Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

Kasih Jangan Kau Pergi 8

QUE memerhati keadaan sekeliling melalui celah daun pintu bilik yang terbuka sedikit. Dia baru sahaja menyelinap masuk ke dalam hospital tersebut untuk bertemu dengan Candy. Sudah hampir dua minggu dia berbuat sedemikian rupa.
            Dua minggu yang lalu Candy telah dimasukkan ke hospital tersebut akibat demam panas. Disebabkan itulah, sahabatnya itu terpaksa ditahan di wad. Saat ini, dia sedang melarikan diri daripada dikesan oleh Siva, pengawal keselamatan yang bertugas di situ. Dia kenal sangat dengan pengawal keselamatan di situ. Bukan sahaja Siva, malah semua pengawal keselamatan di situ dikenalinya.
            Fuhh!!! Lepas sippoott! Ingatkan tak lepas tadi! Dahlah masa aku terhad nak jumpa dengan dak Candy. Masa tu jugaklah dia nak buat sekatan jalan raya bagainya. Ini silap-silap nanti, dak Candy dah keluar aku pulak yang masuk dalam gantikan tempat minah tu.
            Sesekali dia menyeka peluh dingin yang mula merenik di dahinya yang licin itu. Bila keadaan sudah reda sedikit nanti, dia akan keluar dari tempat itu secara sembunyi-sembunyi. Tidak sanggup untuk dia duduk diam di dalam bilik itu lama-lama. Seakan dapat dirasakan seperti ada mata yang memandangnya. Sedangkan setahunya, bilik itu kosong. Seram semacam pulak aku duduk kat dalam bilik ni. Macam ada yang memerhatikan aku aje. Entah-entah perasaan aku aje kut.
            “Hoi!! Nak jadi pak guard ke?” tegur satu suara garau dari arah belakangnya. Selamba kodok aje dia terpacak kat situ.
            Que mengerutkan dahinya seketika tatkala mendengarkan suara asing itu. Kepalanya dihulurkan sedikit keluar dari bilik itu. Seakan sedang mencari kelibat seseorang sahaja lagaknya. Namun tidak langsung kelihatannya. Mana pulak datangnya suara garau mengalah mak nyah tertelan chewing gum ni? Takkan suara dak Siva pulak kut?
            “Sejak bila pulak kat hospital ni ada pak guard yang tak bergaji?” tegur suara itu lagi. Dia boleh buat tak tahu lagi.
            Que tersentak seketika. Sesekali dia mengorek telinganya yang tidak gatal. Aku silap dengar ke apa ni? Ke memang ada orang yang bercakap dengan aku saat ni? Konpius betul otak aku dibuatnya.
            “Kau tak silap dengar pun.” ujar suara itu lagi. Seakan ianya dapat membaca apa yang berada difikiran Que saat ini. Aduh!!! Masalah betul budak ni!
            “Si…Si…Siapa?” soal Que teragap-agap. Takkan hantu pulak kut. Siang lagi ni. Bukannya malam. Kalau malam yalah. Percaya jugak aku.
            “Oranglah. Takkan hantu pulak.” Jerkah suara itu lagi. Sah, dia masih lagi tak perasan!
            “Orang? Kalau orang, kau kat mana? Aku tak nampak pun.” soal Que lagi dengan sedikit berani. Ada orang lain ke kat dalam bilik ni?
            “Kat belakang kau.” Jawab suara itu. Teruk betullah budak ni.
            Perlahan-lahan Que memalingkan wajahnya. Sesekali dia menelan liurnya. Terlayar di hadapan matanya saat ini wajah dua orang pemuda di dalam bilik itu sedang merenungnya dengan tajam. Alapak!!! Kantoi sudah! Macam mana aku boleh tak perasan yang aku masuk bilik yang ada orang ni?
            “Apa kau orang buat kat sini?” selamba Que menyoal. Siapa pulak mamat-mamat ni?
            “Sepatutnya, kami yang tanya soalan tu pada kau dan bukannya kau yang tanyakan kami soalan tu.” Pemuda itu bercekak pinggang. Dia salah bilik ke apa ni?
            Que tersengih mendengarkan kata-kata yang daripada pemuda yang berpakaian kemas itu. Sedari tadi hanya suara itu sahaja yang didengarnya. Manakala sahabatnya yang terbaring sakit itu langsung tidak berkutik walau sedikit pun. Malah pemuda itu merenungnya tanpa berkelip. Que menggaru kepalanya yang tidak gatal. Betul jugak apa yang dia cakap tu. Wrong question hehehe!!!
            “Kau lari dari siapa?” Pemuda itu berpeluk tubuh. Macam pencuri aje.
            Wajah Que yang selamba dan tidak berperasaan itu direnungnya dalam-dalam. Dalam diam dia menelek Que dari atas hingga ke bawah. Dapat dilihat Que berpakaian begitu selekeh sekali. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Apalah nak jadi agaknya dengan budak ni.
            “Ha?!!” Que terkejut mendengarkan soalan dari pemuda itu. Anak matanya menikam wajah pemuda itu dalam-dalam. Dia tahu ke aku lari dari dak Siva tu?
            “Aku tanya, kau lari dari siapa?” ulang pemuda tersebut. Pekak ke apa budak ni?
            “Tak…Takde siapa-siapa.” Jawab Que teragap-agap sambil menggelengkan kepalanya laju. Takkan aku nak bagitahu yang aku lari dari dak Siva tu. Mahunya dia bagitahu dak Siva tu nanti pasal aku pulak.
            “Kau jangan nak tipu aku.” ujar pemuda itu tegas sambil menundingkan jarinya ke arah Que. “Kau masuk bilik ni terhendap-hendap. Macam kau melarikan diri dari seseorang aje. Siapa?” Lagi tak mahu mengaku dengan aku.
            Que menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia resah seketika. Dia tidak punya jawapan yang cukup kuat untuk menjawab soalan pemuda tersebut. Apa yang aku nak beritahu dia ni? Takan nak bagitahu hal yang sebenarnya? Nak mampus! Mahunya empat bulan, empat minggu dan empat hari dia gelakkan aku. Tak sanggup aku!
            Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Muaz dan juga Syahmil. Hairan mereka berdua dengan sikap Que. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak seperti sedang berkata-kata namun tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari bibir munggil tersebut.
            “Hoi!! Kau apa hal?” Jerkah Syahmil. Panas hatinya melihatkan kebisuan Que itu. Aku bercakap dengan dia, boleh dia buat tak tahu aje.
            “Sorrylah, boss! Saya tersilap masuk bilik. Bukannya saya sengaja pun.” Jawab Que pantas. Lainlah kalau aku sengaja. Ni semua dak Siva tu punya pasallah.
            “Sejak bila pulak aku jadi boss engkau?” Syahmil bercekak pinggang. Dia ni sengaja nak menguji tahap kesabaran aku ke?
            “Ek’eleh!! Panggil boss pun salah. Dah tu, aku nak panggil kau apa? Takkan nak panggil hoi-hoi pulak, kan? Nanti kata aku ni kurang ajar.” Luah Que selamba. Tak faham betullah aku dengan dia ni.
            “Eh-eh…Banyak cakap pulak engkau ya.” Syahmi mengetap giginya menahan rasa marah. Ada yang makan penampar jugak ni.
            “Eh!! Angin satu badanlah lu, der. Rilekslah! Aku salah masuk bilik aje. Bukannya apa pun. Lainlah kalau aku masuk, aku curi apa yang ada kat dalam bilik ni. Orang yang punya bilik pun tak kecoh, dia pulak yang kecoh-kecoh. Macam bagus-bagus aje lu ni!” Que memeluk tubuhnya sambil mencebikan bibir. Lainlah kalau kau punya bilik. Bolehlah kau nak marah bagainya dengan aku.
            “Kau ni, kan. Sepatah aku cakap, berpuluh-puluh patah kau balas ya.”
            “Okaylah, wa pergi dulu. Apa-apa hal, sorry der sebab tersalah masuk bilik kawan lu yang mahal ni.” Que tersengih kecil sebelum berlalu. Angin satu badan betul mamat ni.
            Muaz hanya tersenyum nipis melihatkan ulah Syahmil dan juga Que itu. Sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati sahaja. Tidak langsung terlintas untuknya mencelah. Dia tahu, Syahmil boleh menguruskan situasi sedemikian rupa. Que pantas membuka pintu bilik tersebut. Namun, dia tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia kembali berpusing lalu mendekati katil yang menempatkan Muaz. Jelas kehairanan di wajah kedua pemuda itu. Apa yang dia mahu lagi?
            “Nah! Ni untuk lu!” Que menundingkan jarinya ke arah Syahmil. Padan muka kau!
            Syahmil dan Muaz merenung ke arah dua biji pil yang seakan panadol bentuknya tetapi agak berlainan sekali warnanya yang diletakkan di atas meja yang terdapat di hujung kaki. Masing-masing mula mengerutkan dahi mereka.
            “Apa tu?” soal Muaz dungu. Ubat? Untuk apa?
            “Ini…namanya panadol tapi untuk orang kena sengugut. Orang yang mengalami sengugut aje akan makan pil ni. Kalau lu rasa-rasa lu sengugut, wa nasihatkan agar lu makan pil ni. Garenti lu takkan marah-marah tanpa sebab macam tadi, der.” Jelas Que dengan selambanya. Kalau tak faham jugak, tak tahulah aku.
            “Kau…” Syahmil menundingkan jarinya ke arah Que. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu oleh Que. Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran MU.
            Muaz tertawa besar mendengarkan kata-kata Que itu. Geli benar hatinya melihatkan cara Que mengenakan Syahmil sebentar tadi. Tidak dia sangka bahawa Que punya idea sedemikian sekali. Wajah Syahmil mula merah padam menahan marah dan geram. Que telah berjaya memalukannya di hadapan Muaz. Jika diturutkan hatinya yang sedang marah saat itu, mahu sahaja dia menumbuk muka Que dengan sekuat-kuat hatinya. Nasib baiklah dalam hospital. Kalau kat luar dah makan penampar dia ini.
            Que tersengih kegembiraan kerana telah berjaya mengenakan Syahmil. Sememangnya dia sengaja mengenakan Syahmil. Ketika dia ingin membuka pintu, tanpa sedar pintu bilik tersebut dibuka oleh seseorang daripada luar. Akibatnya, dahinya terhantuk dengan begitu kuat dengan muka pintu tersebut.
            “Auch!!!” jerit Que. Ni betul-betul ALLAH balas cash kat aku!!
            “Ops, sorry! Are you okay?” soal wanita itu lembut. Macam manalah aku boleh tak perasan yang ada orang di sebalik pintu ini?
            Que mendongakkan wajahnya tatkala mendengarkan suara itu. Tangannya tidak lepas daripada memegang dahinya yang telah mula berdenyut kesakitan. Dia pasti yang dahinya akan merah sebentar lagi. Hilanglah macho aku!!
            “Doktor ni memang sengaja tau!!” Marah Que. Nak bunuh aku ke?
            “Apa awak buat kat sini?” soal doktor muda itu kepadanya. Pelik betullah dia ni.
            “Buat bodoh.” Balas Que selamba. “Dah tentu-tentulah saya datang nak jumpa Candy.” Takkanlah aku nak suka-suka aje datang sini. Apa punya soalanlah.
            “Bukan ke bilik Camelia di sana?” soal doktor itu hairan sambil menundingkan arah yang sepatutnya Que tuju. “Yang awak masuk bilik orang ni kenapa?”
            “Iskh, Doktor Linda ni! Banyak sangat soalannyalah. Mengalahkan polis pencenlah pulak.” Que masih lagi memegang dahinya yang berdenyut kesakitan itu. “Saya dah silap masuk biliklah, doktor.”
            Doktor Linda menghela nafasnya. Dia telah lama mengenali Que. Dia mengenali Que sewaktu dia merawat penyakit yang dihidapi oleh ibu gadis itu. Setiap hari, dia dapat melihat Que datang melawat ibunya. Tidak kira lambat macam mana pun, Que tetap akan datang melawat ibunya.
            Dia akan sentiasa setia di sisi ibunya. Sehinggalah wanita tabah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun tidak kelihatan air mata yang mengalir di pipi gebu itu namun, jelas kesayuan di wajah tenang itu. Dia tidak tahu mengapa gadis itu tidak menangis di saat kehilangan insan yang amat disayanginya.
            “Hari-hari awak datang pun, awak boleh lupa kat mana bilik kawan baik awak?” soal Doktor Linda lembut. “Sakit lagi ke dahi awak tu?” Doktor Linda merenung dahi Que yang sudah mula tampak merahnya. Kasihan pulak aku tengok dia ni.
            “Tak. Dah elok pun. Okaylah, boss. Eh!! Silap, doktor. Saya minta diri dulu.” Pinta Que. Biol sekejap otak aku dibuatnya.
            “Kalau dahi tu masih sakit lagi, datang jumpa saya.” Pesan Doktor Linda.
            “Okay, boss. Eh!! Silap lagi. Okay, doktor.” Ucap Que berserta sengihan yang panjang. Adoyiii!! Payah betullah aku ni.
            Doktor Linda menggelengkan kepalanya sahaja melihatkan ulah Que itu. Dia mendekati katil yang menempatkan Muaz. Dengan tenang dia melakukan pemeriksaan ke atas pemuda tersebut. Sesekali dia berbual-bual kosong dengan pemuda itu.
            “Doktor kenal ke dengan budak tadi tu?” soal Muaz tiba-tiba. Ada peluang mintak nombor telefon dia ni.
            “Siapa?” soal Doktor Linda sepatah. Wajah tampan Muaz direnungnya. Dia tanya tentang siapa? Que ke?
            “Budak yang terlanggar pintu tadi tu.” Celah Syahmil. Doktor pun boleh kenal dengan dia. Hebat tak hebat budak tu.
            “Kenal gitu-gitu aje.” Jawab Doktor Linda tenang. “Dia selalu datang sini lawat kawan dia. Kenapa?” Mereka berdua berminat dengan Que ke?
            “Takde apa. Saja bertanya.” Syahmil tersenyum nipis. Agaknya dia selalu datang sini.
            “Siapa nama dia, doktor?” soal Muaz lagi. Selamba gila budaknya.
            “Nama penuh dia…Iwana Qasdina. Kawan-kawan dia panggil dia, Que saja.” Jelas Doktor Linda tanpa dipinta. Seorang anak yang baik.
            “Dia…perempuan?” soal Muaz lambat-lambat. Bukan lelaki ke?
            “Ya.” Jawab Doktor Linda sepatah. Kenapa? Tak percaya ke?
            “Tak nampak macam perempuan pun.” selamba sahaja Syahmil berkata. Macam jantan adalah. Takde lembutnya langsung. Siapalah yang malang jadi suami dia agaknya.
            Doktor Linda tersenyum nipis mendengarkan kata-kata Syahmil itu. Begitulah orang sekeliling memandang dan menilai Que. Termasuklah dia. Setelah mengenali Que dengan lebih dekat lagi, barulah dia tahu kenapa Que berubah. Kenapa semua orang suka menilai dia melalui luarannya saja?
            “Dah lama ke doktor kenal dengan dia?” aju Muaz. Tengok macam rapat aje.
            “Adalah dalam…empat ke lima tahun, begitu.” Doktor Linda menganggukkan kepalanya.
            “Doktor ada kena-mengena dengan dia ke?” aju Muaz lagi. Saudara dia barangkali.
            “Eh, takdelah! Dulu arwah ibunya adalah pesakit I. Dari situlah I kenal dengan dia. Sekarang ni, kawan dia pulak di bawah pengawasan I.”
            Muaz menganggukkan kepalanya tanda faham dengan penjelasan Doktor Linda itu. Sesekali dahinya berkerut seribu. Tangannya disilangkan ke dada. Seakan sedang berfikir sahaja lagaknya. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman kecil. Lagi senang kerja aku.
            “Kawan dia sakit apa doktor?” soal Syahmil pula. Boyfriend dia agaknya.
            Doktor Linda tersenyum nipis tatkala mendengarkan pertanyaan dari Syahmil itu. Tidak terlintas langsung untuk dia menjawab pertanyaan tersebut. Itu adalah rahsia pesakit dan juga doktor. Andainya dia memberitahu perkara tersebut kepada orang luar tanpa persetujuan daripada pesakit itu sendiri, ianya telah melanggar etika kedoktoran yang disandangnya selama ini.
            “Kenapa? Dia ada lakukan yang bukan-bukan ke tadi?” giliran Doktor Linda pula yang menyoal Syahmil dan Muaz. Sengaja dia melarikan diri dari membicarakan tajuk yang baru sahaja dibuka oleh Syahmil. Pasti Que dah buat sesuatu dengan mereka berdua.
            Muaz tertawa besar tatkala mendengarkan pertanyaan Doktor Linda itu. Ingatannya kembali teringatkan ulah nakal Que terhadap Syahmil sebentar tadi. Sementara Syahmil pula berubah wajahnya. Doktor Linda kehairanan dengan ulah lelaki itu. Seakan ada yang tidak kena pula.
            “I salah tanya ke?” soal Doktor Linda dungu. Rasanya tak.
            “Tak, doktor. Tak.” Ucap Muaz bersama sisa tawanya. Aduh!!! Sakitnya perut aku!
            “Dah tu?”
            “Kawan I ni, dia dapat panadol untuk mengurangkan sengugut dari budak tadi tu.” Jelas Muaz. Ketawanya kembali bergema. Kelakar betullah mereka ni.
            “Serius?” Doktor Linda membeliakkan matanya yang sepet itu. Biar betul budak ni.
            Muaz pantas menganggukkan kepalanya sambil menahan tawa. Merah padam wajahnya akibat menahan tawa. Bagi Syahmil, itulah antara peristiwa yang amat memalukan sekali dalam hidupnya.
            “Macam mana boleh jadi begitu?”
            “Salah faham doktor.”
            “Maksud you?”
            “Budak tu, tiba-tiba saja masuk dalam bilik ni.” Cerita Muaz.
            “Keadaan dia waktu tu begitu mencurigakan. Seakan dikejar oleh seseorang.” Celah Syahmil. “Bila I tanya, dia tak mahu jawab.”
            “Dia sebenarnya larikan diri dari seseorang.” jelas Doktor Linda tanpa dipinta. Mesti dia larikan diri dari Siva.
            “Maksud doktor?” soal Muaz. Dia seakan berminat untuk mendengar penjelasan yang lebih lanjut lagi daripada Doktor Linda. Dia kena kejar dengan siapa?
            “Dia selalu datang bila waktu melawat dah tamat. Jadi terpaksalah dia masuk secara sembunyi-sembunyi. Bimbang ianya diketahui oleh guard yang bertugas.” Jelas Doktor Linda dengan panjang lebar. Que…Que…Macam-macam perangai dibuatnya. Dia ingat Siva tu nak melayan dia aje ke?
            “Patutlah. Selama tiga minggu I di sini, selama itulah dia akan buat macam tu.” Ujar Muaz. Ingatkan dia lari daripada siapalah tadi.
            “Ha!! Three weeks? U mean…” Syahmil tidak menghabiskan ayatnya. Wajah Muaz direnungnya dalam-dalam. Biar betul budak tu.
            Muaz menganggukkan kepalanya sahaja. Dia seakan tahu apa yang sedang berlegar-legar di dalam kepala Syahmil itu. Maka tidak perlulah dia meluahkannya dengan kata-kata lagi.
            “Okaylah. You rehat dulu. Nanti kita jumpa lagi.”
            “Doktor…sebentar.” Panggil Muaz.
            “Ada apa, Encik Muaz?” soal Doktor Linda hairan. Ada yang tak kena ke?
            “You ada phone number that girl?” soal Muaz berserta sekuntum senyuman manis.
            “Hey!! You nak buat apa?” soal Syahmil hairan. Gila ke apa dia ni?
            Muaz tidak menjawab pertanyaan Syahmil itu. Sekuntum senyuman manis dilemparkan buat Syahmil dan juga Doktor Linda yang masih tercegat di hadapannya saat ini.

Tiada ulasan: