Halaman

Sabtu, 22 Mac 2014

Short Review....STRICTLY IN LOVE By Nvel Addct

Short Review of Strictly In Love ("SIL") karya Kynn Latif

[copy paste dari facebook Nvel Addct] March 21, 2014 at 11:17pm

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak bagi short review untuk SIL kepunyaan Kynn Latif. Karya Kynn Latif yang pertama diterbitkan oleh Fajar Pakeer. Saya suka tengok cover buku SIL, nampak cerah dan ceria tetapi kandungan ceritanya tidak begitu. Kandungannya agak berat pada saya sebab ianya adalah sebuah kisah sedih.


Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu pihak lelaki. Cinta yang bertandang ketika tuan punya diri tidak sedari lantas cinta itu berlalu pergi tanpa disedari. Sayu hati saya tatkala membaca naskah ini.

Damia Huda, si gadis hitam manis, anak orang berada dan juga merupakan seorang businesswoman yang berjaya. Who fell in love at first sight dengan seorang pemuda kampung yang biasa-biasa aje tapi hensem gila yang bernama Darwisy. Malangnya, si jejaka tidak mencintai si gadis sepertimana si gadis mencintai si jejaka.

Darwisy Malik seorang anak orang kampung yang sentiasa patuh dengan perintah keluarga. Walaupun dia sudah ada pilihan hatinya sendiri, bila ayahnya suruh dia berkahwin dengan Damia, dia pun ikut aje lah. Pada malam perkahwinan, Darwisy memberitahu hal sebenar kepada Damia yang dia tidak menyintai Damia dan tidak berhasrat pun nak berkahwin dengan Damia. Damia terkedu mendengar perakuan tersebut. Darwisy juga berjanji tidak akan menyentuh Damia sehingga dia menceraikan Damia sendiri selepas genap 3 tahun mereka berkahwin. Siapa yang tak kecewa kalau suami cakap macam tu pada malam perkahwinan, kan? Tapi Damia memang seorang wanita yang tabah. Kerana cinta, Damia tetap bertahan sebagai isteri Darwisy walaupun Darwisy tidak pernah menyentuhnya.

Adlan pula seorang duda beranak satu. Muncul dalam hidup Damia kerana wajah Damia seiras wajah arwah isterinya. Cuba untuk memenangi hati Damia walaupun dia tahu Damia menyintai Darwisy sepenuh hati.

Agak menyedihkan bila dah 2 tahun berkahwin baru Darwisy terkial-kial mahu belajar menyintai isterinya..baru nak belajar erti cemburu. Tidak cukup dengan itu, lebih menyedihkan lagi bila ibu Darwisy sendiri sering mencerca dan mengata Damia di depan mata (serious saya sedih...rasa macam kena dekat batang hidung sendiri pula). Still, agak mengecewakan bagi saya kerana Darwisy tidak berusaha betul-betul untuk memujuk hati isteri yang telah lama terluka. Terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata ibu Darwisy, "Selagi perempuan tu menjadi menantu dalam rumah ni, saya takkan sekali-kali iktirafkan dia sebagai menantu saya. Abang faham tak?"

Saya suka disaat Darwisy mula mengenali perasaan cemburu. Terdapat beberapadialog yang saya suka ulang baca di dalam naskah ini. Antaranya.....

1. Cemburu dengan Setiausaha Damia

"Siapa Fierdaus?" soal lelaki itu tiba-tiba.

"Setiausaha saya," jawab Damia tenang.

"Bagaimana orangnya?" soal lelaki itu lagi.

"Okey," balas Damia sepatah.

"Maksud saya, penampilannya."

"Hmm... dia biasa-biasa saja. Good looking and quite handsome. Kenapa?" soal Damia hairan.

"Nothing, but I wish one day I'll meet him personally." Jujur lelaki itu meluahkan hasrat hatinya tatkala itu. Kenapa hati aku rasa sakit sangat saat ni?

2. Cemburu dengan Kimura

"Awak cemburu ya?" soal Damia perlahan.

"Cemburu? Tentang apa?" Darwisy menyoal dungu.

"Kimura," jawab Damia sepatah.

"Tak ada masa saya nak cemburu," jawab Darwisy dengan suara yang bergetar.

"Betul ni?" duga Damia lagi.

Darwisy menganggukkan kepala laju.

"Jadi, awak nak kenal dengan Kimuralah?" tanya Damia lagi.

Darwisy menganggukkan lagi kepalanya. Sememangnya dia ingin sangat kenal dengan Kimura itu. Dapat dirasakan bahawa lelaki itu telah berjaya merampas  cinta Damia daripadanya. Hebat sangat ke lelaki itu sampai sanggup rampas cinta dia daripada aku?

"Okey. Encik Darwisy Malik, saya kenalkan awak dengan Kimura. Kimura, ini Darwisy Malik. Dia, hubby saya." Dengan wajah tidak bersalah, Damia memperkenalkan Darwisy dengan Kimura.

Darwisy tergamam seketika.

"Inilah Kimura yang awak nak kenal sangat tu."

"Bear ni, Kimura?" soal Darwisy lambat-lambat.

Sweet kan? Cemburu dengan teddy bear. Hahahahaaa...tu belum lagi dia cemburu dengan Dinie, iaitu kembar lelaki Damia sebab dia belum pernah berjumpa dengan Dinie sebelum ni. Ada banyak lagi sweet episodes di dalam naskah ni.

Tetapi dalam banyak-banyak episode, ada dua episode yang saya tak boleh lupakan. Iaitu di mana malam terakhir they spend time together sebelum Darwisy secara official menceraikan Damia. Saya rasa seperti hati saya sendiri yang hancur into a million pieces. It was the sweetest and hardest time saya rasa dalam naskah tersebut. Even while saya menulis ni pun, air mata saya dah mula nak tumpah sebab saya remember setiap patah perkataan yang terucap dari Darwisy dan Damia pada malam tersebut. Habis tisu satu kotak saya habiskan semasa saya membaca minggu lepas. Satu lagi episode yang saya tidak boleh lupakan ialah di mana Damia accident semasa dia sepatutnya dinikahkan dengan Fendi tetapi dia tidak boleh nak teruskan dan semasa dia berlari keluar dari masjid untuk mencari Darwisy, dia telah mengalami kemalangan.

Saya sangat menghormati maksud cinta Damia pada Darwisy. Cintanya sungguh hebat dan sejati. Walaupun bila dia telah kehilangan segalanya, cintanya tetap bersemadi di dalam hati.

Terima kasih buat Kynn Latif atas naskah SIL ini. Karya beliau telah berjaya membuat saya tersenyum, ketawa, marah dan menangis. Walaupun cerita dia agak berat sebab ianya bermain dengan hati dan perasaan yang paling dalam tetapi saya berpuas hati dengan karya beliau. Saya look forward to karya seterusnya dari saudari Kynn Latiff ni. Teruskan berkarya, Kynn...!

::TQVM to Ayong sbb sudi review SIL Angah ni::

Tiada ulasan: