Halaman

Selasa, 6 September 2011

Selagi Ada Kasih 11

Dia menguap kecil sambil menggosok-gosok tengkuknya yang sedikit keletihan itu. Sedari tadi dia hanya menatap nota-nota tugasannya. Selesai sahaja makan malam tadi, dia terus menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarahnya. Nota-nota itu harus disiapkan seberapa segera sebelum dateline. Dia harus berusaha dengan keras. Bukan semua orang bernasib baik sepertinya.
Rifqah masih lagi seperti dulu, bersikap dingin dengannya walaupun sudah hampir lapan bulan mereka tinggal bersama. Dia akui, mungkin anak kecil itu masih lagi belum bersedia untuk menerima orang luar sepertinya dalam hidupnya. Menurut Mak Kiah, Rifqah tidak mudah untuk menerima orang luar dalam hidupnya semudah kanak-kanak lain. Ianya memerlukan masa dan kepandaian seseorang itu dalam mengambil hatinya. Payah betul nak ambil hati dia.
Jadi dia harus bersabar dengan segala karenah anak kecil itu. Dia tahu, Rifqah agak takut-takut dengannya. Namun tidak sekali pun di paksa anak kecil itu untuk menerima kehadirannya. Dia telah berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mendekati anak itu secara perlahan-lahan.
Rayyan telah mendaftarkan dia masuk ke salah sebuah kolej swasta yang terdapat di bandar itu seperti mana yang telah dijanjikan. Dia tahu, bekerja sambil belajar terlalu sukar untuk di kejar. Namun dia akan berusaha seboleh yang mungkin. Mujur Rifqah tidak banyak karenahnya sepanjang dia menjadi pengasuh anak kecil ini. Mujurlah si kecil tu tak banyak buat masalah. Jika tidak, pening juga kepala aku nak melayan karenahnya.
Untuk memudahkannya berulang-alik dari rumah ke kolej, Rayyan telah membelikannya sebuah skuter. Disebabkan itu, dia rasa terhutang budi dengan pemuda itu. Walaupun Rayyan tidak minta dia membalasnya semula tapi dia telah berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan berusaha untuk membalas budi lelaki itu suatu hari nanti.
Dia tahu, lelaki itu telah banyak berbakti dan berbudi kepadanya. Samada dari segi material mahupun wang ringgit. Sepanjang perkahwinan rahsia mereka ini, dia akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada lelaki itu. Jika satu hari nanti, jodoh antara mereka tiada dia akan cuba membantu lelaki itu andai pertolongannya diperlukan.
Lenanya terganggu apabila terdengar ketukkan di muka pintu. Dengan terpisat-pisat dia bangkit dari tidurnya. Bila masa dia terlena sewaktu menyiapkan tugasannya sebentar tadi tidak dia sedar. Sedar-sedar dia dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu di muka pintu biliknya. Perkara yang terakhir yang di ingatinya sebentar tadi ialah dia keletihan menyiapkan tugasannya. Siapa pula yang mengacau aku ni?
Dengan langkah yang malas dia menuju ke arah pintu. Wajah cemas Mak Kiah terlayar matanya saat itu.
“Kenapa Mak Kiah?” Soalnya kehairanan.
“Puteri, Nia.”
“Puteri? Kenapa dengan Puteri?” Soal Dania kembali dalam keadaan sisa kantuknya. Ya ALLAH…mengantuknya aku.
“Puteri demam. Badannya panas sangat. Mak Kiah bimbang. Cepatlah, Nia.” Ujar wanita tua itu lagi dengan wajah cemas.
“Tengku Rayyan mana?” Soal Dania lagi sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Dia ke Amsterdam.”
“Amsterdam?” Bisiknya perlahan. Tanpa di sedari dia menepuk dahinya. Dua hari yang lalu lelaki itu ada memberitahunya yang dia akan ke Amsterdam atas urusan kerja. Waktu itu dia terlalu sibuk memikirkan tentang kuliahnya. Sehinggakan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu tidak sedikit pun masuk dalam kepalanya. Macam manalah aku boleh lupa ni?
Anak kecil itu sengaja dipanggil dengan gelaran puteri kerana baginya, Rifqah merupakan puteri kecil di dalam vila besar itu. Sesuai benar dengan kedudukannya. Dengan gelaran itu, seluruh warga Teratak Rifqah telah memanggil gadis kecil itu dengan nama barunya.
Tanpa berlengah lagi, dia terus menuju ke kamar Rifqah. Langkahnya dituruti oleh Mak Kiah. Saat itu kantuknya yang sedari tadi masih lagi bersisa, hilang serta-merta. Dahi anak kecil itu dirabanya. Panas.
“Mak Kiah suruh Pak Hamid siapkan kereta. Kita bawa Puteri ke klinik sekarang juga.” Arah Dania. Dia harus cepat membawa Rifqah ke klinik. Bimbang juga hatinya jika demam anak kecil itu akan melarat jika dibiarkan begitu sahaja.
Mak Kiah hanya menurut sahaja arahan yang diberikan oleh Dania. Anak kecil itu didukungnya lalu dibawa ke kereta.
“Mak Kiah tunggu aje kat rumah. Apa-apa hal nanti kami telefon ye.”
“Baiklah. Hati-hati, Nia.”                                                 
“InsyaALLAH. Mari, Pak Hamid.’
Tanpa menunggu lama lagi mereka berdua meredah malam mencari klinik yang beroperasi selama 24 jam.




Dania hanya memerhatikan sahaja doktor muda itu memeriksa Rifqah. Dalam hatinya tidak berhenti-henti berdoa agar anak kecil itu tidak apa-apa. Setelah selesai, dia segera mendapatkan Rifqah. Anak itu di dukungnya dengan berhati-hati.
“Bagaimana dengan dia, doktor?” Tanyanya cemas.
Doktor yang memakai tanda nama Faizal itu hanya tersenyum melihat wajah Dania. Dia tahu Dania risaukan keadaan Rifqah saat itu. Dia terlalu muda untuk menjadi seorang ibu.
“Puan jangan risau. Anak puan tak apa-apa. Dia ok. Cuma demam biasa saja. Lagipun saya dah berikan suntikan padanya.” Ujar Doktor Faizal lembut. Pasti anak sulung.
Dalam hati Dania mengucapkan syukur kerana anak itu tidak mengalami apa-apa komplikasi. Bimbang juga hatinya jika ada sesuatu yang buruk terjadi ke atas anak kecil itu. Apa yang akan dia khabarkan kepada Rayyan jika sesuatu yang tidak di ingini berlaku pada Rifqah nanti? Saat ini, Rifqah adalah tanggungjawabnya. Mahu mengamuk orang tua tu dengan aku nanti.
“Kalau masih tak kurang lagi demamnya selepas 3 hari ni, puan datang semula jumpa dengan saya.” Kata Doktor Faizal sambil mencatatkan sesuatu di atas kad laporan Rifqah.
“Insya-ALLAH, doktor. Insya-ALLAH. Terima kasih.”
Hanya anggukkan diberikan untuknya. Keluar sahaja dia dari bilik doktor itu dia di sambut oleh Pak Hamid yang sedang menantinya di luar.
“Apa doktor kata, Nia?” Soal Pak Hamid tanpa sabar.
“Puteri tak apa-apa, Pak Hamid. Demam biasa sahaja.” Ucap Dania lembut.
“Syukur alhamdulillah.”
“Pak Hamid pergi ambil kereta. Biar Nia uruskan bilnya.”
Pak Hamid menganggukkan kepalanya sebagai akur dengan arahan yang diberikan oleh Dania itu. Dania memangku Rifqah sementara menunggu ubatnya siap. Anak kecil itu tidur dengan lena sekali. Dia merenung penuh kasihan ke wajah kecil itu.
Sesekali dia mendengar mulut kecil itu memanggil-manggil daddynya. Dania tersenyum kecil lalu mengusap lembut dahi anak itu. Kasihan Puteri. Puteri rindukan daddy ya, sayang? Daddy takde sayang. Tapi Kak Nia janji akan jaga Puteri sampai Puteri sembuh. Perlahan-lahan dia mengucup lembut dahi anak kecil itu dengan penuh kasih sayang. Dia tahu dia telah mula menyayangi anak kecil itu dalam diam.




Kepulangannya di sambut oleh Mak Kiah dengan wajah seribu kerisauan. Tergesa-gesa wanita yang separuh umur itu mendekatinya sewaktu dia keluar dari kereta.
“Bagaimana, Nia? Apa doktor kata tentang Puteri?” Soal Mak Kiah tanpa sabar.
Dania tidak terus menjawab pertanyaan tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman manis buat wanita itu. Melihatkan ulahnya itu, pantas Pak Hamid bersuara.
“Kot iya pun, bagilah Nia ni bawa Puteri masuk dulu. Ni tidak, terus diserbunya. Apalah awak ni, Kiah.” Pak Hamid menggeleng kepala melihatkan ulah isterinya itu.
“Kiah bukan apa, bang. Kiah risaukan keadaan Puteri ni. Nanti apa yang akan kita bagitahu pada Tengku.” Ujar Mak Kiah sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
“Bukan awak seorang aje yang risau. Kami berdua pun risau juga, Kiah.”
Mak Kiah terdiam mendengar penerangan dari suaminya itu. Melihatkan itu pantas Dania bersuara memecah kesunyian di antara mereka berdua.
“Puteri tak apa-apa, Mak Kiah. Dia ok. Cuma demam panas biasa aje. Lepas doktor berikan suntikan tadi, demamnya dah mula kebah. Janganlah Mak Kiah risau.”
“Alhamdulillah. Nak beritahu pada Tengku ke pasal benda ni?”
“Tak payahlah, Mak Kiah. Nanti kelam-kabut pula dia balik. Bukannya dekat. Lainlah kalau dekat. Senang juga kita nak beritahu dia.”
“Betul kata Nia tu. Lagipun dah tengah malam ni.” Sampuk Pak Hamid.
“Lagipun doktor ada beritahu Nia tadi, kalau tak elok juga demamnya dua, tiga hari ni kita kena bawa Puteri ke klinik semula.” Celah Dania pula.
Mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Dania itu, Mak Kiah menganggukkan kepalanya tanda faham. Hatinya mula tenang.
“Dahlah, Nia. Pergi masuk tidur. Esok Nia nak ke kelas.” Celah Pak Hamid.
“Esok Nia takde kelas Pak Hamid. Bolehlah Nia jaga Puteri. Nia masuk dulu ya.”
Mak Kiah dan Pak Hamid hanya menganggukkan kepala. Pemergian gadis itu di hantar dengan pandangan sahaja sehinggalah gadis itu hilang dari mata mereka. Dalam hati tidak habis-habis mereka mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Jika tiada Dania, pasti mereka akan kelam-kabut jadinya.
-align:A � i y ��l �jl ent: .5in'>Pak Hamid menganggukkan kepalanya sebagai akur dengan arahan yang diberikan oleh Dania itu. Dania memangku Rifqah sementara menunggu ubatnya siap. Anak kecil itu tidur dengan lena sekali. Dia merenung penuh kasihan ke wajah kecil itu.
Sesekali dia mendengar mulut kecil itu memanggil-manggil daddynya. Dania tersenyum kecil lalu mengusap lembut dahi anak itu. Kasihan Puteri. Puteri rindukan daddy ya, sayang? Daddy takde sayang. Tapi Kak Nia janji akan jaga Puteri sampai Puteri sembuh. Perlahan-lahan dia mengucup lembut dahi anak kecil itu dengan penuh kasih sayang. Dia tahu dia telah mula menyayangi anak kecil itu dalam diam.




Kepulangannya di sambut oleh Mak Kiah dengan wajah seribu kerisauan. Tergesa-gesa wanita yang separuh umur itu mendekatinya sewaktu dia keluar dari kereta.
“Bagaimana, Nia? Apa doktor kata tentang Puteri?” Soal Mak Kiah tanpa sabar.
Dania tidak terus menjawab pertanyaan tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman manis buat wanita itu. Melihatkan ulahnya itu, pantas Pak Hamid bersuara.
“Kot iya pun, bagilah Nia ni bawa Puteri masuk dulu. Ni tidak, terus diserbunya. Apalah awak ni, Kiah.” Pak Hamid menggeleng kepala melihatkan ulah isterinya itu.
“Kiah bukan apa, bang. Kiah risaukan keadaan Puteri ni. Nanti apa yang akan kita bagitahu pada Tengku.” Ujar Mak Kiah sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
“Bukan awak seorang aje yang risau. Kami berdua pun risau juga, Kiah.”
Mak Kiah terdiam mendengar penerangan dari suaminya itu. Melihatkan itu pantas Dania bersuara memecah kesunyian di antara mereka berdua.
“Puteri tak apa-apa, Mak Kiah. Dia ok. Cuma demam panas biasa aje. Lepas doktor berikan suntikan tadi, demamnya dah mula kebah. Janganlah Mak Kiah risau.”
“Alhamdulillah. Nak beritahu pada Tengku ke pasal benda ni?”
“Tak payahlah, Mak Kiah. Nanti kelam-kabut pula dia balik. Bukannya dekat. Lainlah kalau dekat. Senang juga kita nak beritahu dia.”
“Betul kata Nia tu. Lagipun dah tengah malam ni.” Sampuk Pak Hamid.
“Lagipun doktor ada beritahu Nia tadi, kalau tak elok juga demamnya dua, tiga hari ni kita kena bawa Puteri ke klinik semula.” Celah Dania pula.
Mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Dania itu, Mak Kiah menganggukkan kepalanya tanda faham. Hatinya mula tenang.
“Dahlah, Nia. Pergi masuk tidur. Esok Nia nak ke kelas.” Celah Pak Hamid.
“Esok Nia takde kelas Pak Hamid. Bolehlah Nia jaga Puteri. Nia masuk dulu ya.”
Mak Kiah dan Pak Hamid hanya menganggukkan kepala. Pemergian gadis itu di hantar dengan pandangan sahaja sehinggalah gadis itu hilang dari mata mereka. Dalam hati tidak habis-habis mereka mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Jika tiada Dania, pasti mereka akan kelam-kabut jadinya.
Mujur adanya gadis itu. Selalunya, Rifqah tidak akan duduk bersama mereka apabila Rayyan bertugas di luar negara. Rifqah akan di jaga oleh datuk dan neneknya. Disebabkan itulah, mereka kurang arif dengan keadaan Rifqah. Tindakkan cepat Dania dapat menyelamatkan nyawa Rifqah.

1 ulasan:

syazz berkata...

besttttttttt!!!! smbg lagi....