Halaman

Rabu, 20 Julai 2011

Selagi Ada Kasih 5

Rayyan merebahkan badannya diatas katil. Terasa sedikit segar badannya itu apabila telah membersihkan diri. Hari ini seharian dia dan Adam berada ditapak projek. Sehinggakan mereka tidak sempat untuk keluar makan. Mereka hanya makan nasi yang telah dibungkus sahaja. Mujur jugalah dia bukan jenis yang makan memilih. Jika tidak mahu juga dia kebuluran. Adam melangkah keluar dari bilik air setelah siap membersihkan diri. Namun tidak sedikit pun diendahkan kehadiran Adam itu.
“Pukul berapa kita nak keluar makan, Ray?” Soal Adam sambil merenung Rayyan yang sedang baring sambil menghadap siling rumah sewa itu.
Rumah itu disewakan khas oleh salah seorang pekerja mereka bagi memudahkan mereka untuk merehatkan badan sepanjang berada disitu. Andainya tiada rumah itu, pasti kedua mereka akan menyewa di hotel yang berdekatan sahaja.
“I tak kisah. Sekarang pun boleh. Kenapa?” Ujar Rayyan tanpa menoleh ke arah Adam.
“Takdelah. I ingat nak solat Magrhib dulu. Lepas tu barulah kita pergi. Boleh ke?” Adam duduk dibirai katil.
“Boleh juga.” Antara dengar dengan tidak Rayyan meluahkan persetujuannya
“Kalau macam tu, I solat dululah ya.” Tanpa berlengah lagi Adam bingkas bangun dari duduknya. Ketika dia membentangkan sejadahnya, telefon bimbit Rayyan berbunyi nyaring minta diangkat. Pantas Rayyan mencapai telefon bimbitnya apabila lagu How Do I berkumandang. Dibibirnya terukir senyuman manis. Ulahnya itu diperhatikan sahaja oleh Adam sambil tersenyum. Buah hati telefonlah tu. Kalau tidak pasti tak senyum macam tu.
“Hello…sayang.” luah Rayyan lembut.
“Hello…daddy. Daddy buat apa tu?” Kedengaran suara manja Rifqah ditalian sebelah sana.
“Takde buat apa pun. Daddy tengah rehat je ni. Anak daddy sihat tak hari ni?” soal Rayyan. Hilang rasa letih yang membelit diri saat terdengarkan suara itu.
“Sihat. Daddy bila nak pulang? Rifqah rindulah dengan daddy. Rifqah nak jumpa dengan daddy.” Renggekan manja Rifqah membuatkan hati bapanya terusik.
“Daddy tak tahu lagilah, sayang. Mungkin dalam minggu depan baru daddy pulang. Kerja daddy kat sini pun tak siap lagi.” Pujuk Rayyan lembut.
Bukan sahaja Rifqah merinduinya, dia juga rindukan anak kecil itu. Seakan sudah bertahun mereka tidak bertemu. Andai bukan keran kerja, pasti saat itu dia telah pulang ke sana. Dan kerana tanggungjawablah dia terpaksa berada disini bersama-sama Adam.
“Daddy tak rindu pada Rifqah ke?”
“Rindu. Siapa kata daddy tak rindu pada anak daddy ni?”
“Kalau daddy rindu, kenapa daddy tak telefon Rifqah hari ni? Daddy dah lupakan Rifqah ke?” Sayu sekali nada anak kecil itu di pendengarannya.
“Siapa kata daddy dah lupakan Rifqah? Daddy sentiasa ingat pada Rifqah. Rifqahkan buah hati daddy. Mana boleh daddy lupa.” Rayyan bangun dari pembaringannya. Dia duduk bersila diatas katil tersebut. “Daddy minta maaf jika daddy tak telefon Rifqah hari ni. Daddy sibuk sangat. Rifqah dah makan?” Kasihan dia. Maafkan daddy, sayang.
“Dah. Baru je lepas. Daddy dah makan?”
“Belum lagi. Sekejap lagi daddy nak keluar makan dengan uncle Adam.”
“Daddy jangan kerja teruk sangat tau. Kalau daddy sakit nanti siapa yang susah? Rifqah juga. Bukan orang lain pun.”
“Yelah, sayang. Daddy dengar cakap sayang tu.”
“Daddy sebentar ye. Nenek nak cakap dengan daddy.”
“Yelah.” ucapnya sepatah. Talian bertukar tangan.
“Hello…Ray, mama ni.” kedengaran suara Puan Sri Sofia dihujung talian.
“Ya mama. Ada apa, ma?” soal Rayyan tenang.
“Aik…tak boleh ke kalau mama nak bercakap dengan kamu?”
“Bukannya tak boleh…” Dihujung kata-katanya, Rayyan menghela nafas panjang. Ni mesti ada apa-apa ni. Kalau tidak, takkan mama telefon.
“Dah tu, apa masalahnya?” Sedikit tegas Puan Sri Sofia bertanya.
“Mama tu kalau takde hal yang mustahak, takkan telefon Ray.”
“Bertuah punya anak. Ingat mama ni ada hal aje ke yang mama telefon kamu?”
“Selalunya macam tulah, ma. Ray dah faham sangat dah perangai mama tu.”
“Kamu bila balik?” Puan Sri Sofia menukar topik perbualan diantara mereka berdua. Malas dia ingin bersoal jawab dengan anak bujangnya itu.
“Tak tahu lagi, ma. Kalau tak ada aral yang melintang mungkin dalam minggu depan. Kenapa ma?” soal Rayyan hairan.
“Takde apa, cuma mama ingat nak buat makan-makan sikit.”
“Makan-makan? Sempena apa?” Tanya Rayyan hairan. Jangan kata nak kenalkan aku dengan anak kawan mama sudahlah. Tak sanggup aku.
“Saja-saja aje. Kenapa?” Soal Puan Sri Sofia kembali. Seakan pelik dengan soalan yang diutarakan oleh Rayyan.
“Takdelah. Mama punya makan-makan tu lain maknanya.” ujar Rayyan sambil tersenyum sinis. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macamlah aku tak tahu.
“Lain maknanya macam mana tu?”
“Tak apalah, mama. Nanti kalau Ray nak balik, Ray telefon mama. Sekarang ni Ray dengan Adam nak pergi makan. Kita sambung nanti ye mama. Bye…” Pantas dia mematikan talian sebelum sempat Puan Sri Sofia menyambut kata-katanya.
Dalam diam dia tersenyum sendirian. Ulahnya itu diperhatikan oleh Adam.
“Kenapa? Dapat berita gembira ke?” Soal Adam yang baru selesai solat melipat sejadah yang digunakannya itu.
“Takde apalah, Adam.” Sekuntum senyuman manis dilemparkan buat penolong peribadinya itu.
“Kalau takde apa-apa masakkan boleh senyum sampai macam tu sekali. Mesti ada cerita gembira ni.” luah Adam lalu duduk dibirai katil.
“Mama I telefon. Katanya nak buat majlis makan-makan sikit bila I balik nanti.” Terang Rayyan jujur.
“Baguslah tu. Dah tu, kenapa you senyum?”
“I senyum sebab I tahu maksud tersirat dan tersurat majlis tersebut.”
“Maksud you?” Adam mengerutkan dahinya apabila mendengarkan kata-kata Rayyan itu. Dia kurang mengerti dengan maksud kata-kata tersebut.
“Mama I tu ada agenda dia yang tersendiri, Adam.”
“Agenda yang tersendiri? Maksud you, Puan Sri nak kenakan you, begitu?”
“Lebih sikit kuranglah macam tu.” Ujar Rayyan tenang sambil mengangguk kecil. Dah faham sangat perangai mama tu.
Adam yang masih kurang faham akan maksud yang ingin disampaikan oleh Rayyan itu hanya mengerutkan dahi. Sesekali dia menggaru lehernya yang tidak gatal. Melihatkan ulahnya itu, Rayyan kembali bersuara.
“Mama I tu Adam, nak kenalkan I dengan anak kenalan dia.” Terang Rayyan. Iskh…dia ni. Tak faham-faham. Penat aje aku terangkan.
“Baguslah begitu, Ray. Sekurang-kurangnnya tak perlulah you pening kepala nak memikirkan calon isteri macam I ni.” Bersahaja sahaja ayat itu keluar dari bibir Adam. Rayyan ketawa besar mendengarkan kata-kata tersebut. Adam sedikit kehairanan melihatkan ulahnya itu. Salah ke apa yang aku kata tadi?.
“Kenapa you ketawa?” tanya Adam kehairanan.
“Takde apa cuma kata-kata you tadi buat I gelihati.” Luah Rayyan bersama sisa tawanya. Kalau yang datang tu, menepati ciri-ciri yang aku nak tak apalah juga.
“Gelihati? Maksud you?” soal Adam lagi sambil mengerut dahi.
“Adam, I ni tak berminat nak berkahwin lagi.” Ujar Rayyan jujur.
“Kenapa pula?”
“Panjang ceritanya, Adam. Kalau I cerita pada you, mahu tujuh hari tujuh malam takkan habis.” Dihujung ayatnya, Rayyan tertawa kecil. “Eh! Jomlah kita pergi makan. I dah lapar dah ni. Perut I dah berbunyi-bunyi dari tadi.” Pantas dia mematikan perbualan diantara mereka sebentar tadi.
Bukan dia tidak mahu berkongsi masalah dengan Adam cuma jika boleh dia ingin menyimpan rahsianya itu. Dia tidak mahu dilihat lemah dihadapan pekerjanya. Cukuplah hanya Helmi saja yang tahu tentang perjalanan hidupnya selama ini. Itu sudah memadai.
Adam tidak mendesak Rayyan untuk meneruskan ceritanya. Dia tahu hadnya sebagai seorang pekerja disisi Rayyan. Walaupun Rayyan tidak pernah membezakannya dengan rakan-rakan rapatnya yang lain. Dia juga tahu, dia tidak berhak untuk masuk campur dalam soal peribadi Rayyan walaupun dia ditugaskan sebagai pembantu peribadi kepada pemuda itu.
Dia cuma tahu serba sedikit latar belakang pemuda itu dari rakan-rakan sekerjanya yang lain. Walaupun tidak sepenuhnya, tapi dia tahu bahawa Rayyan merupakan seorang bapa tunggal yang gigih membesarkan anaknya sendirian. Dalam diam dia mengagumi lelaki itu.




 “Nia…Nia…tunggulah dulu.” Panggil seorang pemuda. Pantas Dania menoleh ke arah datangnya suara itu. Apabila terlihatkan yang empunya diri, satu keluahan kasar keluar dari bibir gadis itu. Apalah yang mamat ni nak dengan aku?
“Kau nak apa lagi, Samad?” Luah Dania sambil merenung wajah pemuda yang bernama Samad itu. Pemuda itu tersengih dihadapan Dania. “Kau nak apa? Aku banyak kerja ni.” Bentak Dania. Susah bila bercakap dengan orang yang tak faham bahasa macam dia ni. Rasa macam nak hempuk je kepala dia dengan kuali.
“Tunggulah dulu, Nia. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Lembut suara Samad berbicara. Dia berharap agar Dania termakan akan kata-katanya nanti.
“Ha…kau nak cakap apa? Cakap cepat.” Dania memeluk tubuhnya. “Aku banyak kerja ni, tau tak? Bukan nak melayan kau aje. Banyak lagi keja yang aku boleh buat dari melayan kau.” Dania merenggus kasar. Mengacau aje kerjanya. Bosan betul aku.
“Aku…aku…aku…” Teragap-agap Samad ingin meluahkan kata-katanya. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh…susah pula nak cakap.
Ulahnya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Dania dengan rasa meluat. Sesekali dia mengetap bibirnya menahan marah akan ulah Samad itu.
“Eh! Kau ni nak cakap ke tidak? Dari tadi aku…aku…Kalau macam ni sampai esok pun tak habis.” Selamba Dania berkata. Aku lagilah nak cepat. Lagi dia buat hal.
“Kau janganlah marah. Kalau kau marah macam mana aku nak cakap?” Ujar Samad lembut. Dia cuba berlembut dengan Dania agar gadis idamannya itu tidak memarahinya. Payah juga nak cakap.
Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Dania. Namun, tidak pernah sekali pun diluahkannya. Malam ini, dia ingin memberitahu Dania akan isi hatinya. Dia berharap sangat agar Dania menerimanya nanti. Jika Dania bersetuju, akan dipinta kedua orang tuanya masuk meminang Dania.
“Macam mana aku tak marah kalau kau tu tergagap-gagap nak bercakap. Harap muka aje hensem tapi gagap.” Selamba sahaja ayat itu keluar dari bibir Dania. Malang betul siapa yang dapat kau.
“Sampai hati kau cakap aku macam tu, Nia.” sayu sekali Samad berkata. Namun itu tidak sedikit pun dapat mengoyahkan hati Dania. Sesungguhnya hati gadis itu benar-benar keras. Sekeras kerikil.
“Kau nak cakap tidak ni? Kalau tidak, aku nak pergi kedai. Mak cik aku dah lama tunggu. Bising pula orang tua tu nanti. Bukan kau yang kena marah, aku yang kena marah.” Bentak Dania. Lainlah kalau kau yang kena marah.
“Yelah…yelah aku cakap.” Samad menarik nafasnya seketika. Apabila merasakan yang nafasnya sudah teratur dia mula bersuara. “Sebenarnya, aku suka kat kau.” Perlahan sahaja suaranya menuturkan kata-kata tersebut.
“Apa kau cakap tadi?” Dania merenung wajah Samad dengan sedikit kehairanan. Aku silap dengar? Ke dia cakap lain?
“Aku cakap, aku suka kat kau.” Perlahan-lahan Samad menelan air liurnya yang terasa berpasir. Janganlah dia angin.
Dia sedia maklum akan keadaan Dania. Jika Dania naik angin mahu teruk keadaan jadinya. Daripada dia dapat bersama dengan gadis itu nanti, mahu segala angan-angan dan impiannya hilang begitu sahaja.
Dia mengenali Dania sedari kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama. Malah mereka juga bersekolah bersama. Tahu sangat dia dengan perangai Dania. Walau tidak pernah barang sekalipun Dania melayannya, dia tetap sukakan gadis itu. Baginya, Dania adalah jodoh yang ditakdirkan buat dia.
“Kau ni sihat ke tidak?” Dania telah bercekak pinggang sambil merenung tajam wajah Samad. Sakit apa budak ni?
“Sihat. Kenapa?” Soal Samad lurus.
“Aku rasa kau ni sakit, tau tak? Sakit.” Ujar Dania sambil menjenggilkan matanya. Buat lawak antarabangsa pulak mamat ni.
“Apasal pula?”
“Takde angin, takde ribut…alih-alih kau cakap suka kat aku. Sengal ke apa?” Renggus Dania. Bertambah biul kepala aku layan budak ni.
“Salah ke aku suka kat kau?”
“Memang salah pun.” Pantas Dania menjawab.
“Tapi…kenapa?”
“Sebab aku tak suka kat engkau. Faham!” Luah Dania tegas. Kalau tak faham juga, tak tahulah aku nak cakap apa lagi.
“Kenapa?” Soal samad lagi. Dia seakan tidak dapat menerima jawapan yang telah diberikan oleh Dania itu. Dia dah ada orang lain ke?
“Aku punya sukalah tak suka kat engkau. Yang kau sibuk nak tahu kenapa? Apa masalah engkau?”
“Aku perlu tahu, Nia. Aku perlu tahu sebabnya.” Tegas Samad.
“Untuk apa?”
“Supaya aku boleh betulkan apa yang kurang pada aku.”
“Kalau kau betulkan apa yang kau kurang sekali pun, aku tetap tak suka pada kau, Samad. Kau faham tak?” Ujar Dania lembut. Selagi aku belum capai cita-cita aku, aku takkan kahwin. Tak kiralah walau apa pun yang terjadi.
Dania cuba berlembut dengan Samad. Dengan harapan agar anak muda itu faham dengan apa yang cuba dia perkatakan. Dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan Samad. Dia cuma menyatakan apa yang terbuku dihatinya. Tentang hati dan perasaannya terhadap anak muda itu.
“Tapi, kenapa?” Luah Samad tegas.
“Macam yang aku cakap tadi, aku tak suka kat engkau.” Jujur Dania berkata. Tak faham bahasa betul mamat nilah. Nak aku cakap bahasa Jerman agaknya baru dia boleh faham.
Samad kelu apabila mendengar luahan hati Dania. Selama ini dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu tapi kini harapannya musnah apabila Dania menolak cintanya mentah-mentah. Sesungguhnya dia tidak dapat menerima penolakkan itu.
Melihatkan Samad yang diam membisu, Dania mula meninggalkannya. Malas dia ingin berlama-lama disitu. Bimbang ibu tirinya akan mencarinya nanti. Lagipun dia telah lambat untuk ke kedai malam itu.
Tanpa disedari, lengannya disambar kasar oleh Samad. Untuk seketika, dia terkejut dengan perlakuan pemuda tersebut. Apa kena dengan dia ni? Dah gila agaknya.
“Eh! Apa nie? Lepaskan akulah.” Dania meronta-ronta agar Samad melepaskan gengaman tangannya.
“Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak terima cinta aku, Nia.” Samad menggengam erat pergelangan tangan Dania. Dania meronta-ronta minta dilepaskan. Namun tidak dihiraukan langsung oleh Samad.
“Eh! Lepaskanlah. Sakit tau tak?” Dania cuba menarik tangannya dari digengam kuat oleh Samad. Namun usahanya hanya sia-sia sahaja. Sah dia ni sakit.
“Aku takkan lepaskan kau. Kenapa kau tak faham perasaan aku pada kau, Nia? Aku sukakan kau. Aku sayangkan kau. Sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku? Cuba kau cakap dengan aku.”
“Kan aku dah kata yang aku tak suka kat kau. Faham!” Dania benar-benar marah dengan Samad saat itu. Samad seakan tidak memahami apa yang telah diperkatakan olehnya. “Lepaskan tangan aku ni, Samad. Kalau tidak aku menjerit.” Ugut Dania.
“Jeritlah…jerit. Tak ada siapa yang akan datang menolong kau, Nia. Kat sini cuma ada kau dengan aku aje. Takde orang lain lagi.” Samad ketawa kuat.
Dania memerhati sekeliling. Memang benar kata Samad, hanya mereka berdua sahaja disitu saat itu. Tiba-tiba terasa gentar didada Dania seketika. Bimbang sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Ya ALLAH, janganlah terjadi sesuatu yang buruk pada aku. Aku mohon pada MU.
Dania nekad untuk meminta tolong juga. Jika nasibnya baik, pasti akan ada orang yang melalui jalan itu. Makin kuat dia menjerit meminta tolong, makin kuat ketawa dan gengaman tangan Samad dilengannya. Sehinggakan tidak terdaya untuk dia meronta. Nasibnya baik malam itu kerana Rayyan dan Adam kebetulan melalui jalan tersebut untuk ke kedai makan Puan Zaiton seperti biasa.
Langkah Rayyan terhenti apabila mendengar jeritan Dania itu. Ulahnya itu mendapat perhatian dari Adam. Dahi Adam berkerut memandang wajah tampan dihadapannya. Dia dengar kea pa yang aku dengar?
“Kenapa Ray?” Adam merenung wajah Rayyan dengan penuh kehairanan. Ada barang yang tertinggal ke?
“I dengar macam orang menjerit minta tolong. You dengar tak?” Ujar Rayyan sambil merenung Adam. Ke aku tersilap dengar?
“Dengar juga. Suara tu macam datang dari arah sana aje.” Ujar Adam sambil menunding ke arah datangnya suara tersebut. Aku ingat aku seorang aje yang dengar.
“Jom kita pergi tengok.” Ajak Rayyan.
Tanpa berfikir panjang lagi, mereka berdua berlari menuju ke arah suara tersebut. Dari jauh mereka terlihat Dania sedang bergelut dengan seorang pemuda. Untuk seketika mereka berdua saling berpandangan di antara satu sama lain. Apa hal pula ni?
“Apa kena tu?” Soal Adam hairan. Bergaduh ke?
“Entah. Macam tengah gaduh aje.” Jawab Rayyan. Gaduh dengan boyfriend kot.
“Nak tolong ke?” Soal Adam lagi sambil menoleh ke arah Rayyan
“Tak payahlah. Dia gaduh dengan boyfriend dia je tu. Takkan kita nak masuk campur pula.” Selamba saja Rayyan menuturkan kata-katanya. Malas aku nak masuk campur. Silap-silap lebam pula biji mata.
“Tapi…lain macam aje mereka tu, Ray. Tak macam gaduh dengan boyfriend pun.”
“Iskh…you ni Adam, baik hati sangat.”
“Bukan baik hati Ray tapi tengok daripada gaya bukan masalah cinta tu. Masalah lain. Jomlah kita pergi tanya. Takut jadi lain pula nanti. Menyesal.” Adam mengatur langkah menuju ke arah Dania dan Samad sebelum sempat ditahan oleh Rayyan. Iskh…dia ni pun satu. Baik hati sangat. Dengan langkah yang berat Rayyan turut menuju ke arah yang sama.
Dania masih lagi meronta-ronta minta dilepaskan. Namun Samad masih memegang kejap lengannya. Muka Dania berkerut menahan sakit. Dia pasrah jika tiada siapa yang membantunya malam itu.
“Hei…lepaskan tangan akulah. Sakit tau tak?” Jerit Dania kecil. Geram benar dia dengan ulah Samad itu. Jika diikutkan hati yang panas saat itu, mahu sahaja dia menumbuk wajah anak muda tersebut.
“Aku takkan lepaskan selagi kau tak cakap yang kau suka kat aku.”
“Kau ni gilalah.”
“Ya, memang aku gila. Aku gila sebab kau. Kau yang buat aku jadi gila, Nia.”
“Nia…” Mendengarkan suara itu pantas Dania berpaling. Terlihat olehnya Adam dan Rayyan menghampiri mereka. Dalam diam dia bersyukur kerana bertemu dengan kedua pemuda tersebut. Syukur Alhamdulillah. Ada juga yang sudi membantu.
“Kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Adam lagi. Sesekali dia menoleh ke arah Samad yang memangang earat lengan Dania.
            Belum pun sempat Dania bersuara, Samad mencelah diantara mereka. Kehadiran Rayyan dan Adam seakan mengagalkan rancangannya untuk mendapatkan Dania.
“Kau orang berdua ni siapa?” Samad merenung tajam wajah Adam dan Rayyan.
“Kami ni kawan dia. Kenapa?” Kali ini giliran Adam pula merenung wajah Samad.
“Jangan masuk campur. Ini urusan antara aku dan dia. Dia ni awek aku.” Jawab Samad dengan selambanya.
Mendengarkan kata-kata Samad itu telah mengundang kemarahan Dania.
“Woit…sesuka hati kau aje kata aku awek ko. Sejak bila aku jadi awek kau? Aku tak pernah pun mengiktirafkan diri aku ni jadi awek kau, tau tak?” Dania merenung marah wajah Samad yang berdiri dihadapannya itu. Mamat ni memang dah lebih.
“Ahh…aku tak kira. Kau iktiraf ke tak, kau tetap awek aku.” Tanpa memperdulikan kehadiran Adam dan Rayyan disitu Samad menuturkan kata-katanya.
“Aku tak nak, faham! Aku tak nak. Lepaskan tangan aku. Sakit tau tak?”
Melihatkan situasi tersebut, Rayyan dan Adam saling berpandangan diantara satu sama lain. Mereka tahu, mereka harus menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Masalah negara betullah dia orang ni.
“Macam nilah, saudara. Kami rasa lebih baik saudara lepaskan tangan dia.” Adam berkata lembut bagi meleraikan suasana tegang diantara Dania dan Samad. Kalau bertegang urat macam ni, sampai bulan depan pun takkan selesai.
“Aku takkan lepaskan tangan dia selagi dia tak cakap yang dia sukakan aku.” Tegas Samad. Dia tahu jika dia lepaskan Dania, gadis itu pasti akan pergi jauh darinya.
“Tapi aku tak sukakan kau.” Selamba sahaja ayat itu keluar dari mulut Dania. Dia ni tak faham bahasa ke? Nak aku cakap bahasa apa lagi? Ya ALLAH…kenapalah dengan dia ni?
“Kau tak faham bahasa ke? Dah Terang-terang dia cakap yang dia tak sukakan kau. Nak apa lagi?” Rayyan mencelah diantara mereka berdua. Takkan itu pun nak kena orang ajar. Apalah…
“Tapi aku suka kat dia.” Bentak Samad.
“Beribu kali kau cakap yang kau suka kat dia sekali pun, jawapannya tetap satu. Dia tetap tak suka kat kau. Kau paksa dia macam mana sekalipun, dia tetap tak suka kat kau. Terima ajelah hakikat tu. Takkan itu pun akau nak ajar kau.” Selamba sahaja Rayyan menuturkan ayat itu. Ni baru orang kata bodoh tak perlu diajar.
“Aku tak kira, dia mesti suka kat aku juga.”
“Woit…sengal! Hati dan perasaan orang ni mana boleh dipaksa-paksa. Suka-suka kau aje. Orang dah tak suka tu, blah ajelah. Ni tidak, masih tak faham-faham lagi. Apa punya orang agaknya. Tak faham aku.” Renggus Rayyan kasar. Sesekali dia menggelengkan kepalanya. Macam ni punya orang pun ada dalam dunia ni.
“Yang kau sibuk sangat pasal apa? Ni bukan masalah engkau. Ni masalah aku dengan dia.” Ujar Samad marah. Dia merenung tajam wajah Rayyan. Dia pula nak marah-marah orang.
“Aku bukan sibuk tapi aku nak menyedarkan kau. So, sekarang lepaskan tangan dia.” Ujar Rayyan tenang. Susah bercakap dengan orang yang tak boleh terima hakikat macam dia ni.
“Kalau aku tak mau?”
“Kalau kau tak mahu…” Rayyan terdiam seketika sebelum menyambung kata-katanya. “Kalau kau tak mahu…ini yang kau dapat.” Tanpa berfikir panjang sebiji penumbuk hinggap di muka Samad. Samad terdorong ke belakang beberapa langkah sebelum jatuh terduduk diatas tanah. Dia memegang pipinya yang sakit akibat ditumbuk oleh Rayyan.
“Kurang ajar.” Samad meluru ke arah Rayyan. Namun sebelum sempat dia menghampiri Rayyan, Adam terlebih dahulu mematahkan langkahnya. Dania berlari bersembunyi dibelakang Rayyan.
“Lepaskan akulah. Lepaskan…” Samad meronta-ronta minta dilepaskan namun semakin dia meronta, semakin kejap pegangan Adam terhadapnya.
“Kami akan lepaskan kau jika kau berjanji yang kau tak akan buat hal lagi. Janji?” Ugut Adam.
“Aku janji…aku janji…” Termengah-mengah Samad berkata. Adam memandang ke arah Rayyan. Dia seakan menantikan isyarat daripada Rayyan untuk melepaskan Samad. Rayyan mengisyaratkan kepalanya sahaja supaya Adam melepaskan pemuda tersebut. Samad memegang tengkuknya akibat sengal apabila dicengkam oleh Adam sebentar tadi. Matanya tidak lepas dari memandang Dania dan Rayyan silih berganti.
“Ingat, Nia. Kau akan menyesal sebab buat aku macam ni. Aku akan balas semua ni. kau tengoklah nanti.” Dia terus berlalu pergi meninggalkan Dania, Rayyan dan Adam. Pemergiannya dihantar oleh pandangan mereka bertiga sahaja.
“Siapa tu, Nia?” soal Adam sambil merenung Dania.
“Samad.” Luah Dania lemah. Sesekali dia menggosok lengannya yang sakit akibat digengam kuat oleh Samad sebentar tadi. Kurang ajar betul. Sakit tangan aku.
“Boyfriend?” Selamba sahaja soalan itu keluar dari mulut Rayyan. Yelah tu.
“Siapa kata dia boyfriend saya?” Kedengaran tegas suara Dania membalas soalan Rayyan itu. “Dia yang tergila-gilakan saya. Saya sikit pun takde hati dan perasaan pada dia.”
“Ye ke?” Sinis sekali kata-kata itu keluar dari mulut Rayyan. “Boleh percaya ke?”
“Nak percaya atau tidak terpulang tapi hakikatnya saya memang tak ada perasaan pun pada dia. Dan saya tak minta awak percaya akan kata-kata saya.”
“Hai…sikit punya hensemlah mamat tu, takkan tak berminat kot.”
“Harap muka aje hensem tapi satu apa pun tak ada, buat apa? Menghabiskan harta mak bapak bolehlah.” Dania merenggus geram bila mengenangkan perbuatan Samad ke atasnya sebentar tadi. Orang macam tu nak jadi laki aku, kirim salam ajelah.
“Oh…jadi pilihan awak orang yang kayalah ya. Memang dasar mata duitan betul awak ni ya.” Ujar Rayyan lagi.
“Awak nikan, kalau tak sakitkan hati saya satu hari boleh tak?” Luah Dania geram sambil bercekak pinggang dihadapan Rayyan. Dadanya berombak kecil menahan marah apabila mendengar kata-kata Rayyan itu. Seakan mahu ditelan pemuda tampan dihadapannya itu. Saja cari gaduh dengan aku. Ingat aku ni mata duitan ke? Aku bukan orang macam tulah. Apa ingat orang kampung ni semuanya mata duitan ke?
Adam menjadi gelisah melihat ulah Dania dan Rayyan. Dia menghela nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya sahaja. Pening dia melihatkan ulah Rayyan dan Dania. Macam anjing dengan kucing. Pening aku layan dia orang ni. Kalau tak halang, mahu sampai tahun depan mereka ni bergaduh.
“Nia dari mana tadi?” Bicara Adam bagi menukar topik diantara mereka bertiga.
“Dari rumah.” Dania menjawab perlahan. Sesekali dia mengelap wajahnya.
“Rumah? Selalunya Nia ada dikedaikan masa-masa macam ni?”
“Ha’ah. Ayah kurang sihat. Nia balik tengokkan ayah sekejap.” Dania menahan sebak didada. Begitulah dia, setiap kali bercerita tentang ayahnya pasti dia akan tersentuh.
“Kenapa tak naik motor aje datang sini tadi? Takdelah sampai kena ganggu dengan mamat tadi tu.” Soal Adam prihatin dengan Dania.
“Ika pakai motor. Jadi, Nia terpaksa jalan kaki.”
“Ika? Siapa tu?” soal Adam kehairanan.
“Adik Nia.”
Adam menanggukkan kepalanya bagi memahami kata-kata itu. Dia pernah berjumpa sesekali dengan gadis tersebut. Memang amat berbeza sekali perwatakkannya dengan Dania. Gadis itu hanya tahu mengarah sahaja, sedangkan Dania membuat segala kerja di kedai makan tersebut.
Perjalanan mereka bertiga diselubungi sepi seketika. Masing-masing sibuk melayani perasaan masing-masing.
“Hmm…abang. Nia nak ucapkan terima kasih pada abang berdua sebab selamatkan Nia. Kalau takde abang berdua tadi, tak tahulah apa yang terjadi pada Nia.” Luah Dania lembut.
“Tak apalah, Nia. Kami cuma membantu apa yang patut je.” Jawab Adam lembut.
“Tapi…tolong jangan beritahu pada mak cik ye pasal benda ni. Nia minta tolong sangat-sangat pada abang berdua.” Pinta Dania.
Mata Dania merenung wajah tampan Adam. Untuk seketika Adam dan Rayyan saling berpandangan diantara satu sama lain. Terdapat seribu persoalan di wajah mereka dengan permintaan gadis tersebut. Ada yang tak kena ke?
“Tapi…kenapa?” Jelas kehairanan diwajah Adam.
“Takde apa tapi tolong jangan beritahu pada mak cik pasal benda ni. Nia minta tolong sangat pada abang berdua. Tolong ya.” Rayu Dania.
Sekali lagi Rayyan dan Adam saling berpandangan. Rayyan hanya menjungkitkan bahunya sahaja mendengarkan permintaan Dania itu. Akhirnya dengan berat hati Adam bersetuju dengan permintaan gadis tersebut.
Mereka tiba juga di kedai makan Puan Zaiton. Dania melangkah cepat meninggalkan Adam dan Rayyan. Dia tidak mahu kedatangannya bersama kedua pemuda itu disalah ertikan oleh ibu tirinya itu. Dia terus melangkah masuk tanpa memandang kiri dan kanan. Jantungnya seakan berhenti seketika apabila namanya dijeritkan keras oleh Puan Zaiton. Perlahan-lahan dia menoleh menghadap Puan Zaiton. Janganlah dia mengamuk dengan aku.
“Kau kemana ha? Dari tadi aku tunggu kau, baru sekarang kau sampai.” Puan Zaiton bercekak pinggang merenung Dania yang terkulat-kulat merenungnya itu.
“Maaf, mak cik. Tadi Nia tertidur. Nia minta maaf.” Teragap-agap Dania menjawab pertanyaan Puan Zaiton itu. Dia memintal-mintal baju t-shirt yang dipakainya. Kepalanya ditundukkan merenung lantai. Dari jauh Rayyan dan Adam hanya memerhatikan ulahnya itu.
“Tertidur? Eh…kau tahu kan aku tak cukup orang kat sini?”
“Ta…tahu makcik.” Takut-takut Dania menjawabnya.
“Ha…tahu pun. Lain kali fikir. Aku ni sibuk ke tidak?” Puan Zaiton menunjal-nunjal kepala Dania dengan jarinya. Ulahnya itu diperhatikan sahaja oleh Rayyan dan Adam dari jauh.
“Ampun, mak cik. Nia janji, Nia takkan buat lagi.” Sayu suaranya memohon kemaafan dari ibu tirinya itu. Tanpa disedari terbit air mata dibirai matanya.
“Dah...pergi buat kerja kau.” Arah Puan Zaiton keras. Tanpa berlengah lagi, Dania terus berlalu. Dia mengesat air matanya yang mengalir laju dipipinya yang gebu itu. Kartika yang duduk di kuanter pembayaran hanya tersenyum puas. Padan muka.
Rayyan dan Adam hanya menggelengkan kepala sahaja melihatkan perbuatan Puan Zaiton terhadap Dania. Barulah mereka faham mengapa Dania tidak benarkan mereka berdua memberitahu pada Puan Zaiton mengenai apa yang telah terjadi sebentar tadi. Mereka juga tahu yang Dania berbohong kepada Puan Zaiton akan kelewatannya.

Tiada ulasan: