MOTOR kapcai
yang ditungganginya itu berhenti secara mengejut tatkala lampu isyarat bertukar
merah. Anak matanya yang bundar itu mengerling ke arah jam tangan jenama BUM
Equipment berwarna biru yang melilit di pergelangan tangannya. Sesekali dia
menggaru lehernya yang tidak gatal. Tanpa sedar ulahnya itu menjadi perhatian
sepasang mata galak sedari tadi.
Adoyii,
lambat lagi aku hari ni! Mahunya mengamuk pulak
boss aku nanti. Ni semuanya salah dak Candy. Yang dia tak kejutkan aku
tadi, kenapa? Selalunya dia kejutkan aku. Saja nak perdajalkan akulah tu.
Candy a.k.a Camelia merupakan teman
baik merangkap teman serumahnya. Dia dan Candy menyewa bersama Melon a.ka. Mira
menyewa di sebuah rumah flat murah sahaja. Mereka bertiga bekerja sebagai budak
pejabat di syarikat yang berlainan.
Qasdina a.k.a Que adalah seorang
gadis tomboy. Begitu juga dengan Melon
dan juga Candy. Mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja kerja yang boleh
memberikan rezeki yang halal buat mereka.
Dia pantas memasukkan gear dan memulas minyak tatkala lampu isyarat
mula bertukar warna hijau. Motor kapcainya terus berlalu membelah jalan tanpa
menghiraukan pandangan orang di sekelilingnya. Itu semua tidak penting. Yang
penting tatkala ini adalah dia harus tiba di pejabat secepat yang mungkin. Jika
tidak, pasti dia akan dimarahi lagi oleh ketuanya, Encik Osman
Pantas dia memakirkan motornya.
Kakinya melangkah pantas menuju ke kotak lif tanpa membuka topi keledar yang
tersarung kemas di kepala. Saat ini, hatinya tidak putus-putus berdoa agar
ketuanya tidak akan memarahinya seperti selalu. Harap-harap mood orang tua tu
okaylah pagi ni. Kalau tak, mahunya satu hari dia dok membebel kat telinga aku yang comel ni.
Belum pun sempat dia menekan butang
lif, pantas dia memalingkan wajahnya tatkala mendengar seseorang memanggilnya.
Pemuda itu mendekatinya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis.
“Woit,
orang bulan!!”
Dia menghela nafas panjang sebelum
menjawab teguran dari temannya itu. Jelas ketidakpuasan hatinya dengan teguran
pemuda tersebut. Dia cukup pantang andainya yang menegur tidak menghulurkan
salam terlebih dahulu. Adoyii, dia ni!!
Buat terkejut aku ajelah!
“Kau nak apa?” soal Que sambil
merenung wajah Zamil. Aku lagilah dah lambat ni.
“Kot iya pun bukaklah helmet tu dulu, der. Apa kau hengat bila kau pakai helmet
macam tu orang tak kenal dengan engkau ke?” soal Zamil selamba. Huru-hara tak
habis-habislah dia ni.
Que meraba kepalanya yang masih lagi
berbungkus dengan topi keledar. Hakikatnya dia terlupa untuk menanggalkan topi
keledar yang dipakainya. Apabila ditegur oleh Zamil barulah dia perasan akan
keadaannya saat itu. Adoyii, macam
manalah aku boleh tak perasan yang aku tak bukak
lagi helmet ni?! Patutlah berat
semacam aje aku rasa.
“Aku bukannya apa. Aku pakai helmet ni untuk keselamatan. Manalah
tahu, kalau-kalau bangunan ni runtuh ke, selamatlah kepala dan muka aku yang macho ni. Faham!” jawab Que selamba. Iskh, malu aku sekejap! Nasib baik aku
boleh cover balik!
“Yelah tu.” Cebik Zamil. “Bukan kau
nak cover muka kau supaya orang tak
tahu yang kau tu datang lambat ke?” soal Zamil sambil tersengih. Macamlah aku
tak tahu taktik dia tu.
Que tersengih mendengarkan kata-kata
Zamil itu. Topi keledar yang tersarung kemas di kepalanya ditanggalkan.
Rambutnya yang pendek ala lelaki itu diperbetulkan agar tampak sedikit kemas
dan sempurna. Habis rambut aku. Hilang sudah machonya.
Ulahnya itu hanya diperhatikan
sahaja oleh Zamil. Sesekali jejaka itu menggelengkan ke-palanya. Faham sangat
dia dengan perangai Que itu. Sentiasa sahaja ingin tampak bergaya dan macho di hadapan semua orang.
Lebih-lebih lagi gadis-gadis muda. Dengan gayanya yang sebegitu, tidak
mustahil andainya orang berprasangka yang dia adalah lelaki dan bukannya gadis.
Sekali pandang, hensem jugak minah
ni.
Dia akui bahawa Que bukanlah seperti
gadis-gadis manis yang lain. Que lebih gemar berpakaian seperti lelaki. Dia
tidak gemar bersolek. Walaupun begitu masih lagi tampak keayuan di wajah putih
bersih itu. Entah bilalah agaknya dia ni nak berubah?
“Kau bangun lambat lagi ke?” tanya
Zamil sambil merenung wajah Que. Tengok dari gaya, memang bangun lambat dia ni.
“Mana kau tahu?” soal Que kembali
tanpa menjawab pertanyaan yang baru sahaja diajukan oleh Zamil kepadanya
sebentar tadi. Tahu aje dia ni aku
bangun lambat.
“Kau punya kelam-kabut tu, satu
bangunan ini dah tahu, Que.” Jawab Zamil tenang. Macamlah aku ni baru sehari,
dua kenal dengan dia.
Que tersengih sekali lagi
mendengarkan penerangan Zamil itu. Begitulah perangainya. Dia akan menjadi
kelam-kabut andainya dia terlewat bangun untuk ke pejabat. Semua pekerja di bahagiannya
tahu akan perangainya. Tahu ajelah
mamat ni.
“Kau nak kemana ni?” sengaja Que
menukar tajuk perbualan di antara mereka berdua. Lagi dilayan, lagi kantoi aku
dibuatnya.
“Aku nak pergi minum. Kau nak join sekali ke?” pelawa Zamil. Ada jugak aku kawan.
“Takpelah.
Aku nak naik dulu. Nanti bising pulak
bapak tiri kau tu. Lagi satu hal pulak
aku nak menjawab dengan dia, kan?” Que menggelengkan kepalanya. Dahlah orang
tua tu suka sangat cari masalah problem
dengan aku.
“Kalau macam tu, aku pergi dululah.
Kau nak kirim apa-apa tak?” tawar Zamil. Dia tahu, Que pasti belum bersarapan
lagi pagi itu. Tahu jugak dia takut
dengan boss. Aku ingatkan dia be-rani
sangat tadi.
“Kau bungkuskan aku macam biasa.
Nanti aku bayar.” Arah Que. Malas pulak
aku nak turun lagi.
“Itu aje ke?”
“Lagi satu…kirim salam pada anak
dara dia, ya.” Sengih Que. Rindu pulak
aku dengan minah tu. Entah apa khabar dia agaknya.
“Iskh,
kau ni, Que! Tak habis-habislah!” Zamil menggelengkan kepalanya. Aku ingatkan
nak kirim apa lagilah tadi.
“Kenapa? Kau cemburu?” provok Que.
Yelah tu. Macamlah aku tak tahu.
“Sikitlah.” Jujur Zamil menyatakan
rasa hatinya. Siapa yang tak cemburu? Anak Mak Piah cantik pulak tu.
Que tertawa besar mendengarkan
pengakuan jujur dari jejaka kacak itu. Dia tahu, Zamil cemburukannya kerana
dapat memikat anak gadis Mak Piah yang membuka warung di hadapan bangunan
mereka bekerja. Bukan sahaja Zamil malah rata-rata lelaki bujang yang bekerja
di ba-ngunan itu cemburukannya. Mengaku jugak
kau akhirnya ya. Ingatkan tak tahu nak meluahkan perasaan tu.
Puas Zamil mahupun lelaki-lelaki
bujang yang bekerja di bangunan itu cuba memikat gadis tersebut, namun tidak
sedikit pun diendahkannya. Apabila Que yang memikatnya, gadis itu seakan
berlembut hati. Mudah sahaja dia menerima Que tanpa sebarang syarat dan peraturan.
Entah ayat apa yang telah digunakan
oleh Que, tidak mereka tahu. Yang pastinya, gadis tomboy itu juga yang menjadi pilihannya berbanding dengan lelaki-lelaki
sejati yang ada di da-lam bangunan itu. Minah ni guna minyak senyoyong ke apa?
Senang benar dapat kalau memikat anak dara orang. Pelik betul aku dibuatnya.
Que seorang gadis tomboy yang lasak. Ada sahaja
aktiviti-aktiviti lasak yang akan dilaku-kannya. Dia tidak pandai untuk
mendedahkan kecantikan yang dimilikinya itu untuk tatapan umum.
Que memiliki bentuk wajah yang
bulat, pipinya gebu, alis matanya pula hitam dan dia memiliki sepasang mata
yang bundar. Hidungnya mancung dan bibir comelnya pula senantiasa sahaja merah
bak delima. Que memiliki kulit yang putih kemerahan. Rambutnya yang hitam pe-kat
telah pun dipotong pendek seperti seorang lelaki.
Zamil percaya andainya gadis itu
menukar pernampilannya kepada wanita sejati, pasti dia akan menjadi kegilaan
lelaki-lelaki hidung belang yang ada di Kamal Holdings. Termasuklah di-rinya
sendiri. Lamunannya berkecai apabila dia terasa bahunya ditolak kasar oleh
seseorang. Wa-jah Que direnungnya dalam-dalam meminta kepastian.
“Woit,
kau kenapa?! Apa masalah problem kau?!”
marah Que. Boleh menung pulak dia.
“Tak…Tak ada apa-apa.” Jawab Zamil
teragap-agap. Alamak, macam manalah boleh kantoi dengan dia ni?!
“Dah tu, yang kau pandang aku macam
nak telan ni kenapa?” Que menyoal sambil berce-kak pinggang. Kuat sakit dia ni.
Sabar ajelah aku.
“A…A…Aku…” Zamil tidak jadi
meneruskan kata-katanya apabila dengan pantas Que mencelahnya.
“Dahlah. Aku nak naik atas. Kau
jangan lupa pulak sampaikan salam aku
pada dak Eysa tu. Nanti tak lalu aku
nak makan pulak.” Pesan Que sebelum
berlalu pergi. Layan dia, bertambah-tambah lambat aku dibuatnya.
Que terus berlalu pergi tanpa
menghiraukan pandangan Zamil. Sesekali Que menggelengkan kepalanya sambil
tersenyum nipis. Apa kenalah dengan mamat tu? Macam tak pernah tengok muka aku
yang hensem dan macho ni. Ada yang
tak kena ke dengan muka aku pagi ni?
Que membelek-belek wajahnya
berpandukan dinding lif yang sentiasa sahaja bersinar cerah. Daripada dinding
lif itu, dapat dilihat dengan jelas akan pantulan wajahnya. Aku tengok, okay aje. Takde yang cacatnya. Hensem lagi
adalah hehehe!!
Que
meletakkan beg sandang dan topi keledarnya di atas meja yang telah dikhaskan
buatnya. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang apabila melihatkan timbunan
surat-surat yang tersedia ada di atas meja itu. Aduh, banyak giga tu surat-surat ni! Ingat aku ni
kerja dengan pejabat pos ke? Lainlah kalau aku ni kerja dengan pejabat pos.
Dia tahu, dia harus menjalankan
tugasannya seperti yang telah diarahkan. Itulah tugasannya sebagai seorang
penghantar surat. Dia mula membelek dan mengasingkan satu per satu surat yang
ada di atas mejanya itu. Serupa aku kerja dengan pejabat pos aje kalau macam ni. Level tetap sama cuma yang bezanya mereka ada pencen, aku takde.
“Que!!” jerit suara itu kuat dan
nyaring. Ada rupanya dia di sini. Aku ingatkan takde tadi.
Hampir sahaja tercampak surat-surat
yang berada di dalam gengamannya tatkala mende-ngarkan namanya dijerit oleh
gadis tersebut. Pantas dia memalingkan wajahnya. Iskh, dia ni! Nasib baik aku tak mati terkejut kat sini!
“Kau ni kan, kot ya pun bagilah
salam dulu. Ni tak, main jerit-jerit macam tu. Kau ingat aku ni pekak ke hapa?
Telinga aku ni belum lagi pekak kalau kau panggil aku elok-elok tau, Diana!!”
marah Que sambil membeliakkan matanya ke arah Diana. Dia ni boleh serumah
dengan dak Zamil.
Sakit
sungguh hatinya. Jika diikutkan darah mudanya yang sedang membara dan jika tidak
mengenangkan yang mereka sekarang ini berada di tempat kerja, mahu sahaja dia
menampar wajah gebu itu. Tak rela aku mati awal sebelum masanya. Aku nak jugak merasa bercinta dulu. Tak pun
terus kahwin ke.
“Dibuatnya kalau aku pengsan kat
sini tadi, siapa yang susah? Kau jugak
tau tak? Bukannya orang lain.” Sambung Que lagi. Seakan tidak puas dari
memarahi Diana. Ada kena jugak dengan
aku nanti perempuan ni. Sia-sia aje
hidupnya kat muka bumi ni.
Diana tersengih mendengarkan
kata-kata yang baru sahaja dihamburkan oleh Que itu. Dia tahu dia bersalah
dalam hal ini kerana telah mengejutkan gadis tomboy tersebut. Malah dia juga tahu bahawa Que tidak suka bila
diperlakukan sedemikian rupa. Telah acapkali Que memberinya amaran agar jangan
bersikap sedemikian rupa. Namun, dia sering kali sahaja terlupa. Dia menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Aku ingatkan dia takde tadi. Rupanya dia ada. Silap timing nampaknya aku ni.
“Tersengih-sengih. Sekali aku back hand baru kau tahu.” Rengus Que
kasar. “Apa hal kau seru-seru nama aku di pagi yang mulia dan indah ni?” Soal Que.
Kacau daun aje aku nak feeling-meeling pagi ni.
“Boss
nak jumpa.” Jawab Diana tenang. Alah!! Macamlah aku takut dengan dia.
Tidak diendah walau sedikit pun akan
kemarahan Que itu. Baginya, marah Que tidak ke mana. Paling kurang pun gadis tomboy itu akan sejuk sendiri. Dia amat
arif dengan perangai Que nan satu itu. Disebabkan itulah, dia tidak kisah
andainya gadis tomboy itu memarahinya
sebentar tadi.
“Apa hal pulak dia nak jumpa aku?” soal Que hairan. Dahinya berkerut seribu
seketika. Tak pernah-pernah dia nak jumpa dengan aku. Tiba-tiba pulak hari ni dia nak jumpa aku. Konpius aku dibuatnya orang tua ni.
Entah-entah dia nak marah aku kut.
“Iskh,
manalah aku tahu! Dia yang nak jumpa dengan kau. Bukannya aku. Lainlah kalau
aku yang nak jumpa kau. Tahulah aku apa sebabnya aku nak jumpa kau.” Jawab
Diana selamba. Macamlah aku ini bini dia, boleh tahu semuanya.
“Ini tak lain tak bukan, mesti nak
bebelkan akulah ni. Macamlah aku tak tahu. Dia pun satu hal. Kalau satu hari
tak dapat bebelkan aku agaknya, mahu setahun dia demam. Ada aje salah aku kat mata dia.” Bebel Que.
Tak boleh tengok aku senang langsung.
Bukan dia tidak tahu akan perangai
Encik Osman itu. Pantang sahaja nampak wajahnya. Ada sahaja yang tidak kena di
mata lelaki tua itu. Selama tiga tahun dia bekerja di situ, dia amat arif dengan
perangai Encik Osman yang telah dianggap ayah itu. Kali ini pasal apa pulak dia nak bebelkan aku agaknya?
“Tapi…” Diana tidak jadi meneruskan
kata-katanya apabila Que pantas mencelahnya. Mesti dia dah salah anggap ni.
“Dah. Kau jangan nak beaking dia bagainyalah weh!! Aku tahulah yang kau tu sengetary dia. Agak-agaklah kalau nak beaking dia sekalipun. Tak boleh nampak
aku hidup dengan aman damai betullah orang tua ni.” luah Que sambil bercekak
pinggang. “Mana dia?” Cubalah sehari tu, bagi aku bernafas dengan aman dan
tenang. Ni tak, ada aje salah aku.
Bukan salah aku pun, aku kena dengan dia.
“Siapa?” soal Diana dungu. Dia tanya
pasal siapa?
“Boss
engkau itulah. Takkan boyfriend
engkau pulak. Apa ke sengal kepala hotak
kau pagi ni? Susah sangat nak loading
apa yang aku cakap.” selamba Que menyoal. Adoyiii!!!
Kuat sakit minah ni!
“Oooo…Dia ada kat dalam bilik dia
tapi…” Sekali lagi Diana terhenti berbicara. Mesti dia ingat Encik Osman yang nak
jumpa dengan dia.
“Engkau ni kan…dari tadi
bertapi-tapi dengan aku. Kalau takde
tapi-tapi tu tak boleh ke? Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku masuk jumpa
dengan dia dulu. Nanti kau sambung balik cakap kau tu.” Que merengus kasar.
Minah ni pun satu, suka sangat cakap separuh-separuh. Cubalah cakap biar
habis. Senang aku nak faham.
Tanpa menghiraukan Diana yang
melongo mendengarkan kata-katanya, Que terus menuju ke bilik ketuanya. Diana
hanya menghantarnya dengan pandangan kosong sahaja. Sesekali dia menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Apa kenalah dengan dia tu? Angin semacam aje. Period
ke? Atau aku yang salah cakap dengan dia tadi? Setahu aku, aku belum habis
cakap lagi dia dah pergi. Bagus betul budak ni. Ada kemajuan nampak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan