Halaman

Rabu, 13 Jun 2012

Alhamdulillah...

Diam tak diam telah masuk bulan Jun. Terlalu cepat rasanya masa berlalu meninggalkan kita semua. Tahun ini akan bertambahlah umur kita setahun lagi. Maka akan makin tualah kita hehehe. Termasuklah aku. Tak sangka begitu cepatnya masa berlalu. Seakan baru semalam saja awal tahun kita kecapi bersama-sama.
Diam tak diam juga, novel KAU KUSAYANG akan berada dipasaran tidak lama lagi. Seakan bermimpi sahaja aku rasakan. Mana tidaknya, aku ingatkan novel SELAGI ADA KASIH yang akan berada dipasaran terlebih dahulu. Rupa-rupanya jangkaan aku silap sama sekali. Memang benar kata orang "HIDUP INI PENUH DENGAN SESUATU YANG TIDAK KITA JANGKAKAN." Tidak semestinya apa yang kita jangkakan itu akan terjadi tetapi sebaliknya pula yang akan terjadi. Kita hanya mampu untuk merancang tetapi ALLAH yang menentukan segala-galanya. Sebagai insan yang kerdil, kita hanya mampu redha dan pasrah sahaja dengan apa yang telah tertulis untuk kita.
Namun aku bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana apa yang aku cita-citakan akan bakal menjadi kenyataan. Syukur ya ALLAH. Tidak sia-sia usaha aku selama ini. Tidak sangka juga bakat yang terpendam selama ini akan tercungkil jua walaupun ianya agak terlewat.
Buat keluarga aku semua, terutama bonda tercinta iaitu Esah Md.Sin, kekanda tercinta Azmy Abdul Wahid (Along) dan isteri, Sabariah Othman, adinda tersayang Norini Abdul Latif serta suami, Zamri Abdul Wahab dan tidak lupa juga pada anak-anak saudara - Muhammad Firdaus Azmy, Siti Nura Ain Azmy, Muhammad Nur Taufiq Azmy, Abdul Rahman Azmy, Irdina Mawaddah Zamri dan Adam Akmal Zamri...thanks alot coz support mama selama ini.
Buat ayahanda yang telah lama pergi meninggalkan kami semua...ini untuk ayah. Impian dan cita-cita ayah yang tidak pernah kesampaian selama ini, akhirnya anak mu ini bisa merealisasikannya. Maaf andainya ia agak terlewat sedikit.
Buat teman-teman pula, terima kasih tak terhingga. Istimewa untuk Siti, Eka, Puan Zarina dan pengunjung-pengunjung blog ini. Komen dan ulasan dari anda semua menaikkan semangat untuk aku terus berkarya. Doa kalian semua adalah semangat untuk aku terus berkarya.

TERIMA KASIH yang teramat pada anda semua.....

Tiada ulasan: