Halaman

Ahad, 4 Ogos 2013

Kasih Jangan Kau Pergi - 1

MOTOR kapcai yang ditungganginya itu berhenti secara mengejut tatkala lampu isyarat bertukar merah. Anak matanya yang bundar itu mengerling ke arah jam tangan jenama BUM Equipment berwarna biru yang melilit di pergelangan tangannya. Sesekali dia menggaru lehernya yang tidak gatal. Tanpa sedar ulahnya itu menjadi perhatian sepasang mata galak sedari tadi.
            Adoyii, lambat lagi aku hari ni! Mahunya mengamuk pulak boss aku nanti. Ni semuanya salah dak Candy. Yang dia tak kejutkan aku tadi, kenapa? Selalunya dia kejutkan aku. Saja nak perdajalkan akulah tu.
            Candy a.k.a Camelia merupakan teman baik merangkap teman serumahnya. Dia dan Candy menyewa bersama Melon a.ka. Mira menyewa di sebuah rumah flat murah sahaja. Mereka bertiga bekerja sebagai budak pejabat di syarikat yang berlainan.
            Qasdina a.k.a Que adalah seorang gadis tomboy. Begitu juga dengan Melon dan juga Candy. Mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja kerja yang boleh memberikan rezeki yang halal buat mereka.
            Dia pantas memasukkan gear dan memulas minyak tatkala lampu isyarat mula bertukar warna hijau. Motor kapcainya terus berlalu membelah jalan tanpa menghiraukan pandangan orang di sekelilingnya. Itu semua tidak penting. Yang penting tatkala ini adalah dia harus tiba di pejabat secepat yang mungkin. Jika tidak, pasti dia akan dimarahi lagi oleh ketuanya, Encik Osman
            Pantas dia memakirkan motornya. Kakinya melangkah pantas menuju ke kotak lif tanpa membuka topi keledar yang tersarung kemas di kepala. Saat ini, hatinya tidak putus-putus berdoa agar ketuanya tidak akan memarahinya seperti selalu. Harap-harap mood orang tua tu okaylah pagi ni. Kalau tak, mahunya satu hari dia dok membebel kat telinga aku yang comel ni.
            Belum pun sempat dia menekan butang lif, pantas dia memalingkan wajahnya tatkala mendengar seseorang memanggilnya. Pemuda itu mendekatinya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis.
            “Woit, orang bulan!!”
            Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab teguran dari temannya itu. Jelas ketidakpuasan hatinya dengan teguran pemuda tersebut. Dia cukup pantang andainya yang menegur tidak menghulurkan salam terlebih dahulu. Adoyii, dia ni!! Buat terkejut aku ajelah!
            “Kau nak apa?” soal Que sambil merenung wajah Zamil. Aku lagilah dah lambat ni.
            “Kot iya pun bukaklah helmet tu dulu, der. Apa kau hengat bila kau pakai helmet macam tu orang tak kenal dengan engkau ke?” soal Zamil selamba. Huru-hara tak habis-habislah dia ni.
            Que meraba kepalanya yang masih lagi berbungkus dengan topi keledar. Hakikatnya dia terlupa untuk menanggalkan topi keledar yang dipakainya. Apabila ditegur oleh Zamil barulah dia perasan akan keadaannya saat itu. Adoyii, macam manalah aku boleh tak perasan yang aku tak bukak lagi helmet ni?! Patutlah berat semacam aje aku rasa.
            “Aku bukannya apa. Aku pakai helmet ni untuk keselamatan. Manalah tahu, kalau-kalau bangunan ni runtuh ke, selamatlah kepala dan muka aku yang macho ni. Faham!” jawab Que selamba. Iskh, malu aku sekejap! Nasib baik aku boleh cover balik!
            “Yelah tu.” Cebik Zamil. “Bukan kau nak cover muka kau supaya orang tak tahu yang kau tu datang lambat ke?” soal Zamil sambil tersengih. Macamlah aku tak tahu taktik dia tu.
            Que tersengih mendengarkan kata-kata Zamil itu. Topi keledar yang tersarung kemas di kepalanya ditanggalkan. Rambutnya yang pendek ala lelaki itu diperbetulkan agar tampak sedikit kemas dan sempurna. Habis rambut aku. Hilang sudah machonya.
            Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Zamil. Sesekali jejaka itu menggelengkan ke-palanya. Faham sangat dia dengan perangai Que itu. Sentiasa sahaja ingin tampak bergaya dan macho di hadapan semua orang. Lebih-lebih lagi gadis-gadis muda. Dengan gayanya yang sebegitu, tidak mustahil andainya orang berprasangka yang dia adalah lelaki dan bukannya gadis. Sekali pandang, hensem jugak minah ni.
            Dia akui bahawa Que bukanlah seperti gadis-gadis manis yang lain. Que lebih gemar berpakaian seperti lelaki. Dia tidak gemar bersolek. Walaupun begitu masih lagi tampak keayuan di wajah putih bersih itu. Entah bilalah agaknya dia ni nak berubah?
            “Kau bangun lambat lagi ke?” tanya Zamil sambil merenung wajah Que. Tengok dari gaya, memang bangun lambat dia ni.
            “Mana kau tahu?” soal Que kembali tanpa menjawab pertanyaan yang baru sahaja diajukan oleh Zamil kepadanya sebentar tadi. Tahu aje dia ni aku bangun lambat.
            “Kau punya kelam-kabut tu, satu bangunan ini dah tahu, Que.” Jawab Zamil tenang. Macamlah aku ni baru sehari, dua kenal dengan dia.
            Que tersengih sekali lagi mendengarkan penerangan Zamil itu. Begitulah perangainya. Dia akan menjadi kelam-kabut andainya dia terlewat bangun untuk ke pejabat. Semua pekerja di bahagiannya tahu akan perangainya. Tahu ajelah mamat ni.
            “Kau nak kemana ni?” sengaja Que menukar tajuk perbualan di antara mereka berdua. Lagi dilayan, lagi kantoi aku dibuatnya.
            “Aku nak pergi minum. Kau nak join sekali ke?” pelawa Zamil. Ada jugak aku kawan.
            “Takpelah. Aku nak naik dulu. Nanti bising pulak bapak tiri kau tu. Lagi satu hal pulak aku nak menjawab dengan dia, kan?” Que menggelengkan kepalanya. Dahlah orang tua tu suka sangat cari masalah problem dengan aku.
            “Kalau macam tu, aku pergi dululah. Kau nak kirim apa-apa tak?” tawar Zamil. Dia tahu, Que pasti belum bersarapan lagi pagi itu. Tahu jugak dia takut dengan boss. Aku ingatkan dia be-rani sangat tadi.
            “Kau bungkuskan aku macam biasa. Nanti aku bayar.” Arah Que. Malas pulak aku nak turun lagi.
            “Itu aje ke?”
            “Lagi satu…kirim salam pada anak dara dia, ya.” Sengih Que. Rindu pulak aku dengan minah tu. Entah apa khabar dia agaknya.
            “Iskh, kau ni, Que! Tak habis-habislah!” Zamil menggelengkan kepalanya. Aku ingatkan nak kirim apa lagilah tadi.
            “Kenapa? Kau cemburu?” provok Que. Yelah tu. Macamlah aku tak tahu.
            “Sikitlah.” Jujur Zamil menyatakan rasa hatinya. Siapa yang tak cemburu? Anak Mak Piah cantik pulak tu.
            Que tertawa besar mendengarkan pengakuan jujur dari jejaka kacak itu. Dia tahu, Zamil cemburukannya kerana dapat memikat anak gadis Mak Piah yang membuka warung di hadapan bangunan mereka bekerja. Bukan sahaja Zamil malah rata-rata lelaki bujang yang bekerja di ba-ngunan itu cemburukannya. Mengaku jugak kau akhirnya ya. Ingatkan tak tahu nak meluahkan perasaan tu.
            Puas Zamil mahupun lelaki-lelaki bujang yang bekerja di bangunan itu cuba memikat gadis tersebut, namun tidak sedikit pun diendahkannya. Apabila Que yang memikatnya, gadis itu seakan berlembut hati. Mudah sahaja dia menerima Que tanpa sebarang syarat dan peraturan.
            Entah ayat apa yang telah digunakan oleh Que, tidak mereka tahu. Yang pastinya, gadis tomboy itu juga yang menjadi pilihannya berbanding dengan lelaki-lelaki sejati yang ada di da-lam bangunan itu. Minah ni guna minyak senyoyong ke apa? Senang benar dapat kalau memikat anak dara orang. Pelik betul aku dibuatnya.
            Que seorang gadis tomboy yang lasak. Ada sahaja aktiviti-aktiviti lasak yang akan dilaku-kannya. Dia tidak pandai untuk mendedahkan kecantikan yang dimilikinya itu untuk tatapan umum.
            Que memiliki bentuk wajah yang bulat, pipinya gebu, alis matanya pula hitam dan dia memiliki sepasang mata yang bundar. Hidungnya mancung dan bibir comelnya pula senantiasa sahaja merah bak delima. Que memiliki kulit yang putih kemerahan. Rambutnya yang hitam pe-kat telah pun dipotong pendek seperti seorang lelaki.
            Zamil percaya andainya gadis itu menukar pernampilannya kepada wanita sejati, pasti dia akan menjadi kegilaan lelaki-lelaki hidung belang yang ada di Kamal Holdings. Termasuklah di-rinya sendiri. Lamunannya berkecai apabila dia terasa bahunya ditolak kasar oleh seseorang. Wa-jah Que direnungnya dalam-dalam meminta kepastian.
            “Woit, kau kenapa?! Apa masalah problem kau?!” marah Que. Boleh menung pulak dia.
            “Tak…Tak ada apa-apa.” Jawab Zamil teragap-agap. Alamak, macam manalah boleh kantoi dengan dia ni?!
            “Dah tu, yang kau pandang aku macam nak telan ni kenapa?” Que menyoal sambil berce-kak pinggang. Kuat sakit dia ni. Sabar ajelah aku.
            “A…A…Aku…” Zamil tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila dengan pantas Que mencelahnya.
            “Dahlah. Aku nak naik atas. Kau jangan lupa pulak sampaikan salam aku pada dak Eysa tu. Nanti tak lalu aku nak makan pulak.” Pesan Que sebelum berlalu pergi. Layan dia, bertambah-tambah lambat aku dibuatnya.
            Que terus berlalu pergi tanpa menghiraukan pandangan Zamil. Sesekali Que menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis. Apa kenalah dengan mamat tu? Macam tak pernah tengok muka aku yang hensem dan macho ni. Ada yang tak kena ke dengan muka aku pagi ni?
            Que membelek-belek wajahnya berpandukan dinding lif yang sentiasa sahaja bersinar cerah. Daripada dinding lif itu, dapat dilihat dengan jelas akan pantulan wajahnya. Aku tengok, okay aje. Takde yang cacatnya. Hensem lagi adalah hehehe!!



            Que meletakkan beg sandang dan topi keledarnya di atas meja yang telah dikhaskan buatnya. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang apabila melihatkan timbunan surat-surat yang tersedia ada di atas meja itu. Aduh, banyak giga tu surat-surat ni! Ingat aku ni kerja dengan pejabat pos ke? Lainlah kalau aku ni kerja dengan pejabat pos.
            Dia tahu, dia harus menjalankan tugasannya seperti yang telah diarahkan. Itulah tugasannya sebagai seorang penghantar surat. Dia mula membelek dan mengasingkan satu per satu surat yang ada di atas mejanya itu. Serupa aku kerja dengan pejabat pos aje kalau macam ni. Level tetap sama cuma yang bezanya mereka ada pencen, aku takde.
            “Que!!” jerit suara itu kuat dan nyaring. Ada rupanya dia di sini. Aku ingatkan takde tadi.
            Hampir sahaja tercampak surat-surat yang berada di dalam gengamannya tatkala mende-ngarkan namanya dijerit oleh gadis tersebut. Pantas dia memalingkan wajahnya. Iskh, dia ni! Nasib baik aku tak mati terkejut kat sini!
            “Kau ni kan, kot ya pun bagilah salam dulu. Ni tak, main jerit-jerit macam tu. Kau ingat aku ni pekak ke hapa? Telinga aku ni belum lagi pekak kalau kau panggil aku elok-elok tau, Diana!!” marah Que sambil membeliakkan matanya ke arah Diana. Dia ni boleh serumah dengan dak Zamil.
Sakit sungguh hatinya. Jika diikutkan darah mudanya yang sedang membara dan jika tidak mengenangkan yang mereka sekarang ini berada di tempat kerja, mahu sahaja dia menampar wajah gebu itu. Tak rela aku mati awal sebelum masanya. Aku nak jugak merasa bercinta dulu. Tak pun terus kahwin ke.
            “Dibuatnya kalau aku pengsan kat sini tadi, siapa yang susah? Kau jugak tau tak? Bukannya orang lain.” Sambung Que lagi. Seakan tidak puas dari memarahi Diana. Ada kena jugak dengan aku nanti perempuan ni. Sia-sia aje hidupnya kat muka bumi ni.
            Diana tersengih mendengarkan kata-kata yang baru sahaja dihamburkan oleh Que itu. Dia tahu dia bersalah dalam hal ini kerana telah mengejutkan gadis tomboy tersebut. Malah dia juga tahu bahawa Que tidak suka bila diperlakukan sedemikian rupa. Telah acapkali Que memberinya amaran agar jangan bersikap sedemikian rupa. Namun, dia sering kali sahaja terlupa. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku ingatkan dia takde tadi. Rupanya dia ada. Silap timing nampaknya aku ni.
            “Tersengih-sengih. Sekali aku back hand baru kau tahu.” Rengus Que kasar. “Apa hal kau seru-seru nama aku di pagi yang mulia dan indah ni?” Soal Que. Kacau daun aje aku nak feeling-meeling pagi ni.
            “Boss nak jumpa.” Jawab Diana tenang. Alah!! Macamlah aku takut dengan dia.
          Tidak diendah walau sedikit pun akan kemarahan Que itu. Baginya, marah Que tidak ke mana. Paling kurang pun gadis tomboy itu akan sejuk sendiri. Dia amat arif dengan perangai Que nan satu itu. Disebabkan itulah, dia tidak kisah andainya gadis tomboy itu memarahinya sebentar tadi.
            “Apa hal pulak dia nak jumpa aku?” soal Que hairan. Dahinya berkerut seribu seketika. Tak pernah-pernah dia nak jumpa dengan aku. Tiba-tiba pulak hari ni dia nak jumpa aku. Konpius aku dibuatnya orang tua ni. Entah-entah dia nak marah aku kut.
            “Iskh, manalah aku tahu! Dia yang nak jumpa dengan kau. Bukannya aku. Lainlah kalau aku yang nak jumpa kau. Tahulah aku apa sebabnya aku nak jumpa kau.” Jawab Diana selamba. Macamlah aku ini bini dia, boleh tahu semuanya.
            “Ini tak lain tak bukan, mesti nak bebelkan akulah ni. Macamlah aku tak tahu. Dia pun satu hal. Kalau satu hari tak dapat bebelkan aku agaknya, mahu setahun dia demam. Ada aje salah aku kat mata dia.” Bebel Que. Tak boleh tengok aku senang langsung.
            Bukan dia tidak tahu akan perangai Encik Osman itu. Pantang sahaja nampak wajahnya. Ada sahaja yang tidak kena di mata lelaki tua itu. Selama tiga tahun dia bekerja di situ, dia amat arif dengan perangai Encik Osman yang telah dianggap ayah itu. Kali ini pasal apa pulak dia nak bebelkan aku agaknya?
            “Tapi…” Diana tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Que pantas mencelahnya. Mesti dia dah salah anggap ni.
            “Dah. Kau jangan nak beaking dia bagainyalah weh!! Aku tahulah yang kau tu sengetary dia. Agak-agaklah kalau nak beaking dia sekalipun. Tak boleh nampak aku hidup dengan aman damai betullah orang tua ni.” luah Que sambil bercekak pinggang. “Mana dia?” Cubalah sehari tu, bagi aku bernafas dengan aman dan tenang. Ni tak, ada aje salah aku. Bukan salah aku pun, aku kena dengan dia.
            “Siapa?” soal Diana dungu. Dia tanya pasal siapa?
           “Boss engkau itulah. Takkan boyfriend engkau pulak. Apa ke sengal kepala hotak kau pagi ni? Susah sangat nak loading apa yang aku cakap.” selamba Que menyoal. Adoyiii!!! Kuat sakit minah ni!
            “Oooo…Dia ada kat dalam bilik dia tapi…” Sekali lagi Diana terhenti berbicara. Mesti dia ingat Encik Osman yang nak jumpa dengan dia.
            “Engkau ni kan…dari tadi bertapi-tapi dengan aku. Kalau takde tapi-tapi tu tak boleh ke? Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku masuk jumpa dengan dia dulu. Nanti kau sambung balik cakap kau tu.” Que merengus kasar. Minah ni pun satu, suka sangat cakap separuh-separuh. Cubalah cakap biar habis. Senang aku nak faham.
            Tanpa menghiraukan Diana yang melongo mendengarkan kata-katanya, Que terus menuju ke bilik ketuanya. Diana hanya menghantarnya dengan pandangan kosong sahaja. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa kenalah dengan dia tu? Angin semacam aje. Period ke? Atau aku yang salah cakap dengan dia tadi? Setahu aku, aku belum habis cakap lagi dia dah pergi. Bagus betul budak ni. Ada kemajuan nampak.