Halaman

Jumaat, 16 Januari 2015

PENUTUPAN...

Assalammualaikum...

Sejujurnya, sy tak tahu nak mulakan di mana dan bagaimana. Agak lama blog sy ni terbiar tanpa sebarang cerita. Tak kisahlah apa sj cerita utk sy kongsikan. Sebenarnya terlalu banyak perkara yg ingin sy kongsikan malangnya, masa itu seolah-olah mencemburi diri sy.

Sudah beberapa kali sy cuba untuk menguatkan diri untuk menyusun ayat buat pembaca sekalian. Setiap kali masuk ke sini... jari-jari saya bagaikan kaku. Kaku untuk menaip patah-patah bicara yg harus sy persembahkan. Maka, hari ini... sy kuatkan hati. Saya tak mahu anda semua tertanya-tanya ke mana menghilangnya KYNN LATIF.

Walaupun sy baru lagi di bidang ini, alhamdulillah... berkat dari sokongan anda semua, sy telah berada di tempat sy sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga sy ucapkan. Tanpa anda, siapalah saya. Saya masih lg merangkak dr bawah untuk naik ke atas.

Karya sy yg pertama berjudul STRICTLY IN LOVE (KAU KUSAYANG) keluaran FAJAR PAKEER telah pun berada di pasaran. Alhamdulillah, sudah setahun lebih usia baby sulung saya. Insya-Allah, andai tiada aral yg melintang, karya sy yg kedua akn berada dipasaran.

Bagi para pembaca yg mengikuti kisah DANIA-RAYYAN-RIFQAH... insya-Allah, atas izinnya SELAGI ADA KASIH akan diterbitkan tidak lama lagi. Dimaklumkan juga bahawa tajuknya mungkin akan sy ubah. Malah terdapat beberapa bahagian yg sy tmbh antara scene RAYYAN-DANIA-RIFQAH.

Dengan ini juga sy ingin memaklumkan bahawa blog sy ini telah pn sy tutup. Saya sekarang lebih banyak aktif di blog yg satu lagi, Semua karya-karya sy yg baru & yg lama akan sy updatekan di blog sy yg baru.

anda semua dijemput ke blog baru sy.....

WWW.KYNNLATIF.WORDPRESS.COM
FB : KYNN LATIF

sekian, salam sayang dari saya...

KYNN LATIF

Tiada ulasan: