Halaman

Ahad, 16 September 2012

Kau Kusayang Bab 7


Fierdaus mendekati Damia yang sedang leka menyelak fail. Secawan nescafe panas diletakkan di atas meja Damia. Dia tahu, Damia sukakan nescafe panas ketika sedang menyiapkan tugasannya yang bertimbun di atas meja. Jika tiada minuman tersebut, pasti kerja-kerjanya tidak akan menjadi.
            “Fier, I mahu you serahkan fail ini semula kepada Maya. Suruh dia semak balik. Banyak sangat ejaan yang salah ditaipnya.” Ujar Damia tenang. Pening kepala aku dibuatnya. Macam tak tahu buat kerja aje budak tu.
            “Okay. Ada apa-apa lagi ke?” soal Fierdaus sambil merenung wajah Damia. Perlu ke aku tanya pada dia soalan sensitif ni? Mahu ke dia menjawabnya?
            “Yang ini pula, serahkan pada Azwan. Suruh dia proceed aje benda tu semua. I dah luluskan peruntukkan yang dia minta.” Ujar Damia lagi sambil menghulurkan sebuah fail kuning pula kepada Fierdaus. Tidak sedikit pun dia mengangkat wajahnya. Baginya, fail-fail yang berada di hadapan matanya kini lebih penting daripada wajah tampan setiausahanya itu.
            Fierdaus menganggukkan kepalanya tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Damia.
            “And one more thing sebelum I terlupa, thanks for the nescafe.”
            “It’s okay. Lagi pun dah tugas I buatkan you air.” Ujar Fierdaus sambil tersenyum. Nak tanya ke tidak ni?
            Damia tidak menjawab. Dia kembali menumpukan perhatiannya terhadap tugasannya yang terganggu sebentar tadi akibat kehadiran Fierdaus. Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Fidaus. Aduh!!! Berat pula mulut ni nak tanya dia.
            “Boleh I tanya you sesuatu?” soal Fierdaus tiba-tiba.
            “You boleh tanya I apa saja, Fier. Asalkan bukan soal peribadi.” Jawab Damia selamba. Aku tak suka orang tanya soal peribadi aku.
            Jika boleh dia tidak mahu orang tanya tentang kisah peribadinya. Biarlah orang tahu dari mulut orang lain tetapi bukan dari mulutnya. Dia tidak suka campur adukkan soal peribadi dengan kerja. Itu prinsipnya sedari dulu.
            Fierdaus terus terdiam tatkala mendengarkan kata-kata yang berupa arahan dari Damia. Sesekali dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Iskh!!! Dia ni. Macam tahu-tahu aje aku akan tanya pasal benda tu semua. Awal-awal lagi dia dah bagi amaran kat aku.
            “So, you nak tanya apa? Tanyalah.” Ujar Damia tanpa mengangkat wajah.
            “Tak jadilah I nak tanya you.” Jawab Fierdaus selamba. Dah terbantut nak tanya.
            “Kalau tak mahu tanya, pergi buat kerja you. Jangan nak menyibuk kat tempat I ni. I banyak kerja lagi yang nak kena siapkan.” Arah Damia selamba. Kalau kau tolong tak apalah juga.
            Fierdaus melangkah meninggalkan pergi Damia yang sedang leka dengan tugas-tugasnya. Baru beberapa langkah dia melangkah, dia kembali berpaling ke arah ketuanya itu yang sedari tadi seakan tidak mengendahkan langsung kewujudannya di situ. Dia ni kalau dah mula kerja, bom gugur dari langit pun dia boleh tak sedar.
            “Oh ya. Dia dah pulang.” Beritahu Fierdaus.
            Damia mengangkat wajahnya. Kepalanya di panggung seketika sambil merenung wajah Fierdaus yang berada di hadapannya. Seakan sedang mencari siapakah ‘dia’ yang telah dimaksudkan oleh lelaki itu. Melihatkan dia yang hanya diam membisu, Fierdaus kembali menuturkan bicaranya. Blurlah tu. Tak habis-habis dengan blurnya.
            “Dia ada pesan tadi. Katanya, kalau you nak balik nanti called aje dia. Dia boleh datang ambil you. Dia tidak kerja hari ini. So, anytime dia boleh datang.” Terang Fierdaus lagi dengan panjang lebar. Bagus betul dapat hubby macam tu.
            “Dia? Siapa dia tu?” soal Damia selamba. Dia bercakap tentang siapa?
            “Ya ALLAH, hubby youlah. Siapa lagi?” Fierdaus menggelengkan kepalanya.
            Damia menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham dengan penerangan Fierdaus itu. Tugas-tugasnya yang tertangguh sebentar tadi kembali disambungnya kembali tanpa menghiraukan pandangan Fierdaus. Melihatkan ulahnya itu, Fierdaus pantas berlalu. Faham sangat dia dengan ulah Damia ketika sibuk.



            Tekun sekali dia menghadap skrin komputer ribanya. Sedari tadi dia berada di situ. Dia cuma akan berhenti tatkala tibanya waktu solat sahaja. Selepas itu dia akan kembali meneruskan tugasannya yang tergendala. Baginya, kerja-kerja yang ada di hadapannya lebih penting berbanding dengan apa sahaja kecuali solat.
            Dia terhenti seketika. Mulutnya ditutup dengan tangan apabila dia menguap kecil. Tengkuknya yang mula lenguh diusapnya perlahan. Barulah saat ini dia terasa akan keletihan yang menjalar di segenap tubuh. Ya ALLAH!! Letihnya badan. Dapat mandi air panas sedap ni.
            Dia tersentak seketika apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. Dari nada dering itu, tahulah dia bahawa panggilan itu tidak dikenalinya. Dia tidak akan sesekali melayani panggilan-panggilan sebegitu sejak dari dulu lagi. Bunyilah sampai serak suara kau, takkan aku jawab punya.
            Matanya tertancap ke arah jam Rolex yang melilit di pergelangan tangannya. Angka tepat menunjukkan jam satu pagi. Dia menghela nafas seketika. Suis komputer ribanya dimatikan. Beg tangannya dicapai. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat, barulah dia mengorak langkah untuk pergi. Balik tidur sedap juga ni.
            Begitulah rutin hidupnya setiap hari. Masanya lebih banyak dihabiskan di pejabat berbanding di rumah. Dia lebih gemar demikian. Sesekali Aina, Gina dan Liza akan mengajaknya berlibur bagi melepaskan tekanan yang dihadapi selepas kerja. Lazimnya, mereka akan menghabiskan masa berminggu-minggu dengan melancung melihat keindahan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Jika tidak pun, mereka akan habiskan masa di kelab-kelab hiburan, gelangang futsal ataupun tenis. Mereka berempat begitu pandai menyeimbangkan masa yang terhad untuk digunakan.
            Hanya dengan cara begitu sahajalah dia boleh melepaskan tekanan yang dihadapainya ketika bekerja. Bukan dia sahaja. Aina, Liza dan Gina juga turut begitu. Mereka berempat mempunyai minat yang sama dalam segala segi. Samada dari tempat berlibur sehinggalah kepada jenama aksesori yang ingin mereka gunakan. Macam kembar pula kami berempat ni. Semuanya nakkan yang sama.
            Kehadirannya di pengkarangan lobi itu, disapa lembut oleh pengawal keselamatan yang bertugas malam itu. Hanya anggukkan kecil sahaja diberikan tanpa segarit senyuman. Dia adalah manusia yang paling sukar sekali untuk tersenyum. Semua pekerja di situ amat faham dengan sikapnya yang satu itu. Wajahnya sentiasa sahaja kelihatan serius walau dalam apa jua keadaan. Sehinggakan ada sesetengah pekerjanya takut dengannya.
            Walaupun dia sukar untuk tersenyum, dia seorang yang baik hati. Dia bisa membantu pada mereka yang memerlukan pertolongannya. Tidak kiralah samada orang bawahannya ataupun orang luar yang tiada kena-mengena langsung dengan hidupnya. Dia akan sedia membantu sedaya yang termampu.
            Dia memerhatikan keadaan malam yang pekat. Belum pernah sekali pun dia pulang ke rumah sendirian begini. Selalunya, Pak Abu yang akan setia menemaninya. Tidak kiralah dalam keadaan apa sekali pun, Pak Abu akan setia berkhidmat untuknya. Memandangkan Pak Abu pula bercuti, ingin sahaja dia menelefon Fierdaus. Dirasakan tidak manis pula. Pasti lelaki itu mempunyai agendanya yang tersendiri. Terpaksalah balik sendiri nampaknya. Mia, kau kena berdikari sendiri untuk balik malam ni.
            “Cik Damia nak pulang ke?” tegur satu suara dari arah belakang.
            Damia tersentak kecil apabila mendengarkan teguran itu. Pantas dia menoleh ke arah datangnya suara itu. Dilihatnya Pak Rahim berdiri di hadapannya sambil tersenyum. Entah bila masa lelaki itu berada di situ, tidak dia tahu. Pertanyaan dari Pak Rahim itu dijawabnya dengan anggukkan  kepala sahaja tanpa sepatah bicara.
            “Tunggu Pak Abu datang ambil ke?” tanya Pak Rahim lagi. Dari tadi tak nampak pun si Abu ni. Lambat ke dia?
            Dia tidak kisah Damia bertindak dingin dengannya. Dia telah lama berkhidmat di situ dan amat memahami gadis tersebut. Walaupun Damia tampak sombong namun, hatinya baik. Malah dia suka membantu golongan rendah sepertinya.
            “Tak, Pak Rahim. Hari ini saya balik sendiri.” Ujar Damia tenang.
            “Pulang sendiri? Cik Damia nak naik apa?” soal Pak Rahim lagi. Hairan dia seketika apabila mendengarkan pengakuan Damia itu. Takkan nak naik teksi pula kot.
            Selama dia berkhidmat di situ, tidak pernah walau sekali pun dia melihat gadis itu pulangnya sendirian dalam waktu sebegitu. Pulangnya selalu bertemankan Pak Abu, pemandu peribadinya ataupun ada sahaja teman-temannya yang akan datang mengambilnya. Biar betul budak ni. Dah lewat macam ni pun, boleh pulang sendiri.
            “Mungkin, saya naik teksi saja.” Jelas Damia. Tapi ada ke teksi malam-malam buta macam ni?
            “Dah malam-malam begini mana ada teksi lagi, cik.” Terang Pak Rahim tanpa dipinta. Biar betul dia ni. Takkan dia nak balik naik teksi. Takde sesiapa yang datang ambil dia ke?
            Damia terdiam seketika apabila mendengarkan kata-kata Pak Rahim itu. Dia menggigit bibirnya seakan berfikir. Aduh!! Masalah negara juga kalau macam ni. Aku nak balik naik apa pula ni? Takkan nak jalan kaki. Mahunya esok baru aku sampai rumah. Itu kalau bernasib baiklah. Kalau kurang baik…minggu depan baru sampai.
            “Nak Pak Rahim telefonkan teksi buat cik?” Cadang Pak Rahim apabila melihatkan Damia hanya diam membisu. Dia tahu, Damia sedang memikirkan bagaimana untuk dia pulang ke rumah malam itu. Kasihan dia.
            “Tak perlulah, Pak Rahim. Saya tak mahu menyusahkan Pak Rahim.” Tolak Damia lembut. Nak minta tolong siapa pula ni?
            Sememangnya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun di kala ini. Jika boleh, dia mahu berusaha sendiri bagi menyelesaikan masalahnya dan bukan dengan menyusahkan orang lain. Nak minta tolong Gina, dia takde kat sini. Aina dan Liza pula balik kampung. Macam mana ni?
            “Apa pula menyusahkan? Hari ini Pak Rahim tolong Cik Damia. Manalah tahu esok atau lusa, Cik Damia pula yang tolong Pak Rahim.” Jelas Pak rahim lembut.
            “Tapi…” Damia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Pak Rahim pantas mencelah. Aduh!! Payah juga kalau macam ni.
            “Cik Damia tunggu di sini. Biar Pak Rahim telefonkan teksi.” Arah Pak Rahim. Tak sanggup dia melihat Damia menunggu teksi di hentian bas sendirian. Bimbang pula hati tuanya akan keselamatan majikannya itu.
            Belum pun sempat Damia menahannya, Pak Rahim telah pun berlalu. Aduh!! Macam mana ni? Aku dah susahkan orang tua tu pula. Sepatutnya aku sendiri yang telefon teksi. Bukan dia. Ni, dah terbalik pula.
            Sedang dia termanggu itu, sebuah BMW 7 series berwarna hitam metalik berhenti di sebelahnya. Damia dan Pak Rahim tergamam seketika. Pemandu kereta itu melangkah keluar sambil tersenyum manis. Salam yang dihulurkan disambut mesra oleh mereka berdua. Damia merenung tajam ke arah pemuda itu. Apa dia buat kat sini?
            “Apa awak buat kat sini?” soal Damia kehairanan. Dia ada urusan di sini ke?
            “Nak ambil awaklah. Apa lagi?” soal lelaki itu kembali. Takkan nak shopping pula kat sini malam-malam buta ni.
            “Tapi…” Damia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Darwisy pantas mencelah.
            “Jom kita balik.” Ajak Darwisy lembut. Mesti dia hairan.
            Darwisy sudah pun membukakan pintu kereta buatnya. Damia masih kelihatan teragak-agak untuk melangkah masuk. Ulahnya diperhatikan sahaja oleh Pak Rahim. Entah mengapa hati tuanya berasa seperti ada yang tidak kena di antara Damia dan Darwisy itu.
            “Kawan Cik Damia ke?” soal Pak Rahim. Tengok dari gaya mereka bercakap, macam dah lama kenal.
            Damia menoleh ke arah Pak Rahim. Wajah tua itu ditelitinya dalam-dalam sambil menelan liur. Sememangnya tiada siapa pun di pejabat itu yang tahu bahawa dia telah berkahwin dengan Darwisy. Hanya ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang tahu. Majlis pernikahan mereka berlangsung ketika dia dan Darwisy di tahun akhir universiti. Sebelum dia menyertai Lufti Holding lagi. Jadi tidak salah jika ada yang menganggap bahawa Darwisy hanyalah teman Damia dan bukannya suami. Apa pula aku nak terangkan pada orang tua ni?
            Lagi pula  perkahwinan mereka berdua sengaja dirahsiakan di atas permintaan Dato’ Lufti, abah Damia. Mengapa ianya perlu dirahsiakan, tiada siapa pun yang tahu akan jawapannya. Malah Damia sendiri tidak pernah bertanyakan persoalan itu kepada abahnya. Hanya Dato’ Lufti sahaja yang punya jawapannya.
            “Dia…dia…” ujar Damia teragap-agap. Perlu ke aku beritahu perkara yang sebenarnya?
            “Saya, Darwisy. Teman pada Damia, pak cik.” sampuk Darwisy lembut. Okay ke ayat aku tadi tu?
            “Oh! Tak apalah kalau macam tu. Pak Rahim takut juga kalau-kalau encik ini dengan Cik Damia tidak punya apa-apa hubungan.” Ujar Pak Rahim tenang. Segak juga orangnya.
            “Maksud pak cik?” soal Darwisy sambil merenung wajah Pak Rahim. Tak punya apa-apa hubungan?
            “Maksud Pak Rahim, Cik Damia tidak kenal dengan encik ni. Zaman sekarang ni banyak sangat kes culik yang berlaku. Culik dan rogollah, bunuh dan rogollah dan macam-macam lagilah. Pak Rahim harap encik faham maksud Pak Rahim.” Jelas Pak Rahim tenang. Padan betul mereka berdua.
            “Pak cik jangan risau. Saya akan jaga dia ni macam saya jaga nyawa saya sendiri.” Ujar Darwisy sambil memeluk bahu Damia dengan erat secara tiba-tiba. Itu janji aku dan aku tak akan sesekali memungkirinya.
            Damia tersentak dengan ulah Darwisy yang bersahaja itu. Wajah Darwisy direnungnya dengan penuh kehairanan. Berbagai persoalan bermain divmindanya saat itu. Apa kena dengan dia ni? Sakit ke? Tak pun silap makan ubat agaknya tadi? Selalunya takde pula macam ni.
            Pak Rahim yang melihat kemesraan yang terpamer di hadapan matanya itu tersenyum lebar. Suka benar dia melihat kemesraan di antara Darwisy dan juga Damia. Secocok betul mereka berdua. Kalau digandingkan, bagai pinang dibelah dua.
            “Baguslah kalau macam tu. Pak Rahim doakan jodoh kamu berdua kekal hingga ke anak cucu.” Luah Pak Rahim jujur. Baik juga budi bahasanya.
            “Apa maksud Pak Rahim?” Soal Darwisy. Dia dah tahu ke hubungan kami?
            “Kamu berdua ni tampak sepadan sekali. Bagai pinang dibelah dua. Suka pula Pak Rahim melihatnya.” Jujur Pak Rahim meluahkan kata-katanya.
            Darwisy tersengih apabila mendengarkan kata-kata Pak Rahim itu. Melihatkan ulahnya itu pantas Damia menyiku perutnya perlahan. Damia hanya mengisyaratkan mata sahaja agar mereka cepat beredar dari situ. Bimbang juga dia jika Darwisy akan berceloteh panjang lebar dengan Pak Rahim. Alamatnya, tidur di sinilah jawabnya mereka nanti. Dia ni, peramah tak kena tempat. Entah perangai siapalah yang dia ikut agaknya? Ayah dia kot.
            Bukan dia tidak kenal dengan perangai Darwisy yang terlebih peramah apabila bertemu dengan orang yang lebih tua daripadanya. Daripada tidak kenal boleh menjadi kawan baik. Seakan faham dengan pandangan itu, pantas Darwisy meminta izin untuk pulang dari Pak Rahim. Sempat juga Pak Rahim berpesan kepadanya agar memandu dengan berhati-hati. Bimbang juga anak muda itu akan memandu laju.

Tiada ulasan: