Dia
menguap kecil sambil mengeliat kecil bagi meregangkan otot-otot yang tegang.
Silau matahari pagi yang memancar masuk ke dalam biliknya seakan memeritkan anak
mata. Ditoleh ke arah jam loceng yang terletak di atas meja bersebelahan
katilnya. Jarum jam tepat menunjukkan pukul sembilan pagi. Ya ALLAH!! Aku dah
lambat.
Pantas dia menuju ke bilik air. Dia
mandi dengan ala kadar sahaja dan bersiap secara ringkas. Dia harus mengejar
masa. Dengan hanya memakai blouse tanpa lengan dan berskirt pendek separas peha,
dia melangkah keluar dari biliknya. Tidak sampai lima minit, dia masuk semula.
Beg, blazer dan fail biru yang berada di atas meja kerjanya dicapai. Aduh!!! Macam
mana boleh tertinggal ni? Lagilah aku dah lambat.
Rambutnya yang panjang itu telah disanggul
ringkas sahaja. Kakinya mula melangkah laju menuruni anak-anak tangga dengan
tergesa-gesa. Akibat dari sikap kegopohannya itu, tanpa sedar dia terlanggar
seseorang yang sedang menaiki tangga. Habis berterabur segala isi fail yang
berada di tangannya sebentar tadi.
“Sorry.”
Ujarnya sepatah. Aku lagilah nak cepat.
Pantas tangannya mengutip isi fail
yang telah berteraburan sebentar tadi sambil dibantu oleh lelaki tersebut. Hanya
ucapan terima kasih dihulurkan tanpa menoleh barang seketika ke arah lelaki
itu. Kakinya laju menuju ke arah pintu utama. Namun, ianya terhenti saat dia
disapa lembut oleh seseorang.
“Mia…” Sapa Kak Ina lembut.
Kelam-kabut aje dia ni. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak berubah
langsung.
“Ada apa Kak Ina? Mia dah lambat
ni.” Ujar Damia sambil merenung wajah Kak Ina. Aku ada meeting pagi ni.
“Mia tak mahu minum dulu ke?” soal
Kak Ina. Kalau dah lambat, mulalah dia kelam-kabut bagainya.
“Mia minum di pejabat saja. Pak Abu
mana?” soal Damia pula. Boleh pula nak ajak aku minum pagi ni.
“Pak Abu tak dapat datang hari ni.
Tadi dia telefon. Cucunya kemalangan, masuk hospital.” Terang Kak Ina dengan
panjang lebarnya tanpa dipinta.
Damia menepuk dahinya apabila
mendengarkan kata-kata Kak Ina itu. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Ya
ALLAH!!! Matilah aku. Pagi ni aku ada meeting. Penting pula tu. Apa aku nak
buat ni?
“Kenapa akak tak kejutkan Mia
awal-awal?” keluh Damia. Kalau tidak, takdelah aku lambat bangun. Takdelah aku
terkocoh-kocoh macam ni.
“Akak ingatkan Mia cuti hari ni.
Takdelah akak kejutkan.” Ujar Kak Ina.
Selalunya
Damia akan bangun sendiri. Tidak perlu dia mengejutkan wanita itu bangun dari
tidurnya. Kecuali jika Damia meminta dia berbuat demikian.
“Mia ada meeting pagi ni, Kak Ina.
Penting sangat. Kalau Mia tak datang, mati Mia kena marah dengan abah.” Runggut
Damia. Lagi satu hal pula aku nak menghadap orang tua tu.
Damia resah. Dia mula menyelongkar
beg tangannya. Habis segala isi beg itu diterbalikkannya. Dicapai telefon
bimbitnya. Pantas dia mendail nombor Fierdaus. Puas dia mendailnya namun, Fierdaus
tidak menjawabnya. Kakinya mula mundar-mandir di ruang tamu rumah tersebut.
Jawablah cepat, Fier. Darurat sekarang ni.
Beratus kali dia menelefonnya, namun
talian di sebelah sana tetap dibiarkan sepi. Dia gelisah seketika. Pada siapa
yang perlu dia meminta pertolongan saat ini? Argh!!! Nekad ajelah. Abah nak
marah pun marahlah. Dah darurat dah ni. Nak buat macam mana lagi? Mamat ni pun
satu. Angkatlah telefon tu. Buat sakit hati ajelah.
“Kak Ina, bagi Mia kunci kereta.”
Ujar Damia tegas. Nekad ajelah.
“Tapi Mia…” Kak Ina tidak jadi
meneruskan kata-katanya apabila Damia terlebih dahulu memotongnya. Takkan dia
nak bawa kereta pula?
“Kak Ina…bagi saja. Mia dah lambat
ni.” Arah Damia tegas. Aduh!!! Mamat ni pun tak angkat-angkat telefon pula.
Mana agaknya dia pergi? Masa-masa macam inilah dia nak menghilangkan diri
bagainya.
Jemarinya sedari tadi tidak
putus-putus mendail nombor telefon Fierdaus. Dia berharap agar anak muda itu
akan menyambut taliannya. Namun, hampa. Teragak-agak Kak Ina menyerahkan kunci
kereta kepada Damia. Namun, belum pun sempat dia menyerahkan kunci itu, pantas
ianya disambar oleh seseorang. Kak Ina terpaku seketika. Anak muda itu
tersenyum manis merenungnya.
“Mari…” ujar jejaka itu lembut. Tak
salah kalau aku membantu dia.
Damia terkaku seketika. Dia merenung
wajah lelaki yang berada di hadapan matanya. Agak lama dia tidak melihat wajah
itu. Tak banyak yang berubah dengan wajah itu. Cuma rambut lelaki itu sahaja
yang kelihatan pendek dan kemas. Mungkin baru sahaja dipotong barangkali.
Kacaknya dia.
“Cepatlah. Kata dah lambat tadi.”
Ujar pemuda itu tenang. Boleh dia termenung pula.
“Tapi…” Damia tidak jadi meneruskan
kata-katanya apabila pemuda itu pantas mencelah. Takkan dia pula nak hantar
aku?
“Saya yang akan hantar awak pagi
ni.” jelas lelaki itu tanpa dipinta. Mesti dia pelik.
Dengan teragak-agak Damia
menganggukkan kepalanya. Langkah si pemuda diikutinya. Di dalam kotak
fikirannya bermain berbagai-bagai persoalan. Lantaklah. Janji aku selamat
sampai ke pejabat dan dapat hadir dalam mesyuarat tu.
“Awak mahu duduk di depan ataupun di
belakang?” soal pemuda itu bagi memecah kesunyian di antara mereka berdua.
Wajah Damia direnungnya lembut.
“Ha?” Damia terkejut apabila
mendengarkan soalan yang diajukan. Wajah kacak lelaki itu direnungnya dalam.
Dia rindukan wajah dan suara lelaki itu. Pertolongan lelaki itu dirasakan
seakan mimpi sahaja. Bermimpikah aku?
Pemuda itu tersenyum kecil melihatkan
kekalutan Damia. Dia tahu, Damia akan kalut apabila dia di dalam kegugupan atau
keresahan. Sekali lagi dia mengulangi soalannya yang masih tidak dijawab oleh
Damia.
“Depan.” Balas Damia sepatah. Takkan
aku nak duduk belakang pula.
“Bukan selalu awak duduk di belakang
ke?” soal lelaki itu lagi dengan penuh kehairanan. Takkan nak ubah citarasa
pula?
“You
are not my driver, right?” soal Damia kembali. Lainlah kalau kau tu driver aku. Bolehlah aku duduk di
belakang.
Sekali lagi lelaki itu tersenyum
mendengarkan kata-kata Damia. Pintu dibukakan buat Damia lalu Damia menerombos
masuk. BMW 7 series mewah berwarna
hitam metalik itu meluncur laju membelah
alam. Masing-masing membisu tanpa kata. Yang hanya kedengaran cuma celoteh DJ
Sinar Pagi yang riuh melayan pemanggil. Sesekali terbit senyum kecil di bibir
pemuda itu mendengarkan jenaka yang dibuat oleh DJ tersebut.
Kebisuan mereka berdua akhirnya
terganggu apabila telefon Damia menjerit minta diangkat. Pantas Damia menjawab
panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Hello.
Ya, I yang telefon you tadi. Where have
you been? You tahu tak, macam nak mati I
try to called you but you didn’t anwers the phone?” ujar Damia Tegas. “Kalau
tak mahu pakai telefon tu, campak aje dalam lombong. Takdelah menyusahkan hidup
I. Telefon saja yang mahal tapi tak mahu guna buat apa?” sambung Damia lagi.
Marah betul dia dengan sikap Fierdaus saat itu. Buat sakit hati aje.
Tanpa sedar lelaki itu tersenyum
kecil sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan mendengarkan kata-kata
Damia itu. Dalam marah-marah sempat lagi gadis itu bergurau dengan
pemanggilnya. Sempat lagi dia buat lawak. Sabar ajelah dengan dia ni.
“Kenapa you called I?” soal Fierdaus. Dia sudah angin.
“Nak suruh you datang ambil I di
rumah.” Ujar Damia mendatar. Macam tahu aje yang aku nak suruh dia datang ambil
kat rumah.
“Pak Abu mana?” soal Fierdaus
hairan. Setahunya, setiap hari Damia akan dihantar dan diambil oleh Pak Abu.
Takkan cuti pula kot.
“Emergency
leave.” Jawab Damia perlahan. Banyak soal pula mamat ni.
“So, you nak I ambil you ke?” soal Fierdaus
lagi. Patutlah. Kelam-kabutnya semacam aje. Rupanya driver dia takde.
“No
need. Sekarang ni I mahu you cuba tangguhkan meeting tu. I on my way right
now.” Arah Damia. Biar lambat, asalkan aku datang.
“Meeting?
Meeting dengan Dato’ Hassan ke?” soal Fierdaus dungu.
“Eh!! Takdelah. Meeting dengan pak cik yang jual ikan kat pasar borong depan rumah
I.” Jawab Damia selamba. Geram benar hatinya dengan sikap Fierdaus pagi ini.
“Dah tahu pagi ni kita ada meeting
dengan Dato’ Hassan yang you tanya I lagi, kenapa? Apa masalah you?”
“Tapi…setahu I, meeting tu dah ditangguhkan, Cik Mia.”
“Pardon.”
“Dato’ Hassan takde. Dia pergi
umrah. By next week, baru dia balik.
Sepatutnya dia dah balik tapi dia sambung cuti lagi.” Terang Fierdaus dengan
panjang lebar tanpa di suruh. Jangan dia angin dengan aku sudah.
“What?”
Damia terkejut mendengarkan penerangan dari setiausaha merangkupi pembantu
peribadinya itu. “Ya ALLAH, Fier…Fier…kenapa you tak bagitahu I? Semalam you
dengan I sampai tengah malam. Why you
never mention me about this?” keluh Damia sambil menggelengkan kepalanya.
Dia memang sengaja cari masalah dengan aku.
“I’m
so sorry, Cik Mia.” Jawab Fierdaus perlahan. Jangan dia mengamuk dahlah.
“Ya ALLAH, Fierdaus. You tahu tak,
pagi ni I punyalah kelam-kabut. Dahlah I terbangun lewat and then my driver pula tiada. Sekarang ni you cakap pada I meeting tu telah dibatalkan sebab you
terlupa nak bagitahu I.” Tegas Damia. Entah apa yang dia ingat agaknya?
Dia tidak suka bila pekerjanya membuat
kesilapan yang sebegini. Bukan sahaja ianya boleh menyusahkan dia, malah boleh
menyusahkan orang lain jua. Damia memejam matanya menahan rasa marah yang mula
menguasai diri.
“Sorry,
Cik Mia. I terlepas pandang perkara ni. Baru pagi ni I perasan.” Sekali lagi Fierdaus
memohon kemaafan kepada Damia. Aduh!!! Kan dia dah mengamuk.
“It’s
better you kahwinlah, Fier. Senang cerita.” Ujar Damia selamba. Ni baru
seorang. Belum lagi yang lain. Mahu pengsan pula aku nanti.
“Pardon.”
Luah Fidaus sepatah. Apa kena-mengena kahwin pula dalam soal ni?
“I rasa kalau…” Damia terhenti
seketika dari bicaranya. Tidak jadi untuk dia memarahi Fierdaus dengan lebih
lanjutnya. “Okaylah. Kali ini I maafkan you. But after this, I tak mahu benda-benda macam ni berlaku lagi. Kalau
terjadi lagi…” sekali lagi Damia tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya.
Mahunya aku kena sakit jantung dengan dia ni.
“Kalau terjadi lagi, you nak buat
apa?” soal Fierdaus pantas. Jangan dia berhentikan aku kerja, sudahlah. Niaya
aje.
Hatinya mula tidak enak dengan
tindakkan Damia itu. Dia tahu Damia bisa melakukan apa sahaja terhadap pekerja
yang tidak disukainya. Jika kerja-kerja yang diberikan tidak memuaskan hatinya,
akan dipecat pekerja itu tanpa belas kasihan. Dia tidak mahu itu yang terjadi
pada dirinya. Minta-minta apa yang aku fikirkan tidak terjadi.
“I carikan jodoh buat you.” Ujar
Damia selamba. Buat sakit kepala otak aku aje.
Fierdaus tertawa besar mendengarkan
kata-kata hukuman yang diberikan oleh Damia terhadapnya. Pantas Damia mematikan
talian. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Tanpa disedari ulahnya
diperhatikan oleh si suami di sebelah. Lagilah tak cukup tidur, lagi dia buat
hal. Pening kepala aku. Ni baru seorang. Kalau kena sepuluh orang, mahu pitam
terus aku. Silap-silap agaknya, boleh pengsan aku dibuatnya.
“So, nak ke office atau balik?” soal pemuda itu lembut. Siapa lelaki tu?
Damia menoleh tatkala menyedari
bahawa ada orang lain di situ. Hairan dia seketika melihatkan lelaki itu ada
bersama dengannya saat itu. Terkebil-kebil matanya memandang wajah kacak lelaki
itu sebelum berbicara. Macam mana dia boleh ada kat sini?
“Apa awak buat di sini?” soal Damia
hairan. Sejak bila pula dia ada di sini?
“Dah lupa yang saya nak hantar awak
ke pejabat?” soal lelaki itu kembali. Terlupa ke dia?
Damia menepuk dahinya perlahan. Baru
teringat saat ini. Sebentar tadi dia bersama-sama pemuda itu dan bukannya
bersama-sama Pak Abu seperti lazimnya. Alamak!!! Dia dengar ke aku marahkan Fier
tadi?
“Siapa Fierdaus?” soal lelaki itu
tiba-tiba. Cemburu ke aku?
“Setiausaha saya.” Jawab Damia
tenang. Malunya aku. Koyak muka dibuatnya.
“Bagaimana orangnya?” Soal lelaki
itu lagi. Jika tidak, kenapa bertanya?
“Okay.” Balas Damia sepatah. Ni
semua Fier punya pasal. Kalau tidak, takdelah aku malu tahap cipan macam ni.
“Maksud saya, penampilannya.”
“Hmm…dia biasa-biasa saja. Good looking and quite handsome.
Kenapa?” soal Damia hairan. Dia berminat dengan Fier ke?
“Nothing
but I wish one day I want to meet him personally.” Jujur lelaki meluahkan
hasrat hatinya tatkala itu. Kenapa hati aku rasa sakit sangat saat ni?
“What
for?” soal Damia lagi. Hairan dia dengan sikap lelaki itu. Apa kena pula
dia nak jumpa dengan Fier?
“Saja-saja.” Ujar lelaki itu sambil
menghadiahkan segaris senyuman nipis. Nak juga aku tengok orangnya macam mana.
Damia menganggukkan kepalanya sambil
mencebikkan bibirnya apabila mendengarkan kata-kata itu. Langsung tiada
keraguan di hatinya tentang pertanyaan Darwisy itu. Lelaki itu berhak untuk
bertemu dengan Fierdaus agar tiada salah faham di antara mereka suatu masa
nanti. Dia sendiri tidak mahu itu yang terjadi di dalam rumah tangga mereka.
“Kenapa pilih lelaki sebagai
setiausaha? Kenapa tak pilih perempuan saja” soal lelaki itu lagi bertalu-talu.
Agaknya dia sukakan lelaki tu seperti mana dia sukakan aku?
“Saja. Mahukan kelainan.” Balas
Damia tenang.
“Or…awak
suka kan dia macam mana awak sukakan saya?” provok lelaki itu tanpa
menghiraukan perasaan Damia. Mengaku sajalah. Kan senang.
Damia pantas menoleh tatkala
mendengarkan kata-kata itu. Wajah pemuda itu direnungnya dalam-dalam.
Perlahan-lahan dia menghela nafas sebelum memulakan bicara. Apa maksud dia?
“Apa maksud awak?”
“Yelah. Manalah tahu, kan?
Kalau-kalau awak sukakan dia macam mana awak sukakan saya dulu.” Luah pemuda
tersebut mendatar. Macamlah aku tak tahu.
Terasa nafasnya sesak seketika
tatkala dia meluahkan kata-kata itu.
“Encik Darwisy Malik, cinta saya hanya
untuk awak. Bukan orang lain. Walau datang sehebat mana sekali pun lelaki itu
dalam hidup saya, cinta saya pada awak tak berubah. Tak pernah, tak akan dan
tak mungkin akan berubah walau sedikit pun. Walaupun awak tak pernah menyintai
saya sekali pun. Saya akan lepaskan awak bila tiba masanya nanti. Itu janji
saya pada awak dan juga diri saya.” Tegas Damia. Kau ingat cinta aku ini boleh
ditukar-tukar ke? Kau silap kalau fikir begitu, Darwisy.
Darwisy terdiam mendengarkan
kata-kata Damia itu. Dia tidak sangka sampai begitu sekali dalamnya cinta Damia
terhadapnya. Dia seringkali fikirkan yang Damia cintakan dia kerana wajahnya
yang kacak dan tampan itu sahaja.
“Antara saya dengan Fierdaus, tidak
lebih daripada seorang majikan dan pekerja. Saya ambil dia bekerja dengan saya sebab
saya boleh arahkan dia kemana sahaja yang saya suka. Tidak kiralah ke ceruk
mana sekali pun yang saya tak boleh tuju, dia akan pergi. Itu gunanya Fierdaus.
Jika
saya ambil seorang wanita sebagai setiausaha saya, pergerakkannya agak
terbatas. Saya selamat apabila bersama Fierdaus tidak kira di mana saya
berada.” Sambung Damia lagi dengan tenang. Kenapa perlu prasangka terhadap
perasaan aku pada kau, Darwisy? Cinta aku tak pernah berubah walaupun sedetik.
Walaupun sedikit. Walaupun nyawa ini bercerai dari jasad sekali pun, aku tetap
cintakan kau.
Darwisy menelan liurnya. Terasa
begitu berpasir sekali. Dia tahu Damia ikhlas menyintainya. Cuma dia sahaja
yang belum dapat menerima kehadiran Damia di dalam hidupnya. Kereta yang dipandu
akhirnya sampai juga di pengkarangan Lufti Holding. Pantas Damia keluar dari
kereta mewah itu.
“Ikut saya.” Arah Damia tegas. Nak
sangat jumpa Fier, kan? Aku akan pertemukan kau dengan dia.
Antara mahu dengan tidak, Darwisy
mengekori jua langkah Damia. Dia tahu Damia marah dengan kata-katanya sebentar
tadi. Dia cuma menyuarakan apa yang dia rasa sahaja. Tidak lebih dari itu.
Salahkah aku? Ke…aku yang tersalah cakap?
Mereka berhenti di tingkat sepuluh.
Setiap langkah Damia diturutinya. Tidak dihiraukan langsung pandangan manusia-manusia
yang ada di situ yang merenung hairan akan kehadirannya bersama Damia.
Akhirnya, mereka berdua berhenti di satu meja yang diduduki oleh seorang pemuda
segak.
“Here
you are. Ingatkan tak datang tadi.” Ujar Fierdaus bersama senyuman manis di
bibirnya. Siapa pula yang dia bawa ni? Kawan dia kot.
“Fier, ini I kenalkan Encik Darwisy
Malik. Encik Drawisy, ini Fierdaus Saifuddin. Dia setiausaha merangkap Personal Assistant saya.” Ujar Damia
tenang.
Dalam keadaan termanggu-manggu itu,
Darwisy dan Fierdaus saling menghulurkan salam perkenalan. Senyuman yang
dihulurkan saling berbalas. Dalam otak mereka mula mencerna berbagai persoalan
yang timbul. Apa yang dia nak buat ni?
“I tahu apa yang berada dalam
fikiran you tu, Fier. Dia nak sangat jumpa dengan you. So, sekarang you all berdua
dah berjumpa. I bagi masa pada you all berdua untuk kenal di antara satu sama
lain.” Tegas Damia. Nak sangat jumpakan? Ha!!! Sekarang kau jumpa dengan dia.
Puas hati?!!
Damia terus berlalu menuju ke
biliknya tanpa sedikit pun menghiraukan Darwisy dan juga Fierdaus yang
memandang ke arahnya. Memang dia berkecil hati dengan tuduhan yang dilemparkan
oleh Darwisy ke atasnya sebentar tadi. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa
Darwisy akan berkata sedemikian rupa terhadapnya.