Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

Kau Kusayang Bab 12


Darwisy menyusun dan melabelkan buku-buku yang baru di rak yang telah disediakan mengikut kuantiti yang telah diarahkan oleh Encik Razlan. Walaupun kerja-kerja itu amat membosankan bagi orang lain tetapi tidak padanya. Dia gemar melakukan kerja-kerja sebegitu. Dia suka kerja yang boleh berkomunikasi dengan orang ramai.
            Disebabkan itulah dia masih berada di sini. Dia tidak mahu untuk mencari kerja di tempat lain. Baginya, dia begitu serasi dengan suasana dan persekitaran kedai buku itu. Dengan mempunyai ketua yang amat memahami dan juga teman-teman sekerja yang baik, tidak mungkin dia akan pergi dari situ.
            Anita menghampirinya yang sedang leka dengan tugas-tugasnya. Tersenyum lebar dia melihatkan ulah lelaki itu. Faham sangat dia dengan perangai Darwisy. Lelaki itu akan tekun membuat kerja-kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Disebabkan itulah Encik Razlan sayangkannya.
            Semua orang tahu yang Darwisy amat rapat dengan Encik Razlan. Ramai juga yang cemburukan keakraban mereka berdua. Namun, tidak sedikit pun Drawisy endahkannya. Dia hanya menyanjungi Encik Razlan yang merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya. Dia juga pernah bercita-cita untuk menjadi seperti lelaki itu suatu hari nanti. Dapatkah aku merealisasikan impan dan cita-cita aku ini?
            “Hai, Darwisy!” Panggil Anita lembut. Leka betul dia.
            Darwisy menoleh ke arah suara yang memanggil namanya sebentar tadi. Sekuntum senyuman kecil dihadiahkan buat Anita. Kepalanya dianggukan perlahan tanda menjawab sapaan gadis tersebut.
            “Sibuk ke?” soal Anita. Macam mana nak mulakannya, ya?
            “Bolehlah. Kenapa?” soal Darwisy hairan. Apa hal pula dia ni?
            “Takdelah. Ingatkan nak ajak awak pergi makan.” Rasa-rasa dia nak  ikut sekali ke?
            Kerja-kerja Darwisy tergendala seketika apabila mendengarkan ajakan Anita itu. Dahinya berkerut seribu seketika. Hairan dia dengan sikap gadis tersebut. Kenapa tiba-tiba pula dia ajak aku pergi makan?
            “Dah waktu rehat. Jomlah kita pergi makan.” Sambung Anita lagi tatkala melihatkan kebisuan Darwisy itu. Harap dia tak tolak permintaan aku ni.
            Darwisy menghela nafas. Jam yang berjenama G Shock yang melilit di pergelangan tangan diteleknya. Angka tepat menunjukkan tepat jam lima petang.
            “ALLAH!! Saya tak perasan pun tadi!” Ujar Darwisy perlahan. Macam mana aku boleh tak perasan langsung?
            “Hmm…awak tu, kalau dah mula bekerja mana nak pandang kiri dan kanan lagi.” Luah Anita sambil berpeluk tubuh. Sibuk sangat dengan kerja dia.
            “Kerja kita inikan satu ibadah, Nita. Kalau kita buat sambil lewa aje, tak berkat gaji yang kita dapat tahu.” Nasihat Darwisy lembut. Aku tidak diajar sebegitu oleh ayah aku.
            “Hmm…yelah tu.” Anita mencebikkan bibir. Dia dah mula dah.
            “Fiq mana?” soal Darwisy. Tertinjau-tinjau dia mencari kelibat teman baiknya itu namun, hampa. Dah pergi makan apa mamat tu?
            Sedari tadi dia tidak nampak kelibat Arfiq. Jika tidak, pasti pemuda itu akan membantu-nya menyusun dan melabelkan buku-buku tersebut. Arfiq rajin membantunya jika pemuda itu punya masa lapang. Tidak payah disuruh, pasti dengan ringan tulang dia akan membantu. Itulah satunya sifat sahabat baiknya yang amat dipuji.
            “Kenapa pula dengan Fiq?” soal Anita hairan. Aku yang ada kat depan dia ni, tak dia tanya. Fiq pula yang ditanyanya.
            “Yelah. Kitakan nak pergi makan. Dia tak ikut kita sekali ke?” soal Darwisy kembali.
            “Awak dah lupa ke? Fiq pergi jumpa supplier. Belum balik lagi.” Jelas Anita.
            “Ya ALLAH!! Saya terlupalah, Nita.” Keluh Darwisy perlahan. Aduh!! Macam mana boleh terlupa pula ni?
            “Entah apalah yang awak ingat, tak tahulah saya. Ini belum lagi kahwin. Kalau dah kahwin agaknya, mahu anak bini pun awak lupa.” Seloroh Anita. Malang betul siapa yang jadi kekasih dia ni.
            Darwisy tersenyum kecil mendengarkan kata-kata Anita itu. Saat ini fikirannya sedang kacau. Entah kenapa, dia asyik teringatkan Damia. Puas sudah diusir wajah gadis itu agar pergi, namun, ianya kerap jua hadir. Kenapalah dia juga yang hadir dan bukannya orang lain?
            Tidak kiralah samada dalam tidur mahupun di kala dia berjaga. Pelbagai persoalan bermain difikirannya saat itu mengenai Damia. Sihatkah dia? Bagaimanakah keadaannya saat ini? Apa yang sedang dia lakukan?
            “Darwisy, jomlah. Saya dah lapar ni.” Rengek Anita sedikit manja. Berharap dengan ulahnya sebegini pasti akan membuatkan Darwisy tertarik. Harap-harap plan aku berjaya.
            Darwisy tersentak tatkala tangannya ditarik oleh Anita. Selama ini, dia amat menjaga adab pergaulannya dengan wanita yang bukan muhrimnya. Selama dia bersama dengan Damia sekalipun, mereka tidak pernah bersentuhan. Walaupun dia tahu Damia halal untuknya.
            Dia tidak suka disentuh sebegitu oleh orang yang bukan muhrimnya tanpa sebab musabab yang kukuh seperti mana yang dilakukan oleh Anita saat ini.



            Damia memandang rak buku yang ada di hadapan matanya. Sesekali kakinya dijingkitkan untuk mencapai buku yang ingin diambil. Namun, ianya masih lagi tidak tercapai oleh tangannya. Sudah beberapa kali dia mencubanya, namun ianya tetap juga tidak kesampaian. Perlahan-lahan dia menghela nafas. Aduh, masalah betullah!! Macam mana nak buku ambil ni? Rak ni tinggi pula. Kenapalah mereka buat rak tinggi-tinggi macam ni? Sampai aku nak ambil pun tak boleh. Tak boleh ke buat rak yang sedang-sedang aje? Yang sama tinggi dengan aku ni ke? Ini tidak? Selagi boleh cecah bumbung, selagi itulah mereka nak buat. Tak terfikir ke mereka akan orang yang ketinggiannya setinggi aku?
            Damia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil menggigit bibirnya. Jemarinya yang runcing pula mengetuk-getuk dagunya. Seakan sedang berfikir lagaknya. Kalau kena orang tinggi, boleh juga capai benda tu. Ini, kena orang pendek macam aku ni. Pakai high heel tiga belas inci sekalipun masih tak dapat nak capai. Tak ke dah menyusahkan orang? Kalau aku panjat, bukan rak ni yang terbalik. Dengan aku sekali terima padahnya. Tak boleh jadi ni. Kena cari orang tolong juga. Apa nak jadi pun jadilah.
            Matanya mula memerhati kiri dan kanan. Manalah tahu kalau-kalau dia mendapat pertolongan dari orang lain. Matanya tiba-tiba terpaku ke arah sepasang pasangan yang sedang berbual tidak jauh darinya. Dia melemparkan senyuman segarit. Tanpa berlengah lagi, dia terus melangkah ke arah pasangan tersebut. Nasib baik ada penyelamat. Kalau tidak, aku panjat ajelah rak tu. Peduli apa aku? Janji aku dapat apa yang aku nak. Sebelum orang lain kebas.



            Darwisy menarik tangannya kasar apabila dipegang oleh Anita. Wajahnya yang tadi manis dihiasi senyuman kini tiba-tiba bertukar merah padam. Giginya diketap kuat bagi menahan rasa marahnya. Dia tidak mahu melepaskan amarahnya di situ kerana sedar mereka berdua berada di tempat awam. Jika tidak, pasti sahaja akan ditempiknya gadis itu.
Anita terkejut seketika melihatkan perubahan itu. Tidak pernah walau sekali pun dia melihat jejaka pujaannya dalam diam itu berkelakuan sedemikian rupa. Selama dia mengenali Darwisy, pemuda itu seorang yang mudah tersenyum, tenang, sabar dan mudah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
            “Darwisy, kenapa ni?” soal Anita hairan. Ada yang tak kena ke?
            “Saya tak suka awak buat macam ni, Anita.” Luah Darwisy sedikit tegas. Ada yang makan penampar free aje nanti.
            “Saya buat apa?” soal Anita kehairanan. Aku ada buat salah ke pada dia?
            “Awak dah lupa apa yang awak buat tadi?” Marah Darwisy. Dia lupa atau sengaja lupa dengan apa yang dia dah buat?
            “Sorrylah kalau saya terpegang tangan awak tadi. Saya tak sengaja.” Perlahan Anita bersuara. Dia marah aku sebab tu ke?
            “Sengaja atau tidak, saya tetap tak suka. Awak tu, bukan muhrim saya. Lainlah kalau awak tu muhrim saya. Awak nak pegang ke…apa ke…saya tak kisah.” Bentak Darwisy geram. Dia ni masih tak faham-faham lagi ke?!
            Sedang mereka berdua berperang mulut itu, Arfiq mendekati mereka. Timbul kehairanan di wajahnya melihatkan suasana tegang di antara Anita dan Darwisy. Kepala yang tidak gatal digarunya. Apa kes pula budak berdua ni? Bergaduh laki bini ke? Kalau ya pun nak bergaduh, janganlah kat sini. Bawa-bawalah balik ke rumah. Ini tidak. Ditengok dek orang ramai tak ke malu kaum kerabat aje. Bukan mereka aje yang malu, dengan aku terbabit sekali nanti. Takkan benda macam ni pun aku nak kena ajar?
            “Eh, apalah kena dengan you all ni?!” Arfiq merenung wajah Darwisy dan Anita silih berganti. Macam ada yang tak kena aje.
            “Kau tanya, aku? Cuba kau tanya kawan kau ni.” marah Darwisy. Nasib baiklah kat tempat awam. Kalau tidak, mahu aku bagi penampar aje.
            “Apasal Nita? Apa yang kau dah buat pada kawan kita ni?” soal Arfiq bertalu-talu sambil merenung wajah Anita. Apa pula salah yang si Anita ni dah buat?
            “Aku terpegang tangan dia.” Anita berkata perlahan. Bukan sengaja. Itu pun nak marah. Apa punya lelakilah dia ni?
            “Kau tahu tak, kawan kita ni cukup-cukup-cukuuuppp pantang kalau orang yang bukan muhrim dia pegang tangan dia atau tersentuh dia tanpa alasan yang kukuh. Ada faham ka, adik manis?” Arfiq berseloroh dengan gaya Banglanya. Baru kau tahu bagaimana orangnya Darwisy ni.
            “Ala, aku bukannya sengaja! Lainlah kalau aku sengaja. Bolehlah kau nak marah aku.” Anita membela dirinya. Terpegang sikit pun nak kecoh bagainya. Mengalahkan perempuan pula. Lainlah kalau kau tu perempuan dan aku ni lelaki.
            “Sengaja atau tidak, jawapannya tetap sama, Nita. Dia tak suka. Bila orang dah tak suka tu, faham-faham ajelah.” Luah Arfiq. Takkan tak faham-faham lagi.
            “Zaman dulu bolehlah, Fiq. Zaman moden macam ni pun masih ada lagi orang yang berfikiran kolot macam tu. Kita ni bukannya duduk kat ceruk kampung, okay. Sekarang ni, kita duduk kat bandar yang besar. Lainlah kalau duduk kat ceruk kampung. Bolehlah berfikiran kolot macam tu.” Anita berkata selamba tanpa memikirkan perasaan Darwisy. Ada lagi manusia yang berfikiran kolot macam ni.
            “Terpulang pada awak nak kata apa sekalipun, Anita. Hak awak dan saya hormat sangat-sangat hak awak tu tapi kalau boleh saya mahu awak hormat pendirian dan hak saya juga. Itu saja.” Ujar Darwisy lembut dan tegas. Terpulanglah kalau kau nak kata aku kolot ke apa. Aku tak kisah. Tapi ini prinsip aku.
            Baru sahaja Anita ingin membuka mulutnya membalas kembali kata-kata Darwisy, kedengaran suara lembut seseorang menyapa mereka bertiga. Pantas mereka menoleh ke arah suara itu. Darwisy terkedu seketika melihatkan insan yang berada di hadapannya saat ini. Apa dia buat di sini?
            “Excuse me. Nak minta tolong sikit boleh?” ujar Damia lembut. Harap-harap mereka boleh tolong aku.
            “Mengenai apa tu, cik?” soal Arfiq sambil merenung wajah Damia. Dibiarkan seketika persoalan yang baru sahaja melanda kedua orang sahabatnya itu. Seakan masalah itu tidak begitu penting sekali buat dirinya. Hmm…not bad juga awek ni. Seksi gila.
            “I nak ambil buku di rak sana tu tapi I tak sampailah. Boleh tolong I ambilkan tak?” pinta Damia. Wajah Darwisy, Anita dan Arfiq direnungnya satu per satu seakan meminta simpati. Harap-harap mereka boleh tolong aku.
            Damia dan Darwisy akan menjadi orang asing tatkala adanya insan lain di samping mereka. Seakan kehadiran salah seorang dari mereka adalah tidak pernah wujud sama sekali. Itu adalah antara syarat yang telah ditetapkan di dalam perkahwinan mereka. Mereka hanya akan mesra hanya di hadapan keluarga sahaja.
            Darwisy pantas menganggukan kepalanya. Kehadiran Damia saat itu seakan telah menyelamatkannya dari terus bertengkar dengan Anita. Ketika kakinya ingin melangkah mengikuti langkah Damia, tubuhnya ditarik lembut oleh Arfiq. Pantas dia menoleh. Ulah Arfiq itu diperhatikan oleh Damia dengan penuh kehairanan. Apa hal pula ni? Ada yang tak kena ke dengan mereka ni?
            “Kau kenapa?” marah Darwisy. Apa hal pula dia ni?
            “Kau jangan nak melarikan diri. Selesaikan masalah rumah tangga kau dulu. Biar aku saja yang tolong cik ni.” Ujar Arfiq selamba. Pandai pula nak larikan diri.
            Damia merenung wajah Darwisy dan Anita silih berganti. Untuk seketika pandangan matanya dan Darwisy saling bertentangan. Arfiq mendekatinya sambil tersenyum manis. Sementara tu, bolehlah aku mengayat awek seksi ni.
            “Mereka memang begini, cik. Selalu bergaduh di tempat kerja. Silakan cik.” Ujar Arfiq lembut. Untung-untung boleh jadi spare part aku.
            Damia menganggukan kepalanya. Mereka menuju ke arah rak buku yang diperkatakan Damia. Arfiq mengambil buku yang telah diminta oleh Damia. Damia membelek buku itu dari satu muka ke satu muka dengan leka sekali tanpa menghiraukan pandangan nakal mata Arfiq ke arahnya. Seakan pemuda kacak itu langsung tidak wujud di hadapannya.
Begitulah Damia apabila bertemu dengan sesuatu yang menjadi minatnya. Dia seakan terlupa seketika dengan keadaan di sekelilingnya. Perlahan-lahan dia menganggukan kepalanya tanda apa yang ingin dicari akhirnya ditemui. Segarit senyuman terukir di bibirnya yang merkah bak delima itu. Akhirnya, jumpa juga aku dengan buku ni.
            Leka dia seketika dengan buku yang ada di tangannya tanpa menyedari kehadiran Darwisy di sisinya dan Arfiq. Ulahnya itu diperhatikan sahaja oleh Darwiy dan Arfiq. Wajahnya yang ayu itu tidak lari dari mata Darwisy mahupun Arfiq. Kusyuknya dia.
            “Okay. I take this book.” Ujar Damia tenang. “Tapi…you all ada jual buku mengenai seni bina Asia tak?” Matanya merenung wajah Arfiq dan Darwisy silih berganti. Dia kerja di sini ke? Macam mana aku tak tahu?
            “Seni bina Asia? Siapa pengarangnya?” soal Arfiq. Bab ni aku memang fail.
            “Sorry, I don’t know.” Jawab Damia tenang. Lupa pula siapa pengarangnya.
            Arfiq menganggukan kepalanya. Sesekali dia menoleh ke arah Darwisy yang berdiri di sebelahnya. Seakan meminta pengesahan dari lelaki itu. Sesungguhnya dia kurang pasti sedikit dengan buku-buku yang terdapat di dalam kedai tersebut berbanding Darwisy. Darwisy tahu setiap buku yang ada di dalam kedai itu kerana lelaki itu gemar membaca. Hampir separuh buku-buku yang ada di dalam kedai itu telah dibacanya. Mengisi masa yang terluang, itulah yang sering dia katakan jika dia bertanyakan kepada lelaki itu akan kegemarannya itu.
            “Yang I tahu, buku tu tentang seni bina Asia. Berkenaan dengan seni bina tradisional. Rumah-rumah tradisional yang terdapat di negara-negara Asia.” Damia kembali bersuara apabila melihatkan Darwisy dan Arfiq hanya membisu seribu bahasa. Macam manalah aku boleh lupa nama pengarangnya? Hari tu, Melly ada beritahu pada aku.
            “Kalau you tanya I, memang I tak tahu tapi…dia ni pakar tentang segala jenis buku. Dari buku rujukan sekolah rendah dan menengah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. You boleh tanya pada dia.” Ujar Arfiq jujur sambil menepuk lembut bahu Darwisy.
            Mata bulat Damia kini tertumpu ke arah pemuda yang berdiri di sebelah Arfiq. Mata mereka bertentangan seketika. Rindunya aku pada dia. Adakah dia merasa seperti yang aku rasakan saat ini?
            “Syarikat terbitannya, awak tahu?” soal Darwisy. Wajah Damia yang berada di hadapannya direnungnya lembut. Dia tampak sihat.
            “Sorry, I don’t know.” Damia menggelengkan kepalanya. Nama pengarang pun tak ingat, masakan syarikat terbitannya. Untunglah kalau aku dapat ingat semua tu.
            “Susah sikit kalau nak cari tanpa nama pengarang atau syarikat terbitannya. Selalunya kami akan cari berpandukan nama pengarang ataupun syarikat terbitannya. Tak pun judul buku tu sendiri.” Jelas Darwisy dengan panjang lebar. Tak berubah walau sedikit pun.
            Damia menganggukan kepala sambil menghela nafas panjang tanda mengerti apa yang diterangkan oleh Darwisy kepadanya sebentar tadi. Macam mana aku boleh lupa tentang itu semua? Sedangkan Melly ada beritahu aku tempoh hari. Damia, you dah tua sangat ke sampai terlupa benda yang sekecil itu?
            “Mana awak tahu pasal buku tu?” Darwisy menyoal lagi. Sengaja dia ingin mengajak Damia berbual lebih panjang lagi dengannya tika ini. Seakan rindu pula dia untuk mendengarkan suara lunak milik gadis itu.
            “Dari kawan I.” perlahan Damia membalasnya.
            “Apa susah? Called ajelah kawan cik tu. Tanyakan judul buku tersebut. Boleh kami tolong carikan. Tak payah susah-susah nak fikir lagi.” Sampuk Arfiq. Mesti anak orang kaya dia ni.
            “Dia tiada di Malaysia sekarang ni. Dia di Jepun.” Jelas Damia. Mahunya mengamuk pula nyonya tu dengan aku nanti.
            “Kalau awak mahu, saya boleh tolong carikan.” Tawar Darwisy.
            “No need. I boleh cari sendiri.” Tolak Damia lembut. Nampaknya kenalah aku pergi ke kedai buku yang lain.
            “Untuk apa buku tu?” Soal Darwisy hairan.
            “Excuse me?
            “Setahu saya, awak takde kena-mengena dengan bidang seni bina. Kenapa pula awak cari buku tu?” soal Darwisy pelik. Dahinya berkerut seribu. Dia nak buat apa dengan buku tu?
            Walaupun dia tidak pernah ambil tahu tentang Damia, namun dia tahu bahawa kerja Damia tiada langsung berhubung kait dengan seni bina. Syarikat yang dikendalikan oleh Damia lebih menumpukan kepada bidang perkapalan dan bukannya pembinaan. Jika ada pun, ianya hanyalah secara kecil-kecilan sahaja.
            Damia tidak jadi untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Darwisy apabila telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Tanpa menghiraukan Darwisy dan Arfiq, pantas pangilan itu disambutnya. Dia menghela nafas pendek sebelum memulakan bicaranya. Dia tahu, pemanggilnya itu akan cuba memujuknya dengan berbagai alasan supaya dia pulang ke rumah kedua orang tuanya.
            “Ya.” Jawab Damia lembut. “Book store. Cari barang sikit. Kenapa? Okay. Okay.” Damia menganggukan kepalanya. “Kalau macam tu, Mia terus pergi ke sana. Ya, kita jumpa di sana aje. Boleh, kan?” soal Damia.
            “Jangan lupa datang tau. Nanti mengamuk pula abah dan mama kalau Mia tak datang. Sedari tadi lagi mereka asyik bertanyakan Mia.” Dina mengingatkan Damia. Tahulah yang Mia ni anak kesayangan mereka.
            “Don’t worry. I will be there.” Ujar Damia tenang. Pasti sakit lagilah telinga aku lepas ni dengar bebelan mereka.
            “Bawa Darwisy sekali. Dah lama Angah dan Abang Farhan tak jumpa dengan dia. Rindu pula rasanya.” Pinta Dina. Bukan senang nak jumpa dia tu. Asyik sibuk aje.
            Sememangnya Damia amat rapat dan manja dengan Dina dan Farhan. Malah Dina dan Farhan seringkali memanjakan Damia sewaktu mereka belum lagi mempunyai anak kecil. Semenjak bergelar ibu dan bapa ini, perhatian terhadap si adik sedikit berkurangan.
            Saat ini dia rindukan gelak tawa adiknya yang manja dan nakal itu. Malah hampir seluruh ahli keluarga mereka menyayangi Damia melebihi daripada adik bongsu mereka.
            “Tak bolehlah.” rengek Damia sedikit manja. Macam mana nak bawa kalau dia bekerja?
            “Kenapa pula?” Hairan Dina dengan jawapan Damia itu. Darwisy tak mahu jumpa dengan kami ke?
            “Dia kerja. Macam mana nak ikut Mia. Lainlah kalau dia tak kerja. Bolehlah Mia bawa dia sekali.” Alasan Damia. Sesekali anak matanya melirik ke arah Darwisy yang berada di hadapan matanya. Harap-harap dia terima alasan aku ni.
            “Mia balik ya, dik. Angah dah rindu sangat pada Mia. Along dan Danish pun rindukan Mia. Kami tak sabar nak jumpa dengan Mia.” Pujuk Dina. Rindu betul aku dengan kemanjaannya.
            “Dinie tak rindukan Mia ke?” Damia mula menarik muncungnya.
            “Kami semua rindukan Mia. Dinie pun rindukan Mia. Mia tak rindukan kami ke?” Duga Dina. Tapi…dia banyak berubah selepas berkahwin dengan Darwisy. Salah siapa dalam hal ini? Kami ataupun Darwisy?
            “Siapa kata Mia tak rindu? Mia rindu sangat.”
            “Kalau dah tahu rindu, kenapa dah lama tak balik rumah abah? Jumpa dengan kami.”
            Damia terdiam mendengarkan kata-kata Dina itu. Sesekali dia menghela nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Dia sendiri tiada jawapan bagi soalan tersebut. Ulahnya itu hanya diperhatikan oleh Darwisy dan Arfiq silih berganti. Jelas dilihat Damia tertekan saat itu. Malah di wajah itu juga terserlah kesayuan. Apa yang dah jadi? Kenapa dia jadi begitu?
            “Mia, dengar tak apa yang Angah tanya ni?” soal Dina apabila Damia hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tahu, Damia cuba melarikan diri dari menjawab persoalan yang berbangkit.
            “Mia dengarlah.” Jawab Damia perlahan. Mia tak punya jawapannya, angah.
            “Kenapa tak dijawab?”
            “Mia takde jawapannya, okay. Macam mana Mia nak jawab? Tolong jangan paksa Mia untuk jawab sesuatu yang Mia tak boleh nak berikan jawapannya. Lainlah kalau Mia ada jawapannya. Senang Mia nak menjawabnya.” Tegas Damia dengan satu nafas. Tolonglah jangan paksa aku.
            “Angah minta maaf, okay. Angah takde niat nak buat Mia marah.”
            Damia terdiam mendengarkan kata-kata Dina. Dia terasa bersalah pula kerana memarahi kakaknya itu. Baginya, Dina tidak bersalah dalam hal ini. Dia akan tertekan apabila ada yang cuba mencungkil rahsia hidupnya. Dia benar-benar tidak menyukai keadaan sebegitu. Kenapa dengan aku ni?
            “Siapa tu?” soal Darwisy pantas apabila Damia menamatkan perbualannya. Wajah keruh Damia direnungnya dalam-dalam. Sedikit pun dia tidak mengendahkan pandangan Arfiq ke arahnya dan Damia. Lantaklah kau nak tanya apa pun Fiq. Yang penting sekarang ni, aku perlu tahu siapa yang menelefon dia tadi.
            “Saya tak balik malam ni. Tolong beritahu pada Kak Ina jangan tunggu saya.” Ujar Damia tanpa menjawab pertanyaan Darwisy itu. Perlukah kau tahu dengan siapa aku berurusan, Darwisy? Selama ini tidak pernah sekalipun kau endahkan aku.
            “Awak mahu kemana?” soal Darwisy lagi. Dia nak jumpa dengan orang tu ke?
            “Jumpa seseorang.” Balas Damia mendatar. Mungkin, kehadiran aku dalam hidup kau pun, tak sedikit pun kau hargainya.
            “Siapa?” soal Darwisy sepatah. Aku perlu tahu.
            Damia tidak menjawab. Untuk apa dia menjelaskannya kepada lelaki itu sedangkan selama ini, tidak pernah sekalipun lelaki itu pedulikan tentang hidupnya. Hanya dia sahaja yang berusaha untuk melancarkan perhubungan mereka berdua. Tetapi tidak lelaki itu.
            “I have to go. Anyway, thanks for the book.” Dalih Damia.
            Damia terus berlalu tanpa menghiraukan pandangan Darwisy mahupun Arfiq. Dia perlu pulang ke rumah Dato’ Lufti. Jika tidak, pasti abahnya akan memarahinya. Pasti abahnya akan menelefonnya berulang-ulang kali. Bertanyakan itu dan ini. Begitulah lazimnya jika dia terlewat tiba ke rumah mewah milik Dato’ Lufti dan juga Datin Afifah.
            “Eh, Darwisy! Kau kenal ke dengan perempuan tu?” soal Arfiq hairan.
            “Kenapa?” soal Darwisy sepatah. Sibuk ajelah mamat ni.
            “Takdelah. Cara kau bercakap dengan dia macam kau dah lama kenal. Siap tinggalkan pesan lagi. Siapa dia tu?”
            Darwisy terdiam mendengarkan pertanyaan Arfiq itu. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Melihatkan ulahnya itu, Arfiq tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia tahu, Darwisy tidak mahu membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut lagi.

Mungkin Silapku-Apit(lirik)

Isnin, 4 Februari 2013

tRimA kAsiH...

Alhamdulillah...akhirnya selesai jgk aq m'editkn. pening & naik juling mata dibuatnya. lps edit tu...edit neyhh...maka ni le hasilnya. muka surat dikurangkan & bab ditambah. x sangka byk gk kesalahan bahasa yg slama neyhh aq abaikan. de gak ayat2 yg x sesuai digunakan tlh digantikn dgn yg lain (yg sdp didengar hehehe!!!)

pnh gk aq ditegur disbbkn kesalahn2 tsb. trima ksh pd yg menegur. jk x disbbkn anda psti aq krg ambil perhatian ttg bnd 2 sume. x sangka...bnd yg aq pndg remeh slama neyhh rupa2nya m'jd stu mslah prob yg bsr. may b x pd aq tp pd owg len...

trima ksh gk pd yg sudi m'baca novel aq yg x seberapa neyhh. almaklumlah aq msh ag bru dlm bidang neyhh. segala teguran atau kritikan akn diterima dgn senang ati.

tanpa kritikan & teguran anda, psti aq xkn sedar akn kesalahan & kesilpan yg aq lakukan...trima ksh...