Halaman

Isnin, 7 Januari 2013

Kau Kusayang Bab 11


Mereka berempat melangkah masuk ke dalam Restoran Chempaka Biru itu dengan riangnya. Meja kegemaran mereka apabila berkunjung ke restoran tersebut menjadi tumpuan. Se-sekali pecah ketawa di antara mereka. Begitulah ragamnya di saat mereka berempat berkumpul. Ada sahaja cerita yang ingin mereka kongsikan bersama. Tidak kiralah samada ianya besar mahu pun kecil. Tidak kiralah yang baru ataupun yang sudah basi.
            Aina membelek menu yang baru sahaja diberikan oleh seorang pelayan lelaki kepada me-reka sebentar tadi. Satu per satu makanan yang terdapat di dalam menu itu diperhatikannya. Dia sedang berkira-kira untuk memesan apa yang ingin dimakannya sebentar nanti. Nak makan apa ya hari ni?
            “You all nak makan apa?” Soal Aina. Matanya masih lagi menatap menu yang ada di ta-ngan. Tidak sedikit pun dia menghiraukan keadaan sekeliling atau mengangkat wajahnya barang seketika.
Pandangan mata-mata nakal juga tidak dihiraukannya. Dia sudah biasa dengan situasi se-begitu setiap kali mereka berkumpul. Bukan sahaja ketika mereka berempat berkumpul malah ketika dia bersendirian sekalipun, pasti bisa menarik perhatian umum.
            “Bagi I yang macam biasa.” Jawab Damia selamba. Dia juga seperti Aina, masih lagi membelek menu yang ada di tangannya. Tidak terlintas untuk melihat wajah kacak si pelayan le-laki akan sedang mengambil pesanannya itu.
            Jelas kekerutan di wajah pelayan lelaki yang memakai tanda nama Yusri itu. Sesungguh-nya dia tidak tahu apakah yang biasa dimakan atau dipesan oleh wanita elegan di hadapannya itu.
            “Maaf, cik. Saya tak biasa.” Balas pemuda itu selamba. Aku manalah tahu dia nak makan apa? Lainlah kalau aku dah lama kerja di sini. Ni baru aje tiga hari. Belum lagi tiga tahun.
            Damia mengangkat wajahnya tatkala mendengarkan penjelasan pelayan lelaki tersebut. Wajah lelaki itu direnungnya dalam-dalam sambil keningnya terangkat sebelah. Seakan jawapan lelaki itu adalah jawapan yang terlalu pelik dipendengarannya. Aku salah dengar ke atau me-mang dia jawab apa yang aku perkatakan tadi?
            “Macam mana you boleh kerja di sini sedangkan you tak tahu apa yang regular customer you selalu makan?” Soal Damia marah. Mamat ni nak bergurau ke dengan aku?
            Yusri terkedu mendengarkan kata-kata Damia itu. Sesekali dia menelan liurnya. Aku sa-lah cakap ke tadi? Rasanya tidak. Memang aku tak bisa dengan apa yang dia pesan.
            “DH, jangan buat hal.” tegur Aina tenang. Dia tidak mahu Damia membuat perangai buruknya di tempat umum. Kelak mereka berempat yang akan termalu sendiri nanti. Bukan dia tidak tahu akan perangai Damia nan satu itu.
            Di antara mereka berempat, Aina merupakan seorang yang tenang dalam menangani apa jua situasi yang mendatang, Liza pula seorang yang blur, Damia seorang yang cepat angin jika ada yang mengundang kemarahannya dan Gina pula seorang yang bijak menangani situasi. Sifat mereka begitu berlawanan sekali, namun mereka berempat bisa menjadi teman rapat dan serasi.   Mungkin mereka datang dari golongan yang sama, maka mereka bisa memahami ataupun bisa mengendalikan perangai buruk teman-teman mereka yang lain. Dalam situasi sebegini, Aina lebih banyak bertindak ber-banding dengan Gina ataupun Liza. Jika Aina tidak masuk campur pasti akan bertambah huru-haralah keadaan yang akan mereka lakukan.
            “You tak tahu ke apa yang selalu dia makan?” soal Liza sambil merenung wajah Yusri. Pelik. Kami bukan ke selalu datang makan di sini. Takkan dia tak tahu apa yang selalu kami ma-kan?
            Yusri menggelengkan kepalanya pantas apabila mendengarkan soalan Liza itu. Seme-mangnya dia jujur dengan jawapan yang diberikannya itu. Mana aku tahu. Aku baru aje kerja kat sini.
            “Budak baru ke?” soal Gina pula tanpa mendonggakkan wajahnya. Yelah tu. Kalau tidak, takkan dia tidak tahu apa yang DH selalu makan.
            Yusri menganggukan kepalanya sahaja bagi menjawab pertanyaan Gina itu. Dengan ha-rapan jawapannya itu akan memberinya peluang untuk tidak dimarahi terus oleh Damia sekali lagi. Huh, angin juga minah ni!! Menyesal pula aku layan dia. Kalau aku tahu, tak ingin aku menawarkan diri untuk layan dia.
            “Hmm…Patutlah.” Gina berkata perlahan sambil merenung wajah Yusri. Sengaja mencari maut tatkala angin minah ni tak elok.
            “Eh, kasihanlah dia!! Kena tengking dengan DH terus jadi bisu.” Liza merenung wajah Yusri sambil menongkat dagu. Kuat betul penangan DH ni. Sampai bisu budak ni dibuatnya.
            Aina dan Gina mengulum senyuman mendengarkan kata-kata Liza itu. Sememangnya, Liza adalah sumber keceriaan mereka di saat mereka berada di dalam tertekan ataupun gundah.
            “Sekarang ni, I mahu you ambil tahu setiap apa yang regular customer you selalu makan di sini. Faham!!” ujar Damia sambil duduk tersandar. Jangan ingat kau boleh main-main dengan aku. Kau silap orang kalau fikir macam tu.
            Yusri menganggukan kepalanya pantas tatkala mendengarkan arahan keras dari Damia itu. Sesekali kelihatan dia menelan liurnya. Tampak jelas sekali di air mukanya akan ketakutan.
            “Terangguk-angguk. Jawablah. Apa suara you dah hilang ke? Sampai tak boleh nak ja-wab lagi dah.” sergah Damia lagi. Matanya mencerlung tajam ke arah anak muda itu. Sejak bila pula mamat ni dah jadi burung belatuk?
            Wajah pelayan lelaki itu ditatapnya. Seakan seronok pula dia kerana dapat mengenakan pelayan tersebut. Sengaja dia berbuat demikian. Ulah pemuda itu seakan berjaya mencuit hati-nya. Pantas dia menyembunyikan senyumannya. Bimbang nanti akan diketahui pula.
            “Tak…Tak…Tak, cik.” Ujar Yusri teragap-agap. Naik kecut perutnya tatkala dia diteng-king sebegitu oleh Damia. Mak oiii!!! Garangnya dia! Tak padan yang kecil!
            “Eh-eh, Suara dia dah ada baliklah! Kasihan you ya. Muka sikitlah punya hensem tapi sayang, gagaplah pula. Malang betul siapa dapat you jadi boyfriend.” Luah Liza selamba. Sese-kali dia menggeleng kepalanya. Tapi dia memang hensem dan cute.
            “Liza, stop it!!” Marah Gina. Minah ni bukan boleh dipercaya. Lagi dibiarkan nanti, ma-hu melalut tak ingat dunia.
            “Betul apa, dia gagap.” Liza menarik muncungnya. Nak marahkan aku pu-la.
            Gina menghela nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya. Pening kepalanya mela-yan karenah Liza itu. Ulah mereka berempat itu berjaya menarik perhatian beberapa orang pe-ngunjung yang ada di situ. Ada yang menggeleng kepala dan ada pula yang tersenyum kecil.
            “Hello!! Yang you nak naik angin kenapa?” tegur satu suara asing di antara mereka ber-empat. Over betul minah ni.
            Kesemua mata tertumpu ke arah datangnya suara itu. Mata Damia mencerun tajam ke a-rah wajah kacak milik lelaki itu. Hilang sudah moodnya untuk terus mengusik pelayan lelaki itu. Siapa pula mamat sibuk ni?
            “Yang you sibuk-sibuk sangat ni, kenapa? Apa masalah you?” soal Damia sambil berce-kak pinggang. Buzy body pula dia. Macamlah aku usik dia.
            “Abang dia kot.” Sampuk Liza. Kalau tidak, takkan dia marah.
            Gina menjenggilkan mata sambil menggigit bibirnya ke arah Liza apabila gadis itu me-nyampuk. Pantas Liza menutup mulutnya dengan tangan. Tahu yang dia bersalah. Salah ke apa yang aku cakap tadi?
            “Masalah I sekarang ni, you dah ganggu pengunjung lain nak menjamu selera. Faham?” tegas pemuda itu. Takkan itu pun aku nak kena ajar?
            “Ada aku kesah?” ujar Damia sinis. Macam mereka aje yang ada duit. Aku pun adalah.
            “You memang tak kisah tapi I yang kisah.” Ujar pemuda itu lagi sambil bercekak ping-gang. Macam dia seorang aje regular customer kat restoran ni. Aku pun regular customer kat si-nilah.
            “Kenapa pula?” Soal Damia sambil berpeluk tubuh. “You jangan ingat you seorang saja customer kat sini tau. I pun bayar apa yang I makan. So, jangan nak pandai-pandai tegur orang lain pula.” Sambung Damia. Lainlah kalau aku makan, kau yang bayar.
            “Sebab itulah…you kena fikirkan perasaan orang lain juga. Jangan fikirkan perasaan you seorang aje. Macamlah you seorang saja regular customer kat sini. Orang lain pun regular customer juga tapi takdelah kecoh macam you.” Ujar pemuda itu selamba. Apa punya oranglah dia ni?
            “Aku punya sukalah. Untuk pengetahuan you, dalam hidup I…takde istilah nak jaga perasaan orang lain bagainya. Faham?” Kenapa pula aku nak kena jaga perasaan orang lain sedangkan orang tak pernah nak jaga perasaan aku?
            “Iskh, perempuan ni!! Sakit betullah! Perangai teruk!” Sinis lelaki itu berkata sambil menggelengkan kepalanya. Malang betul siapa yang dapat dia ni jadi bini.
            “Aku punya sukalah. Perangai aku, bukan perangai engkau pun. Yang engkau sibuk-sibuk kenapa? Ada aku minta kau sibukkan perangai aku? Takde, kan?” Kau tu yang sibuk nak jaga tepi kain orang.
            “Malang betullah siapa yang jadi laki engkau ni.” Pemuda itu menundingkan jarinya ke arah Damia. Hope so, not me.
            Jika sebentar tadi mereka mengunakan kata ganti diri I - you tetapi kini mereka meng-gunakan aku - kau. Seakan kata ganti nama itu menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan di hati masing-masing tatkala ini
            “Woit, kau nikan!! Mulut macam longkang tau tak?” Damia menundingkan jarinya ke arah pemuda itu. Sakit benar hatinya apabila lelaki itu memperkatakannya begitu. Ada yang makan kasut saiz empat nanti.
            “Mulut aku, bukan mulut engkau.” What you give you get back.
            Damia menahan rasa geramnya. Jika diikutkan hatinya saat ini, mahu sahaja dia cili-cili mulut laser lelaki itu. Jantan ni memang tak guna betullah. Saja menguji tahap kesabaran aku. Ada aku sepak laju-laju dengan kaki nanti.
            “DH, sudahlah tu.” pujuk Aina lembut. “Encik, it’s better you pergi dari sini. Masalah di sini, biar kami saja yang selesaikan.” Wajah tampan lelaki itu direnungnya. Kalau di biarkan, mahunya sampai minggu depan pun mereka takkan berhenti.
            Lelaki itu berlalu pergi sambil tersenyum sinis. Sesekali dia menggelengkan kepalanya dengan perangai buruk Damia itu. Tidak pernah dia bertemu dengan wanita yang berperangai buruk sedemikian rupa. Apa punya orang agaknya. Perkara kecil macam tu pun nak kecoh.
            “DH, kenapa buat macam ni?” soal Aina lembut. Makin teruk perangainya.
            “Buat apa?” soal Damia selamba. Aku ada buat salah ke?
            “Marah orang tak tentu pasal. Kenapa?” soal Aina lagi. Marahkan orang lain tapi yang jadi mangsanya orang lain.
            “Wait…” arah Damia sambil mengangkat tangan. Dia menoleh ke arah Liza yang duduk di hadapannya saat ini. “Liza…sayang, I ada marah-marah ke tadi?” soal Damia lembut.
            “Marah? Mana ada DH marah. DH tegur ajelah. Lagi pun, DH tak suka marah-marahkan orang tak tentu pasal.” Jawab Liza selamba.
            “See…” ujar Damia sepatah sambil tersenyum nipis. Nasib baik ada back up.
            Gina dan Aina menggelengkan kepalanya melihatkan ulah Damia itu. Aina pantas membuatkan pesanan buat mereka berempat. Dia sendiri naik pening melayan karenah teman-temannya itu. Mahu atau tidak, mereka tetap teman-temannya.
            Dia dan teman-temannya yang lain tahu Damia tertekan dengan masalah yang melanda dirinya. Sejak pulang dari bercuti, Damia telah banyak berubah. Adakalanya mereka sendiri tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran sahabat mereka itu.
            Damia bisa melakukan sesuatu yang berada di luar kawalan mereka. Sehinggakan sukar untuk mereka bertiga menjangka apa yang bermain difikiran teman mereka itu. Dan adakalanya pula, Damia akan menjauhkan diri dari mereka. Seakan tidak mahu berkongsi masalah yang sedang melanda diri. Malah Damia akan cuba berkelakuan seperti tiada apa yang telah berlaku di dalam hidupnya. Adakah cara ini untuk dia melepaskan apa yang dia pendam selama ini?
            Sebagai sahabat, mereka akan cuba melakukan yang terbaik untuk Damia. Walaupun masalah yang melanda Damia, amat sukar sekali untuk mereka tanganinya bersama. Ini kerana sebagai sahabat karib, mereka ingin sama-sama ada tatkala susah dan juga senang. Itu prinsip yang telah mereka terapkan di sepanjang persahabatan mereka selama ini.



            Darwisy merenung kegelapan malam yang menyelubungi alam. Sesekali matanya dihalakan ke dada langit. Malam itu bintang-bintang bertaburan menghiasi dada langit dengan ditemani oleh sang bulan. Subhanallah. Cantiknya alam ciptaan ALLAH.
            Semenjak peristiwa di kampungnya tempoh hari sehingga kini, dia langsung tidak berpeluang untuk bertemu empat dengan Damia. Hampir lapan bulan dia tidak mendengarkan berita wanita itu. Damia seperti melarikan dirinya darinya. Damia seakan bersembunyi darinya. Sehinggakan sukar untuk dia mencarinya. Kenapa dia lakukan begini?
            Dia tahu, Damia berkecil hati dengan apa yang diperkatakan oleh Puan Hasnah tempoh hari. Namun tidak sedikit pun gadis itu menunjukkan apa yang dirasainya itu kepada dia. Damia seakan menyembunyikan rasa hatinya daripada semua orang. Tidak kiralah samada darinya ataupun dari sesiapa sahaja yang rapat dengannya. Semuanya dipendamkan jauh di sudut hati. Agar tiada insan lain yang mampu untuk membukanya.
            Dia amat pasti bahawa Damia telah terdengar pertengkaran di antara Encik Malik dan juga Puan Hasnah mengenainya tempoh hari. Lalu bertindak pergi dari situ kerana selepas Damia pergi, dia ada menelefon Fierdaus bertanyakan mengenai apa yang telah diperkatakan oleh Damia.
Malangnya, Fierdaus tidak tahu langsung akan hal tersebut. Menurut Fierdaus lagi, dia langsung tidak menghubungi Damia pun. Sepanjang Damia berada di kampung Darwisy, dia seakan memberi ruang kepada Damia untuk menikmati cutinya. Buntu dia memikirkannya. Apa yang cuba dia lakukan sebenarnya? Mengubati hatinya terluka dengan apa yang telah terjadi? Ataupun sengaja melarikan dirinya dari aku?
            “Darwisy…” sapa Kak Ina lembut.
            Pantas dia menoleh apabila mendengarkan panggilan itu. Sekuntum senyuman manis dihadiahkan buat Kak Ina. Ketika dia melangkah masuk ke rumah itu, Kak Ina dan Pak Abu telah pun mula berkhidmat. Berapa lama mereka berkhidmat, tidak pula dia ambil tahu.
            Kak Ina dan Pak Abu amat menghormatinya. Walaupun dia tidak meminta kedua pembantu Damia itu menlayaninya seperti mana mereka melayani Damia, namun arahan yang diberikan sering sahaja mereka engkari. Hanya arahan Damia sahaja yang akan mereka turuti.
            “Ada apa kak?” Soal Darwisy.
            “Akak ada buatkan air untuk Darwisy. Minumlah. Dah sejuk nanti tak sedap pula.” Ujar Kak Ina lembut. Jauh betul menungnya. Entah apalah yang diingatnya?
            “Letakkan di situ, kak. Nanti saya minum.” Arah Darwisy.
            Kak Ina akur dengan arahan yang diberikan oleh Darwisy. Milo panas diletakkan di atas meja bulat yang terdapat di situ. Baru sahaja dia menggorak langkah, Darwisy menyeru namanya perlahan. Pantas dia memalingkan wajahnya. Pasti Darwisy perlukan apa-apa keperluan sebelum dia masuk tidur.
            “Boleh saya tanya akak sikit?” soal Darwisy tenang. Mungkin Kak Ina tahu kenapa Huda jadi begini.
            “Pasal apa tu, Darwisy?” soal Kak Ina kembali. Dahinya berkerut seribu. Ada yang tak kena ke?
            “Huda.” Jawab Darwisy sepatah. Aku tahu, mereka pasti berkongsi cerita.
            Kak Ina terkedu seketika. Dia merenung wajah Darwisy yang kini telah melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan di taman mini tersebut. Ada yang tidak kena dengan mereka berdua ke? Entah-entah mereka bergaduh agaknya.
            Walaupun dia rapat dengan Damia, dia tidak ambil tahu akan urusan rumah tangga majikannya itu. Begitu juga dengan Pak Abu. Dia tahu, Damia dan Darwisy tidak tidur sebilik walaupun mereka telah bergelar suami isteri. Atas sebab apa? Dia sendiri tidak tahu.
            Tujuan dia dan Pak Abu ditempatkan di rumah itu oleh Dato’ Lufti adalah kerana menjadi pemerhati kepada Dato’ Lufti. Namun, mereka berdua tidak tergamak untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada sesiapa pun lebih-lebih lagi Dato’ Lufti. Bagi mereka, Damia terlalu baik untuk mereka khianati.
Malah dia telah menganggap Damia seperti adiknya sendiri. Seandainya dia mengkhianati Damia seakan dia telah menyakiti hati saudara kandungnya sendiri. Oleh sebab itu, setiap kali Dato’ Lufti bertanyakan tentang hubungan Damia dan Darwisy, dia dan Pak Abu akan menyatakan bahawa hubungan kedua mereka terlalu baik. Hingga sukar untuk dipisahkan. Mereka berdoa agar Dato’ Lufti percaya dengan apa yang telah mereka khabarkan.
            “Dah lama ke Kak Ina dan Pak Abu kerja dengan Huda?” soal Darwisy tenang. Dia tidak mahu terus ke titik soalannya. Bimbang nanti Kak Ina akan fikir yang bukan-bukan akan hubungannya dengan Damia.
            “Lamalah juga. Pak Abu dulu, driver Dato’ dan akak pula jadi pembantu rumah Dato’ semenjak Mia menengah rendah lagi.” Jelas Kak Ina panjang lebar.
            “Lama juga tu.” Darwisy menganggukan kepala. “Dia selalu balik lambat, ya kak? Maksud saya sebelum kami bernikah lagi.”
            “Tak.” Pantas Kak Ina menjawab sambil menggelengkan kepala.
            “Maksud akak?” soal Darwisy hairan. Apa maksud dia?
            “Mia seorang anak yang baik. Dia selalu ikut cakap Dato’ dan juga Datin. Dia tidak pernah sekali ingkar walau sedikit pun. Dia menjadi anak kesayangan Dato’ dan Datin. Apa saja yang Dato’ dan Datin cakap, pasti dia akan patuh. Dia jarang keluar malam. Sesekali kalau teman-temannya ajak dia keluar barulah dia akan keluar. Itu pun sebulan sekali. Selebihnya dia suka menghabiskan masanya di rumah menemani Dato’ dan Datin.” Ujar Kak Ina dengan panjang lebarnya. Untung dapat anak yang begitu.
            Terlayar di hadapan matanya saat dia menjadi pembantu rumah Dato’ Lufti dan juga Datin Afifah. Damia sedaya upaya cuba untuk mengembirakan hati insan yang bernama abah dan mama. Walaupun ada masanya dia memberontak dalam diam kerana tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Dato’ Lufti untuk dirinya.
            Damia banyak berubah semenjak dia mula berkahwin dengan Darwisy. Apa sahaja yang berkaitan tentang hidup dan rumah tangganya akan ditentang jika ada yang cuba menganggu. Tidak kiralah siapa sahaja yang menentang. Lebih-lebih lagi Dato’ Lufti.
            Bukan dia tidak tahu semua itu. Sudah acap kali Damia bertengkar dengan Dato’ Lufti mengenai Darwisy. Malah bukan dengan Dato’Lufti sahaja, dengan Danial juga dia sering sahaja tidak sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di mata. Namun, berbeza pula dengan Danish, Dina dan adiknya.
            “Dah tu, kenapa dia sering pulang lewat malam? Macam sekarang ni?” soal Darwsiy lagi. Atau Kak Ina cuba sembunyikan sesuatu dari aku?
            “Banyak kerja barangkali.” Dalih Kak Ina.
            “Atau sebab saya?” Teka Darwisy. Sudah pastinya sebab aku. Jika tidak, masakan dia boleh buat perangai begini.
            “Maksud Darwisy? Akak tak faham.” Kak Ina menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Sebab…dia tidak mahu bertembung dengan saya jadi dia pulang lewat.” Duga Darwisy.
            “Akak tak fikir macam tu, Darwisy.” Nafi Kak Ina. Mia bukan seperti yang Darwisy gambarkan. Takkan Mia sanggup buat begitu.
            “Tapi saya dapat rasakannya, kak.” Darwisy mengusap dadanya perlahan. Mungkin inilah yang dinamakan oleh orang, naluri seorang suami.
            “Perasaan Darwisy aje kot.”
            Darwisy tersenyum nipis tatkala mendengarkan kata-kata Kak Ina itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Kak Ina tu. Perasaan aku aje barangkali. Tapi kenapa setiap kali aku berfikiran demikian, aku mula rasa tidak sedap hati? Aku mula rasa yang dia semakin jauh dari aku.