” tegur Rizal. Sesekali matanya melirik ke arah Que dan Sweet. Siapa pula yang dibawanya ini?
“Shopping.”
Ujar Que selamba. “Dah tahu padang futsal, main futsallah. Takkan main
kejar-kejar pulak kat sini, kan? Apalah
Encik Rizal ni.” Que menggelengkan kepalanya. Sengal betullah mamat ni.
“Ya tak ya juga.” Rizal tersegih di
atas kesilapannya tersendiri. “Sorry.
Silap soalan.”
“Baru nak main atau dah habis main?”
soal Irfan pula. Dia merenung wajah Que dalam-dalam. Mujur dia suka lakukan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
“Dah nak balik pun. Boss?” soal Que. Wajah Irfan dan Rizal
menjadi santapan matanya kini. Macam baru sampai aje.
“Baru aje sampai. Tunggu si Rizal ni ha! Itu yang lambat!” Ujar Irfan
lembut. Ingatkan dia ni spesis kaki lepak kat pasaraya-pasaraya itu. Rupanya
silap.
“Kalau tak, boleh joined dengan saya sekali tadi.” Pelawa Que.
Lambat sangat datangnya.
“Eh, Que! Tak mahu kenalkan kami dengan
cik adik manis yang ada kat sebelah kau tu ke?” sampuk Rizal sambil merenung
wajah ayu milik Sweet. Boleh tahan
juga minah ini. Awek baru dia ke?
Que menoleh seketika ke arah Sweet yang telah tersipu malu akibat
menjadi perhatian Rizal dan juga Irfan. Sesekali Irfan mengerling ke arah
jari-jemari mereka yang saling bertaut di antara satu sama lain. Mengalahkan
orang bercinta pulak mereka ni sampai
berpegang tangan bagainya.
“Oh! Kenalkan ni kawan saya. Nama
dia, Su…Suraya. Su, kenalkan ni boss
saya. Encik Irfan dan Encik Rizal.” Luah Que sedikit teragap-agap.
Di hadapan orang lain, dia lebih
gemar memanggil Sweet dengan nama
sebenar gadis itu. Dia tidak mahu orang menjadi pelik dengan nama gelaran yang
sering mereka gunakan. Hanya teman-teman rapat sahaja yang tahu akan nama
panggilan itu.
“Jadi, inilah Sweet ya, Que?” duga Rizal setelah mereka saling bersalaman di
antara satu sama lain. Yelah tu. Macamlah aku tak tahu.
Que tersengih sehingga menampakkan
barisan giginya yang putih tatkala mendengarkan kata-kata Rizal itu. Dia tidak
sedikit pun mengangguk atau menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan tersebut.
Dia berharap Rizal dan Irfan akan faham maksud senyumannya itu. Perlu ke aku
menafikannya? Sedangkan apa yang mereka teka tu adalah kebenarannya.
“Patutlah dipanggilnya, Sweet. Memang betul-betul sweet pun. Betul tak, Fan?” Rizal
menoleh sekilas ke arah Irfan yang berdiri di sebelahnya itu. Aku tengok pun
cair ni kan pulak si Que ini. Lagilah
cair.
Irfan tersenyum nipis bagi menjawab
pertanyaan Rizal itu. Sweet tersipu
malu mendengarkan kata-kata Rizal itu. Wajahnya mula merah menahan malu.
Sesekali anak matanya mengerling ke arah Irfan yang berdiri di hadapannya.
Boleh tahan jugak boss dia ni. Kacak
dan bergaya.
“Iskh,
Encik Rizal ni! Janganlah cakap macam tu.” Bantah Que. Ada pulak puji depan-depan macam minah ni.
“Kenapa pulak?” soal Rizal hairan. Salah ke apa yang aku cakap tadi?
“Tengok…muka dia dah blushing macam orang pakai blusher. Mahunya sekejap lagi saya pulak yang menjadi mangsanya.” Seloroh Que.
Kut iya pun nak puji bagainya, cakap ajelah
kat belakang. Ini kat depan-depan pulak.
“Mangsa? Mangsa apa?” soal Irfan
hairan. Tak faham betullah aku dengan budak-budak zaman sekarang ni.
Belum pun sempat Que menjawab
kata-kata Irfan itu, talian telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Pantas
dia meminta diri seketika. Dibiarkan sahaja Sweet
berbicara dengan Irfan dan juga Rizal.
“Dah lama ke you kenal dengan budak
tu?” soal Rizal secara tiba-tiba. Dia memang manis.
“Budak? Budak mana?” soal Sweet
hairan. Dia cakap tentang siapa?
“Siapa lagi. Buah hati you itulah.”
Rizal memuncungkan bibirnya ke arah Que yang sedang leka berbicara di talian
tidak jauh daripada mereka. Apalah ayat yang dia gunakan sampai perempuan ni
boleh terpikat pada dia?
Sweet
mengerling seketika ke arah Que yang sedang berbicara dengan ceria di talian.
Sesekali dia tertawa senang. Entah dengan siapa dia berbicara, tidak siapa pun
yang tahu.
“Maksud Encik Rizal, Que?” Sweet merenung wajah Rizal. Aku ingatkan
dia bercakap tentang siapalah tadi.
“Iskh,
tak payahlah berencik-encik dengan I! Panggil Rizal aje. You bukannya bekerja dengan kami pun. Lainlah kalau you
bekerja dengan kami. Betul tak, Fan?” Rizal menoleh ke arah Irfan yang berada
di sebelahnya. Kalau panggil abang pun okay jugak
hehehe!!!
Irfan tersentak kecil apabila
mendengar namanya diseru oleh seseorang. Hilang seketika tumpuannya terhadap Que.
Dia merenung wajah Rizal dan Sweet
silih berganti. Jelas kekeliruan di wajahnya tatkala ini. Dahinya berkerut
seribu untuk seketika.
“Kau cakap apa tadi?” soal Irfan
kembali. Dia bercakap dengan aku ke tadi?
“Iskh,
kau ni! Mana kau pergi masa aku tengah bercakap dengan kau?” marah Rizal.
Sempat lagi nak mengelamun bagainya.
“Sorrylah.
Kau tanya aku apa tadi?” ulang Irfan sekali lagi. Aku blur.
“Aku cakap…dia tak perlulah nak
panggil kita ni encik. Dia bukannya kerja dengan kita pun. Lainlah kalau dia
kerja dengan kita. Macam si Que tu. Bolehlah dia panggil kita ini encik
bagainya.” Jelas Rizal dengan panjang lebarnya. Kalau tak faham jugak, tak tahulah aku macam mana nak explain lagi dengan dia.
Irfan menganggukkan kepalanya
perlahan sambil tersenyum nipis tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh
Rizal itu.
“Dah lama ke kenal dengan Iwana tu?”
soal Irfan pula. May be budak ni
kawan baik dia.
“Adalah dalam tiga tahun.” Sweet tersenyum manis. Iwana? Janggal
sungguh nama tu.
“Kenapa you senyum macam tu bila I
tanya you?” soal Irfan hairan. Ada yang tak kena ke dengan pertanyaan aku tadi?
Aku rasa normal aje soalan itu.
“Takdelah.
Macam pelik pulak bila ada orang
panggil dia dengan nama tu. Kebanyakan kawan-kawan kami panggil dia dengan nama
Que aje. Takde pulak gunakan nama tu.”
Jelas Sweet dengan panjang lebar.
Kelakar pun ada.
“Ataupun, Baby. Betul tak?” sampuk Rizal. Macamlah kami tak tahu.
Sweet
tersipu-sipu malu mendengarkan kata-kata Rizal itu. Tidak disangka pula bahawa Rizal
dan Irfan tahu panggilan manja Que dan juga dirinya. Seingatnya, panggilan
manja itu hanya kenalan yang rapat sahaja yang tahu. Tidak orang luar seperti
Rizal dan juga Irfan.
“You
all berdua ni couple ke?” soal Rizal
selamba. Lesbian apa mereka ni?
“Maksud you?” Sweet kembali menyoal tanpa menjawab pertanyaan Rizal. Couple? Biar betul! Takkanlah aku nak
bercinta dengan Que pulak.
Nauzubillah…minta dijauhkan. Aku masih ingat lagi hukum-hakam agama.
“Yelah. Siap ‘sweet-baby’ bagainya. Macam lovey-dovey
couple aje.” Teka Rizal lagi. Sengaja dia mengorek rahsia di antara Sweet
dan juga Que. Ylah tu. Lagi mahu sorok dari kami semua.
“Eh, takdelah! Kami cuma kawan biasa saja. Tak lebih dari tu. Takkanlah
I nak bercouple dengan dia pulak. Kan?” Nafi Sweet. Ingat aku ini lesbian
ke? Aku bukan bengkok tau. Aku ni masih lurus lagi.
“Maksud you?” Irfan mengerutkan
dahinya sambil merenung wajah Sweet yang manis itu.
Dia akui bahawa gadis itu
sememangnya manis seperti yang Que khabarkan kepada mereka tempoh hari. Dapat
pula tatkala dia tersenyum. Pasti bertambah manis wajah itu di matanya mahupun
mana-mana lelaki. Disebabkan itulah agaknya Que memanggilnya Sweet. Namun,
kecantikan dan kemanisan wajah itu tidak mampu untuk meleburkan hatinya buat seorang
insan yang bergelar lelaki. Cantik rupa paras tidak semestinya budi bahasa dia
pun cantik.
“Walaupun Que macam tu, dia masih
lagi berpegang kuat pada agama. Lagipun, kalau I nak bercinta sekalipun I akan
cari lelaki sejati. Jika dia lelaki sekalipun, I takkan pilih dia sebagai teman
lelaki I.” jawab Sweet tenang.
Setakat untuk berkawan saja bolehlah. More
than that, sorry. Not my taste.
“Kenapa pulak?” soal Rizal hairan. Boleh pulak macam tu dia ni.
“Dia tu tak sesuai langsung dengan
I. Kalau nak hang out for fun,
bolehlah. Tapi kalau untuk jadi boyfried
or hubby, dia tak layak langsung.” Jawab Sweet selamba tanpa menghiraukan
prasangka Rizal mahupun Irfan terhadap kata-katanya. Selalu sangat pokainya.
Payahlah kalau nak jadi boyfriend
aku.
“Tak baik you cakap dia begitu.
Walaupun dia begitu, dia baik. Suka tolong orang. Malah tak pernah minta
balasan pun.” Bela Rizal. Tidak dia menyangka sama sekali teman baik Que
sanggup menghina Que sedemikian rupa di hadapan mereka. Sanggup dia kata Que
macam tu.
“Ya, dia memang baik. Kalau baik
saja tapi poket selalu aje kering,
tak guna jugak. Kan? Betul tak?” Sweet tersenyum manis sambil merenung wajah Rizal dan Irfan silih
berganti. Lainlah kalau macam you all.
Boleh lagi dipertimbangkan.
Irfan tersenyum sinis sambil
menggelengkan kepalanya apabila mendengarkan kata-kata gadis yang digelar Sweet oleh Que itu. Sesungguhnya dia
tidak menyangka bahawa gadis itu akan memperkecil-kecilkan Que sebegitu. Bukan
dia sahaja rasa begitu malah Rizal pun begitu. Apa punya kawanlah dia ni.
Que mendekati mereka setelah agak
lama berbual di talian. Sekuntum senyuman manis dihadiahkan buat Irfan, Rizal
dan juga Sweet. Mak aiii!!! Rancak
sungguh berbual mereka ni.
“Dah selesai ke? Kalau dah selesai,
jom kita balik.” Ajak Que lembut. Kejap lagi nak pergi tempat lain pulak.
“Siapa yang called tadi?” Sweet menyoal
tanpa mengendahkan ajakan Que. Mesti perempuan yang called. Kalau tak, takkan lama sangat berbualnya.
“Kawan.” Jawab Que sepatah. Senyuman
masih lagi tidak lekang dari bibirnya yang merah bak delima itu. Takkan tu pun
nak tau kut. Rilekslah.
“Kawan ke girlfriend?” sampuk Rizal sambil tersengih. Macam tak percaya aje dengan perempuan yang separuh siap
ni.
“Iskh,
dia ni! Suka sangat buat spekulasi yang bukan-bukan. Berdosa tau. ALLAH marah
kalau kita main tuduh-tuduh tanpa bukti yang kukuh.” Marah Que. Ada aje benda yang dia nak sakitkan hati
aku.
“Alah!! Mengaku ajelah, Que. Lagi nak sembunyi.” Rizal mencebikan bibirnya. Bukan
aku tak tahu yang dia tu ramai girlfriend.
“Nak mengaku apa dianya, Encik Rizal?
Dah memang kawan saya yang called
tadi.” Tegas Que. Takkan aku nak mengaku benda yang tak betul pulak.
“Betul ke ni?” soal Sweet sambil menarik muncung. Macam tak
percaya aje.
“Kalau kawan, takkanlah kau boleh
senyum meleret.” Api Rizal lagi. “Hanya orang yang bercakap dengan girlfriend aje akan senyum meleret macam kau tau!”
“Lorh!!
Senyum pun salah ke? Senyum tu kan satu sedekah. Tak salah kalau kita senyum.
Lagipun, saya ni tak kaya dengan wang ringgit. Cukuplah saya hanya bersedekah
dengan senyuman saya.” Que berkata tenang. Payahlah kalau macam ni.
“Memanglah tak salah tapi cara kau
senyum tadi tu, lain benarnya aku tengok.”
“Baby!!
Cakap betul-betul! Siapa yang called Baby tadi?” bentak Sweet keras.
“Kan Baby dah kata tadi yang kawan Baby
called.” Jelas Que lembut. Adoyii!! Janganlah dia buat hal kat
sini!!
“Tipu!!” jerit Sweet sedikit nyaring. Saja nak sakitkan hati akulah tu.
“Encik Rizal punya pasallah ni.”
tuduh Que. Pening pulak aku nak
memujuknya nanti. Dahlah perempuan ni merajuk tahap dewa kesebelas.
“Kenapa aku pulak?” soal Rizal hairan. Salah aku jugak ke?
“Suka sangat buat spekulasi macam
tu. Kan dah mengajuk minah ni.” Que merengus kasar. Lainlah kalau Eysa yang
merajuk. Senang sikit nak pujuknya.
“Aik, tadi kata takde apa-apa dengan orang tu! Kenapa nak mengajuk bagainya pulak?” celah Irfan sinis. Meluat benar
dia melihatkan ulah Sweet itu. Cakap
tak serupa bikin langsung perempuan ni. Siapalah malang dapat dia ni jadi bini
agaknya?
Sweet
menarik masam wajahnya. Matanya menjeling tajam ke arah Irfan. Geram dan sakit
hatinya tatkala mendengarkan kata-kata yang baru sahaja dilemparkan oleh lelaki
itu. Seakan ingin sahaja dia mengayang mulut lelaki tersebut. Sibuk aje dia ni. Aku punya sukalah nak
merajuk macam mana sekalipun. Macam kau pulak
yang kena pujuk aku.
“Okay…Okay…” Que bersuara tenang. “Kita
mati air kat sini. Mari kita balik. Kata nak tengok wayang tadi, kan?” Que
merenung lembut wajah Sweet. “Today, I will spend all my time for you.
Just for you.” Pujuk Que. Kalau tak jalan jugak, kau baliklah sendiri.
“Promise?”
soal Sweet sepatah. Ini yang buat aku
sayang dia lebih ni.
“Promise.”
Balas Que sepatah. Layan ajelah Que.
Asalkan dia tak mengajuk mengalahkan budak kecik
lagi dengan kau.
Que mengangkat tangannya sebagai
tanda ikrar. Ulahnya itu diperhatikan sahaja oleh Rizal dan Irfan. Irfan
tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Bukannya dia
meluat melihatkan perangai Que itu tetapi dia meluat benar melihat perangai
gadis yang menjadi teman Que itu. Kenapalah ada jugak manusia yang macam dia ni kat muka bumi ALLAH ni?
Sweet
tersenyum meleret melihatkan ulah Que. Lapang dadanya tatkala Que dapat memujuk
hatinya yang sedang merajuk kala itu. Entah mengapa kali ini, dia benar-benar
termakan dengan pujukan Que itu.
“Okaylah, Encik Rizal…boss. Kami gerak dulu. Nak bawa dia ni
pergi tengok wayang. Kalau tak bawa nanti, mahu panjang pulak rajuk dia.” Lagi payah pulak
aku nak melayan segala karenah dia ni.
“Yalah. Orang ada buah hati. Tak
macam kita, ya tak Fan?” Rizal mencebikan bibirnya. Cemburunya aku dengan dia ini.
“Hmm…walaupun tak sedar yang orang
tu tak ikhlas langsung dengan dia.” Balas Irfan perlahan. Kalau akulah, dah
lama aku tinggalkan aje perempuan
macam ni. Buat apa disimpan lagi? Buat menyakitkan hati adalah.
“Boss
cakap apa?” Que merenung wajah Irfan. Apa yang orang tua ni duk membebelkan
tadi? Kurang pendengaran pulak
telinga aku yang comel ni.
“Tak. Saya kata hati-hati bawa motor
tu. Dapat pulak awak bawa anak dara
orang.” Teragap-agap Irfan meluahkan kata-katanya. Fuhh!! Nasib baik dia tak dengar! Kalau tak, mahunya mati nak
terangkan kat dia keadaan yang sebenarnya.
“Insya-ALLAH.” Jawab Que sepatah
sambil tersenyum manis. Itu sudah pasti.
Que dan Sweet bergandingan meninggalkan Irfan dan juga Rizal setelah
mengucapkan salam. Pemergian mereka berdua hanya dihantar dengan pandangan mata
sahaja. Dapat mereka berdua lihat tautan jemari di antara Que dan juga Sweet. Mengalahkan orang bercinta.
“Kalau orang tak tahu yang mereka
berdua tu perempuan, pasti orang akan kata yang mereka berdua adalah pasangan
yang bercinta, kan?” Rizal berkata perlahan setelah agak lama suasana sunyi di
antara mereka berdua. Que…Que…Entah ayat apa yang kau dah gunakan agaknya?
“Itu kalau orang tak tahu. Kalau
orang tahu?” soal Irfan pula. Mahunya mereka merasa jelek dengan mereka berdua
tu.
Rizal tersengih mendengarkan
kata-kata Irfan itu sebelum memulakan bicaranya. Sesekali dia menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Dalam diam dia mengiakan akan kata-kata Irfan
sebentar tadi.
“Tapi si Suraya itu memang sweet betullah, Fan.” Puji Rizal.
Manalah si Que jumpa dengan budak tu agaknya.
“Muka saja sweet tapi hati tak.” Balas Irfan sinis. Aku tak pandang orang yang
begitu. Mintak maaflah banyak-banyak.
Bukan nak cakap besar pulak.
“Maksud kau?” soal Rizal hairan. Dia
tak sukakan minah tu ke?
“Kau tak dengar ke apa yang dia
katakan tentang Iwana tadi?” soal Irfan kembali.
Rizal menganggukkan kepalanya tanda
menjawab pertanyaan dari Irfan. Sememangnya dia dengar dan masih lagi ingat
akan apa yang telah diperkatakan oleh Sweet
mengenai Que. Masakan dia boleh lupa tentang itu semua.
“Betul jugak, kan? Muka aje
nampak suci tapi hati tak siapa yang tau.” Rizal menghela nafas panjang sambil
menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Ingatkan dia akan cakap yang baik-baik
tentang Que, rupanya tak.
“Sebab itulah orang kata jangan
dinilai buku tu melalui luarannya saja. Nilai melalui isinya. Manusia ni,
nampak aje baik tapi tahu ke kita
akan isi hatinya? Tak tahu, kan? Macam itulah jugak perempuan tadi tu. Nampak aje
baik, suci, lemah-lembut, sopan-santun bagainya…tapi kat belakang, macam
setan.” Luah Irfan dengan panjang lebar. Setan pun tidak macam dia.
“Aik, luah perasaan nampak!” Rizal
tersengih kecil.
“Aku bercakap melalui pengalaman, Zal.
Kalau aku tak pernah terkena benda ni semua pasti aku takkan cakap benda-benda
macam ni. Disebabkan itulah aku tak percayakan perempuan-perempuan ni. Bagi
aku, semua perempuan sama aje. Takde bezanya.” Tegas Irfan.
“Kau tak boleh nak samakan mereka,
Fan. Kalau kau berfikiran begitu, emak kau tu siapa? Bukan ke perempuan jugak? Bagi aku, tak salah jika kita
jadikan pengalaman kita untuk kita lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jangan
sampai memakan diri.” Nasihat Rizal lembut.
“Kebanyakan perempuan yang aku jumpa
semuanya macam tu, Zal. Takde satu
pun yang boleh diguna pakai. Semuanya hancur.” Luah Irfan tegas. Susah nak cari
yang setia.
“Tapi kan…aku pelik tau.” Rizal
mengurut dagunya beberapa kali.
“Kau pelik apa pulak?” soal Irfan hairan. Apa lagilah dia ni?
“Si Que itulah.”
“Kenapa pulak dengan dia?”
“Setiap kali dia dapat awek,
semuanya cantik-cantik belaka. Pelik betul aku.” Rizal menggigit bibirnya. Tak
boleh jadi macam ni.
“Mana kau tahu?” soal Irfan dungu.
Dia pernah jumpa girlfriend-girlfriend
minah tu ke?
“Yalah. Eysa tu, puas dah aku dengan
budak-budak bujang kat pejabat ayat. Tak dapat-dapat. Bila si Que ayat aje, terus melekat budak itu dengan dia.
Siap ajak keluar bagainya lagi.” Adu Rizal.
“Ayat kau kurang power kut.” Irfan tersengih memandang
Rizal. Kalau aku jadi budak tu pun aku akan ikut si Iwana tu dari kau.
“Itulah pasal. Entah ayat apa yang
dia guna agaknya, tak aku tahu. Kena berguru dengan dia ni.” Nekad Rizal. Mana
tahu boleh dapat ilmu memikat perempuan.
“Banyaklah kau.” Irfan menolak bahu
Rizal sambil tertawa besar. “Dahlah, mari kita pergi. Dah lambat ni.” ajak
Irfan. Macam-macam perangailah dia ni.
Sambil tertawa kecil Rizal mengekori
langkah Irfan ke gelanggang yang sedia menanti mereka. Kelihatan beberapa orang
teman mereka telah turut serta di situ.