Halaman

Selasa, 13 Mac 2012

KAU KUSAYANG

Assalammualaikum....
Alhamdulillah...akhirnya siap juga novel kedua aq. Puas juga memikirkan rangka isinya. Di atas bantuan teman-teman, maka siap juga ia. KAU KUSAYANG....itulah tajuk novel terbaru aq dan aq berharap sangat agar novel ini mendapat sambutan seperti mana novel SELAGI ADA KASIH (SAK).
Untuk pengetahuan peminat novel SAK...novel itu terpaksa dihentikan penyiarannya buat masa ini. Bukan tidak mahu meneruskannya, insya-ALLAH novel itu akan dibukukan tdk lama lagi. Aq berharap sangat agar setiap karya aq dapat dibukukan dan dinilai oleh semua org. Tidak kiralah baik ataupun buruknya supaya mudah untuk aq membetulkan apa yang kurang.
Novel kedua ini juga aq perlukan pandangan dan kritikan dari kalian semua. Alkmaklumlah, aq baru saja berjinak-jinak di dalam bidang penulisan ini. Jadi pandangan dan kritikan daripada kalian amat aku harapkan sangat2. Semoga kritikan daripada kalian dapat aq gunakan untuk kemudian hari.
Di sini juga aq memohon maaf kerana terlalu lambat entries setiap novel aq. Bukan sengaja tetapi memandangkan tuntutan kerja yang semakin banyak sekarang ini terkadang membuatkan aq terlupa atau terlewat untuk menambah entries dalam blog mahupun di penulisan2u.
Maafkan aku. Insya-ALLAH, selepas ini aq akn sentiasa menambahkan entries terbaru dalam blog aq yang tidak seberapa ini. Dan aq juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pengikut novel SAK. Terima kasih tdk terhingga dan terimalah buah tangan aq yg kedua.
Sekian, salam hormat.....

Tiada ulasan: