Halaman

Selasa, 13 Mac 2012

Kau Kusayang Prolog & Bab 1

PROLOG
            Kawasan kemalangan yang berlaku di hadapan masjid itu mula dikerumuni oleh orang ramai. Kebanyakan dari mereka ingin menyaksikan kemalangan yang baru sahaja berlaku di hadapan mata tanpa mereka duga. Darah pekat mula mengalir membasahi jalan raya yang berturap itu. Dalam beberapa saat sahaja jalan raya tersebut mula berubah warna.
            Kelihatan sesusuk tubuh yang mula berlumuran darah menarik perhatian mereka yang ada di situ. Pakaian pengantin berwarna merah jambu yang tersarung di tubuh mangsa mula bertukar warna. Masing-masing tergamam seribu bahasa. Seorang lelaki muda berlari pantas menghampiri gadis yang menjadi mangsa kemalangan itu. Kepala si gadis yang berlumuran darah itu dipangkunya. Tanpa sedar, air jernih mula membasahi pipi. Bibirnya tidak putus-putus mengajar gadis malang itu mengucap syahadah. Ya ALLAH…apa yang dah jadi ni? Kenapa ini yang harus terjadi kepada dia?
            Kelihatan dua orang warga emas, barangkali ayah dan ibu gadis malang itu turut serta di situ. Mereka tergamam seribu bahasa seketika. Seakan tidak mempercayai apa yang telah terjadi di hadapan mata mereka kini. Anak gadis mereka saat ini menjadi mangsa langgar lari. Si ibu tidak dapat menahan kesedihannya, terjelepuk di situ juga. Mujur tubuhnya yang sedikit gempal itu sempat dipaut oleh seorang lagi anak muda. Ya ALLAH!! Anak aku.
            Manakala si ayah pula hanya mampu memandang tanpa sepatah bicara sahaja. Dia tidak bisa melakukan apa-apa. Cuma terbit di sudut hatinya akan rasa penyesalan yang mula bersarang. Jika tidak diturutkan kata hatinya, pasti anak itu tidak akan mengalami kemalangan jiwa sebegitu rupa. Bukan ini yang aku pinta terjadi terhadap keluarga ku.
            Saat itu timbul seribu penyesalan di sudut hatinya. Jika sebentar tadi, anak itu memujuk rayu kepadanya agar membatalkan perkahwinan yang bakal berlaku tanpa persetujuan darinya, kini yang terlayar di ruang matanya saat ini wajah si anak yang berlumuran darah.
            Ya ALLAH…apa yang telah aku lakukan ini? Adakah ini salah satu daripada balasan yang harus aku terima di atas kedegilan aku selama ini? Adakah ini balasan daripada MU di atas sifat keras kepala aku terhadap anak-anakku?
            Kakinya mula terasa goyah untuk menghampiri anak gadisnya yang terbujur kaku. Tanpa sedar, air jernih mula mengalir membasahi pipinya yang telah berkedut seribu. Dalam hatinya, tidak putus berdoa agar anak itu dapat diselamatkan. Tidak kiralah dalam apa juga keadaan. Asalkan anak itu dapat diselamatkan.
            Dia sanggup bergolok-gadai apa sahaja, asalkan anak manjanya itu dapat diselamatkan. Malah dia juga berjanji akan tunaikan apa sahaja permintaan puterinya itu andainya dia diberikan peluang kedua untuk bersama puterinya itu. Dia juga berjanji tidak akan sesekali mengongkong puterinya ataupun anak-anaknya yang lain.
            Tanpa sedar dia terjelepok di situ sambil memerhatikan tubuh kaku sang puterinya. Pandangannya pula mula kabur dek air jernih yang merembes laju membasahi pipinya yang telah dimamah usia.

Bab 1
            Fail di atas meja itu diselaknya satu per satu. Dia tahu, kesemua fail-fail itu memerlukan perhatian yang khusus darinya. Ketukan di muka pintu seakan menarik perhatiannya untuk seketika. Tetamunya melangkah masuk apabila mendapat keizinan darinya.
            Seorang lelaki muda yang segak dan bergaya menghampirinya dengan tenang. Di tangan lelaki muda itu terdapat beberapa helai dokumen dan cheque yang perlu ditandatangani olehnya. Dengan tenang lelaki itu menyerahkan dokumen dan cheque yang berada di tangannya kepada dia tanpa menunggu dia bersuara terlebih dahulu.
            “Ini ada beberapa cheque dan dokumen yang perlu you tandatangan.” Ujar lelaki muda itu tenang. Wajah tenang ketuanya direnungnya. Sesekali dia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Kalau dah buat kerja, langsung tak hiraukan keadaan sekeliling.
            Pantas dia mendongakkan wajah apabila mendengarkan suara pemuda itu. Wajah lelaki muda di hadapannya itu direnungnya sebelum memulakan bicara. Cheque dan dokumen yang dibawa oleh lelaki muda itu hanya dipandang sepi. Lelaki muda itu adalah Fierdaus.
            Fierdaus merupakan setiausahanya yang entah ke berapa tidak dia tahu. Yang pasti, setiausahanya sering sahaja bertukar ganti beberapa kali dalam tahun ini. Tidak seorang pun yang mampu memenuhi kateria-kateria yang dia inginkan. Ada sahaja yang tidak kena di matanya akan setiausahanya. Tidak kiralah samada lelaki, mahupun wanita. Semuanya tidak memenuhi citarasanya. Hanya Fierdaus sahaja yang mampu memenuhi citarasanya saat ini. Tak sangka pula dia saja yang mampu bertahan dengan perangai aku. Kebal juga mamat ni. Ke…dia memang suka dengar aku membebel pada dia setiap hari?
            Ini kerana, tiada seorang pun yang mampu bertahan dengan sikapnya yang tegas dan sedikit cerewet itu. Dia seorang yang tegas dalam kerjanya. Dia juga tegas dengan orang bawahannya. Akibat dari sikapnya itulah, dia tidak berapa digemari oleh beberapa orang pekerja-pekerja bawahannya. Dia tahu akan semua itu. Namun, tidak Fierdaus. Dia suka bekerja dengan wanita elegan itu. Walaupun wanita itu tegas tetapi tanpa siapa tahu disebalik ketegasan dan cerewetnya itu, dia memiliki hati yang baik. Dia suka membantu mereka yang memerlukan bantuan. Hanya mereka yang rapat dengan dia sahaja yang tahu akan perangainya yang sebenar.
            “Letakkan di situ. Nanti I tandatangan.” Arah Damia. Kerja yang di depan mata pun tak habis lagi, dah ditambah.
            Damia Huda Dato’ Lufti merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik. Dia mempunyai dua orang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki kembar tidak seiras. Dia seorang yang serius dan tegas dalam kerja. Dia juga seorang wanita yang jarang sekali tersenyum dengan orang sekelilingnya. Tidak kiralah samada orang yang dikenalinya ataupun tidak. Jika sesiapa yang tidak kenal dengannya pasti akan mengatakan yang dia seorang sombong. Hakikatnya, dia bukan begitu.
            Damia seorang wanita yang kuat bekerja. Hidupnya hanya ditumpukan kepada kerjanya sahaja. Malah dia juga tidak punya ramai teman rapat. Teman-teman rapatnya terdiri daripada Aina, Liza dan juga Gina. Dia lebih gemar menghabiskan masa lapangnya bersama-sama dengan teman rapatnya berbanding dengan orang luar yang tidak diketahui akan sifat mereka yang sebenar. Dia lebih senang begitu kerana teman-temannya itu bukan jenis yang bermuka-muka. Disebabkan itulah, mereka menjadi akrab sedari kolej sehinggalah sekarang.
            Fierdaus akur dengan arahan yang diberikan oleh Damia. Cheque dan dokumen yang berada di tangannya diletakkan di tempat yang telah disediakan. Fierdaus telah lama bekerja dengan Damia. Sengaja Damia memilih lelaki sebagai setiausahanya kali ini. Bukan kerana ingin membuat pembaharuan dalam sejarah syarikat yang telah ditubuhkan oleh abahnya itu tetapi mudah untuk diarahkan kemana sahaja. Malah, Fierdaus tidak akan menolak andainya dia diberikan tugasan di luar daerah. Berilah apa sahaja tugasan, pasti lelaki itu akan laksanakannya tanpa banyak alasan.
            Adakalanya pula, Fierdaus sering menjadi teman Damia ketika di majlis-majlis rasmi yang perlu dia hadiri. Tugas Fierdaus bukan sekadar setiausaha kepada Damia malah dia juga merupakan pembantu peribadi kepada wanita itu. Fierdaus merupakan salah seorang pekerja yang amat Damia percayai berbanding pekerja-pekerjanya yang lain.
            Damia lebih gemar dan selesa andainya lelaki itu yang menjadi temannya ke majlis-majlis yang memerlukan kehadirannya daripada lelaki lain yang tidak dia kenali. Lagi pula dia tidak mempunyai teman lelaki yang boleh dibanggakan untuk di bawa ke majlis-majlis rasmi seperti orang lain. Ini bukanlah bermakna dia anti sosial. Dia seorang wanita yang telah dibesarkan dengan arus kemodenan.
            Sebut sahaja kelab mana yang terdapat di bandar besar itu tidak pernah dia tuju. Tidak pernah dia jejaki. Semuanya pernah dijejakinya bersama dengan teman-temannya. Malah mereka juga sering menghabiskan malam minggu mereka di kelab-kelab berkenaan sehingga pagi. Merekalah yang merupakan pengunjung setia kelab-kelab tersebut. Namun, mereka tidak pernah sekali melampaui batas yang telah diterapkan dalam hidup mereka.
            Mereka tidak pernah mabuk ataupun berpeleseran dengan mana-mana lelaki yang ada di kelab-kelab berkenaan. Tujuan mereka ke situ hanya untuk melepaskan tekanan setelah seharian bekerja. Jika tidak menghabiskan masa di situ, mereka akan menjelajahi pulau-pulau dan pantai-pantai yang terdapat di dalam Malaysia. Sesekali mereka akan memanjat gunung-gunung yang terdapat di Malaysia.
            Cuma dia kurang berminat untuk berpacaran dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang. Dia lebih gemar begini. Hidupnya hanya ditumpukan kepada kerjayanya yang baru sahaja mula berkembang. Baginya, kerja-kerjanya lebih penting daripada lelaki-lelaki yang berada di luar sana. Namun, tidak siapa pun yang tahu akan rahsia besar yang dia selindung daripada pengetahuan umum selama ini. Biarlah orang tak tahu, asalkan aku tidak lupa dan masih lagi berpijak di bumi yang nyata ini.
            “Oh ya, malam nanti jangan lupa pula.” Luah Fierdaus tenang. Jangan dia angin sudahlah. Puas pula aku nak menjawabnya.
Memecah kesunyian di antara mereka berdua saat itu. Dia tahu, Damia akan lupa keadaan sekeliling apabila tumpuannya tertumpu ke arah kerja-kerjanya. Seakan, dunianya hanya penuh dengan kertas-kertas kerja yang bertimbun di atas mejanya sahaja.
            Damia mengangkat wajahnya yang sedari tadi merenung fail sebut harga bahan mentah dari pembekal yang baru diterimanya pagi tadi. Wajah Fierdaus direnungnya dengan kerutan di dahi sebelum memulakan bicara. Aku ada apa-apa program ke malam ni?
            “Malam nanti? Ada apa?” Soal Damia hairan. Setahu aku, takde.
            Seingatnya, dia tidak mempunyai sebarang temujanji untuk malam ini. Seawal pagi tadi lagi telah dia menyemak diarinya. Sememangnya malam ini jadualnya tidak dipenuhi apa-apa rancangan pun. Samada yang rasmi mahupun yang peribadi.
            Lazimnya, bukan sahaja Fierdaus yang akan mencatatkan aktivitinya sepanjang minggu itu di dalam diari. Dia juga akan berbuat sedemikian. Supaya dia tidak akan terlupa dengan temujanji-temujanjinya. Dia akan terlupa seandainya dia mendapat temujanji yang secara tiba-tiba hari itu. Seperti sekarang.
            “Malam ni you ada majlis di rumah Dato’ Mustafa. Majlis ulangtahun perkahwinannya.” Terang Fierdaus dengan tenang. Tengok mood dia okay saja.
            “Tapi…setahu I, malam ni I takde apa-apa programkan? Kenapa tiba-tiba aje boleh ada program pula?” Soal Damia lagi. Tubuhnya yang langsing itu disandarkan di kerusi yang didudukinya agar tampak selesa. Aku cukup tak suka macam ni. Baru aje ingat nak merehat-rehatkan diri. Tiba-tiba ada pula program bagainya.
            “Memanglah tapi tadi setiausaha father you called I. Katanya, father you minta you turut serta majlis di rumah Dato’ Mustafa tu.” Terang Fierdaus lagi. Tapi jangan di uga angin dia ni. Dalam okay, dia boleh jadi KO.
            Damia tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya perlahan tatkala mendengarkan kata-kata Fierdaus itu. Pen jenama PARKER yang sedari tadi setia berada di dalam gengamannya dicampakkan ke atas meja sebelum berbicara. Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Fierdaus tanpa sepatah kata. Dia tahu, Damia tidak suka andainya punya temujanji yang sedemikan rupa. Dapat pula ianya adalah di atas arahan daripada Dato’ Lufti, abahnya.
            “Kenapa pula I yang kena pergi? Dia yang dapat undangan tu, suruhlah dia yang pergi. Takkan I nak pergi macam tu aje tanpa dijemput.”  Bentak Damia. Buat malu aje. Nanti apa pula kata Dato’ Mustafa.
            Cukup dia tidak gemar dengan perangai Dato’ Lufti, abahnya itu. Suka mengarah tanpa memikirkan buruk dan baiknya terlebih dahulu. Lazimnya yang menjadi mangsanya adalah dia. Bukan abang-abang atau kakaknya. Selalu sangat buat macam ni. Ingat aku ni takde kerja lain agaknya? Aku pun ada benda lain yang nak kena uruskan.
            “Menurut Fina, Dato’ Mustafa turut menjemput you sekali. Jadi, dia minta you pergi ke rumah Dato’ Mustafa malam ni.” Fierdaus merenung wajah Damia. Dia tahu, Damia cukup tidak suka andainya diarahkan sedemikian rupa oleh Dato’ Lufti. Kalau aku jadi dia aku angin satu badan.
            Sekali lagi Damia menggelengkan kepalanya apabila mendengarkan kata-kata Fierdaus itu. Kakinya disilangkan agar ianya tampak selesa. Sesekali dia menghela nafas panjang. Cuba menahan rasa tidak puas hati yang mula bertandang. Dia tidak mahu perkara itu mengganggunya saat moodnya baik. Kenapalah aku yang dijemputnya? Kau jemputlah orang yang berurusan dengan kau. Aku ni takde kena-mengena langsung dengan kau. Lainlah kalau aku ni ada urusan dengan kau.
            “Abang I tak pergi ke?” soal Damia. Kalau mamat tu pergi, buat apa aku nak pergi sekali? Cukuplah dia sebagai wakilnya.
            “Maksud you, Encik Danial?” soal Fierdaus kembali tanpa menjawab pertanyaan Damia. Dia cakap tentang siapa? Danial ataupun Danish? Confius aku.
            “Yelah. Dah tu you ingat I cakap pasal Danish ke?” soal Damia selamba. Abang aku yang seorang tu jangan haraplah nak pergi. Dia bukan ada kena-mengena langsung dalam bidang ni. Kalau ada, takdelah hidup aku huru-hara macam ni.
            Fierdaus tersengih kecil mendengarkan kata-kata Damia itu. Setahunya, Damia mempunyai dua orang abang. Abangnya yang sulung bernama Danial dan Danish merupakan abangnya yang ketiga. Hanya Danial dan Damia sahaja yang menyumbangkan tenaga di syarikat milik Dato’ Lufti. Salah soalanlah pula. Kan dah kena sembur dengan dia. Padan muka aku.
Kakak Damia pula, Dina hanya menjadi suri rumah tangga setelah berkahwin. Manakala Danish pula seorang doktor pakar yang bertugas di hospital kerajaan. Dan anak bongsu Dato’ Lufti yang belum dikenalinya itu, masih lagi menuntut di luar negara dalam bidang jurutera.
“Encik Danial pun akan turut serta dalam majlis tu bersama-sama dengan isterinya.” Jawab Fierdaus.
Damia menganggukkan kepalanya sambil menghela nafas pendek mendengarkan kata-kata Fierdaus itu sebelum memulakan bicaranya. Nasib baik kau pergi. Kalau tidak, kena maki free aje dengan aku.
“Yang Dato’ tu pun satu. Kalau ya pun nak ajak, bagilah kad ke apa. Ni tidak, main jemput macam itu aje. Apa dia ingat kita ni takde kerja lain ke? Nama saja Dato’ tapi kedekutnya bukan main.” Omel Damia. Aku tak datang nanti baru kau tahu.
Fierdaus tersenyum kecil mendengarkan bebelan Damia itu. Ada benar juga kata Damia itu. Tidak salah andainya Dato’ Mustafa melayangkan sekeping kad bagi mengundang Damia ke majlis tersebut. Dengan cara itu, tidaklah Damia malu untuk menyertai majlis itu.
“Okay. You ikut I sekali malam nanti.” Arah Damia setelah agak lama keadaan sunyi di antara mereka berdua. Tak pergi nanti, kena berjawab pula dengan abah.
Fierdaus menganggukkan kepalanya tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Damia. Bukan sekali dua dia mengikuti Damia ke majlis-majlis seperti itu. Malah telah acapkali. Memang pada mulanya dia terasa sedikit kekok dan janggal tatkala bergandingan dengan Damia. Namun lama-kelamaan, dia mula terbiasa dengan semua itu. Malah, dia mula merasa seronok pula kerana dapat berkenalan dengan orang-orang yang berjawatan besar.
 Damia seorang ketua yang tegas dalam bab kerja. Jarang sekali dia melihat Damia keluar dengan mana-mana lelaki yang tidak dikenalinya. Jika ada pun, pasti ianya mengenai urusan kerja dengan ditemani olehnya ataupun pegawai-pegawainya yang lain. Jika tidak, Damia akan ditemani oleh teman-temannya rapat yang kebanyakkannya perempuan sahaja. Dia ni takde boyfriend ke? Ke…dia sengaja sembunyikan teman lelaki dia dari diketahui oleh semua orang? Atau dia kawan dengan somebody?
Damia seorang wanita yang biasa-biasa sahaja. Dia tidak cantik dan tidak menarik. Dia bukan wanita-wanita yang ada diluar sana. Dia cuma seorang wanita yang sedap mata memandang. Berkulit hitam manis. Rambutnya pula lurus, panjang dan hitam berkilat itu sering sahaja disanggulnya agar tampak kemas. Hidungnya sedikit mancung dan dia mempunyai mata yang bulat. Mukanya pula berbentuk bujur sirih dan bibirnya yang comel itu pula sentiasa sahaja merah merkah bak delima. Mustahil dia takde pilihan hati? Ke…dia sengaja sembunyikan daripada pengetahuan orang. Tak mahu orang luar tahu akan kisah peribadinya.
Damia tidak pernah sekali bersolek seperti kebanyakkan gadis yang pernah didampinginya. Dia memiliki kecantikan asli. Entah mengapa tiada seorang lelaki pun yang berjaya menarik hatinya atau berjaya mendekatinya. Jika tidak memikirkan wanita itu adalah ketuanya, sudah pasti dia sendiri yang akan memikat Damia untuk dijadikan suri hidupnya. Agaknya, dia jual mahal. Yelah. Dia seorang bekerjaya dan memiliki segala-galanya. Siapa yang berani nak rapat dengan dia? Aku pun takut nak dekat.
Dia akui bahawa dia tertarik dengan Damia dalam diam. Bukan disebabkan apa yang dimiliki oleh Damia tetapi dia tertarik dengan Damia kerana hati budinya. Walaupun Damia seorang yang tegas dalam kerja dan amat jarang tersenyum kepada orang bawahannya namun, wanita itu berhati mulia. Dia sering membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongannya. Tidak kiralah dalam apa jua keadaan selagi dia termampu.
Lamunannya berkecai apabila Damia mula bersuara memecah kesunyian di antara mereka berdua. Matanya tertancap ke arah wajah ayu Damia. Seakan tidak mahu melepaskannya barang seketika. Dia memang cantik.
“I mahu you uruskan apa yang patut. You belilah hadiah apa pun untuk Dato’ Mustafa dan isterinya tu. I tak mahu kita pergi dengan tangan kosong aje.” Arah Damia sekali lagi. Kalau tak bawa hadiah nanti kata kedekut pula.
“Okay.” Jawab Fierdaus sambil menganggukkan kepalanya. “You mahu I ambil you kat rumah ke?” soal Fierdaus. Boleh juga aku tahu rumah dia di mana.
No need. Lepas Maghrib nanti, I dan Pak Abu akan datang ambil you kat rumah.” Balas Damia tenang. Dahlah aku ajak dia, takkan nak menyusahkan dia pula.
“Okay. Kalau takde apa-apa lagi, I keluar dulu.” Pinta Fierdaus.
Dia harus menyiapkan tugas-tugasnya yang tertangguh sebentar tadi. Damia menganggukkan kepala sahaja tanda mengizinkan pemergian lelaki itu. Kerja-kerjanya yang tertangguh sebentar tadi kembali menjadi tumpuannya.



Kepulangannya petang itu disambut mesra oleh Kak Ina, pembantu rumahnya. Pada Pak Abu telah pun dimaklumkan akan agendanya malam nanti. Bimbang pula andainya lelaki tua yang sebaya abahnya itu terlupa dengan agendanya. Mahunya aku tak jadi pergi pula majlis tu nanti. Mengamuk pula Dato’ Lufti dengan aku. Tak sanggup aku nak dengar dia punya bebelan tu. Mahu pekak sekejap telinga aku nanti.
Walaupun dia mempunyai lesen memandu tetapi dia tidak dibenarkan memandu oleh Dato’ Lufti di atas sebab-sebab yang dia sendiri tahu kenapa dan mengapa. Disebabkan itulah, abahnya, Dato’ Lufti telah menyediakan seorang pemandu peribadi untuk memudahkan dia kemana sahaja.
Samada ke pejabat mahupun keluar berlibur dengan teman-temannya. Dia tidak kisah dengan semua itu cuma dia kasihankan orang tua itu sahaja. Terpaksa mengikut kemana sahaja dia pergi. Jika dia pulang lewat, maka secara automatiknya Pak Abu akan menunggunya sehinggalah majlis yang dihadirinya itu tamat.
Rumah itu telah dianggapnya seperti rumah kedua buatnya. Dia lebih banyak menghabiskan masanya diluar daripada berada di rumah itu. Dia cuma balik untuk tidur dan ada masanya menukar pakaian sahaja. Selebihnya dia akan menghabiskan masanya di luar. Jika tidak bertugas, dia akan berlibur dengan teman-temannya yang telah Kak Ina dan Pak Abu kenali semenjak mereka berdua ditugaskan di rumah itu.
“Awal Mia pulang hari ni?” Tegur Kak Ina lembut. Tak sihat ke dia ni?
Seulas senyuman manis dihadiahkan buat majikannya itu. Damia amat jarang sekali pulang ke rumah sebegitu awal. Jika tidak menginjak ke dinihari, pasti majikannya itu tidak akan menjejakkan kaki ke rumah. Selalunya kalau tak ke pukul satu atau dua pagi, cukup payah sekali nak tengok muka dia kat rumah ni.
“Mia nak keluar malam ni, kak.” Jawab Damia tenang. Baru terfikir nak berehat aje kat rumah. Ada program pula malam ni.
“Jadi, Mia tak makan di rumahlah?” soal Kak Ina lagi. Penat aje aku masak banyak-banyak. Pembaziran betul.
Damia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis sebagai menjawab pertanyaan Kak Ina itu. Dia berlalu menuju ke tingkat atas. Dia ingin membersihkan diri dahulu sebelum menunaikan solat Asar. Langkahnya terhenti apabila Kak Ina memanggil namanya lembut. Pantas dia memalingkan wajahnya.
“Mia nak minum petang ke? Akak ada buat pisang goreng. Kalau mahu, nanti akak hidangkan.” Jelas Kak Ina. Sengaja dia mengumpan Damia. Dia tahu apa yang menjadi kesukaan dan kebencian gadis itu. Dia sukakan pisang goreng.
“Boleh juga. Dah lama Mia tak makan pisang goreng tapi Mia nak solat dulu. Lepas solat nanti Mia turun.” Balas Damia lembut. Kak Ina ni macam tahu-tahu aje apa yang aku nak makan saat ini. Ada six sence apa orang tua ni?
Kak Ina menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis. Dia tahu, dia telah berjaya mengumpan Damia untuk minum petang di rumah pada petang itu. Damia kembalikan meneruskan langkahnya. Ketika kakinya sampai di pintu biliknya, dia terhenti seketika. Tangan yang tadi ingin memulas tombol pintu ditariknya perlahan-lahan.
Dia menoleh ke arah kanannya. Pintu bilik yang bersebelahan dengan biliknya direnung lembut. Dia menapak menuju ke pintu bilik tersebut. Perlahan-lahan diusapnya pintu itu dengan jemarinya yang runcing. Seakan sedang menusap wajah seseorang yang amat dirinduinya. Seseorang yang amat disayangi dan dikasihinya. Seakan wajah empunya bilik itu yang diusapnya.
Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia merasa rindu yang teramat sangat dengan penghuni bilik tersebut. Rindunya aku pada dia. Apa yang dia sedang buat sekarang ya? Dia rindu tak pada aku? Mana mungkin dia merindui aku sedangkan dalam hatinya bukan aku yang bertahta.
Dia tersenyum nipis seketika sambil menghela nafas panjang. Tidak mungkin penghuni bilik itu akan merinduinya. Dia sedar bahawa dia tidak mungkin akan memiliki lelaki itu. Perlahan-lahan dia melangkah pergi meninggalkan bilik tersebut.

Tiada ulasan: