Halaman

Khamis, 6 Disember 2012

Kau Kusayang Bab 10


Sedari tadi dia memerhatikan ulah gadis itu. Seingatnya telah hampir dua jam gadis itu duduk di situ sambil termenung sendirian. Makanan dan minuman yang terhidang dihadapan ma-tanya tidak sedikitpun disentuhnya. Seakan makanan yang enak itu, tidak sedikitpun mampu me-narik minatnya. Apa yang sedang bermain difikirannya saat ini? Apa yang sedang dia fikirkan sampai tak lalu makan? Putus cinta ke dia?
            Wajahnya yang muram itu seakan menceritakan kepada semua orang bahawa hatinya se-dang dilanda keresahan. Pandangan orang disekelilingnya tidak sedikitpun diendahkannya. Dia tenggelam dalam dunianya sahaja. Seakan melayani fikirannya saat itu lebih penting dari pan-dangan mereka yang sedang memerhatinya. Dia ada masalah ke?
            Adlan menoleh tatkala ada suara yang menegurnya. Saat itu, terlihat olehnya Jufri, pem-bantu kanannya sedang tersenyum disisinya. Senyuman yang diberikan dibalas dengan ikhlas. Tidak pula dia perasan akan kehadiran Jufri di saat itu kerana terlalu leka dengan gadis berkulit hitam manis tersebut.
            “Apa yang Encik Adlan tengok tu? Kusyuk benar saya tengok. Sampai tak sedar saya da-tang.” Ujar Jufri lembut. Teruk betul boss aku ni.
            “Takde apalah, Jufri.” Nafi Adlan. Tidak mahu Jufri sedar akan ulahnya itu. “Jemput du-duk.” Ujar Adlan lagi. Tak manis rasanya jika dia berbicara tatkala Jufri berdiri disisi.
            Jufri melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Adlan setelah dipelawa o-leh anak muda itu. Fail yang berada ditangannya, diletakkan di sisi.
            “Awak dah minum?” soal Adlan tenang. Sengaja dia menukar tajuk perbualan di antara mereka berdua.
            “Belum lagi, encik.”
            “Kalau macam tu, bolehlah temankan saya minum. Saya pun seorang saja ni. Kalau ada kawan, seronok juga.” pinta Adlan.
            Jufri hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan permintaan Adlan itu. Mereka minum sambil membincangkan soal kerja. Begitu serius sekali mereka berbincang. Hi-lang seketika bicara tentang gadis berkulit hitam manis yang diperkatakan oleh mereka berdua sebentar tadi. Namun begitu, pandangan mata Adlan sesekali tidak lari dari memandang ke arah gadis berkulit hitam manis itu. Seakan gadis itu berjaya menarik minatnya. Boleh tahan juga o-rangnya.
            Dia akui, bahawa dalam diam dia tertarik dengan gadis itu. Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang yang telah lama pergi meninggalkan dia dan Faid. Saat itu, seakan terubat seketi-ka rindunya pada si dia yang telah lama pergi. Rindunya aku pada dia.
            Tanpa sedar, ulahnya diperhatikan oleh Jufri. Sesekali anak muda itu mengulumkan se-nyuman kecil. Dan sesekali jua, pandangan matanya juga tertumpu ke arah gadis yang menjadi pemerhatian ketuanya sedari tadi. Bagus juga citarasa boss aku ni.
            Dia akui, bahawa gadis itu tidak secantik wanita lain namun sedap mata memandang. Dia memiliki kulit hitam manis, berambut panjang yang disanggul kemas, hidungnya sedikit man-cung dan dia memiliki mata yang bulat. Wajahnya pula berbentuk bujur sirih dan tiada secalit pun alat solek dikenakan ke wajah itu. Wajahnya cantik asli. Sukar untuk dapat gadis sebegitu di zaman sekarang ni.
            “Apa yang Encik Adlan pandang tu?” soal Jufri sambil tersenyum nipis. Dah terpikat ke dengan awek tu?
            Adlan menumpukan perhatiannya ke arah Jufri. Senyuman di bibir Jufri seakan menarik hatinya. Saat ini barulah dia sedar yang dia tidak keseorangan di situ. Dia bersama Jufri. Dia ber-cakap dengan aku ke?
            “Awak tanya saya apa tadi, Jufri?” soal Adlan kembali. Atau aku yang silap dengar?
            “Apa yang Encik Adlan pandang tu?” soal Jufri kembali. Sengaja dia ingin bergurau de-ngan ketuanya itu. Sedari tadi pandang anak dara orang tak berkelip.
            “Saya tak pandang apa-apalah. Pandai aje awak serkap jarang.” Nafi Adlan sambil meng-gelengkan kepalanya. Dia perasan ke aku pandang awek tu?
            “Tak elok pandang anak dara orang lama-lama macam tu. Nanti kalau dia saman Encik Adlan, siapa yang nak tolong?” seloroh Jufri. Lagi mahu sorok dengan aku. Macamlah aku tak nampak.
            Adlan tertawa besar sambil menggelengkan kepalanya. Tidak disangka ulahnya diperasan oleh Jufri. Aduh!! Kantoi pula dengan dia ni. Buat malu ajelah. Mata ni pun satu. Macam dah takde tempat lain lagi nak dipandangnya. Ke arah minah tu juga.
            “Kalau berkenan, pergilah berdepan dengan dia. Luahkan isi hati tu. Tak payah nak pan-dang jauh-jauh macam ni. Habis cerita.” Ujar Jufri lagi. Ni tidak, main pandang-pandang pula dia.
            “Iskh!! Awak ni, Jufri. Nak saya kena belasah dengan suami dia ke?” Seloroh Adlan pu-la. Tak pasal-pasal masuk hospital pula aku nanti.
            “Suami? Mana Encik Adlan tahu dia dah bersuami?” soal Jufri kembali tanpa menjawab soalan Adlan. Dahinya berkerut seribu memikirkan pertanyaan Adlan sebentar tadi. Dia kenal dengan perempuan tu ke?
            “Saya agak ajelah.” Adlan menjawab perlahan. Takkanlah dia solo lagi kot. Orang ma-cam tu pasti dah berpunya.
            “Setahu sayalah, dia check in seorang aje dua hari lepas. Takde pula saya nampak dia bersama orang lain. Samada lelaki mahupun perempuan.” Terang Jufri dengan panjang lebar. Tak tahulah kalau suami dia datang kemudian.
            “Mana awak tahu?” soal Adlan hairan. Aik!! Dia lebih tahu dari aku pula. Parah kalau macam ni.
            “Sayakan duduk di Front Office, Encik Adlan. Kebetulan pula masa dia check in tu, saya yang uruskan sebab itulah saya tahu.” Jelas Jufri lagi. Aku ingatkan dia kenal dengan perempuan tu. Rupanya silap tekaan.
            Adlan menganggukkan kepala tatkala mendengarkan kata-kata Jufri itu. Matanya tertan-cap kembali ke arah gadis tersebut. Adlan tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya. Ham-pir saja aku ingatkan dia jelmaan Farhah. Nasib baik aku tak terus terkam. Kalau tidak, buat malu aje. Silap-silap makan penampar free. Lagi memalukan.
            “Kenapa?” soal Jufri hairan. Sesekali dia menoleh ke arah gadis itu. Tiada pula dia meli-hat cacatnya. Ada yang tak kena ke dengan perempuan tu? Aku tengok okay aje.
            “Nothing.” Jawab Adlan sepatah. Tak mungkin dia adalah jelmaan atau kembar Farhah.
            “Dah tu, kenapa Encik Adlan tersenyum?” soal Jufri lagi. Macam ada yang tak kena aje.
            “Dia mengingatkan saya pada seseorang cuma…” Adlan tidak jadi meneruskan kata-ka-tanya. Saat ini terbayang di ruang matanya wajah insan yang dirinduinya sekian lama. Mereka berbeza. Terlalu berbeza.
            “Cuma apa?” soal Jufri pantas. Seakan tidak sabar untuk menunggu akan kata-kata Ad-lan. Mereka serupa ke?
            “Cuma…mereka berdua berbeza sekali.” Ya. Pasti pelanduk dua serupa.
            “Apa yang bezanya?” Bagaikan polis pencen Jufri menyoal. Seakan dia ingin mengetahui akan rahsia ketuanya itu. Warna kulit ke?
            “Orang yang saya kenal tu taklah seseksi dia. Itu bezanya mereka berdua, Jufri.” Terang Adlan dengan lembut. Farhah bukan seperti itu.
            Jufri menganggukkan kepalanya tanda faham dengan penjelasan Adlan itu. Matanya kembali melirik ke arah gadis itu. Gadis itu memakai t-shirt putih jenama BUM Equipment tanpa lengan dan skirt pendek separas peha dari jenama yang sama. Kasut tumit tingginya pula dari je-nama Carlo Rino. Di kepalanya pula terletak cantik cermin mata hitamnya dari jenama BUM. Dia ni peminat BUM Equipment ke?
            Tumpuan mereka terganggu apabila telefon bimbit milik gadis itu berbunyi nyaring minta diangkat. Namun ianya dibiarkan sepi sahaja. Agak lama juga ianya dibiarkan sepi, akhirnya ba-rulah gadis itu menjawabnya dengan lemah. Ulahnya itu diperhatikan sahaja oleh Adlan dan Juf-ri. Adlan tersentak kecil seketika tatkala melihatkan gadis menitiskan air matanya. Sesekali dia mengesat air matanya yang mengalir itu. Bimbang andainya ada mata yang menyedarinya ba-rangkali. Kenapa dia menanggis? Ada yang tidak kena ke?



            Damia melemparkan pandangannya ke lautan luas sambil menongkat dagu. Sesekali dia menghela nafas panjang. Tidak dihiraukan sedikitpun pandangan manusia disekelilingnya saat i-tu. Makanan dan minuman yang dipesannya sedari tadi, tidak sedikitpun diusiknya. Seleranya ti-ba-tiba hilang begitu sahaja. Walaupun semenjak semalam lagi dia tidak menjamah walau sebutir nasi sekalipun. Dosa apakah yang telah aku lakukan sehinggakan begitu berat dugaan yang perlu aku tanggung saat ini?
            Saat ini, yang paling penting sekali adalah melayani perasaannya. Dikatakan kepada Dar-wisy bahawa dia perlu pulang segera kerana ada tugas yang perlu dia lakukan di tapak projek. Hakikatnya, dia sudah tidak tertahan lagi berada di sana. Malah pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya. Salahkah aku kerana menyintaimu? Salahkah aku kerana menyayangimu? Sa-lahkah aku kerana ingin merebut secebis kasih sayang darimu, Darwisy? Jika aku bersalah, kau maafkanlah aku. Bukan niat aku untuk merebut segalanya darimu.
            Aku tahu, ini jalan yang aku pilih. Jadi aku harus tempuhinya samada aku suka atau ti-dak. Agaknya, inilah akibatnya apabila perkahwinan yang tidak mendapat restu dari kedua ibu dan bapa. Salah siapakah dalam hal ini? Salah aku ke atau salah Darwisy? Ataupun salah kedua ibu bapa kami kerana tidak merestui ikatan suci ini? Atau…cinta yang wujud dalam hati ini bu-kan sepatutnya diserahkan kepada dia?

Aku Ini Wanita Biasa
Bisa Sakit Luka Karena Cinta
Dingin Sepi Kerap Menyapa
Air Mata Jatuh Lukisan Raga

Kadang Ku Kuat Setegar Karang
Kadang Ku Rapuh Lemah Liar Merana
Maafkan Aku Bila Hasratku Keliru
Sulut Ghairah Jiwamu
Ku Yang Dosakan Cinta Kekasih

Maafkan Aku Bila Hasratku Keliru
Sulut Ghairah Jiwamu
Ku Yang Dosakan Cinta Kekasih Hatiku
Kekasih Hatiku Maafkan Aku
Aku Wanita Biasa

Dingin Sepi Kerap Menyapa
Air Mata Jatuh Lukisan Raga
Kadang Ku Kuat Setegar Karang
Kadang Ku Rapuh Lemah Liar Merana
Hatiku…Maafkan aku..

            Ya ALLAH…dugaan apakah ini? Apa yang perlu aku lakukan? Sememangnya perkah-winan ini yang aku impikan satu masa dulu. Aku ingin menjadi miliknya yang muthlak tapi aku tak mahu pengakhirannya yang akan memisah aku dan suamiku. Bantulah aku. Apa yang harus aku buat? Lepaskan dia agar tiada hati insan lain yang terluka atau terus bertahan sehingga a-khirnya aku sendiri yang rebah tanpa sebarang sokongan?
            Deringan telefon bimbitnya yang melagukan lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy, tidak langsung dihiraukan. Ianya dibiarkan sepi begitu sahaja. Sehinggalah telefon itu berbunyi untuk kali yang keenam. Barulah dijawabnya dengan keadaan yang malas.
            “Hello. Ya, speaking. Kenapa cari I?” soal Damia tenang. I want to be alone.
            “You tanya I kenapa? Eh!! Mana you pergi? Puas kami cari.” Marah Aina. Suka sangat buat macam ni bila ada masalah.
            “Sorrylah, Aina. I bercuti.” Jawab Damia perlahan. Aku takde mood nak bergaduh atau berbual dengan siapa-siapa pun saat ni.
            “Kenapa you tak called kami?” soal Aina lagi. Buat orang risau ajelah dia ni.
            “I busy sikitlah.” Jawab Damia perlahan. Tolonglah faham keadaan aku saat ini, Aina.
            “DH…cuba you cakap betul-betul dengan I. Apa yang dah jadi ni?” Pujuk Aina. Dia ada masalah ke?
            Dia tahu, Damia sedang menyembunyikan masalahnya dari dia, Gina dan juga Liza. Dari cara Damia melayaninya berbicara telah dapat ditangkap apa yang telah berlaku terhadap teman-nya itu. Cuma Damia jarang bercerita pada mereka bertiga. Jika mereka tidak mengoreknya sen-diri, pasti mereka tidak akan tahu akan rahsia tersebut. Damia bukan orangnya yang akan berce-rita tentang kehidupan peribadinya pada sesiapa pun. Samada keluarga mahupun teman baik yang boleh dipercayainya. Dapat pula tentang rumah tangganya. Damia lebih suka memendam-kannya sahaja.
            Damia hanya membisu tatkala mendengarkan pertanyaan dari Aina itu. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang. Dia tahu, dia tidak mungkin akan dapat menyembunyikan masalah-nya dari Gina, Liza dan juga Aina. Sembunyilah macam mana sekalipun pasti teman-temanya a-kan tahu juga.
            “DH…you ada masalah ke? Kalau ada, kongsilah dengan kami. Kami sedia mendengar setiap masalah you tu.” Pujuk Aina lagi. Janganlah simpan seorang diri.
Bukan niat dia untuk menjadi manusia penyibuk. Namun, dia tidak sanggup melihat Da-mia memendamkan perasaannya sendirian begitu. Damia bukan sepertinya, Gina ataupun Liza yang bisa berkongsi kisah suka dan derita mereka bersama. Damia hanya akan membuka mulut-nya bercerita setelah didesak oleh mereka berkali-kali. Jika tidak, pasti mereka tidak akan dapat tahu apa yang terjadi kepada sahabat mereka itu.
            Damia terharu tatkala mendengarkan kata-kata ikhlas dari Aina itu. Dia tidak menyangka bahawa Aina sanggup untuk mendengar segala ceritanya. Malah Liza dan Gina juga seperti Ai-na. Cuma saat ini, mampukah dia berkongsi masalah dengan sahabat-sahabatnya itu? Dia tidak tahu kerana ini melibatkan rumah tangganya.
            “DH, kalau you diam macam ni sampai bila-bila pun masalah you takkan selesai. You ke-na luahkan juga. Sekurang-kurangnya, you dapat lepaskan apa yang you pendamkan kat dalam hati you tu.” Pujuk Aina lagi tanpa putus asa. Aduh!!! DH. Janganlah buat orang bertambah risau dengan you.
            Hampir menitis air mata Damia tatkala itu mendengarkan pujukan sahabatnya, Aina. Se-bolehnya, dia cuba untuk menahan rasa sebak yang melanda di dalam jiwa. Mahukah kau dengar masalah yang aku hadapi saat ini, Aina? Mahukah kau berkongsi segala-galanya dengan aku? Sedangkan keluarga aku pun tak ambil tahu akan kehidupan aku, Aina. Kenapa kau pula yang perlu bersusah payah untuk itu semua?
            “You ada masalah dengan Darwisy ya?” Seakan dia dapat menangkap setiap apa yang terjadi di dalam fikiran sahabatnya itu. Mesti pasal Darwisy ni. Dia hanya akan jadi begini kalau dia bermasalah dengan lelaki itu.
            “Entahlah, Aina. I pun tak tahu apa yang perlu I lakukan lagi.” Ujar Damia sebak. Aku dah buntu Aina. Buntu sangat-sangat.
            “DH, cuba cerita pada I apa yang dah jadi supaya senang I faham. Supaya senang I bantu you. Kalau you tak bercerita, macam mana I nak bantu you.” Aina tidak berputus asa memujuk Damia. Aku dah agak dah.
            Damia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memulakan bicara. Satu per satu dicerita-kan pada Aina. Tidak ada satu pun yang diselindungkan pada temannya itu. Sesekali dia menge-sat air matanya yang mengalir membasahi pipinya yang gebu itu.
            “Apa yang perlu I lakukan, Aina?” ujar Damia sayu. Sungguh aku dah tak sanggup me-nanggung semua ini.
            “DH, bawa bersabar okay. Setiap dugaan yang ALLAH turunkan pada kita, pasti ada hik-mahnya. Cuma kita masih tak nampak lagi akan hikmah itu. You kena kuat, DH. Jangan mudah melatah. Jangan mudah mengalah walau sedikitpun.” Pujuk Aina lembut. Kasihan dia.
            “I tak mampu, Aina. I tak mampu. I dah cuba sebaik yang boleh tapi…mereka tak nam-pak semua itu. Mereka tetap nampak keburukkan yang ada pada I. Apa lagi yang perlu I perta-hankan? Cuba you beritahu pada I.” sayu sekali Damia menuturkan kata-katanya. Perlukah aku terus-terus menyeksa diri ini dengan semua penghinaan yang mereka lemparkan buat aku?
            “DH, did you really love him?” soal Aina.
            “Of course I love him, Aina. He is my husband.” Tegas Damia. Cinta aku pada dia tidak pernah luak walaupun sedikit, Aina. Malah aku mencintainya melebihi dari diri aku sendiri.
            “So, pertahankan perkahwinan you walau apa pun yang terjadi. Never give up, dear. Dia pilihan you. Jadi you kena terima buruk dan baiknya. You tidak boleh mengalah macam itu saja. I dah dapat agak perkara sebegini yang akan terjadi dalam hubungan you all tapi you tidak mahu dengar kata-kata kami. You nak sangat kahwin dengan dia. Sekarang apa yang dah jadi? You menderita, DH. You terseksa. You yang kena tanggung semua ni. Bukan kami atau orang lain ta-pi you.” Jelas Aina panjang lebar. Aku tak sanggup lihat dia begini.
            Damia tertunduk mendengarkan amarah Aina. Sememangnya Gina, Aina dan juga Liza pernah mengingatkan dia akan perkara itu berkali-kali. Namun, tidak sedikitpun diendahkannya. Dan sekarang dia terpaksa menerima akibatnya. Menyesalkah aku kerana memilihnya? Menye-salkah aku dengan perhubungan ini? Menyesalkah aku dengan perkahwinan ini? Menyesalkah a-ku dengan apa yang telah terjadi ini? Menyesalkah aku dengan ketentuan Qada’ dan Qadar yang telah ALLAH tetapkan pada aku? Menyesalkah aku?
            “DH, you kat mana sekarang ni?” Aina segaja menukar tajuk perbualan di antara mereka berdua. Dia tidak mahu Damia terus hanyut melayani fikirannya. Bimbang jika berbagai perkara buruk yang akan Damia lakukan tatkala dia bersendirian.
            “Cahaya Beach Resort, Melaka.”
            “Mahu kami datang temankan you ke?” soal Aina lagi. Jangan dia buat perkara yang bu-kan-bukan sudahlah.
            “No need. Esok I dah nak balik. Kita jumpa di sana sajalah.” Tolak Damia. Aku masih perlukan masa untuk sendirian tatkala ini.
            “Okaylah, kalau you dah cakap macam itu. You jaga diri baik-baik, DH. Jangan buat se-suatu yang bodoh. Ingat, ALLAH sentiasa bersama dengan you. Tak kira dalam apa juga situasi sekalipun.” Nasihat Aina. Aku yakin dia takkan buat benda-benda macam itu.
            Damia menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang diberikan. Talian dimatikan sebelum dia bangkit dari duduknya. Dia ingin pulang ke chaletnya. Dia ingin mengu-rung diri di dalam chalet sahaja. Dia ingin menanggis sepuas-puasnya. Agar lega apa yang bersa-rang di sudut hatinya saat ini.
            Saat dia berpaling, dia terlanggar seseorang dari arah belakangnya. Habis pakaiannya yang putih itu terkena minuman yang telah dibawa oleh pelayan wanita tersebut. Bajunya yang berwarna putih kini telah pun bertukar warna dan coraknya. Damia menghela nafas panjang. Ba-junya yang kotor itu dipandangnya tanpa perasaan. Ooohh goosshh!!! Apalah malangnya nasib aku hari ini?
            “Maaf, cik. Saya tidak sengaja.” Ujar gadis itu tergagap-gagap. Aduh!! Macam mana bo-leh jadi begini? Janganlah aku kena maki dengan dia.
            Damia mengeluh sambil menggelengkan kepalanya dengan ulah pelayan itu. Jemarinya yang runcing mengurut perlahan dahinya yang mula berdenyut-denyut di kala itu. Saat ini dapat dirasakan semakin berdenyut-denyut sakit yang menyerang kepalanya. Sakitnya kepala aku.
            “Macam mana you buat kerja ni?” soal Damia sedikit keras sambil merenung wajah pela-yan wanita itu. Aku lagilah takde mood. Lagi dia buat hal.
            “Maaf, cik. Saya betul-betul tak sengaja.” Jawab gadis itu takut-takut. Macam mana bo-leh jadi macam ni?
            “Tak apalah. Kali ini I maafkan you sebab I takde mood nak marahkan orang hari ini. But if you do the same thing next time, tahulah you apa yang akan I buat pada you.” Ujar Damia te-gas sambil bercekak pinggang. Habis baju aku. Dahlah baju ni baju kesayangan aku. Suka-suki dia aje kotorkan.
            Dengan takut-takut gadis itu menganggukkan kepalanya laju. Dalam hati dia bersyukur yang teramat kerana Damia tidak memarahinya kerana telah mengotorkan pakaian wanita itu. Selalunya, tetamu di chalet tersebut akan marah andainya pakaian mereka dikotorkan sebegitu rupa. Hanya sesetengah sahaja yang akan memaafkan kesalahan seperti itu.
            “Mira, kenapa ni?” soal Adlan.
            Kejadian yang menimpa gadis berkulit hitam manis itu telah disaksikan oleh Adlan dan Jufri yang kebetulan berada di situ. Kejadian itu juga seakan memberi Adlan peluang untuk me-negur sapa dengan gadis itu. Mungkin dengan cara itu dia dapat berkenalan dengan gadis itu tan-pa perlu menggunakan ayat yang berbunga-bunga.
            Pantas gadis yang bernama Amira itu menoleh ke arah suara yang menegurnya. Kelihatan Adlan dan Jufri berdiri tegak disebelah mereka. Bila masa munculnya kedua pemuda itu di an-tara mereka berdua, tidak pula mereka sedar. Bila masa pula Encik Adlan dan Encik Jufri ada kat sini?
            “Saya tertumpahkan air di pakaian cik ni, Encik Adlan.” Jawab Amira teragap-agap. Bimbang juga hatinya jika Adlan akan memarahinya di atas kecuaiannya itu. Walaupun dia tahu Adlan adalah seorang ketua yang jarang sekali menunjukkan kemarahannya terhadap pekerja-pe-kerja bawahannya. Janganlah Encik Adlan marah dengan aku.
            Adlan merenung ke arah gadis berkulit hitam manis dihadapannya itu. Sesekali dia meli-rik ke arah pakaian Damia yang telah dikotorkan oleh Amira sebentar tadi. Dapat dilihat berba-gai warna yang tertera di pakaian yang berwarna putih itu. Mahunya mengamuk minah ni dengan Mira kerana dah kotorkan pakaian dia.
            “Hai! Saya, Adlan. Pengurus di sini.” Ujar Adlan sambil menghuluran tangan. Dengan harapan, Damia sudi mendengar penjelasan darinya. Harap dia boleh bertolak-ansur dalam per-kara ini.
            Namun, huluran tangan Adlan itu hanya dipandang sepi sahaja oleh Damia. Huluran ta-ngan Adlan itu tidak sedikit disambutnya. Pantas Adlan menarik semula tangannya apabila me-nyedari huluran tangannya itu dibiarkan sepi oleh Damia. Sesekali dia menoleh ke arah Jufri yang setia berada disisinya. Boleh tahan sombong juga minah ni. Gerek seh!!!
            Jufri pula hanya melemparkan senyuman tipis sambil menganggukkan kepalanya sedikit buat Damia. Namun, tidak sedikitpun Damia membalasnya. Tanpa sedar dia menggeleng-geleng-kan kepalanya. Mak aii!! Sombongnya perempuan ni. Apalah punya oranglah. Orang senyum pun dia boleh buat tak tahu aje. Nasib bailah kau guest kat sini. Kalau tak jangan harap aku nak beramah mesra dengan kau.
            “Macam nilah, cik. Saya minta maaf bagi pihak pekerja saya.” Ujar Adlan lembut. Aku harap dia boleh terima kemaafan aku ni.
            Namun tidak sedikitpun Damia membalas kata-katanya itu. Wajah Adlan dan Jufri yang berada dihadapannya pun hanya dipandang sekali imbas sahaja. Seakan tidak berminat untuk berbicara walau sepatah pun dengan kedua pemuda kacak yang berada dihadapan matanya itu. Apa kau ingat dengan meminta maaf boleh pulihkan situasi ke? Boleh bersihkan baju kesa-yangan aku ni seperti sediakala ke? Kalau boleh, tak payah kau susah-susah nak minta maaf bagainya dengan aku. Minah ni pun dah boleh buat.
            Melihatkan ulahnya yang hanya diam membisu itu, membuatkan Adlan resah seketika. Wajah Damia direnungnya lembut. Seakan ingin diajak berbicara walaupun seketika cuma. Ingin sekali dia mendengarkan suara gadis itu. Kenapa dia tidak mahu berbicara? Ke dia ni bisu? Se-bab itulah dia boleh buat tak tahu aje dengan apa yang aku katakan tadi.
            Tanpa sepatah kata dan tanpa perasaan, Damia mengorak langkahnya. Malas untuk dia berlama di situ. Dia ingin segera pulang ke biliknya. Kepalanya yang sedari tadi berdenyut, se-makin sakit dibuatnya. Namun, kakinya terhenti melangkah tatkala terdengar Adlan memanggil-nya. Apa lagilah mamat ini nak dengan aku agaknya? Aku dah tak layan tu faham-faham ajelah.
            “What do you want?” soal Damia tegas. Kepala aku ni dahlah sakit. Banyak songeh pula mamat ni.
            Adlan terkedu seketika tatkala mendengarkan suara itu. Wajah Damia direnung dalam-dalam. Seakan apa yang didengarinya sebentar tadi adalah sesuatu yang tidak dijangka langsung. Terkebil-kebil dia seketika. Aku tersalah dengar ke? Ataupun ianya sekadar mimpi?
            “I takde mood nak marah atau nak bergaduh dengan sesiapa pun saat ini. I dah pun maaf-kan staff you. Apa lagi yang you mahu?” soal Damia lagi apabila melihat Adlan hanya membisu. Aku angin nanti, baru kau tahu.
            “Er…Er…Begini cik.” Ujar Adlan teragap-agap sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Pakaian you tu pihak kami boleh tolong cucikan.” Sambung Adlan lagi. Kenapa suara dia sama?
            Damia terdiam sambil menghela nafas panjang. Sesekali dia mengurut dahinya yang saat itu sedang berdenyut-denyut sakit. Peluh-peluh kecil mula terbit di dahinya saat itu. Ulahnya itu hanya diperhatikan oleh Adlan dengan penuh kehairanan. Kenapa pula dia ni?
            “Miss…are you okay?” soal Adlan. Dia mula mendekati Damia. Sakit ke dia?
            “Ya, I’m okay.” Ujar Damia perlahan sambil mengangkat tangannya. “Tentang baju I ni, tak perlulah you nak cuci bagainya.” Sambung Damia. Datang pula baik kau.
            “Tapi…” Adlan tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Damia pantas mencelah.
            “Esok I dah nak balik dah. Tak perlulah you susah-susahkan diri, okay?” Orang dah kata tak payah tu, tak payahlah. Banyak soal pula dia.
            Damia terus berlalu pergi meninggalkan Adlan yang masih lagi termanggu-manggu de-ngan kata-katanya. Dia ingin cepat tiba dibiliknya. Dia ingin merehatkan badannya sahaja saat i-ni. Esok dia akan pulang semula ke rumahnya. Telah dimaklumkan kepada Pak Abu agar me-ngambilnya di stesen bas sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan orang tua itu.

Ahad, 11 November 2012

Kau Kusayang Bab 9


Dari jauh dia memerhatikan sahaja ulah gadis itu yang sedang duduk sendirian di bang-ku yang terdapat di bawah pokok mempelam yang telah ditanam oleh ayahnya. Kasihan pula dia melihatkan gadis itu. Sepanjang tiga hari mereka berada dikampungnya, tidak habis-habis gadis itu diperkatakan.
Buruk baiknya habis disebut tanpa dipinta oleh yang empunya diri. Damia itulah, Damia inilah. Ada sahaja cerita-cerita yang tidak menyenangkan singgah ditelinganya. Kalau aku tahu begini jadinya, aku takkan bawa dia pulang ke sini. Biarlah dia di sana saja. Hati aku pun tak sa-kit mendengarnya. Teruk-teruk dia sekalipun, dia telah menjadi isteri aku. Dan aku harus meneri-manya. Kenapa aku boleh menerimanya sedangkan mereka tidak?
Terasa menyesal pula dia mengajak gadis itu pulang bersamanya ke kampung. Jika dia ta-hu ini yang akan terjadi, pasti tidak akan sesekali dia bawa gadis itu pulang bersama-samanya. Biarlah dia pulang sendirian. Biarlah apa sahaja keluarganya ingin katakan. Dia tidak kisah. Ma-lah dia boleh terima semuanya dengan tangan yang terbuka. Kasihan dia. Sebab aku, dia yang ja-di mangsanya. Terasa menyesal pula menyeret dia sekali dalam masalah ni.
            “Apa yang kau pandang tu, Darwisy?” tegur Puan Hasnah. Pandang perempuan itulah a-gaknya. Macamlah aku tak tahu.
            Darwisy menoleh tatkala terdengarkan suara itu. Soalan yang diutarakan oleh si ibu lang-sung tidak dijawabnya. Sengaja dibiarkan sepi begitu sahaja. Kenapalah emak tidak dapat terima dia dalam keluarga kami? Apa salah dia?
            “Mana isteri kesayangan kau tu? Dari tadi tak nampak pun batang hidungnya.” Ujar Puan Hasnah lagi. Seakan kebisuan Darwisy itu menyakitkan hatinya. Dia boleh buat tak tahu aje aku bercakap dengan dia.
            “Ada kat bawah pokok mempelam sana tu.” Ujar Darwisy tenang. Janganlah mulakan la-gi. Aku dah tak sanggup nak mendengarnya.
            “Hmm…baguslah macam tu. Orang duduk memasak di dapur, dia pula duduk kat depan. Goyang kaki. Memang dasar anak orang kaya betul. Satu kerja rumah langsung tak boleh dibuat-nya.” Marah Puan Hasnah. Langsung tak boleh diharap.
            “Sudah-sudahlah tu, mak.” Pujuk Darwisy perlahan. Wahai hati, bersabarlah kau. Aku tak mahu menderhaka pada ibuku hanya kerana perkara yang remeh-temeh begini. Aku mohon sangat-sangat.
            “Itulah kau. Bila emak cakap sikit, kau marah. Dulu lagi emak tak suka kau kahwin de-ngan perempuan tu. Kau nak juga. Sekarang tengok, apa dah jadi?” Tegas Puan Hasnah. Sakit betul hati aku ni. Cakap aku ni langsung dia tak mahu dengar.
            “Dah jodoh saya, mak. Nak buat macam mana?” luah Darwisy sambil melabuhkan pung-gung di sofa yang berdekatan. Jika telah tersurat dia jodoh aku, aku tetap akan terima. Walaupun ianya payah dan juga sukar untuk aku menerimanya.
            “Tapi kita boleh elakkan. Kalau kau kahwin dengan Arfah dulu, tak adalah jadi macam ni. Entah-entah di sana agaknya, kau yang memasak untuk dia. Bukannya dia yang buat semua tu.” Renggus Puan Hasnah kasar sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Darwisy. Perempuan tu bukannya tahu masak. Silap-silap makan di kedai.
            “Kami ada pembantu rumah, mak.” Luah Darwisy lembut.
            “Ha!! Baguslah tu. Kejar sangat kekayaan orang tu. Akibatnya kau sendiri yang terabai. Makan, minum kau kemana…apa pun kemana. Semuanya pembantu rumah kau yang buat. Ka-lau dah macam tu, baik kau kahwin aje dengan pembantu rumah kau tu. Ada isteri pun tak bergu-na. Buat menyusahkan aje.” Bebel Puan Hasnah panjang lebar. Cakap aku ni langsung tak mahu didengarnya.
            “Mak ni…ke situ pula. Apa mak mahu ke bermenantukan orang yang sebaya dengan mak?” duga Darwisy sambil tersenyum kecil. Sengaja dia ingin mengenakan ibunya itu. Kalau nak…aku boleh aje. Janji emak setuju hehehe.
            Saat ini terbayang wajah Kak Ina, pembantu rumah mereka di ruang matanya. Kak Ina ti-daklah sebaya emaknya. Kak Ina masih lagi muda. Berapa umur pembantu rumah itu, tidak dia tahu. Dia hanya memanggilnya kakak apabila Damia membahasakan pangillan kakak kepada Kak Ina. Setahunya, Kak Ina telah lama berkhidmat dengan Damia. Itu sahaja. Selebihnya, dia ti-dak ambil peduli.
            “Kau ni, bila aku bercakap ada saja alasannya.” Geram Puan Hasnah. Giginya diketap ku-at. Panas hatinya melihatkan ulah Darwisy itu. Cubalah sesekali tu, dengar apa yang aku cakap. Ni tidak, ada saja alasannya.
            “Kenyataannya, mak.”
            “Aku ni bercakap benda yang betul, Darwisy. Buat apa ada isteri kalau tak boleh diharap-kan? Semuanya terbeban di atas bahu kau seorang.”
            “Tak baik mak cakap dia begitu. Buruk-buruk dia pun, dia tetap isteri saya. Menantu mak dan ayah juga.” Darwisy mengusap rambutnya. Tidak sanggup dia mendengar kata-kata cacian i-tu. Ingin dilawannya, orang yang bercakap dengannya saat ini adalah ibunya sendiri.
            “Aku bercakap ni tentang kenyataannya, Darwisy. Kalau kau kahwin dengan Arfah dulu, takkan jadi begini nasib kau. Nak kata cantik, aku rasa Arfah tu lagi cantik dari dia.” Provok Pu-an Hasnah.
Sengaja dia menghasut anak lelakinya itu. Mudah-mudahan hasutannya itu akan berhasil. Jika dibandingkan antara Arfah dan Damia, cantik lagi Arfah. Arfah memiliki kulit yang putih bersih. Dia sentiasa sahaja bertudung bagi menutup auratnya, tidak seperti Damia yang seringkali berpakaian yang menjolok mata. Sakit mata aku memandangnya.
            “Apa yang awak membebelkan ni, Cik Hasnah oii!!” sampuk Encik Malik. Naik sakit te-linga aku mendengarnya.
            Darwisy mengangkat wajah tatkala mendengarkan suara itu. Ayahnya, Encik Malik menghampiri mereka anak-beranak di ruang tamu itu. Dia menghela nafas lega seketika. Dia ber-harap dengan kedatangan ayah di antara dia dan juga ibunya itu, maka Puan Hasnah akan meng-hentikan bebelannya yang seakan tidak mahu surut. Penyelamat aku dah datang. Harap-harap e-mak akan menghentikan bebelannya.
            Hanya ayahnya sahaja yang boleh menghentikan bebelan ibunya itu. Jika tidak, dia akan mendengar bebelan tersebut sehari suntuk. Bukan sekali dua dia mendengar bebelan ibunya me-ngenai Damia. Setiap kali pulang ke kampung, perkara yang sama juga yang akan dibangkitkan oleh Puan Hasnah.
            “Apalagi kalau bukan menantu awak itulah.” Ujar Puan Hasnah sambil mencebikkan bi-birnya. Makin sakit hati aku bila bercakap pasal dia.
            “Menantu saya yang mana satu?” soal Encik Malik lagi. Dahinya mula berkerut seribu. Seakan memikirkan insan yang sedang diperbualkan oleh isteri dan anaknya saat itu. Dia berca-kap pasal siapa?
            Setahunya, anak-anaknya yang telah berkahwin seramai empat orang. Saat ini, terbayang satu per satu wajah menantunya di birai mata. Samada menantu perempuan mahupun menantu-nya yang lelaki. Dan setahunya juga, semua menantu mereka amat menghormati mereka sebagai mertua. Tiada pula yang membuat perangai.
            “Eh!! Awak ni, takkan menantu awak sendiri pun awak tak tahu yang mana satu?” marah Puan Hasnah. Nyanyuk apa orang tua ni?
            “Yelah. Menantu kita ada empat orang. Julia, Shiela, Amri ataupun Mia? Yang mana satu awak cakapkan ni?” soal Encik Malik lagi. Salah ke aku bertanya?
            “Menantu awak yang kaya-raya tulah. Bukan menantu awak yang tiga orang lagi tu. Yang tu tiada kena-mengena langsung dengan Darwisy ni.”
            “Ha! Kenapa dengan Mia tu? Saya tengok elok aje budaknya. Tak ada cacat cela pun.” Ujar Encik Malik selamba sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Darwisy. Ma-lah, pandai pula ambil hati orang.
            “Banyak yang kurangnya, bang.” Adu Puan Hasnah.
            “Kita manusia ni, Nah…memang banyak kekurangannya dari kelebihannya. ALLAH tak menjadikan kita ni sempurna. Yang sempurna cuma ALLAH saja. Bukan kita.” Tutur Encik Ma-lik lembut. Takkan itu pun tak tahu.
            “Itu saya tahu, bang.” Puan Hasnah menarik muncungnya. Mulalah nak membela perem-puan tu. Macamlah aku tak tahu.
            “Dah tu, apa masalahnya? Cuba awak cakap.” soal Encik Malik hairan. Wajah Puan Has-nah direnung dalam-dalam. Tak habis-habis lagi. Aku ingatkan dah selesai semuanya.
            “Masalahnya sekarang ni, kalau kita tidak cuba untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri kita tu…tak berguna juga. Dari dulu lagi saya dah kata, jangan kahwin dengan perem-puan itu. Tapi anak abang ni degil. Nak juga dia kahwin dengan perempuan tu. Entah apa yang dipandang agaknya pada perempuan tu, tak saya tahu. Harapkan kaya aje tapi satu apa pun tak boleh dia buat.” Renggus Puan Hasnah kasar. Buat malu aku lagi adalah.
            “Awak ni bercakap macam tak percaya pada Qada’ dan Qadar ALLAH saja, Nah.” Encik Malik menyandarkan tubuhnya di kerusi yang diduduki. Dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung perangai dia.
            Puan Hasnah terdiam tatkala mendengarkan kata-kata Encik Malik.
            “Setiap manusia ada kelebihan dan juga kekurangannya. Macam tu juga dengan dia. Apa kata kalau awak cuba tolong ubahkan kekurangan yang ada pada dia tu? Ada juga faedahnya. Daripada awak duduk membebel tak tentu pasal di sini.” Cadang Encik Malik selamba. Ni tidak, dari kelmarin asyik benda yang sama saja dibebelkannya. Bila budak tu tak balik, dia membebel. Bila balik pun membebel. Pening kepala aku dibuatnya.
            “Tak kuasalah saya. Dia bukan menantu pilihan saya.” Bentak Puan Hasnah kasar. Lain-lah kalau dia menantu pilihan aku. Senang aku tolong ubahkan.
            “Kalau awak masih berfikiran begitu, sampai bila-bila pun dia takkan berubah. Kita yang tua ni patut bantu dia. Bukannya terus menghukum dia macam ni.” Nasihat Encik Malik. Takkan benda macam tu pun aku nak ajarkan.
            “Abang tahu tak? Saya ni dah naik malu dengan orang kampung tau. Dapat menantu yang tidak tahu buat kerja rumah. Mana saya nak letakkan muka saya ni, bang? Bila bertandang ke rumah orang, dia buat tak tahu aje. Nak kata pegang pisau, nak pegang penyapu pun dia tak tau.” Luah Puan Hasnah geram. Perempuan jenis apa tu? Mak bapak dia tak pernah ajar dia ke benda tu semua? Tak gunalah jadi perempuan kalau benda yang remeh-temeh pun dia tak tahu nak buat.
            “Nak buat macam mana, mak. Dia memang tak tahu nak buat kerja rumah. Lainlah kalau dia pandai buat semua tu. Mak tak payah cakap lagi, dia dah buat.” Celah Darwisy. Dia bukan-nya macam Arfah. Dia orang kota dan Arfah pula orang kampung.
            “Ha!! Itulah perempuan yang kau pilih. Kalau kau ikut cakap aku dulu, kahwin dengan Arfah pasti perkara ini takkan terjadi begini. Hidup kau pasti akan senang, Darwisy. Makan dan pakai kau akan terjaga dengan baik.” Jerkah Puan Hasnah. Ni tak, ikut sangat kata hati tu. Seka-rang, siapa yang susah?
            Encik Malik beristigfar panjang tatkala mendengarkan kata-kata isterinya itu. Kepalanya digelengkan perlahan-lahan sambil menghela nafas panjang mendengarkan kata-kata yang ter-luah dari bibir isterinya itu.
            Sudah letih dan penat dia menasihatkan isterinya itu agar menerima Damia menjadi seba-hagian dari keluarga mereka, namun usahanya sia-sia sahaja. Dia tetap dengan katanya. Dia tetap hanya inginkan Arfah, bekas tunang Darwisy itu sebagai menantunya. Entah apa yang ada pada Arfah dan tiada pada Damia, tidak dia tahu.
            Damia sanggup lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian Puan Hasnah. Macam-ma-cam yang telah Damia lakukan sepanjang tempoh tiga hari duduk di rumah itu. Namun, segala u-saha yang ditunjukkan oleh Damia hanyalah sia-sia sahaja. Ianya masih lagi tidak berjaya memi-kat hati batu milik Puan Hasnah itu. Semua itu Encik Malik perhatikan dalam diam sahaja. Dia i-ngin lihat sejauh mana usaha Damia dalam memikat hati ibu mertuanya.
            “Dah tu, mak mahu saya buat apa?” keluh Darwisy. Mati akal dia dengan perangai Puan Hasnah itu. Silap-silap aku yang mati pula nanti.
            “Ceraikan dia dan kahwin dengan Arfah.” Tegas Puan Hasnah. Aku yakin dia akan ikut cakap aku kali ini.
            Sekali lagi Encik Malik beristigfar panjang sambil menggelengkan kepalanya. Sesekali dia mengurut dadanya. Begitu juga dengan Darwisy. Mereka tidak menyangka sampai begitu se-kali permintaan Puan Hasnah. Damia yang terdengar secara tidak sengaja perbualan tersebut ter-sentak. Terkedu dia seketika. Hampir sahaja menitis air matanya saat itu.
Hina ke aku hanya semata-mata aku bukan menantu pilihan mereka? Salahkah aku hanya semata-mata aku dilahirkan sebagai anak orang kaya? Tiadakah peluang untuk aku disisi mere-ka? Sedangkan aku juga berhak untuk tentukan kebahagiaan hidup aku sendiri. Kekayaan yang aku miliki bukannya milik aku tapi milik abah dan mama. Aku tak punya apa-apa. Aku hanya menumpang harta kekayaan mereka saja.
            “Awak dah hilang akal ke apa?” marah Encik Malik. Geram benar dia dengan Puan Has-nah tatkala itu. Ringan sahaja tangannya untuk menampar wajah insan yang bergelar isterinya i-tu. Dia ni memang dah melampau.
            “Saya memang dah hilang akal, bang. Saya hilang akal semenjak anak kesayangan abang ni, bawa balik perempuan tu ke rumah kita ni. Saya dah hilang akal saat perempuan tu menjadi menantu kita. Saya dah hilang akal semenjak perempuan tu menjejakkan kakinya ke rumah ni. Abang faham tak?” Tegas Puan Hasnah lagi. Kalau dia tak goda anak aku, pasti benda begini takkan berlaku dalam keluarga aku.
            “Awak ingat, nikah kahwin ni macam tukar baju? Macam beli ikan kat pasar itu? Nak ambil, tak mahu lemparkan macam tu aje? Begitu?” tegas Encik Malik. Apalah nak jadi dengan dia ni? Ya ALLAH, KAU sabarkanlah aku.
            “Selagi perempuan itu menjadi menantu dalam rumah ni, saya takkan sekali-kali iktiraf-kan dia sebagai menantu saya. Abang faham tak?”
            “Eiii!! Malas saya nak melayan awak ni.” Encik Malik bangkit dari duduknya. “Entah hantu bukit mana agaknya dah merasuk awak petang-petang begini, tak saya tahu.” Lagi lama a-ku duduk di sini, boleh jadi gila dibuatnya.
            Encik Malik berlalu menuju ke arah pintu masuk utama. Langkahnya mati tiba-tiba apa-bila bertembung dengan Damia di anak tangga. Entah mengapa lidahnya menjadi kelu seketika. Terasa liur yang ditelannya berpasir. Ya ALLAH!! Adakah dia terdengar apa yang kami bicara-kan tadi? Adakah dia tahu gerangan siapakah yang kami bincangkan sebentar tadi?
            Senyuman nipis yang dilemparkan oleh Damia hanya dibalas hambar. Dia tahu, Damia telah mendengar segala-gala yang mereka tengkarkan sebentar tadi. Damia melangkah masuk la-lu menuju ke arah biliknya. Aku kena kuat. Kalau aku rebah sekarang, sampai bila-bila pun aku takkan bangun lagi. Aku pasti akan itu. Terlalu pasti.
            “Puaslah hati awak, Mia dah dengar segala apa yang awak perkatakan tadi?” soal Encik Malik. Perangai dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak berubah.
            “Memang saya nak dia dengar pun. Baru puas hati saya.”
            “Terpulanglah pada kau, Darwisy. Ayah tak mahu masuk campur. Ini urusan rumah tang-ga kau. Kalau kau rasa dengan mengikut kata-kata emak kau tu baik, teruskanlah. Jika tak…ayah sentiasa sokong kau dari belakang.” Ujar Encik Malik sebelum berlalu. Hatinya panas dengan u-lah insan yang bergelar isteri itu. Maafkan ayah, Mia. Ayah tak mampu untuk buat apa-apa demi rumah tangga kamu.
            Darwisy terpaku mendengarkan kata-kata ayahnya itu. Dia buntu. Di kanan ibu dan di ki-ri pula isterinya. Dia tidak bisa membuat pilihan bagi menentukan siapakah yang harus dia pilih.



            Damia mengemas ke semua pakaiannya. Satu per satu pakaiannya dimasukkan ke da-lam beg pakaian yang telah dibawanya bersama tempoh hari. Mujurlah beg pakaiannya dan Dar-wisy asing-asing. Jika tidak, pasti dia tidak punya alasan yang kukuh untuk meninggalkan rumah itu. Hatinya benar-benar terguris kala itu. Terlalu pedih sekali luka itu. Seakan ianya ditoreh oleh belati nan tajam. Ya ALLAH, kenapa harus aku yang mendengar semua itu? Kenapa tidak orang lain? Aku tidak seharusnya ikut dia pulang ke sini. Kenapalah aku bodoh sangat?
            Telefon bimbitnya dicapai. Didail nombor-nombor yang berlegar difikirannya tatkala itu. Panggilannya disambut juga oleh penerimanya.
            “Assalammualaikum, Kak Ina. Mia ni. Kak Ina, Mia nak minta tolong sikit boleh?” ujar Damia tenang. Janganlah aku menanggis di sini.
            “Tolong apa tu, Mia?” soal Kak Ina kembali. Hairan dia dengan permintaan Damia itu.
            “Tolong kemaskan pakaian Mia untuk dua, tiga hari. Boleh, Kak Ina?” pinta Damia. Aku kena kuat.
            “Boleh Mia.” Balas Kak Ina lembut. Dia nak kemana?
            “Nanti akak tolong bagi pada Pak Abu. Suruh dia jemput Mia di stesen bas.” Arah Da-mia. Aku tak mahu menanggis di sini kerana di sini bukannya tempat aku.
            “Mia tak balik dengan Darwisy ke?” soal Kak Ina hairan. Takkan dia nak balik naik bas pula? Tak pernah-pernah dibuat budak ni.
            “Tak, kak. Mia balik seorang aje.” Jelas Damia lagi. Aku inginkan masa untuk bersendi-rian buat masa ini.
            Damia mematikan taliannya apabila selesai memberikan arahan kepada Kak Ina. Darwisy melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tidak sedikitpun dihiraukannya pandangan pemuda itu. Darwisy melabuhkan punggungnya di birai katil.
            “Awak mahu kemana?” soal Darwisy. Maafkan aku, Huda.
            “Maaf, Darwisy. Saya kena pulang.” Jawab Damia tenang. Ya, aku kena pergi dari sini. Pergi jauh dari sini untuk seketika.
            “Kenapa? Sebab apa yang mak katakan tadi ke?” soal Darwisy bertalu. Aku yakin dia te-lah mendengar segala-galanya.
            Damia tersenyum nipis sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Darwisy ter-gamam seketika. Dia akui, Damia jarang tersenyum. Bila dia tersenyum, pasti akan tampak ma-nis. Dalam tidak sedar, dia terpikat dengan senyuman itu. Manisnya senyuman itu.
            “Apa yang mak kata?” soal Damia dungu. Perlukah kau menyatakannya lagi? Janganlah tambah sakitkan hati aku lagi, Darwisy. Tolonglah!!!
            “Awak tak dengar apa yang kami bicarakan tadi ke?” soal Darwisy kembali tanpa menja-wab pertanyaan Damia. Dia tak dengar atau buat-buat tak dengar?
            “Tak.” Balas Damia sepatah dengan muka tidak bersalahnya. Maafkan aku, Darwisy.
            “Kalau awak tak dengar, kenapa nak pulang cepat sangat? Sedangkan majlis perkahwinan tu pun belum lagi berlangsungnya, Huda.”
            “Saya ada kerja yang perlu saya uruskan di pejabat, Darwisy.” Fahamilah keadaan aku saat ini, Darwisy. Aku mohon sangat-sangat dengan kau.
            Darwisy merenung wajah Damia. Dia kurang mengerti apa yang telah dimaksudkan oleh gadis itu. Hatinya kuat mengatakan bahawa Damia telah mendengar setiap apa yang telah mere-ka bualkan sebentar tadi.
            “Tadi, Fier telefon saya. Katanya terdapat masalah di tapak projek di bawah kendalian sa-ya dan saya diperlukan di sana dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Sebelum perkara ini diketahui oleh abah, lebih baik saya selesaikannya secepat mungkin. Awak sendiri tahukan macam mana perangai abah tu. Kalau dia dah mula membebel nanti, mahu sakit kepala mendengarnya.” Jelas Damia tenang tanpa dipinta apabila Darwisy seakan tidak memper-cayai kata-katanya. Maafkan aku, Darwisy. Aku tak kuat seperti yang kau sangkakan.
            “Kalau macam tu, kita pulang sama-sama.” Cadang Darwisy. Aku tak sanggup lepaskan dia pergi begitu saja.
            “No need, Darwisy.” Pantas Damia menghalangnya. Aku perlukan masa sendirian saat ini Darwisy. Fahamilah keadaan aku.
            “Tapi…” kata-kata Darwisy terhenti apabila Damia pantas mencelah.
            “Cuti awak masih lagi berbaki. Habiskanlah cuti tu dulu. Dah habis nanti, awak pulang-lah. Lagipun, majlis perkahwinan sepupu awak belum pun bermula. Nanti apa kata mereka kalau awak tak ada.” Pinta Damia lembut. Lainlah aku. Aku cuma orang luar. Orang luar yang tidak di-iktiraf langsung dalam keluarga ini. Ada atau tidak, tiada siapa yang akan mempedulikannya.
            “Dah tu, awak nak pulang naik apa?” soal Darwisy. Takkan nak naik bas pula. Bising pu-la Dato’ Lufti dengan aku nanti kalau dia tahu yang anak kesayangan dia ni naik bas.
            Bukan Darwisy tidak tahu bahawa Damia telah dilarang keras oleh Dato’ Lufti dari me-mandu kereta. Ini kerana Damia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang hampir sahaja me-ragut nyawanya. Semenjak itu, Dato’ Lufti terus melarang gadis itu dari memandu apa saja jenis kenderaan.
Kemana sahaja dia ingin pergi, dia akan ditemani oleh pemandu peribadinya iaitu, Pak A-bu. Semuanya itu telah diceritakan oleh Fierdaus kepadanya saat mereka dipertemukan oleh Da-mia tanpa dirancang tempoh hari.
            Dari Fierdaus jugalah dia mula mengenali insan yang bernama Damia Huda Dato’ Lufti. Apa yang disukai dan juga apa yang dibenci oleh gadis itu. Sehinggakan dia rasa, Fierdaus lebih mengenali dan lebih rapat dengan Damia berbanding dengan dirinya. Saat itu, terbit sedikit rasa cemburu terhadap lelaki itu tanpa dia sedar. Namun, pantas ditepisnya. Baginya, Fierdaus hanya mengenali Damia sebagai seorang majikan. Tidak lebih dari itu.
            “Awak boleh tolong hantar saya ke stesen bas?” pinta Damia lembut. Aku perlu melari-kan diri aku seketika dari masalah ini.
            “Huda, saya berat hati nak lepaskan awak pergi.” Luah Darwisy perlahan. Hakikatnya, dia cukup tidak yakin untuk melepaskan Damia pulang sendirian. Kenapa aku seakan berat hati untuk lepaskan dia pergi?
            “Jangan bimbanglah, Darwisy. I’m a big girl now. Bukannya budak kecil yang perlukan pengawasan orang dewasa sentiasa. Saya boleh protect diri saya sendiri.” Yakin Damia.
            “Saya tahu tapi…” Ya ALLAH, apa yang perlu aku lakukan sekarang ni? Lepaskan dia pergi begitu saja? Atau halang terus pemergiannya?
            “Dahlah. Jangan difikirkan yang bukan-bukan. Cepatlah hantar saya. Nanti sukar pula sa-ya nak dapat bas. Dahlah ini kali pertama saya naik bas.” Pujuk Damia lembut sambil tersenyum kecil.
            “Kalau begitu, saya hantar awak ya?” Pujuk Darwisy lagi. Aku lebih yakin jika dia sen-tiasa berada dihadapan mata aku.
            “Bukankah saya dah kata tak payah? Awak pakai saja kereta itu. Nanti awak nak balik susah. Lagipun, ada kereta lain di rumah.” Arah Damia sedikit tegas. Kenapalah sukar sangat kau nak faham perasaan aku kala ini, Darwisy?
            Darwisy menghela nafasnya. Dengan hati yang berat, dia melangkah jua. Beg baju Damia dijinjingnya. Damia mendapatkan Puan Hasnah yang masih lagi berada di ruang tamu. Sedari tadi, wanita itu tidak berganjak dari duduknya. Hatinya masih lagi panas dengan apa yang telah terjadi. Dek kerana Damia, dia bertengkar dengan suaminya. Dan kerana Damia jugalah, Dar-wisy tidak langsung mengendahkan kata-katanya.
            “Mak, Mia minta diri dulu.” Ujar Damia lembut sambil menghulurkan tangannya. Am-punkan Mia, mak. Kerana Mia, mak dan ayah bertengkar.
            “Baguslah kau nak berambus. Sekurang-kurangnya tak menyakitkan mata dan hati aku ni selagi kau ada di sini.” Ujar Puan Hasnah sinis. Lapang dada aku ni bila kau nak berambus. Tak payah aku nak suruh-suruh lagi.
            “Mak, tak baik cakap macam tu. Walau apa pun, dia tetap isteri saya dan menantu emak.” Luah Darwisy. Ya ALLAH, pinjamkanlah aku kekuatan MU barang seketika dalam menghadapi situasi sebegini.
            “Isteri kau tapi bukan menantu pilihan aku. Faham?” Tegas Puan Hasnah.
            Damia terkedu mendengarkan kenyataan itu. Sekali lagi hatinya terluka. Tangannya yang dihulur ditepis kasar oleh Puan Hasnah. Perlahan-lahan dia menelan liurnya. Terasa berpasir. A-gaknya beginilah perasaan Darwisy tatkala keluarga aku tak mengendahkannya? Tatkala keluar-ga aku mengabaikannya? Tatkala keluarga aku membencinya. Ya ALLAH!! Sakitnya perasaan i-ni. Kenapa harus aku yang perlu melaluinya? Bukan orang lain.
            Sepanjang perjalanan menuju ke stesen bas, mereka berdua lebih suka mendiamkan diri. Masing-masing kelihatan leka melayani fikiran masing-masing. Sehinggalah bas yang ingin di-naiki oleh Damia ingin bergerak. Damia merenung wajah bersih Darwisy. Maafkan aku, Dar-wisy. Aku terpaksa berbohong dengan kau.
            “Saya balik dulu, ya?” ujar Damia lembut. Aku tidak pernah menyesal kerana jatuh cinta pada kau, Darwisy. Aku juga tak pernah menyesal kerana menjadi isterimu walaupun kau tidak pernah sekali mengiktirafnya.
            “Hati-hati. Sampai sana nanti jangan lupa telefon saya.” Pesan Darwisy. Beratnya hati nak lepaskan dia pergi sendirian. Kenapa aku berat hati untuk melepaskan dia pergi dari aku? Se-akan dia akan terus pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.
            Damia menganggukkan kepala tanda faham akan arahan yang diberikan oleh Darwisy. Tangan Darwisy diraih lalu diciumnya dengan penuh hormat. Seperti yang selalu dia lakukan se-menjak dia bergelar seorang isteri. Walaupun ianya agak terhad antara mereka berdua. Tanpa di-sedari, Darwisy mencium dahinya. Dia tergamam seketika. Tanpa sedar, tangannya menyentuhi dahi yang telah dicium oleh Darwisy sebentar tadi. Bermimpikah aku? Jika benar, biarlah aku te-rus dibuai mimpi ini.
            “Awak jaga diri baik-baik tau. Apa-apa hal telefon saya. Jangan lupa pula.” Pesan Dar-wisy lagi. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada gadis yang telah bergelar isterinya i-tu. Semoga dia selamat sampai ke rumah.
            Sekali lagi Damia menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah me-nuju ke arah bas yang dinaiki tanpa menoleh ke arah Darwisy lagi. Bimbang andainya ada air jernih yang menitis tatkala melihatkan wajah suaminya itu.