Dari
jauh dia memerhatikan sahaja ulah gadis itu yang sedang duduk sendirian di bang-ku
yang terdapat di bawah pokok mempelam yang telah ditanam oleh ayahnya. Kasihan
pula dia melihatkan gadis itu. Sepanjang tiga hari mereka berada dikampungnya,
tidak habis-habis gadis itu diperkatakan.
Buruk
baiknya habis disebut tanpa dipinta oleh yang empunya diri. Damia itulah, Damia
inilah. Ada sahaja cerita-cerita yang tidak menyenangkan singgah ditelinganya.
Kalau aku tahu begini jadinya, aku takkan bawa dia pulang ke sini. Biarlah dia
di sana saja. Hati aku pun tak sa-kit mendengarnya. Teruk-teruk dia sekalipun,
dia telah menjadi isteri aku. Dan aku harus meneri-manya. Kenapa aku boleh
menerimanya sedangkan mereka tidak?
Terasa
menyesal pula dia mengajak gadis itu pulang bersamanya ke kampung. Jika dia ta-hu
ini yang akan terjadi, pasti tidak akan sesekali dia bawa gadis itu pulang bersama-samanya.
Biarlah dia pulang sendirian. Biarlah apa sahaja keluarganya ingin katakan. Dia
tidak kisah. Ma-lah dia boleh terima semuanya dengan tangan yang terbuka.
Kasihan dia. Sebab aku, dia yang ja-di mangsanya. Terasa menyesal pula menyeret
dia sekali dalam masalah ni.
“Apa yang kau pandang tu, Darwisy?”
tegur Puan Hasnah. Pandang perempuan itulah a-gaknya. Macamlah aku tak tahu.
Darwisy menoleh tatkala terdengarkan
suara itu. Soalan yang diutarakan oleh si ibu lang-sung tidak dijawabnya.
Sengaja dibiarkan sepi begitu sahaja. Kenapalah emak tidak dapat terima dia
dalam keluarga kami? Apa salah dia?
“Mana isteri kesayangan kau tu? Dari
tadi tak nampak pun batang hidungnya.” Ujar Puan Hasnah lagi. Seakan kebisuan
Darwisy itu menyakitkan hatinya. Dia boleh buat tak tahu aje aku bercakap
dengan dia.
“Ada kat bawah pokok mempelam sana
tu.” Ujar Darwisy tenang. Janganlah mulakan la-gi. Aku dah tak sanggup nak
mendengarnya.
“Hmm…baguslah macam tu. Orang duduk
memasak di dapur, dia pula duduk kat depan. Goyang kaki. Memang dasar anak
orang kaya betul. Satu kerja rumah langsung tak boleh dibuat-nya.” Marah Puan
Hasnah. Langsung tak boleh diharap.
“Sudah-sudahlah tu, mak.” Pujuk
Darwisy perlahan. Wahai hati, bersabarlah kau. Aku tak mahu menderhaka pada ibuku
hanya kerana perkara yang remeh-temeh begini. Aku mohon sangat-sangat.
“Itulah kau. Bila emak cakap sikit,
kau marah. Dulu lagi emak tak suka kau kahwin de-ngan perempuan tu. Kau nak
juga. Sekarang tengok, apa dah jadi?” Tegas Puan Hasnah. Sakit betul hati aku
ni. Cakap aku ni langsung dia tak mahu dengar.
“Dah jodoh saya, mak. Nak buat macam
mana?” luah Darwisy sambil melabuhkan pung-gung di sofa yang berdekatan. Jika telah
tersurat dia jodoh aku, aku tetap akan terima. Walaupun ianya payah dan juga
sukar untuk aku menerimanya.
“Tapi kita boleh elakkan. Kalau kau
kahwin dengan Arfah dulu, tak adalah jadi macam ni. Entah-entah di sana
agaknya, kau yang memasak untuk dia. Bukannya dia yang buat semua tu.” Renggus
Puan Hasnah kasar sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Darwisy.
Perempuan tu bukannya tahu masak. Silap-silap makan di kedai.
“Kami ada pembantu rumah, mak.” Luah
Darwisy lembut.
“Ha!! Baguslah tu. Kejar sangat
kekayaan orang tu. Akibatnya kau sendiri yang terabai. Makan, minum kau
kemana…apa pun kemana. Semuanya pembantu rumah kau yang buat. Ka-lau dah macam
tu, baik kau kahwin aje dengan pembantu rumah kau tu. Ada isteri pun tak bergu-na.
Buat menyusahkan aje.” Bebel Puan Hasnah panjang lebar. Cakap aku ni langsung
tak mahu didengarnya.
“Mak ni…ke situ pula. Apa mak mahu ke
bermenantukan orang yang sebaya dengan mak?” duga Darwisy sambil tersenyum
kecil. Sengaja dia ingin mengenakan ibunya itu. Kalau nak…aku boleh aje. Janji
emak setuju hehehe.
Saat ini terbayang wajah Kak Ina,
pembantu rumah mereka di ruang matanya. Kak Ina ti-daklah sebaya emaknya. Kak
Ina masih lagi muda. Berapa umur pembantu rumah itu, tidak dia tahu. Dia hanya
memanggilnya kakak apabila Damia membahasakan pangillan kakak kepada Kak Ina.
Setahunya, Kak Ina telah lama berkhidmat dengan Damia. Itu sahaja. Selebihnya,
dia ti-dak ambil peduli.
“Kau ni, bila aku bercakap ada saja
alasannya.” Geram Puan Hasnah. Giginya diketap ku-at. Panas hatinya melihatkan
ulah Darwisy itu. Cubalah sesekali tu, dengar apa yang aku cakap. Ni tidak, ada
saja alasannya.
“Kenyataannya, mak.”
“Aku ni bercakap benda yang betul,
Darwisy. Buat apa ada isteri kalau tak boleh diharap-kan? Semuanya terbeban di
atas bahu kau seorang.”
“Tak baik mak cakap dia begitu.
Buruk-buruk dia pun, dia tetap isteri saya. Menantu mak dan ayah juga.” Darwisy
mengusap rambutnya. Tidak sanggup dia mendengar kata-kata cacian i-tu. Ingin
dilawannya, orang yang bercakap dengannya saat ini adalah ibunya sendiri.
“Aku bercakap ni tentang
kenyataannya, Darwisy. Kalau kau kahwin dengan Arfah dulu, takkan jadi begini
nasib kau. Nak kata cantik, aku rasa Arfah tu lagi cantik dari dia.” Provok Pu-an
Hasnah.
Sengaja
dia menghasut anak lelakinya itu. Mudah-mudahan hasutannya itu akan berhasil.
Jika dibandingkan antara Arfah dan Damia, cantik lagi Arfah. Arfah memiliki
kulit yang putih bersih. Dia sentiasa sahaja bertudung bagi menutup auratnya,
tidak seperti Damia yang seringkali berpakaian yang menjolok mata. Sakit mata
aku memandangnya.
“Apa yang awak membebelkan ni, Cik
Hasnah oii!!” sampuk Encik Malik. Naik sakit te-linga aku mendengarnya.
Darwisy mengangkat wajah tatkala
mendengarkan suara itu. Ayahnya, Encik Malik menghampiri mereka anak-beranak di
ruang tamu itu. Dia menghela nafas lega seketika. Dia ber-harap dengan
kedatangan ayah di antara dia dan juga ibunya itu, maka Puan Hasnah akan meng-hentikan
bebelannya yang seakan tidak mahu surut. Penyelamat aku dah datang. Harap-harap
e-mak akan menghentikan bebelannya.
Hanya ayahnya sahaja yang boleh
menghentikan bebelan ibunya itu. Jika tidak, dia akan mendengar bebelan
tersebut sehari suntuk. Bukan sekali dua dia mendengar bebelan ibunya me-ngenai
Damia. Setiap kali pulang ke kampung, perkara yang sama juga yang akan
dibangkitkan oleh Puan Hasnah.
“Apalagi kalau bukan menantu awak itulah.”
Ujar Puan Hasnah sambil mencebikkan bi-birnya. Makin sakit hati aku bila
bercakap pasal dia.
“Menantu saya yang mana satu?” soal
Encik Malik lagi. Dahinya mula berkerut seribu. Seakan memikirkan insan yang
sedang diperbualkan oleh isteri dan anaknya saat itu. Dia berca-kap pasal
siapa?
Setahunya, anak-anaknya yang telah
berkahwin seramai empat orang. Saat ini, terbayang satu per satu wajah
menantunya di birai mata. Samada menantu perempuan mahupun menantu-nya yang
lelaki. Dan setahunya juga, semua menantu mereka amat menghormati mereka
sebagai mertua. Tiada pula yang membuat perangai.
“Eh!! Awak ni, takkan menantu awak
sendiri pun awak tak tahu yang mana satu?” marah Puan Hasnah. Nyanyuk apa orang
tua ni?
“Yelah. Menantu kita ada empat
orang. Julia, Shiela, Amri ataupun Mia? Yang mana satu awak cakapkan ni?” soal
Encik Malik lagi. Salah ke aku bertanya?
“Menantu awak yang kaya-raya tulah.
Bukan menantu awak yang tiga orang lagi tu. Yang tu tiada kena-mengena langsung
dengan Darwisy ni.”
“Ha! Kenapa dengan Mia tu? Saya
tengok elok aje budaknya. Tak ada cacat cela pun.” Ujar Encik Malik selamba
sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Darwisy. Ma-lah, pandai pula
ambil hati orang.
“Banyak yang kurangnya, bang.” Adu
Puan Hasnah.
“Kita manusia ni, Nah…memang banyak
kekurangannya dari kelebihannya. ALLAH tak menjadikan kita ni sempurna. Yang
sempurna cuma ALLAH saja. Bukan kita.” Tutur Encik Ma-lik lembut. Takkan itu
pun tak tahu.
“Itu saya tahu, bang.” Puan Hasnah
menarik muncungnya. Mulalah nak membela perem-puan tu. Macamlah aku tak tahu.
“Dah tu, apa masalahnya? Cuba awak
cakap.” soal Encik Malik hairan. Wajah Puan Has-nah direnung dalam-dalam. Tak
habis-habis lagi. Aku ingatkan dah selesai semuanya.
“Masalahnya sekarang ni, kalau kita
tidak cuba untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri kita tu…tak berguna
juga. Dari dulu lagi saya dah kata, jangan kahwin dengan perem-puan itu. Tapi
anak abang ni degil. Nak juga dia kahwin dengan perempuan tu. Entah apa yang
dipandang agaknya pada perempuan tu, tak saya tahu. Harapkan kaya aje tapi satu
apa pun tak boleh dia buat.” Renggus Puan Hasnah kasar. Buat malu aku lagi
adalah.
“Awak ni bercakap macam tak percaya
pada Qada’ dan Qadar ALLAH saja, Nah.” Encik Malik menyandarkan tubuhnya di
kerusi yang diduduki. Dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung perangai
dia.
Puan Hasnah terdiam tatkala
mendengarkan kata-kata Encik Malik.
“Setiap manusia ada kelebihan dan
juga kekurangannya. Macam tu juga dengan dia. Apa kata kalau awak cuba tolong
ubahkan kekurangan yang ada pada dia tu? Ada juga faedahnya. Daripada awak duduk
membebel tak tentu pasal di sini.” Cadang Encik Malik selamba. Ni tidak, dari
kelmarin asyik benda yang sama saja dibebelkannya. Bila budak tu tak balik, dia
membebel. Bila balik pun membebel. Pening kepala aku dibuatnya.
“Tak kuasalah saya. Dia bukan menantu
pilihan saya.” Bentak Puan Hasnah kasar. Lain-lah kalau dia menantu pilihan
aku. Senang aku tolong ubahkan.
“Kalau awak masih berfikiran begitu,
sampai bila-bila pun dia takkan berubah. Kita yang tua ni patut bantu dia.
Bukannya terus menghukum dia macam ni.” Nasihat Encik Malik. Takkan benda macam
tu pun aku nak ajarkan.
“Abang tahu tak? Saya ni dah naik
malu dengan orang kampung tau. Dapat menantu yang tidak tahu buat kerja rumah.
Mana saya nak letakkan muka saya ni, bang? Bila bertandang ke rumah orang, dia
buat tak tahu aje. Nak kata pegang pisau, nak pegang penyapu pun dia tak tau.”
Luah Puan Hasnah geram. Perempuan jenis apa tu? Mak bapak dia tak pernah ajar
dia ke benda tu semua? Tak gunalah jadi perempuan kalau benda yang remeh-temeh
pun dia tak tahu nak buat.
“Nak buat macam mana, mak. Dia
memang tak tahu nak buat kerja rumah. Lainlah kalau dia pandai buat semua tu.
Mak tak payah cakap lagi, dia dah buat.” Celah Darwisy. Dia bukan-nya macam
Arfah. Dia orang kota dan Arfah pula orang kampung.
“Ha!! Itulah perempuan yang kau
pilih. Kalau kau ikut cakap aku dulu, kahwin dengan Arfah pasti perkara ini
takkan terjadi begini. Hidup kau pasti akan senang, Darwisy. Makan dan pakai
kau akan terjaga dengan baik.” Jerkah Puan Hasnah. Ni tak, ikut sangat kata
hati tu. Seka-rang, siapa yang susah?
Encik Malik beristigfar panjang
tatkala mendengarkan kata-kata isterinya itu. Kepalanya digelengkan
perlahan-lahan sambil menghela nafas panjang mendengarkan kata-kata yang ter-luah
dari bibir isterinya itu.
Sudah letih dan penat dia
menasihatkan isterinya itu agar menerima Damia menjadi seba-hagian dari
keluarga mereka, namun usahanya sia-sia sahaja. Dia tetap dengan katanya. Dia
tetap hanya inginkan Arfah, bekas tunang Darwisy itu sebagai menantunya. Entah
apa yang ada pada Arfah dan tiada pada Damia, tidak dia tahu.
Damia sanggup lakukan apa sahaja
untuk menarik perhatian Puan Hasnah. Macam-ma-cam yang telah Damia lakukan
sepanjang tempoh tiga hari duduk di rumah itu. Namun, segala u-saha yang
ditunjukkan oleh Damia hanyalah sia-sia sahaja. Ianya masih lagi tidak berjaya
memi-kat hati batu milik Puan Hasnah itu. Semua itu Encik Malik perhatikan
dalam diam sahaja. Dia i-ngin lihat sejauh mana usaha Damia dalam memikat hati
ibu mertuanya.
“Dah tu, mak mahu saya buat apa?”
keluh Darwisy. Mati akal dia dengan perangai Puan Hasnah itu. Silap-silap aku
yang mati pula nanti.
“Ceraikan dia dan kahwin dengan
Arfah.” Tegas Puan Hasnah. Aku yakin dia akan ikut cakap aku kali ini.
Sekali lagi Encik Malik beristigfar
panjang sambil menggelengkan kepalanya. Sesekali dia mengurut dadanya. Begitu
juga dengan Darwisy. Mereka tidak menyangka sampai begitu se-kali permintaan
Puan Hasnah. Damia yang terdengar secara tidak sengaja perbualan tersebut ter-sentak.
Terkedu dia seketika. Hampir sahaja menitis air matanya saat itu.
Hina
ke aku hanya semata-mata aku bukan menantu pilihan mereka? Salahkah aku hanya
semata-mata aku dilahirkan sebagai anak orang kaya? Tiadakah peluang untuk aku
disisi mere-ka? Sedangkan aku juga berhak untuk tentukan kebahagiaan hidup aku
sendiri. Kekayaan yang aku miliki bukannya milik aku tapi milik abah dan mama.
Aku tak punya apa-apa. Aku hanya menumpang harta kekayaan mereka saja.
“Awak dah hilang akal ke apa?” marah
Encik Malik. Geram benar dia dengan Puan Has-nah tatkala itu. Ringan sahaja
tangannya untuk menampar wajah insan yang bergelar isterinya i-tu. Dia ni
memang dah melampau.
“Saya memang dah hilang akal, bang.
Saya hilang akal semenjak anak kesayangan abang ni, bawa balik perempuan tu ke
rumah kita ni. Saya dah hilang akal saat perempuan tu menjadi menantu kita. Saya
dah hilang akal semenjak perempuan tu menjejakkan kakinya ke rumah ni. Abang
faham tak?” Tegas Puan Hasnah lagi. Kalau dia tak goda anak aku, pasti benda
begini takkan berlaku dalam keluarga aku.
“Awak ingat, nikah kahwin ni macam
tukar baju? Macam beli ikan kat pasar itu? Nak ambil, tak mahu lemparkan macam
tu aje? Begitu?” tegas Encik Malik. Apalah nak jadi dengan dia ni? Ya ALLAH,
KAU sabarkanlah aku.
“Selagi perempuan itu menjadi
menantu dalam rumah ni, saya takkan sekali-kali iktiraf-kan dia sebagai menantu
saya. Abang faham tak?”
“Eiii!! Malas saya nak melayan awak
ni.” Encik Malik bangkit dari duduknya. “Entah hantu bukit mana agaknya dah
merasuk awak petang-petang begini, tak saya tahu.” Lagi lama a-ku duduk di
sini, boleh jadi gila dibuatnya.
Encik Malik berlalu menuju ke arah
pintu masuk utama. Langkahnya mati tiba-tiba apa-bila bertembung dengan Damia di
anak tangga. Entah mengapa lidahnya menjadi kelu seketika. Terasa liur yang
ditelannya berpasir. Ya ALLAH!! Adakah dia terdengar apa yang kami bicara-kan
tadi? Adakah dia tahu gerangan siapakah yang kami bincangkan sebentar tadi?
Senyuman nipis yang dilemparkan oleh
Damia hanya dibalas hambar. Dia tahu, Damia telah mendengar segala-gala yang
mereka tengkarkan sebentar tadi. Damia melangkah masuk la-lu menuju ke arah
biliknya. Aku kena kuat. Kalau aku rebah sekarang, sampai bila-bila pun aku
takkan bangun lagi. Aku pasti akan itu. Terlalu pasti.
“Puaslah hati awak, Mia dah dengar
segala apa yang awak perkatakan tadi?” soal Encik Malik. Perangai dari dulu sampai
sekarang, tak pernah nak berubah.
“Memang saya nak dia dengar pun.
Baru puas hati saya.”
“Terpulanglah pada kau, Darwisy.
Ayah tak mahu masuk campur. Ini urusan rumah tang-ga kau. Kalau kau rasa dengan
mengikut kata-kata emak kau tu baik, teruskanlah. Jika tak…ayah sentiasa sokong
kau dari belakang.” Ujar Encik Malik sebelum berlalu. Hatinya panas dengan u-lah
insan yang bergelar isteri itu. Maafkan ayah, Mia. Ayah tak mampu untuk buat
apa-apa demi rumah tangga kamu.
Darwisy terpaku mendengarkan
kata-kata ayahnya itu. Dia buntu. Di kanan ibu dan di ki-ri pula isterinya. Dia
tidak bisa membuat pilihan bagi menentukan siapakah yang harus dia pilih.
Damia
mengemas ke semua pakaiannya. Satu per satu pakaiannya dimasukkan ke da-lam beg
pakaian yang telah dibawanya bersama tempoh hari. Mujurlah beg pakaiannya dan
Dar-wisy asing-asing. Jika tidak, pasti dia tidak punya alasan yang kukuh untuk
meninggalkan rumah itu. Hatinya benar-benar terguris kala itu. Terlalu pedih
sekali luka itu. Seakan ianya ditoreh oleh belati nan tajam. Ya ALLAH, kenapa
harus aku yang mendengar semua itu? Kenapa tidak orang lain? Aku tidak
seharusnya ikut dia pulang ke sini. Kenapalah aku bodoh sangat?
Telefon bimbitnya dicapai. Didail
nombor-nombor yang berlegar difikirannya tatkala itu. Panggilannya disambut
juga oleh penerimanya.
“Assalammualaikum, Kak Ina. Mia ni.
Kak Ina, Mia nak minta tolong sikit boleh?” ujar Damia tenang. Janganlah aku
menanggis di sini.
“Tolong apa tu, Mia?” soal Kak Ina
kembali. Hairan dia dengan permintaan Damia itu.
“Tolong kemaskan pakaian Mia untuk
dua, tiga hari. Boleh, Kak Ina?” pinta Damia. Aku kena kuat.
“Boleh Mia.” Balas Kak Ina lembut.
Dia nak kemana?
“Nanti akak tolong bagi pada Pak
Abu. Suruh dia jemput Mia di stesen bas.” Arah Da-mia. Aku tak mahu menanggis
di sini kerana di sini bukannya tempat aku.
“Mia tak balik dengan Darwisy ke?”
soal Kak Ina hairan. Takkan dia nak balik naik bas pula? Tak pernah-pernah
dibuat budak ni.
“Tak, kak. Mia balik seorang aje.”
Jelas Damia lagi. Aku inginkan masa untuk bersendi-rian buat masa ini.
Damia mematikan taliannya apabila
selesai memberikan arahan kepada Kak Ina. Darwisy melangkah masuk ke dalam
bilik itu. Tidak sedikitpun dihiraukannya pandangan pemuda itu. Darwisy
melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Awak mahu kemana?” soal Darwisy. Maafkan
aku, Huda.
“Maaf, Darwisy. Saya kena pulang.”
Jawab Damia tenang. Ya, aku kena pergi dari sini. Pergi jauh dari sini untuk
seketika.
“Kenapa? Sebab apa yang mak katakan
tadi ke?” soal Darwisy bertalu. Aku yakin dia te-lah mendengar segala-galanya.
Damia tersenyum nipis sehingga
menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Darwisy ter-gamam seketika. Dia akui,
Damia jarang tersenyum. Bila dia tersenyum, pasti akan tampak ma-nis. Dalam
tidak sedar, dia terpikat dengan senyuman itu. Manisnya senyuman itu.
“Apa yang mak kata?” soal Damia
dungu. Perlukah kau menyatakannya lagi? Janganlah tambah sakitkan hati aku
lagi, Darwisy. Tolonglah!!!
“Awak tak dengar apa yang kami bicarakan
tadi ke?” soal Darwisy kembali tanpa menja-wab pertanyaan Damia. Dia tak dengar
atau buat-buat tak dengar?
“Tak.” Balas Damia sepatah dengan
muka tidak bersalahnya. Maafkan aku, Darwisy.
“Kalau awak tak dengar, kenapa nak
pulang cepat sangat? Sedangkan majlis perkahwinan tu pun belum lagi
berlangsungnya, Huda.”
“Saya ada kerja yang perlu saya
uruskan di pejabat, Darwisy.” Fahamilah keadaan aku saat ini, Darwisy. Aku
mohon sangat-sangat dengan kau.
Darwisy merenung wajah Damia. Dia
kurang mengerti apa yang telah dimaksudkan oleh gadis itu. Hatinya kuat
mengatakan bahawa Damia telah mendengar setiap apa yang telah mere-ka bualkan
sebentar tadi.
“Tadi, Fier telefon saya. Katanya
terdapat masalah di tapak projek di bawah kendalian sa-ya dan saya diperlukan
di sana dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Sebelum
perkara ini diketahui oleh abah, lebih baik saya selesaikannya secepat mungkin.
Awak sendiri tahukan macam mana perangai abah tu. Kalau dia dah mula membebel
nanti, mahu sakit kepala mendengarnya.” Jelas Damia tenang tanpa dipinta apabila
Darwisy seakan tidak memper-cayai kata-katanya. Maafkan aku, Darwisy. Aku tak
kuat seperti yang kau sangkakan.
“Kalau macam tu, kita pulang
sama-sama.” Cadang Darwisy. Aku tak sanggup lepaskan dia pergi begitu saja.
“No
need, Darwisy.” Pantas Damia menghalangnya. Aku perlukan masa sendirian
saat ini Darwisy. Fahamilah keadaan aku.
“Tapi…” kata-kata Darwisy terhenti
apabila Damia pantas mencelah.
“Cuti awak masih lagi berbaki.
Habiskanlah cuti tu dulu. Dah habis nanti, awak pulang-lah. Lagipun, majlis
perkahwinan sepupu awak belum pun bermula. Nanti apa kata mereka kalau awak tak
ada.” Pinta Damia lembut. Lainlah aku. Aku cuma orang luar. Orang luar yang
tidak di-iktiraf langsung dalam keluarga ini. Ada atau tidak, tiada siapa yang akan
mempedulikannya.
“Dah tu, awak nak pulang naik apa?”
soal Darwisy. Takkan nak naik bas pula. Bising pu-la Dato’ Lufti dengan aku
nanti kalau dia tahu yang anak kesayangan dia ni naik bas.
Bukan Darwisy tidak tahu bahawa
Damia telah dilarang keras oleh Dato’ Lufti dari me-mandu kereta. Ini kerana
Damia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang hampir sahaja me-ragut
nyawanya. Semenjak itu, Dato’ Lufti terus melarang gadis itu dari memandu apa
saja jenis kenderaan.
Kemana
sahaja dia ingin pergi, dia akan ditemani oleh pemandu peribadinya iaitu, Pak A-bu.
Semuanya itu telah diceritakan oleh Fierdaus kepadanya saat mereka dipertemukan
oleh Da-mia tanpa dirancang tempoh hari.
Dari Fierdaus jugalah dia mula
mengenali insan yang bernama Damia Huda Dato’ Lufti. Apa yang disukai dan juga apa
yang dibenci oleh gadis itu. Sehinggakan dia rasa, Fierdaus lebih mengenali dan
lebih rapat dengan Damia berbanding dengan dirinya. Saat itu, terbit sedikit rasa
cemburu terhadap lelaki itu tanpa dia sedar. Namun, pantas ditepisnya. Baginya,
Fierdaus hanya mengenali Damia sebagai seorang majikan. Tidak lebih dari itu.
“Awak boleh tolong hantar saya ke
stesen bas?” pinta Damia lembut. Aku perlu melari-kan diri aku seketika dari
masalah ini.
“Huda, saya berat hati nak lepaskan
awak pergi.” Luah Darwisy perlahan. Hakikatnya, dia cukup tidak yakin untuk
melepaskan Damia pulang sendirian. Kenapa aku seakan berat hati untuk lepaskan
dia pergi?
“Jangan bimbanglah, Darwisy. I’m a big girl now. Bukannya budak kecil
yang perlukan pengawasan orang dewasa sentiasa. Saya boleh protect diri saya sendiri.” Yakin Damia.
“Saya tahu tapi…” Ya ALLAH, apa yang
perlu aku lakukan sekarang ni? Lepaskan dia pergi begitu saja? Atau halang
terus pemergiannya?
“Dahlah. Jangan difikirkan yang
bukan-bukan. Cepatlah hantar saya. Nanti sukar pula sa-ya nak dapat bas. Dahlah
ini kali pertama saya naik bas.” Pujuk Damia lembut sambil tersenyum kecil.
“Kalau begitu, saya hantar awak ya?”
Pujuk Darwisy lagi. Aku lebih yakin jika dia sen-tiasa berada dihadapan mata
aku.
“Bukankah saya dah kata tak payah?
Awak pakai saja kereta itu. Nanti awak nak balik susah. Lagipun, ada kereta
lain di rumah.” Arah Damia sedikit tegas. Kenapalah sukar sangat kau nak faham
perasaan aku kala ini, Darwisy?
Darwisy menghela nafasnya. Dengan
hati yang berat, dia melangkah jua. Beg baju Damia dijinjingnya. Damia
mendapatkan Puan Hasnah yang masih lagi berada di ruang tamu. Sedari tadi,
wanita itu tidak berganjak dari duduknya. Hatinya masih lagi panas dengan apa
yang telah terjadi. Dek kerana Damia, dia bertengkar dengan suaminya. Dan
kerana Damia jugalah, Dar-wisy tidak langsung mengendahkan kata-katanya.
“Mak, Mia minta diri dulu.” Ujar
Damia lembut sambil menghulurkan tangannya. Am-punkan Mia, mak. Kerana Mia, mak
dan ayah bertengkar.
“Baguslah kau nak berambus.
Sekurang-kurangnya tak menyakitkan mata dan hati aku ni selagi kau ada di sini.”
Ujar Puan Hasnah sinis. Lapang dada aku ni bila kau nak berambus. Tak payah aku
nak suruh-suruh lagi.
“Mak, tak baik cakap macam tu. Walau
apa pun, dia tetap isteri saya dan menantu emak.” Luah Darwisy. Ya ALLAH,
pinjamkanlah aku kekuatan MU barang seketika dalam menghadapi situasi sebegini.
“Isteri kau tapi bukan menantu pilihan
aku. Faham?” Tegas Puan Hasnah.
Damia terkedu mendengarkan kenyataan
itu. Sekali lagi hatinya terluka. Tangannya yang dihulur ditepis kasar oleh
Puan Hasnah. Perlahan-lahan dia menelan liurnya. Terasa berpasir. A-gaknya
beginilah perasaan Darwisy tatkala keluarga aku tak mengendahkannya? Tatkala
keluar-ga aku mengabaikannya? Tatkala keluarga aku membencinya. Ya ALLAH!! Sakitnya
perasaan i-ni. Kenapa harus aku yang perlu melaluinya? Bukan orang lain.
Sepanjang perjalanan menuju ke
stesen bas, mereka berdua lebih suka mendiamkan diri. Masing-masing kelihatan
leka melayani fikiran masing-masing. Sehinggalah bas yang ingin di-naiki oleh
Damia ingin bergerak. Damia merenung wajah bersih Darwisy. Maafkan aku, Dar-wisy.
Aku terpaksa berbohong dengan kau.
“Saya balik dulu, ya?” ujar Damia
lembut. Aku tidak pernah menyesal kerana jatuh cinta pada kau, Darwisy. Aku
juga tak pernah menyesal kerana menjadi isterimu walaupun kau tidak pernah
sekali mengiktirafnya.
“Hati-hati. Sampai sana nanti jangan
lupa telefon saya.” Pesan Darwisy. Beratnya hati nak lepaskan dia pergi
sendirian. Kenapa aku berat hati untuk melepaskan dia pergi dari aku? Se-akan
dia akan terus pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.
Damia menganggukkan kepala tanda
faham akan arahan yang diberikan oleh Darwisy. Tangan Darwisy diraih lalu
diciumnya dengan penuh hormat. Seperti yang selalu dia lakukan se-menjak dia
bergelar seorang isteri. Walaupun ianya agak terhad antara mereka berdua. Tanpa
di-sedari, Darwisy mencium dahinya. Dia tergamam seketika. Tanpa sedar,
tangannya menyentuhi dahi yang telah dicium oleh Darwisy sebentar tadi.
Bermimpikah aku? Jika benar, biarlah aku te-rus dibuai mimpi ini.
“Awak jaga diri baik-baik tau.
Apa-apa hal telefon saya. Jangan lupa pula.” Pesan Dar-wisy lagi. Dia tidak
mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada gadis yang telah bergelar isterinya i-tu.
Semoga dia selamat sampai ke rumah.
Sekali lagi Damia menganggukkan
kepalanya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah me-nuju ke arah bas yang dinaiki
tanpa menoleh ke arah Darwisy lagi. Bimbang andainya ada air jernih yang
menitis tatkala melihatkan wajah suaminya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan